Monday, October 14, 2013

Aidil Adha: pengorbanan yang menjadi tuntutan...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
14-10-2013


Walaupun hari ini hari bekerja saya, tapi persiapan untuk Aidil Adha esok, berjalan lancar seperti sepatutnya.

Barang basah sudah dibeli dari pasar semalam. MyToklaki sepagian semalam berada di surau, sebab terlibat sebagai pasukan melapah, lalu acara mengorek lubang untuk sembelihan lembu berlangsung dengan  jayanya.

Bagi yang bercuti, selamat bercuti dan selamat balik kampung.


Inilah tahun pertama kali saya menyambut Raya tanpa cuti tambahan. Aidil Fitri lalu pun saya tak bercuti tambahan.

Saya anggap ini juga merupakan salah satu pengorbanan kecil yang saya buat, dengan niat saya bekerja pada hari itu untuk memberi peluang dan ruang kepada orang lain yang lebih memerlukan cuti.




 ~...HISYAM sudah pandai merengek setiap kali Mak Utih mula memerun api dapur kayu sedangkan SERI BULAN tahu itu hanya sekadar hendak merebus telur sebagai pelengkap Nasi Lemak Kampung, tetapi seorang ibu tua seperti Mak Utih mana mungkin dia sampai hatinya hendak menghampakan hasrat si anak teruna yang walaupun bukan dikandung dan dikendung tetapi kasihnya sering memberikan rasa resah kepada Pak Utih kerana bimbang suatu hari nanti harus terpisah...~




13 comments:

  1. Salam Aidiladha Kak Azie. Aina juga bekerja tanpa cuti tambahan...bukan sebab tak boleh bercuti tetapi sebab cuti dah habis...:(

    ReplyDelete
  2. Moga apa yang dirancang berjalan dengan baik hendakNYA.
    Saya pun tak amik cuti tambahan memandangkan en. suami bekerja.

    ReplyDelete
  3. Sy ni pun TERPAKSA berkorban gak ni. Bg cuti pd org yg tiap2 thn meraban mst cuti raya haji. Thn ni igt bolehlah dpt turn sy tp nampaknya kena naya lagi. Takpe....takpe....

    Salam Aidiladha kak!

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya aidiladha kak azie.

    ReplyDelete
  5. selamat hari raya Eidul Adha untuk Azie sekeluarga.. takperlerkan semua itu pengorbanakan..

    ReplyDelete
  6. saya juga tiada cuti tambahan. tak de apa yang perlu ditambah pun. hari ini kerja macam biasa sampai 6pm. esok bujang dah kena hantar balik ke asrama.

    apa pun selamat hari raya akak.

    ReplyDelete
  7. salam aidil adha . ada persediaan raya dan juga ahli keluarga , tetap meriah ...

    ReplyDelete
  8. itu pun pergorbanan kecil jugakan.. salam aidiladha buat akak sekeluarga :)
    thun ni raya kt pdg serai

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails