Tuesday, February 18, 2014

Kata-kata indah itu mengingatkan zaman kami bersekolah bersama dulu...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
18-02-2014


Saya suka prasa indah di bawah ini, yang saya copy dari status wall FB sepupu saya:


yang dirisaukan terkadang tidak menghirau..

yang dikagumi terkadang tidak mengerti...

yang dirindukan terkadang tidak tahu..

yang dicintai terkadang tidak merasa...

yang diinginkan terkadang tidak sejalan...

dan yang tidak disangka terkadang terjadi..

PERENCANAAN ALLAH SWT INDAH PADA WAKTUNYA...

Aku yakin itu.



Gambar sekadar hiasan, tiada kaitan dengan prasa.

Saya menunggu seseorang yang sudah lama touch-down dari Iraq. Agaknya apa cenderahati yang disebutkannya tu ya...?







 ~...sudah lama SERI BULAN tidak ke pinggir Sungai Menghijau Lumut sejak air perigi sentiasa penuh melimpah tetapi apabila terdengar HISYAM pernah terjemuh dengan anak dara Pak Imam yang mandi berkemban, SERI BULAN terasa hendak melihat tempat kejadian cuma dia tidak seberani itu hendak turut berkemban kerana bimbang nanti kain terburai dan ketawa terurai...~




26 comments:

  1. yang tak nak itulah yang terjadi.
    Allah punya perancangan yang terbaik.
    :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak azie..

    saya ieda..salam kenal..silent reader..
    sangat2 suka baca blog akak.. :)
    suka ayat2 dari sepupu akak tu... mohon copy boleh tak akak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan. Tiada masalah. Tkaseh kerana sudi membaca...

      Delete
    2. terima kasih kak azie..siap letak kat timeline cover fb lagi :)

      Delete
  3. as salam ... pernah masuk sini tapi tak pernah komen. Tertarik sgt dgn ayat-ayat tu .. saya sedang ' melaluinya'.. so very touching lah :) ..mohon izin copy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya hampir kita telah, pasti akan, melaluinya cuma mungkin berbeza keadaan dan ujiannya juga berbeza bagi setiap orang. Syukurlah jika kita mampu menghadapinya.

      Delete
  4. yang tak disangka itu ler yang akan kita dapat.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kita bukanlah insan yang pandai melaksana, sedangkan rencana kita yang dirancang begitu baik pun kadang-kadang tersasar dari yang dirancang.

      Delete
  5. Itu sebenarnya adalah yang terbaik buat kita, memenuhi keperluan bukan memenuhi kemahuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada yang dapat dinafikan bilamana DIA menghendaki sebegitu kepada kita. Kena redha.

      Delete
  6. Itu semuanya adalah perjalanan kehidupan seorang manusia. Maka kita redha selepas berusaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Tawakal setelah berusaha. Kemudian redha samada yang kita terima itu tidak menepati hajat di hati. DIA Maha tahu yang terbaik untuk kita.

      Delete
  7. betoiler dulu masa sekolah mengerah otak untuk mencari bait2 indah..
    skrngni menulis ikut sedap jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang-kadang ada orang menulis spontan tapi sangat indah. Untuk merancang ayat pun belum tentu menjadi sebaik yang kita hajatkan. Kreatif la tu kan?

      Delete
  8. menariklah prasa tu
    saya pun nak copy juga =)

    ReplyDelete
  9. Betul tu. Rencana Allah lebih baik kerana Dia Lebih Mengetahui segalanya.


    Haah la. Bila nak belanja saya? Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada beran ke mai KD? Kalu beran, no hal lah! Apa mau adik manis? Tose Rawa atau Capati cicah Kari Kambing? Hahahaha!

      Delete
    2. kak, cikta dtg ampang pun x bgtau kak..
      #adudomba
      hahahahha

      Delete
    3. Dia takut orang mintak belanja ler tuh..! Hahahaha

      Delete
  10. izinkan saya kongsikan kata-kata indah itu dalam fb saya kak ...kak kerana post akak pasal gambar di atas...saya dah khatam cerita Kim Tan tu...:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha... cerita Kim Tan pulak ya. Sebenarnya cerita tu menjadi drama of the year di Korea. Dan LMH menjadi aktor paling popular gara-gara drama The Heirs tuh.

      Delete
  11. hehe..saya masih ingat kata2-mengharap pd yg kasih,merindu pada yg sudi..meminta pada yg ada,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meminta pada yang ada, belum tentu kita dapat pun.

      Meminta pada NYA, insyaAllah dimakbulkan cuma lambat cepat... atau tidak menepati citarasa kita. Dia Maha Tahu.

      Delete
  12. Dari Iraq?
    Kelongsong peluru sebagai cenderahati..:P

    Seriously, saya risau nak ke negara bergolak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawan Kak Azie bukan pergi bercuti. Pergi atas urusan keselamatan negara dan company minyak terbesar negara.
      Beli cenderahati di Dubai semasa transit.

      Delete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails