Saturday, March 29, 2014

Satay Station: menunaikan hajat sambil melayan tekak sendiri...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
29-03-2014


Balik kerja kelmarin dulu, setelah kawan pemandu saya menyebut-nyebut teringin nak makan sate, lalu saya pun ajak MyToklaki singgah di Satay Station cawangan paling hampir dengan rumah. Kampung Pandan.

Dah lama tak pergi. Dulu-dulu selalu la juga semasa rajin dok join AP.com bermesorat or kadang-kadang celebrate birthday ahli. Hmmm... sesuatu itu pasti akan jadi sedap bila kita dah lama tak jumpa tak makan.


MyToklaki berhajatkan Sate Kambing, malangnya saya rasa di mana-mana cawangan Satay Station memang takda Sate Kambing. Kalu di Sate Hj Samuri, harus ada. So saya amik extra 2 cucuk sate Hati Ayam + 5 daging + 5 ayam. Tu pun jenoh nak habis. Dan memang tak habis pun.


Tayangan sedang berlangsung.



Bagi yang belum tahu, Restoren Satay Station Kg Pandan adalah asalnya sebuah rumah tanah lot. Dan rumah di belakang itu juga menjadi tempat kita duduk makan. Pada hari biasa (ada beberapa sudut dengan meja ala Jepun dan kita akan makan bersila di lantai), ruangan itu boleh ditempah awal tetapi pada hari Sabtu dan Ahad ruang itu terbuka di mana, sapa cepat dia dapat.


Selain dari ini, Satay Station juga ada mug jenama sendiri. Tapi kerana kami tak order air panas, saya tak dapat snap mug tu.



Selain tapau untuk rakyat kat rumah, saya juga tapau untuk kawan pemandu saya yang sangat berhajat. Simpan dalam flask untuk dimakan esok siangnya di tempat kerja.


Saya snap sebab malas nak explain panjang tentang harga.


*Teruslah mendoakan kesejahteraan mereka yang terlibat dalam tragedi MH370 juga mereka yang terlibat dalam usaha mencari...



 ~...HISYAM sangat-sangat perasan bila SERI BULAN menerpa ke muka pintu sebaik mendengar dia berdehem bagai memberi isyarat rindu, tanda kasih tidak tertumpah di laman...~




Friday, March 28, 2014

Saya rasa saya bukan blogger lagi dah...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
28-03-2014


Bila musim lega cuma seketika, dan musim sibuk kembali menguasai hampir tiga per empat masa bekerja, lalu untuk mencari ruang diri sendiri sangatlah sikit. Arhhh... nak baca novel pun macam nak kena mengeja. Apa lagi nak menulis entri secara konsisten. Dah tak boleh dah...

Blog terbiar dan tidak acara blogwalking dah terpaksa diterima buat masa ini. Saya dah tak mampu nak buat macam dulu lagi. Kalu dah sampai rumah pun sekitar jam 9:30 pm... apa lagi yang hendak dibuat melainkan dalam kepala otak (yang ada batu besar ada duduk), adalah makan dan tidor. Tidur yang nyenyak untuk rehat yang nikmat!

Ada orang tanya, kenapa nak kena kerja teruk? Bagi saya, tiada istilah teruk dalam bekerja. Saya suka kerja dengan buku, lalu setiap kerja dan tugasan adalah cabaran yang menyeronokkan. Bagi saya begitu. Tiada istilah rasa terseksa pun sebab saya rasa saya dah buka hati dan minda saya cukup luas untuk menerima segala info atau kritikan atau tekanan (jika boleh disebut tekanan). Saya hanya nak pastikan kerja saya sempurna sebaik mungkin dan saya enjoy dengan kerja saya. Dalam kata lain, ianya biarlah berbaloi...!

Tayang-tayang:


Sarapan hari tu. Laksa Johor. Beberapa suap jer pun RM5.00. Agak mahal, tapi nak buat sendiri ntah bila pandainya...



Rembat oren CHAK bawak pi opis. Sebagai tukang beli, saya rasa tak bersalah pun rembat buah kegemaran anak sendiri. Kan? kan? hahahaha!



Teruskan mendoakan kesejahteraan mangsa MH370, dan seluruh umat Islam di atas muka bumi ini.





 ~....HISYAM akhirnya tiba juga lewat malam itu setelah berpergian hampir seharian sehingga memberikan rasa gundah gulana kepada bukan sedikit orang dan Pak Utih yang kegelisahan kemudian rasa hairan kerana SERI BULAN masih boleh bertenang dan bersenang-lenang tanpa diketahui sesiapa hanya SERI BULAN tahu apa yang sedang dibuat dek HISYAM di saat hilang seketika..~




Wednesday, March 26, 2014

Bila mood mula kembali...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
26-03-2014


Sebenarnya mood memasak saya pula yang sekejap bagus, sekejap menjunam jatuh. Wuaaaa...!

WW:


Bekal saya: Gulai Lemak Cili Padi Babat campur Nangka Muda.

Ada yang tak tahu apa itu ‘babat’? *babat = perut lembu, warna putih, direbus empuk dulu sebelum dimasak or dibuat kerabu perut.


Sarapan: Cucur Jagung.

Rajin la sangat, kunun!





 ~...Mak Utih bergesa pulang, Pak Utih bergegas datang dengan alasan yang masing-masing hampir sama; menjengah SERI BULAN yang ditinggal seharian bersendirian sedangkan mereka tahu gadis yang ditinggal bukan sembarangan malah pernah berpergian ke banyak daerah tanpa berteman malah teguh dan aman tetapi beranggapan Kampung Separuh Desa yang sunyi damai tetap menyimpan rahsia duka lagi celaka dan HISYAM pun kadang-kadang berani tidak bertempat makan pun kadang-kadang tak sempat...~




Monday, March 24, 2014

Finally. PM confirmed, MH370 ended in the Indian Ocean...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
24-03-2014

Tajuk entri saya di atas, itulah ayat yang saya Whatsapp kepada rakan sekerja saya. Amoi tu memang sangat terkejut.

Sidang akhbar tepat jam 10:00pm tadi:

This evening I was briefed by representatives from the UK Air Accidents Investigation Branch (AAIB). They informed me that Inmarsat, the UK company that provided the satellite data which indicated the northern and southern corridors, has been performing further calculations on the data. Using a type of analysis never before used in an investigation of this sort, they have been able to shed more light on MH370’s flight path.

Based on their new analysis, Inmarsat and the AAIB have concluded that MH370 flew along the southern corridor, and that its last position was in the middle of the Indian Ocean, west of Perth.

This is a remote location, far from any possible landing sites. It is therefore with deep sadness and regret that I must inform you that, according to this new data, flight MH370 ended in the southern Indian Ocean.

We will be holding a press conference tomorrow with further details. In the meantime, we wanted to inform you of this new development at the earliest opportunity. We share this information out of a commitment to openness and respect for the families, two principles which have guided this investigation.

Malaysia Airlines have already spoken to the families of the passengers and crew to inform them of this development. For them, the past few weeks have been heartbreaking; I know this news must be harder still. I urge the media to respect their privacy, and to allow them the space they need at this difficult time.

ENDS

Salam takziah buat semua ahli keluarga yang terlibat.

Al-fatihah.

Kapten Nik (dalam wawancara di TV3 tadi) menyebut, amat tipis untuk menyebut penumpang masih selamat, tetapi kita masih boleh berharap.




 ~...sayu dan sedih itu suatu perasaan...~




Saya yang malas nak update blog...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
24-03-2014


Senin. Ramai cuti sempena cuti sekolah, kebetulan kerja tengah susut lalu tawaran cuti 3 hari setiap orang direbut dan akan diisi sebaik mungkin.

Saya? Tidak. CHAK ada tuition sejak Sabtu sehingga Rabu. Ahad pun ada kelas. So, baik tak cuti dulu.

Persekitaran rupanya mempengaruhi mood saya juga. Rupanya. Lalu blog tersadai beberapa hari. Saya dah jadi malas nak ambil kisah. Oh... saya rasa bersalah.

Sabar hati. Nanti mood akan kembali.



Saya ke Pasar Pudu pada hari Sabtu bukan Ahad. Sebab Sabtu saya dapat off. Rupanya harga ikan sayur lebih murah. Saya lupa. Banding Ahad, baiklah Sabtu. Sotong yang biasa RM7 per kg boleh dapat cuma RM5.00 sahaja (tapi bila saya nak 2 kg, terus dapat RM8.00 sahaja!)



Lain contoh: tomato tu cuma RM1.00 sahaja (ada lagi 2 biji tiada dalam gambar), dan cili hidup yang segar memerah itu cuma RM1.30 sahaja. Seronoknya shopping kat Pasar Pudu di hari Sabtu!

Dan, bila saya masuk kija Senin hari ini, kawan ‘jahat’ saya pulak tersadai kat rumah dek demam. Aduhai...

Mujur saya boleh lagi update satu entri wpun saya tahu dia tak akan baca punya!




 ~....mengharap HISYAM untuk menjadi penjaga Teratak Nyatuh tidaklah susah dan tidak pernah pula dia berkira tetapi meninggalkan dia berduaan bersama SERI BULAN untuk sekerat hari walaupun hanya duduk di ambin tidak berdinding, tetap memberi rasa bimbang di hati Mak Utih sedangkan Pak Utih begitu yakin HISYAM bukan seperti belia lain yang cepat bertukar menjadi buaya malahan ramai pula yang seakan cuba menjadi bunga gedik menghimpitnya menjadi buah hati..~




Friday, March 21, 2014

Bila lelaki mulut macam pompuan....!!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
21-03-2014


Saya ada ramai kawan lelaki. Malahan saya lebih memahami mereka dalam beberapa perkara.

Saya tahu apa beza kawan lelaki dengan perempuan dan itulah yang menjadi prinsip saya lebih selesa bercakap perkara tertentu dengan lelaki berbanding perempuan (and vice versa).

Secara umumnya, kita sedia tahu lelaki sangat ringkas. Straight to the point. Telus, jujur. Jarang kecik hati or nak cakap kias-kias. Saya dah biasa, dan belajar menjadi kental jiwa dan kuat semangat dari kaum lelaki. Cakap mereka, pendapat mereka, tindakbalas mereka, nasihat mereka (wpun tidak secara langsung) juga dari perbuatan mereka.

Tetapi saya tak suka lelaki potpet-potpet. Bagi saya yang potpet ni biarlah orang pompuan saja. Dah lumrah dan fitrah. Tak yah la yang lelaki pun nak tunjuk bakat ‘joyah’ sama. Apa lagi bila berada di dalam kumpulan besar, ramai dan dihormati.

Department saya jer ada puluhan orang yang bila-bila masa saja boleh tersebar isu sensitif or yang boleh menyinggung perasaan orang lain.

Jadi orang dari department lain sentiasa berjaga dan berhati-hati agar setiap komen or perbualan tidak menyentuh pihak department lain. Begitu juga sebaliknya di pihak kami.

Tapi bila ada lelaki yang mulut kalah orang pompuan, boleh smash perli ‘tutup jer department tu, kalu keja depa pun kita nak buat’, saya rasa itu komen keterlaluan.

Takkan baru sekali kena arah buat kerja extra dan bukan kerja dia selama ni, dah boleh terer dan nak kami semua berhenti? Macam dah pandai sangat?

Selama ni ramai juga orang lain yang kena arah buat beberapa kerja extra (yang disebut sebagai ‘bukan kerja dia’) tapi ikut saja arahan. Sesekali kita buat benda yang bukan rutin kita, adalah kelebihan. Kenapa nak berkira sangat? Pointnya, kita kerja untuk company yang sama. Teamwork tu bukan hanya dalam department yang sama jer, tapi meliputi dari tingkat atas hingga ke lantai bawah.

Payah kalu mulut orang jantan tiba-tiba jadi lebih joyah dari orang pompuan! Cukup saya tak berkenan!



Anak lesung batu di dapur saya terpatah dua, sebab MyToklaki terlepas dari tangan. Hmmm... memang dah sampai masa nak kena beli baru. Then baru lah sedap nak menumbuk cili. Kot ada mulut yang boleh kita ‘cili’kan? Ahaks!






 ~...apabila senja semalam SERI BULAN pulang dengan menghentak kaki, Mak Utih tahu ada sesuatu yang tidak kena dan hanya HISYAM yang boleh memujuk buah hati yang merajuk kerana andai dibiarkan bimbang nasi terhidang menjadi sejuk, lauk di mangkuk menjadi jeruk, air di geluk menjadi mabuk...~




Thursday, March 20, 2014

Musim kahwin bermula lagi: jodoh yang kita syukuri...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
20-03-2014


Esok last skulah. Cuti semester pertama. Hari ini result SPM keluar. Ada banyak program kat skulah kan?

Cuti skulah paling meriah adalah majlis kahwin. Kami sendiri ada beberapa siri undangan yang harus dipenuhi. Memandangkan minggu ini minggu off-Sabtuday saya, MyToklaki dah beberapa kali ingatkan, “kita ada 2 majlis Sabtu ni”. Saya harap saya dapat skip Sabtu ni so that saya bleh la pegi makan nasi minyak.

Seorang rakan sekerja pun hujung minggu ini akan menerima menantu. Dah ada beberapa orang kawan sekerja sebenarnya yang dah menerima menantu. Lepas sorang, sorang. Adehh... terasa dah diri ni tua. Our turn? Ntah la. Gaya macam lambatttt jer..!

And, jangan lupa. Dalam kita berusaha nak kahwin, jodoh tu DIA yang tentukan. Baru pagi tadi, saya dan kawan yang sama ke tempat kija borak-borak dalam keta. Beza antara kami, saya kahwin sangat muda, dia kahwin agak lewat (masa umur dia 40 tahun).

Saya imbas kisah saya masa lepas STPM terus kerja di KL dan berchenta sakan dengan seorang lelaki yang juga tinggal di area taman saya tinggal (Pandan Jaya la tu). Berchenta sakan dan saya tak pernah seserius itu (begitu juga dia) dalam soal hubungan. Tetapi berbalik kepada jodoh.

Dia dijodohkan dengan orang sebelah Pantai Timur (oleh keluarganya) lalu kami terpaksa berpisah (wpun hari dia sanding saya selamba jer pegi dan borak dengan pasangan pengantin. Baju songket kuning masa tu, saya ingat lagi). Sejak awal saya redha dan kemudian saya tahu DIA tidak menjodohkan kami atas beberapa sebab. Antaranya, dia mahu isteri yang tidak bekerja tetapi saya jenis pompuan yang ‘tak duduk rumah punya orang’.

Alhamdulillah dia dan saya sama-sama mendapat jodoh yang baik (wpun sampai hari ini, bini dia kalu terjemuh saya di mana-mana, tengok saya macam nak telan...!)

Tayang-tayang:


Goodie bag, seorang rakan sekerja yang menerima menantu awal bulan tadi.



Isi: kek yang disebut depa, Kek Kemboja. Saya pun tak tahu. Tapi memang kek la. Dalam kotak ada map lokasi majlis. (Hmm bukankah kena sampai dulu baru dapat goodie bag nih?)



Perisa strawberri.



Yang ini perisa coklat.





 ~...begitu lama menjadi sebahagian warga Kampung Separuh Desa, HISYAM semakin sebati lalu larut di dalam arus kehidupan dan budaya yang mengalir sehingga setiap kali majlis besar kecik dia tidak pernah rasa terpinggir malahan ramai pula yang mengharap beliau menjadi kepala hidang atau setidak-tidak menjadi kepala penanggah yang cakapnya tak boleh disanggah, mintanya tak boleh dibantah dan SERI BULAN sahaja yang berani melawannya dengan melarang, untuk buat kerja bukan rokok menjadi upah tetapi kata indah menjadi peneman untuk tidor malam nanti...~




Wednesday, March 19, 2014

MH370 hilang: saya suka nak kongsi pendapat pakar Kapten Nik Huzlan ini...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
19-03-2014


Rabu. No WW. Entri ini agak panjang. Saya copy paste sebenarnya, sebab jika nak klik link, mungkin ramai yang tak berapa nak rajin klik.

Sebelum Kapten Norudin bercakap di TV3 tempohari, sebelum itu Kapten Huzlan juga turut dijemput bercakap tentang MH370. Kedua-dua temubual itu saya sempat tengok tetapi ada beberapa fakta yang saya tak berapa jelas dan tak berapa pandai nak explain.

Lalu apabila saya jumpa entri ini, saya suka nak kongsi di sini. Saya copy bulat-bulat, sebaris-sebaris tanpa diubah sedikitpun (kecuali kesilapan ejaan). (untuk klik entri asal boleh klik LINK INI)

Biodata Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain Bekas ketua juruterbang Serantau MAS Malaysia Airlines.

  • Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain berpengalamaman lebih 30 tahun
  • Isteri Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain adalah Ketua Pramugari MAS Malaysia Airlines
  • Bapa Mertua Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain adalah bekas Ketua Jurutera Malaysia Airlines MAS
  • Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain pernah bawa pasukan gergasi seperti Manchester United, Real Madrid serta tokoh politik dunia iaitu bekas Presiden Amerika Syarikat Bill Clinton

Berita Semasa cukup tertarik dengan penerangan Datuk Kapten Nik Huzlan. Datuk Kapten Nik Huzlan berjaya menjawab persoalan dengan jelas dalam bahasa & analogi yang lebih mudah untuk difahami lebih-lebih melibatkan aspek teknikal.

Bersama-sama ini Berita Semasa kongsikan bersama dengan pembaca BS antara pendedahan yang dilakukan Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain mengenai perkembangan MH370 yang terkini. Terbaik!

Antara Intipati Pendedahan Datuk Kapten Nik Huzlan Mengenai Tragedi MH370?

  • Mustahil sebenarnya untuk sebuah kapal terbang seperti MH370 terputus isyarat atau komunikasi kerana setiap pesawat ada 3 peringkat komunikasi dan ketiga-tiga ini memang berkualiti.
  • Selain daripada itu, agak mustahil juga untuk kita semua mengatakan pesawat MH370 mengalami total ‘electrical shutdown’ dan sekiranya berlaku sekalipun, pesawat ada masa yang sangat cukup untuk buat pendaratan kecemasan. Bukan sahaja itu, setiap pesawat mempunyai banyak bateri dan bateri ini mampu menjana tenaga untuk pesawat.
  • MAS adalah syarikat penerbangan terbaik dari segi ‘maintainance’ kerana menurut kapten, Amerika Syarikat juga meminta MAS bantu dari segi ini.
  • Kualiti juruterbang MAS juga adalah yang terbaik, bahkan menurut Kapten, juruterbang MAS sering “diculik” oleh syarikat penerbangan lain.
  • Seorang juruterbang itu akan buat SEHABIS BAIK selagi ada harapan, untuk selamatkan pesawatnya, walaupun gunung ada di depan. Bukan semudah itu untuk mereka putus asa.
  • Setiap pesawat boleh terkena petir, itu biasa. Namun aliran arus elektrik itu akan mengalir mengikut bentuk pesawat dan keluar ke belakang.
  • Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain sempat menemplak laporan berita luar negara yang membuat berita yang cukup “nonsense & dongeng” apabila mengatakan pesawat MH370 MAS Malaysia Airlines telah pergi ke Rusia sedangkan untuk ke sana MH370 perlu melepasi Banjaran Himalaya termasuk pancaran radar dari Turki, Uzbekistan, Turkmenistan.
  • Berita Semasa tertarik dengan apa yang dikatakan oleh Datuk Kapten Nik Huzlan, radar-radar di negara Thailand, India, Myanmar (mungkin ) dan negara-negara ‘tan’ di belakang, amat serius dan akan mengambil tindakan jika berlaku sebarang aircraft yang tidak dikenali di dalam airspace mereka. Negara seperti ini, sangat berbahaya jikalau dapat mengesan pesawat yang menceroboh kedaulatan negara mereka. Kecanggihan peralatan ketenteraan mengawasi ruang udara negara mereka tidak boleh dipermainkan. Begitu juga radar negara India “sangat-sangat berbahaya”.
  • Jangan tidak tahu, negara seperti di Singapura radar sangat hebat mereka mampu mengesan sehingga ke Kota Kinabalu.
  • Hanya pilot sahaja yang boleh mematikan transponder atau mmsg dalam mode tertentu.
  • Dan hanya orang yang berpengalaman mengenai koordinat dan tahu susuralur setiap jalan di udara.
  • Cara plane MH370 buat turning back seperti profesional kerana masa tepat dan kelajuan plane stabil, tidak laju, tidak perlahan dan tidak terhuyung-hayang.


Lagi Pendedahan Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain: MH370 Dirampas (MH370 Hijacked)?
  • Datuk Kapten Nik Huzlan Nik Ahmad Hussain mengatakan andaikata MH370 hijacked (MH370 dirampas) tidak mungkin dilakukan seorang. Pasti ada yang membantu yang mana bergerak dalam kumpulan. Siapakah dia?
  • MH370 hijacked (MH370 dirampas) boleh berlaku dengan syarat kumpulan tersebut arif dengan kokpit, besar kemungkinan “authorised person” di mana dilakukan dalam bentuk terancang yang ‘mungkin’ digerakkan ala-ala komando
  • Datuk Kapten Nik Huzlan Nik Ahmad Hussain mengatakan kapal terbang MH370 berpatah balik, mungkin diterbangkan oleh org yang mahir dengan laluan dan sangat berkemahiran tinggi untuk mengelakkan dari dikesan radar.
  • Andaikata MH370 hijacked (MH370 dirampas) sekalipun tidak akan dilakukan oleh penumpang. Sangat tipis kerana pintu masuk kokpit ada kod rahsia. Hanya kabin krew yang tahu kod rahsia itu. Apatah lagi, di dalam kokpit mempunyai CCTV unttk pilot/co pilot melihat disebalik pintu tersebut.
  • Tetapi Kapten Nik Huzlan Nik Ahmad Hussain ada mengatakan sekiranya salah seorang penumpang adalah org yang sangat arif tentang kapal terbang, dan memang ada agenda konpirasi tersendiri, jadi tidak mustahil berlaku insiden MH370 hijacked (MH370 dirampas).
  • Sekiranya berlaku rampasan Mh370 sekalipun, mereka masih ade masa untuk bersedia menghantar isyarat kecamasan.
  • Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain tidak menolak kemungkinan sekiranya MH370 hijacked (Mh370 dirampas) oleh kabin krew (pilot/co-pilot/pramugara/pramugari), cuma tidak dipastikan apa motif mereka.
  • Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain mendedahkan jikalau MH370 pergi arah Kazakhtan, memang boleh mendarat di sana, tetapi radar masih boleh kesan sebab untuk pergi ke sana perlu melalui banyak negara.
  • Jikalau MH370 pergi Lautan Hindi (Indian Ocean), memang tiada kapal terbang yang pernah lalu sana
  • Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain juga ada mengatakan bahawa terdapat banyak radar yang boleh detach MH370 jika MH370 turn over ke arah barat menuju ke Andaman Sea (Laut Andaman) Jika MH370 turun ke bawah menuju ke Diego Grasia ke arah apa yang dipanggil ‘lonely sea’ iaitu Lautan Hindi, baru kata kapal terbang MH370 hilang, kerana tiada radar yang berdekatan sana yang mampu menangkap dan mengesan pesawat MH370 ini.
Akhir sekali, Datuk Kapten Nik Huzlan menyatakan bahawa, Kapten Zaharie adalah antara juruterbang terbaik yang Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain pernah kenal selama kurang lebih 30 tahun.

Insiden MH370, mengingatkan dunia tragedi pesawat jenis Airbus 330-203 milik Air France yang terhempas ke dalam laut di perairan dengan Rio de Janeiro pada 1 Jun 2009 tetapi bangkai pesawat itu hanya ditemui dua tahun kemudian.


Selain Kapten Huzlan, saya memang tertarik juga dengan pendapat Kapten Norudin yang menjadi perbualan ramai di media sosial. Cara mereka bercakap sangat telus, berilmu, tenang dan berkesan di hati. Setuju. Kita harus berbalik kepadaNYA....

Seperti biasa, sama-sama kita terus mendoakan mereka yang terlibat agar semua mereka terpelihara, dikembalikan dengan selamat... dan pulang ‘in one piece’. Aaaaaminnn....




 ~...musim tengkujuh akan menjelma semula mengikut putaran lazim dan bila tiba saat sebegini SERI BULAN akan merungut-sedih kerana rindukan musim kering di mana bendang sangat hangat dan berangin yang mana mereka pernah berkejar sama bermain wau juga bersila bersama menonton wayang pacak di padang sekolah yang menurut HISYAM nenjadi nostalgia paling indah sepanjang menjadi warga Kampung Separuh Desa...~




Tuesday, March 18, 2014

School holiday: sila rebut cuti...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
18-03-2014


Memo di department saya sudah dikeluarkan pada Jumaat lepas. Kerana semua projek untuk merebut tender sudah selesai dan biasanya akan agak lapang sebulan selepas itu, lalu tawaran untuk mengambil cuti dikeluarkan oleh OurMananger. Bersekali dengan cuti sekolah minggu depan, lalu setiap staf di department saya ditawarkan boleh mengambil cuti maksimum 3 hari setiap orang.

Maka berebut-rebut la depa isi borang cuti. Alamatnya sunyi la department saya ni minggu depan. Saya? Saya tak ambil pun, kerana saya dah plan nak ambil pada bulan April nanti untuk suatu program percutian. Ahaaa... kita terbang lagi!

Menjelang April dan seterusnya, dijangka projek akan menimbun semula dan rutin ‘keluar bulan balik bulan’ akan berulang lagi dan lagi. Alah bisa, tegal biasa. Selagi bernama ‘saya yang menurut perintah.’

Semua orang sudah menjangkakan, kesibukan tahun ini pasti akan lebih dari biasa, kerana permohonan company untuk tersenarai di papan Bursa Saham telah pun berjaya. Pastilah ada banyak projek yang bersusun menanti dan pasti juga tekanan akan lebih dari biasa.

Saya? Saya suka tekanan!

Tayang-tayang:


Bekal saya tadi. Ayam Masak Hitam. CHAK kata, “Chak ingat ada Ayam Masak Merah jer.” Yeaaa... Ayam Masak Hitam, ala-ala kerutup. Rempah beli segera punya. Saya cuma tambah kerisik. Enak la juga.



Telur Dadar + MixVege. Sedikit hangus. Lebih nak meratah sebenarnya. Kadang-kadang saya tambah hotdog, tapi this week no stok. Syukur jer apa yang ada.

MH370 hilang: saya semakin pelik. Semakin ragu. Tetapi saya sudah ‘malas’ nak follow beria-ia macam minggu-minggu lepas. Sekadar menanti dan mendoakan agar mereka yang terlibat akan pulang ‘in one piece’. Aaaminnnn....




 ~...sebenarnya Mak Utih sudah lama sedar akan kelibat Tok Anjang Dali yang berselang hari menjenguk laman Teratak Nyatuh tanpa sebab tetapi belum berani dia hendak mengadu-rungut kepada Pak Utih bimbang pula lelaki-to-lelaki bercakap, yang pompuan yang akan dipersalahkan namun apabila HISYAM membisik kesal akan keadaan yang berlaku, Mak Utih hanya berharap SERI BULAN tidak dibiarkan berjalan sendirian lagi...~




Monday, March 17, 2014

Sepagi Sunday plak...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
17-03-2014


Alhamdulillah, hujan mulai turun hampir setiap hari bermula minggu lepas. Di tempat tinggal saya, sejak petang Sabtu membawa ke malam, hujan memberikan kegembiraan kepada semua orang, sehingga hampir semua status di FB update tentang hujan. Ternyata kita sangat rindukan hujan, setelah kemarau dan kering dirasakan menyiksakan... sedangkan musim berganti itu pun anugerahNYA sepertimana DIA memberikan hujan pula...

Pagi Ahad semalam tu hujan turun agak awal lalu jadual rutin saya dan MyToklaki agak berubah. Untuk ke pasar seawal pagi pun terpaksa ditangguh sehingga hujan berhenti. Hmmm... sekitar jam 10:30am baru dapat bergerak keluar.

Hmmm sarapan dulu bersekali tapau untuk rakyat di rumah. Kali ini ke Kompleks Muhibbah. Lagi.


Nampak banner ni. Hmmm menarik. Patutpun nampak orang agak ramai dari biasa.


Dapat snap dari jauh jer. Suara pun tak dapat nak dengar sangat. Bersulam dengan keriuhan orang bersarapan, juga latihan silat bersanggah dengan bunyi hiakkk! hiakkk! orang berlatih tae-wan-do.



Tapi dah niat nak sarapan, haruslah cari benda makan dulu.


Menarik cekodok bawang ni, tapi saya tak beli pun. Benda ni boleh buat sendiri kat rumah.

Akhirnya:


Chicken Chop. Satu kongsi berdua. Dah macam brunch.

Hmm... ke pasar Pudu agak lewat dari biasa memberikan beberapa perbezaan. Ayam yang biasa dibeli dari brother ayam tu dah habis. Terpaksa beli dari orang. Harga sama jer sebenarnya.

Niat nak buat Cucur Jagung, tapi orang yang menjual jagung pun macam dah balik. Tinggal longgokan kulit dan bulu jagung jer. Alahai... padan muka aku!




 ~...sejak tahu di mana laman Teratak Nyatuh, Tok Anjang Dali sentiasa mencari sebab dan alasan untuk berlegar dari sudut ke sudut, penjuru ke penjuru mengintai menginjak kaki dengan harapan dapat melihat kelibat SERI BULAN tetapi apabila HISYAM yang sering dilihat keluar masuk, orang tua miang itu bagai cuak dan muak dalam cemas dan lemas...~




Sepetang Sabtuday...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
17-03-2014


Atas pelawaan seorang teman lama yang baru balik dari tugasan di luar negara. Sebuah negara Timur Tengah yang pernah bergolak.

Sambil meraikan hari ulangtahun kelahiran beliau yang jatuh pada hari sebelum. Sori Berlori saya boleh terlupa. Maklum lama tak jumpa.

Sabtuday di mana saya bekerja separuh hari. Sama macam dia.



Macam biasa, bila masuk PizzaHutt, saya mesti nak order air ni. Asam Boi Fizz. Dia ikut saya.




Tak jemu-jemu. Chicken Cabonara. Tengah lapar pun alasan yang sama jugak.


Garlic Bread dengan black sesame. Hmmm manis. I don’t like.


Super Supreme personal pan. Cukup sangat.


Bukti kehadiran, kunun. Dahi jendul pun dah cukup.




 ~...suatu petang yang indah permai HISYAM pernah mengulangi ikrar janji SEJIWA ber-kod-kan SB di mana SERI BULAN tidak pernah jemu mendengar tidak pernah jeran menahan...~




Sunday, March 16, 2014

Sahabat KLfm: rupanya dia sudah meninggal...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
16-03-2014


Petang tadi, saya terkejut terkedu bila terbaca status seorang sahabat lama. Sahabat KLFM dulu. Jarang dia update. 4,5 bulan sekali baru update. Dan biasanya, bila dia update pun, adalah ayat-ayat madah or puisi indah beberapa baris. Dan juga... selalunya saya la seorang yang akan komen di situ sebagai seorang sahabat yang menyokong.

Rupanya dia sudah meninggal. Disebutkan tarikhnya 9 November 2013, jam 6:30 pagi. Dah lama rupanya. Status di-update oleh adik arwah. Saya rasa terperanjat kerana saya rasa saya mengenali beliau begitu lama. Sejak 2002 lagi. Cuma persahabatan kami di alam maya ada on-off. Jarang sangat kami berhubung dalam sms. Sekali sekala, 5,6 bulan sekali dia sms tanya khabar. Kadang-kadang maklumkan kepada saya tentang beberapa siri rawatan yang beliau hadiri. Memang beliau berpenyakit.

Saya pernah menulis tentang saya dan MyToklaki melawat beliau di rumahnya. Entri di SINI:

Jenoh saya cari semula entri tu.


Semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.



 ~...untuk menghadapi sebuah kesedihan bukanlah mudah tetapi selagi HISYAM ada sentiasa, SERI BULAN tahu kesedihan itu amatlah rendah lagi perlahan...~




MH370 hilang: orang muda bila marah, orang tua bila melatah...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
15-03-2014


Genap seminggu. PM petang tadi sekitar 2:20pm (saya masih di KD ketika itu) mengadakan sidang akbar yang dinanti-nanti. Satu fasa baru dalam misi mencari dan menyelamat setelah seminggu pelbagai usaha (termasuk yang tak masuk akal) dilakukan.

Kita harap apa saja kemungkinan dan andaian yang dalam siasatan, akan disokong secara bersatu-padu oleh seluruh lapisan masyarakat. Inilah masanya kita diuji dan untuk kita menunjukkan kita satu kumpulan bersatu. Rakyat Malaysia.

Namun, apa yang kita lihat ada sahaja perkara yang kita tak jangka malah kita tak suka pula yang muncul dari hari ke hari. Seronok? Yeaa ada pihak seronok melakukannya, ada juga puak yang seronok menyaksikannya.

Sehingga tumpuan kita jadi berserakan. Antara yang realiti dengan yang imaginasi. Membawa kepada rentetan komen mengomen, kata-mengata dan hukum menghukum.

Umum tahu, bila orang muda menyelar dengan emosi dan kata hati (dan tentu juga dengan ilmu pengetahuan dan kuasa yang ada), orang tua pula yang tak boleh terima.

Saya berpendapat, jika sidang akhbar khas dari pihak orang tua 'sentap' dibuat untuk memberikan respons terhadap orang muda berdarah panas, ianya akan menjadi perbalahan jika ada sambut-menyambut. Saya harap, yang muda tidak respons. Tidak bereaksi. Tidak melenting kala yang tua sedang melatah. Takut ada yang kena belah dek buluh yang patah.

Rakyat sedang menonton. Rakyat sedang memerhati. Anak-anak saya yang tak minat politik pun dah pandai komen itu ini.

Yang penting, fokus kepada isu sebenar. Ada ratusan nyawa sedang dipertaruhkan di luar sana. Di luar yang kita tidak pasti di mana lokasi mereka. Ntah hidup ntah mati. Ntah makan ntah kebuluran. Sama-sama berdoa semoga kesejahteraan mereka terpelihara dan kita berjaya membawa mereka pulang tanpa suatu pun perkara yang tragis.

Saya tidak dapat membayangkan jika salah seorang mereka adalah anak-anak saya or ahli keluarga saya.

Tayang-tayang:


Sangkar anjing pengawal tempat kija saya ni diletakkan di tepi guard house sementara rumahnya diroboh dan diubah ke tempat lain. Saya tak berani dekat sebab kuat melalak. Anjing ni dilepaskan selepas 11 malam setiap hari (kecuali jika masih ada staf belum balik) dan ditambat semula sebelum 7 pagi. Untuk tujuan keselamatan.




 ~...sejak awal lagi sejak pertama kali menjejak kaki di Kampung Separuh Desa, HISYAM sudah dapat mengagak tentang renungan mata Tok Anjang Dali setiap kali melihat SERI BULAN tetapi dia hanya berani mengawasi dari jauh tetapi apabila SERI BULAN terperangkap sendirian di lorong denai yang masih basah lalu dia berlari sambil mengangkat kain setinggi lutut, tahulah HISYAM bahawa Tok Anjang Dali memang sudah lama mengidamkan SERI BULAN. Huhh!...~




Thursday, March 13, 2014

Kerjaya: selepas setahun...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
13-03-2014


Bulan ini, saya genap setahun di sini. Sebuah organisasi yang paling besar pernah saya berkhidmat. Paling stabil setakat ini. InsyaAllah menjadi tempat terakhir saya berkhidmat.

Sejak dulu, saya bukan jenis suka lompat kerja. Paling singkat saya kerja di suatu tempat adalah 3 tahun. Yang lain semuanya lebih 5 tahun. Malah di Jalan Imbi dulu sehingga 9 tahun, jika tidak kerana company mengambil keputusan untuk berpindah ke China.

Saya suka cabaran. Saya berani mengaku saya ‘fast learner’. Saya semakin cekap dalam masa mengutip pengalaman dan cabaran kerjaya. Saya tidak pernah berniat untuk menukar bidang kerjaya saya, wpun dulu saya tak pernah tahu apa benda kerja ini. Tak pernah profession ini tersenarai dalam cita-cita murid sekolah seperti budak tulis — nak jadi polis, doktor, peguam, tentera.... or seumpamanya.

Tetapi work with books, seriring dengan minat mendalam saya tentang bahasa, buku dan penulisan ianya menjadi satu takdir terbaik buat saya. Suatu kerjaya yang saya jaga sebaik mungkin dan sepanjang lebih 25 tahun dalam bidang ini, saya harus bangga dengan diri saya.

Walaupun mungkin saya tidak dilihat tinggi, kerana saya tidak pernah pegang jawatan hebat tetapi pernah menjadi Team Leader beberapa tahun, mengendalikan kelas latihan selama beberapa bulan untuk junior juga para senior, suatu pengalaman yang buat saya bangga sendiri. Orang lain nampak benda tu kecik pun, saya tak kisah. Asalkan saya tahu ketika itu saya berjaya mengajar 8 orang junior dari zero sehingga berjaya menghasilkan produk. (Malangnya beberapa gambar saya sepanjang tempoh pengajaran tu, tidak berjaya diambil setelah web KgMMS KLfm ditutup)

Dan, setelah setahun di sini, saya akhirnya berjaya meletakkan diri saya sebaris dengan sebahagian besar mereka yang sudah bertahun di sini. Setidak-tidaknya seiring, dan ada ketikanya, saya tahu beberapa perkara lain yang mereka tidak tahu (dan tidak mahu ambil tahu, sebab ada antara depa ni suka berada dalam zon selesa).

Zon selesa? Saya sudah serik selama 3 tahun di Maluri dulu, saya terlalu selesa sehingga saya rasa saya menjadi orang yang statik. Macam zombi. Takda cabaran langsung. Dan inilah rahmat dari NYA. Hikmah bila production Maluri ditutup dan saya mendapat rezeki yang sangat-sangat saya syukuri di sini. Jauh tapi berbaloi....!

Tayang-tayang:


Lunch saya. Hari apa ntah. Lama dah.





 ~...tidak pernah meletakkan sebarang tempoh masa untuk terus bermastautin, HISYAM berkali-kali mengingatkan SERI BULAN jangan pernah terfikir untuk pergi selagi dia masih di sini, jangan pernah mengajak pulang selagi diri masih dikasih disayang di sini dan jangan pernah menyebut untuk berpisah kerana hati sudah terikat kejap, jiwa sudah tersimpul mati...~




Wednesday, March 12, 2014

MH370 hilang: DJ stesen radio RTM sebut "nahas"?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
12-03-2014


Sepanjang di tempat kerja saya biasanya layan Sinar.fm. Sekali sekala tune Klasik.fm. Sesuai la dengan jiwa saya yang dah ala-ala ganyut nih...

But dalam keta, sepanjang pagi kami layan Ikim.fm. Balik keja, driver biasanya tune stesen yang ada lagu-lagu kenangan tuh. RTM punya stesen.

Petang tadi, kami sempat dengar live sidang akhbar, kira-kira jam 5.40pm. Then DJ pun ulas sebaris dua. Dan dia sebut, lebih kurang gini: "begitu lah tadi sidang akhbar berkaitan nahas MH370...."

Terus driver sebelah jerit, "Nahas??!" Bukan just hilang jer ker?

Well... mana saya tahu. Kalu saya tulis panjang kang, saya plak yang 'nahas'.

Anggap jer DJ tu terlepas cakap. Dah tak leh nak tarik balik dah.





 ~...jangan sengaja mencari nahas...~




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails