Apa khabar semua?
Tiada cerita bila kalut ntah apa-apa.
Terimakasih everyone!
Masa agak terbuka untuk minggu ini dan minggu hadapan sahaja. Bila tiba Pesta Buku PWTC nanti, 2 minggu akan penuh dan padat tanpa off. Aku sudah diberikan schedule tidak rasmi. Borang sudah tiba, tapi aku tak download pun lagi. Tak mengapa.
Jadual rasmi akan dimaklum menjelang minggu depan. Plan setakat ini, aku dijadualkan akan bertugas pada hari pertama Pesta (27 April), 2 x Sabtu dan Ahad dan 1 lagi hari special iaitu Hari Pekerja, 1 Mei.
Jom, ramai-ramai meriahkan Pesta Buku lagi tahun ini. Tidak rugi membeli buku bagi menambah ilmu.
~...bila dilihat sebagai anak dara bukan pingitan, tetapi penampilan kosong tetap menarik perhatian sehingga Jalal sanggup memanjat tingkap sampai kena terajang tetapi SERI BULAN yakin HISYAM sedia maklum kekosongan itu sebenarnya diisi dengan keberadaannya...~
~...HISYAM memang tidak suka mendesak tetapi SERI BULAN seringkali pula bersikap mengasak mujur pula Mak Utih memahami lalu bersyukur mereka tidak pernah dilihat bergasak...~
~...merasai diri sebagai lelaki paling popular walau bukan lagi seorang teruna sudah cukup membuatkan HISYAM merasa perasan tidak kerasan sehinggalah SERI BULAN sering pula menjadi pemesan yang tidak jeran mengingatkan bahawa perasaan itu adakala tidak langsung memberi kesan pada sebuah persahabatan...~
~...demi sebuah persahabatan yang sukar orang lain fahami, cukup bagi SERI BULAN menyimpan kenangannya bersama HISYAM sepanjang menjadi pemastautin tetap Kampung Separuh Desa dan tiada orang lain pernah cuba mengerti...~
~...pertama kali tiba memang HISYAM keliru antara Itik Nila Biru dan Ayam Piru seperti juga SERI BULAN yang sukar membeza antara Mengkuang dan Pandan lalu bila dikerah memetik pucuk cemperai dia tidak sangka ranting susah dicerai, akar susah disesah dan daun susah diperah...~