Saturday, March 31, 2012

Rutin Huru Hara...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
31-03-2012



Dah nak masuk seminggu, rutin aku berterabur huru hara. Tak tau kenapa.

Time tido mula-mula berubah sikit jer. Terlewat, pastu 4,5 hari aku dah tak boleh nak tido awal. Kul 1,2 pagi masih berjaga. Ada 2,3 kali pulak, tido seawal 10 pm, tapi kul 3 terjaga tak leh tido sampai ke subuh.

Then, 3 hari ni badan rasa tak selesa. Cirit-birit sampai aku takut nak makan sembarangan. Walaupun tak teruk (tak pegi klinik pun), dan aku masih mampu kerja, tapi tetap rasa berbeza.

Semalam aku terjaga tido dari kul 3 pagi. Terbedik lama. Kemudian sempat blogging sekejap. Ada ler blog yang terima komen aku jam 3 pagi.

Hari ini, berulang ke tandas lebih kerap dari biasa. Balik petang tadi, rasa macam nak demam tapi takler demam pun. Rasa loya, dalam perut macam panas.

Mood hilang terus. Masak pun tak larat. Layan web lagi la takda mood.

Tadi tido macam biasa, tapi kul 2.30 tadi terjaga balik. Susah nak lelap.

Demam ker aku?


Lunch siang tadi. Bubur. Yang bulat-bulat tu, Chicken Bite.

Entri ni: kul 3.28 am.




~...tergelincir jatuh ketika menuruni lembah menuju baruh mencari pucuk manis sehingga berbirat betis bukan lagi suatu halangan untuk SERI BULAN terus menawarkan diri ke sana, selagi HISYAM sedia menjadi tangan yang menyambut, mulut yang menyebut dan hati yang meribut...~








Friday, March 30, 2012

Kenangan Mengusik Jiwa: Citer P.Ramlee lepas Peristiwa Dunia...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam JemAAt
29-03-2012



Pagi semalam, di Radio Sinarfm, ada segmen kenangan “Anda dan TV”. Macam-macam kisah yang dikongsi, membuatkan kita pun teringat sama.

Masa aku kecik-kecik, aku selalu ikut MyKakak-Kakak pegi tengok tv kat rumah orang. Kami lum mampu ada tv. So, ada 2,3 rumah yang sedikit berada, beli tv kecik, hitam putih, guna bateri basah. So tiap minggu bila ada tayangan gambar Melayu, berdoyon-doyon la kami pegi macam orang nak pegi tengok wayang. Feeling tu lain tau. Sebab seminggu sekali jer.

Kebanyakan yang pegi pun, golongan muda-mudi la. Mak-mak tak ramai yang pegi. Ada rumah yang kutip 2 kupang (20 sen), ada rumah yang kasi free jer. Aku masih ingat, bila time tayangan filem Melayu dulu, biasanya malam Sabtu selepas rancangan Peristiwa Dunia. Skang rancangan tu dah takda. Kalu tak silap mula-mula Berita, pastu Peristiwa Dunia, then baru filem Melayu. Kadang2 terlentok nak tunggu filem start. So, balik memang lewat malam betul. Tapi zaman dulu, bawak pelita minyak tanah jer. Tak jadi apa-apa pun. Yang lelaki pun tak ganggu. Jauh sekali nak ada kes culik atau rogol. Langsung takdak. Meriah jer kami sebab hiburan seminggu sekali tu sangat best!

Tapi tak ler lama sangat camtu, sebab pastu kami pun ada tv sendiri gak. MyArwah Ayah beli tv yang ada pintu kat depan. Sliding body kayu. Kira hebat dah tuh. MyArwah Ayah tak berapa suka kami bertandang rumah orang. Sebab mula memang ler layan filem Melayu jer, pastu melarat nak tengok citer Combat la (sebab ada Vic Morrow konon), tengok citer Mission Impossible lar, Six Millions Dollar Man larr... Charlie’s Angels laaa... > ni kira dah moden skit.

Pic Google


Tv kami guna bateri basah sebesar beg luggage tuh. Kena cas kat kedai. Bila dah masuk letrik (masa tu aku Darjah 6 kot), tv cucuk kat plag plak. Tapi rancangan tak banyak. TV3 pun lum ada masa tuh. Masa ada tv sendiri, jakun sampai Rancangan TV Pendidikan pun layan! hahahahaha... Sapa masih ingat, dulu ada 2 orang badut selalu berlakun dlm rancangan TV Pendidikan tuh? Aku pun layan gakkkk...



Dulu kalu kuar Porta-Color camnih, maknanya lum start siaran or siaran tamat. Skang mana ada lagi dah. Siaran 24 jam sampai kita tak tengok pun, tapi tv yang tengok kita plak...!

Sekarang? Bak kata seorang caller, zaman anak kita sekarang, tv gantung kat dinding, tekan guna remote, rancangan 24 jam sampai tak menang mata nak tengok.

Sebuah kemajuan. Tapi nostalgia lama itu sangat mahal dan indah untuk dikenang.




~...kerana hanya rumah Pak Utih sahaja yang diisytihar sebagai cafe internet kampung, lalu bila ramai sekali pengunjung SERI BULAN mula merasakan peluang untuk bersendirian semakin menipis walau HISYAM sering menjadi peneman tetapi apalah ertinya berduaan bila masing-masing sedar orang ketiga sering mencuri tempat menempah sebat...~













Thursday, March 29, 2012

Monolog...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
29-03-2012





Berikan aku ruang untuk bergerak sendiri seperti cahaya matahari itu.

Juga,

berikan sedikit ruang juga, untuk menjalar sendiri seperti akar pokok itu.

Lokasi: UPM.
Pic: koleksi tugasan, tidak cilok dari mana-mana web.







~...setiap kali terluang, SERI BULAN lebih selesa berbuai tepi di Sungai Menghijau Lumut, menjuntai kaki mencecah ke air terasa dingin hingga ke tumit sedang HISYAM merasa dingin hingga kepala, “kenapa kepala?”...~













Lelaki: come on laaarrr...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
28-03-2012


Macam remeh sangat. Tapi buat aku meluat pun ada.



Masa sembang dengan aku, bukan main lagi miangnya! Mujur urusan kami cuma berlangsung 2 jam. Itu pun jenoh aku tahan perut sebab dia asyik buat lawak merapu. Kalu tak kenangkan dia tu client, malas aku nak layan.

*bukan semua lelaki begitu, kan?




~...begitu panjang era persahabatan mereka berlangsung begitu juga banyak sekali penghargaan yang diberikan oleh HISYAM kepada SERI BULAN sehingga rasa kasih begitu menebal, rasa rindu sering menggebu dan rasa debar sering menggetar lalu apabila ada sahaja usikan miang, SERI BULAN terasa hendak mengganyang...~








Wednesday, March 28, 2012

WW: Impian Yang Mungkin Tidak Terlaksana...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
28-03-2012





Berangan, lalu pinjam gambar orang.
Lokasi: Bangsar.




~...SERI BULAN: “saya faham.” HISYAM: “saya pun faham.”...~








“Cina Buta”: Timba kena masuk perigi, Bro...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
27-03-2012



Aku pernah terlintas hendak menulis tentang Cina Buta ni ketika terdengar perbualan 2 orang lelaki tentang kes ini. Kemudian tidak tertulis pun kerana tidak tahu bagaimana nak mulakan citer. Then terus terlupa pula.

Sehinggalah, TV9 menayangkan drama melalui siri Ratu bertajuk “Bukan Untukmu” yang mengisahkan sepasang suami isteri telah bercerai talak tiga (tak sengaja kata si suami). Walaupun masih kuat rasa kasih dan cinta, juga kerana anak-anak yang masih kecil, tiada jalan lagi untuk mereka kembali sebagai suami isteri kecuali Cina Buta.



Mula-mula malas betul nak tengok sebab ada si MEMEY nih. Tapi bila masuk episod 2, macam best plak.

Drama ini elok ditonton kerana ada mesej berguna — walaupun ada amaran untuk mereka yang berumur 13 tahun ke atas dan perlukan bimbingan orang tua. Drama terbitan Suhan Movies (Rosyam Noor).

Tidak tahu apa kesudahan kisah mereka kerana drama ni baru saja bermula beberapa episod. Seminggu 2 kali. Isnin dan Selasa, setiap 8.30 malam di TV9.

Apa yang aku dengar pula dari perbualan dua orang lelaki adalah lebih jelas lagi. Kelakar pun ada. Jika dalam drama itu, dipaparkan si suami lakunan AKO itu sangat jahil dan naif pasal hukum agama berkaitan perkahwinan, perbualan lelaki berdua itu lebih kurang begitu juga.

Cemana aku bleh dengar? Masa itu (bulan lepas) aku dalam bas ekspress tiket terakhir menuju Utara. Tengah malam. Memang suka amik seat depan sekali. So aku duduk betul-betul belakang driver. Single seat. Driver memandu ditemani seorang lelaki. Assistant dia ler kot, tapi tak pakai umiform pun.

Dari gaya sembang, depa berdua ni memang serasi dan nampak berkawan baik. Dan terbukalah citer pembantu dia — yang suka sembang gaya rock “lu–gua” — sudah bercerai dengan isterinya, bertalak tiga.

Si pemandu yang dipanggil “Bro” itu, kelihatan lebih dewasa dan bijak berkata-kata. Dalam gelap malam, tak nampak pun muka berdua ni. Dan depa pun tentu tak nampak muka aku.

Si lelaki mengadu kepada Bro, dia nak rujuk semula dengan isterinya walau apa pun terjadi. Banyaklah alasan dia. Terutama tentang tak sengaja cerai, masih sayang dan juga kerana anak. Tapi yang aku faham, anak pun dia tak pernah bela. Sehingga anak tu dah berusia 7 tahun baru dia pegi jengah. Sempat gak si Bro tu “tembak”: “Lu memang bapa yang bagus aarrr... Lu bleh tinggal anak bertahun macam tuh eh?”

Aku dengar, sengih saja. Pura-pura pejam, supaya tak kelihatan sebenarnya aku memang pasang telinga. Seronok lak dengar orang jantan sembang bab rumahtangga, cerai berai, anak-anak dan tanggungjawab.

Sembang berlarutan berjam lamanya. Dan isu Cina Buta timbul bila si lelaki nak cuba cari seorang lelaki untuk kahwin dengan janda dia.

Si Bro pun nasihatkan dia, cara tu tak baik. Paksa janda kahwin tapi pompuan tu lum tentu rela lagi (sama ler macam dalam drama tuh, siap nak upah budak despatch pejabat yang lurus bendul jadi Cina Buta).

Part yang aku nak tergelak bila si Bro cakap:
“Lu kena ingat bro, bila depa kahwin ‘timba kena masuk perigi’ Bro.” Aku terus dapat tangkap. Bahasa kiasan tu depa sama-sama faham.

Si lelaki — yg duduk di lantai bas, tepi driver, betul-betul tepi kaki aku — kelihatan terkejut. Siap tepuk dahi dan baling topi ke lantai. Hahahahaha!

“Mana bleh Bro! Gua tak bleh terima Bro!” bentaknya. Nampak benor jahil ayat dia tuh, kan?

“Betul. Ini hukum. Cemana pun, timba kena juga masuk perigi, Bro.” Tekan lagi si pemandu, serius.

“Ohhh tak bleh! Tak bleh Bro. Itu barang gua punya, Bro!” Part ayat ni memang aku tak bleh tahan. Tekup mulut sendiri takut terbabas plak gelak besau aku!

Kalu itu barang lu punya, apasal lu tak jaga betul-betul dulu? > ni ayat dalam hati aku jer. hikhikhik!

Ada lagi la yang depa sembang. Konon nak bawak nikah di Siam la, dah ada pak sanggup la... macam-macam. Tak ingat dah aku.

Moral of the story: perkahwinan memang suci, jangan dicemarkan dengan panas baran dan ego semata. Sebab bila dah jadi camni, menyesal.

Jika tak pasti sesuatu, bertanyalah pada yang arif. Ustaz ramai ada, tanya saja.

Aku sendiri tak bleh jawab bila anak aku tanya, kenapa Cina? kenapa buta? Nak relate kat mana tuh?


Gambar sekadar hiasan.
MyAnak Menakan; ZARUL HAZMAN ‘SER’ yang bernikah minggu lalu dengan pasangannya NORAIDAH.




~...SERI BULAN sudah lali dengan nakalnya lelaki, sepertimana mereka tidak pernah berhenti untuk menakal juga masak dengan perangai separuh masak sang lelaki seperti mana mereka yang tidak rajin memasak sehingga bertemu HISYAM yang berjaya mengubah rasa mengubah deria lalu mengubahnya menjadi asmara...~










Tuesday, March 27, 2012

Selamat Ulangtahun ~ Di bawah Header baru...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
27-03-2012



Hehehehehe... entri pasal “first period” pun komen berjela, kata kawan aku. Bukan apa, sekadar terkenang.

Zaman sekolah dulu, kat sekolah ada Sains Rumahtangga. Cikgu subjek ni jer yang ada stok pad (zaman dulu disebut Modes). Sekeping dijual 20sen. Nak pegi beli, memang terbisik-bisik ler kat cikgu tu yang tengah mengajar. hehehehe.

Sekarang ni, iklan tuala wanita tiap jam ada tunjuk kat tv. Kita dulu? Mak pun tak berani sebut. Sekarang, segala jenis macam fesyen dan rupa ada. Pilih jer. Iklan terang-terang. Kaum lelaki pun selamba jer sekarang tengok. Yang rajin jadi tukang beli pun dah ramai. Tak kisah.

My two sons pun sekali sekala jadi tukang beli gak. Selamba jer kekadang si AMOI soh beli bila stok kat umah habis. Tapi aku tak berapa galakkan. Aku lebih suka beli stok banyak-banyak dan simpan. Maklum, kita ada ramai anak dara. Ni dah tambah lagi sorang. Mau sekodi kene stok nih! hahahahaha!

Lupakan bab keistimewaan khas kaum wanita tuh.



Aku nak tukar header. Yang ini baru buat semalam. Belasah sebab semalam boring kat ofis.

Last but not least: SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN kepada mereka ini: MyAnak Menakan, My Sahabat dan My Teman Blogger.


Aku baru tahu nama HANIS AZLA.



Moga sejahtera dan ceria selalu!




~...surat di bawah tempurung di hujung ampaian walau sedikit lembab dek embun tengah malam, tetapi masih mampu jelas dibaca SERI BULAN tentang suatu lagi kata ikrar dari lelaki di rumah sebelah baruh sana, bahawa walau bintang tinggal sebutir, kasih dan perhatiannya tetap meluas seperti langit yang terbentang...~














Monday, March 26, 2012

First Period: Aku Harap Dia Tak Baca Entri Ni.. hehehehe!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin, malam
26-03-2012


Ini citer orang perempuan. Orang lelaki tak digalakkan baca. Hehehehe. Tapi kalu dah terbaca tu, teruskan jer lah.

Semalam lagi ALIA macam gelisah jer. Asyik sakit perut. Aku ingatkan dia kena food poison ker sebab kami pegi makan kenduri. Tapi orang lain okey jer.

Pagi tadi dia pun macam tu juga. Asyik berulang toilet. Tapi dia kata ok nak pegi sekolah. Dan aku pun pegi keja. IKA ada di rumah sebelah pagi, balik skulah tengahari. Tiket kul 1.

Petang tadi balik skulah, lepas mandi dia terus landing. Lembik lain macam. Aku pelan-pelan pegi tanya. Sebab aku dah syak sesuatu. Betullah.

Dia dah tahu semuanya. Lagipun pagi tadi IKA ada ajar dia. Dia sendiri pun ada belajar kat skulah. Aku cuma pesan, “esok kat sekolah, bawa spare. Jaga jangan sampai kena kain sekolah.” Dia angguk, sambung tido. Tak dinner pun.

Hehehehehe... kira lewat gak la. First period. Untung gak kena kat rumah, age Form 2. Aku dulu Form 1, bulan Mac. Kena kat skolah. Panik giler! hehehehehe


Dia tak suka bergambar langsung. Susah nak dapat gambar dia.



~...SERI BULAN pernah tersanggit hati kerana pengalaman menjadi pembantu hospital sebagai orang kiri seorang doktor dulu dipandang remeh pula oleh Bidan Piah sehinggakan HISYAM tidak beralasan lagi untuk menseimbangkan keadaan antara bidan kampung dan rusa yang baru masuk kampung...~






Lunch yang tak alone ~ Open TANGLING...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
26-03-2012


Tekanan kerja berada di bawah kawalan. Walaupun terpaksa handle sendiri hampir semua projek di department, itu bukan sebab untuk merungut atau menyerah kalah. Pasti akan ada kekuatan demi kekuatan untuk cabaran ini. Kerja tetap kerja.

Mujur juga kerja-kerja luar semakin menyusut dan aku rasa happy sebab sekarang ni Sabtu Ahad, masa lebih banyak yang terluang. Lepak kat rumah or jalan-jalan pun dah boleh lebih kerap. So sekarang, seronok jer rasa nak plan itu ini untuk budak-budak. Kepala dah malas nak fikir pasal kerja luar sangat. Sekarang adalah masa untuk “menuai hasil”. Ngeh! Ngeh! Ngeh!

Bak kata Faizal Tahir tadi: “Its a good sign”.

Sejak dulu aku “lone ranger” di tempat kerja. Dah tinggal sorang ni, lagilah “alone”. Walaupun kawasan kami lunch tu kawasan yang sama, bila ronda-ronda dalam JJ tu selalulah terjemuh dengan kengkawan sekerja, tapi aku memang tak join. Depa pun dah faham.

Ada masa, tak alone juga bila ada kawan-kawan datang area sini ajak lunch sama. Samada depa memang rajin, atau kekadang ada urusan di kawasan sekitar, kami lunch together-gether.


Pari sebesar 2 tapak tangan. Tak habis pun, aku yang tapau bawak balik.


Aku order Mihun Sup + Ayam Goreng.

Tiap kali ada makan beramai ni, aku selalu teringat port lama makan ikan bakar; TANGLING. Dah lama tak pekena ikan bakar dan Cucur Jagung PakDin TANGLING. Tempat kenangan. Walau semakin jarang berimpun, tapi aku tetap suka nak pegi lagi.

Tempat tak eksklusif sebab tak macam restoren ada aircond, tapi aku berani kata, kena banyak duit juga untuk makan di situ. Memang mahal sebab sudah ada nama dan terkenal. Sentimental value bagi orang yang sudah “membesar” dengan ikan bakar dan Cucur Jagungnya sejak bertahun dulu.

Jom geng! Dengar khabar ada plan terbaru nak gathering di sana. Kena tuntut janji kawan kita yang tangguh plan Open Table bulan lepas. Yang tak tahan panas, simpan duit dan makan kat tempat bersalji. Ahaks!




~...HISYAM memang nakal lalu mengapa mengajak SERI BULAN sama...?~








“Kalaulah aku boleh beritahu nama penulisnya...”

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
25-03-2012




Kita ni, bila dah kahwin tak kisah sangat kawan ramai setakat kenal biasa. Takda keperluan, tak jumpa. Jika perlu, kita bawa suami sekali, or at least pasangan kita tahu urusan tersebut. Dunia sekarang, walaupun ramai berfikiran terbuka, bab status dan kahwin kena jelas. Jangan bereaksi seolah-olah solo atau boleh memberikan kekeliruan kepada kawan tentang status kita.

Tapi, dalam pada itu ada juga yang sengaja lupa — dalam kes ini kita boleh sebut sebagai dugaan.

Beberapa tahun dulu, seseorang bernama kawan pernah menulis pada aku tentang perasaan dia. Kenal 2,3 tahun, masing-masing tahu diri dan status. Walaupun dia tahu aku dah kahwin, dia masih nak luah perasaan. Kesian dia. Kesian sungguh. Sebab macam dah tak ada pompuan lain untuk dicurah ayat begitu. Buat bazir saja. Kesian.




Buat aku terfikir, terlalai part mana? Sampai boleh buat orang berperasaan gitu terhadap aku? Kami jumpa 2,3 kali dan 2,3 kali itu semua MyTOKLAKI ada sama.

Jangan ingat aku nak perasan plak. Kisah ni dah lama. Aku hampir lupa pun. Memang tak pot sangat masa tu. Tak penting, tapi kesannya? Aku memang tak contact dia langsung walau apapun sebab. Nak cari nahas? Ada juga 2,3 sms dia macam merayu, tapi rayuan tu macam rayuan iblis jer...!


Kesian...

Berhati-hati.

Bagi kaum lelaki pula, jangan bazirkan masa dan idea bila yakin kawan perempuan anda tu memang sudah bertitle isteri orang. Berkawan sambil menghormati kawan adalah lebih baik dari menyeksa diri sendiri. Jangan jadi bodoh okeh...! Kita orang Melayu yang teguh agama dan adat bangsa, bukan kaum yang jenis bawak lari bini orang ke luar negara!




~...SERI BULAN sudah berikrar akan terus setia menjadi kawan kepada HISYAM selagi HISYAM menghormati prinsip mereka yang pernah terukir di hati dan di bintang, saling menyayangi seperti bulan dan cahaya matahari yang mana bayangannya boleh menerangi seluruh alam...~







Friday, March 23, 2012

Masak inti karipap hanya 15 minit. Nak belajar tak?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JemAAt
23-02-2012


Dah lama tak buat karipap. Bila kali akhir, ntah lupa.

Blog ini bukan blog resepi, so aku jarang nak citer apa yang aku masak. Sebab aku memang tak pandai masak sangat pun. Kalu aku citer kat orang, yang aku takda oven orang mesti tak percaya. Abaikan.

Kali ini buat karipap dengan masak inti cara baru. Teknik ni belajar dari sorang kawan yang berniaga nasi lemak dan kuih. Agaknya orang lain dah lama tahu, aku jer yang baru belajar.

Masak inti karipap dalam ricecooker! Selama ni guna kuali, dan memang mengabihkan gas sebab aku buat banyak (untuk 2 kg tepung selalunya), so masak inti mesti makan masa sampai sejam. Kadang2 lebih.

Bila guna rice cooker, hanya 15 minit sahaja. Ohhh sangat cepat. Tak perlu tunggu.

Comot. Sedikit watery.

Kawan aku pesan, jangan masukkan air. Kentang ada air sendiri yang akan empukkan dirinya. heheheh. Rempah dan bawang dia masukkan sekali. Tapi aku lebih suka, tumis bawang besar (potong dadu), dan tumis rempah kari bersama udang kering. Kemudian tuang dalam ricecooker.

Kerana ada air, so sedikit watery. Lalu inti aku sedikit lembik. Next time bleh improve lagi.

Masak inti macam kita masak nasi. Bila button dah “tendang”, kacau inti dan buka tutupnya (jangan off power dulu). Inti akan masak dan kering sendiri. Cuba, pasti jadi. Dan betul kata kawan aku, inti tak hangus dan tak melekat pun. Ohhh.. aku suka! Lupa nak snap pic inti masa kering.


1.5 kg tepung saja, sebab kentang cuma 2 kg, dapat 104 butir.

Goreng half-cook, simpan frozen. Goreng bila mahu. Yang geram, pagi petang siang malam, depa mahu.


Bekal pagi tadi. Kalu beli harus RM2, dan kecik jer!

Rakyat dalam rumah memang la suka. Dan mendapat Pujian Kelas Pertama! AMOI akan balik malam ini untuk 2 sebab:

1. Karipap
2. esok ada walimatulurus yang kami kena pegi sekeluarga.



~...SERI BULAN malu hendak mengaku dia tidak kenal mana rempah Kerutup mana rempah Kuzi kerana dia hanya pandai makan Rempah-Ratus bukan rempah ribu-ribu sedang HISYAM semakin handal mengenal Ais Kepal dan pekerja Nepal...~







Di sebalik Purnama Merindu: Syabas Nora Isma...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
23-02-2012

Aku nak review satu lagi novel. Novel ini lebih awal dibaca sebelum novel Impikan Mentari dalam entri sebelum ini.

Hasil karya Nora Isma Fuad. Jujur, memang ini pertama kali tahu nama novelis ni, dan tentulah aku tak kenal. AA tetap menulis pendapat sendiri tentang apa jua novel yang dibaca tanpa mengira siapa penulis atau mana publishernya.

Tetapi suka juga AA nak kongsi beberapa perkara, apa yang aku boleh katakan sebagai pelik dan kebetulan yang sungguh tidak diduga. Tidaklah besar hal itu, tetapi tetap menjadi suatu yang menarik juga.

Pertama, ketika hari pertama memulakan membaca novel ini, kebetulan pada 29 Februari (tahun lompat) dan watak kedua dalam novel ini (ZARA) rupanya lahir juga pada 29 Februari (page 13).

Sekiranya review tentang novel ini menjadi sedikt panjang, Sori Berlori ya. Tetapi novel Purnama Merindu ni memang best! Best sangat! Tak rugi beli.


Ada kisah juga di sebalik botol berisi kertas angan-angan itu.


Bagi sesapa yang tak minat bahasa bunga-bunga, mungkin tak setuju. Novel ini berbahasa indah, puitis dan perlambangan bulan banyak sekali digunakan bagi menggambarkan nama, keindahan wajah malah jangka masa sesuatu itu juga dikirakan sebagai berapa purnama, berapa hari... Sungguh menarik dan lain dari yang lain.

Walaupun tema hampir klise — perkahwinan yang diatur keluarga, tanpa rasa cinta — tetapi perkahwinan Aini Melati @ WULAN dan suaminya Bakri Kameel berlangsung selama 15 tahun walaupun mereka tidak mengenali sebelum itu, jauh sekali untuk bercinta.

Masing-masing menerima dan rumahtangga mereka lebih menjurus kepada tanggungjawab dan rasa sayang. Tanpa cinta. Di hati masing-masing sudah ada yang dikasihi sebelum itu. Redha menerima takdir dan jodoh.

WULAN begitu setia dan menjaga ibu mertuanya yang mengidap Alzheimer dengan penuh setia dan gigih sehingga hubungan kasih sayang menantu-mertua ini sangat utuh digambarkan. Ibu mertuanya kemudian meninggal dunia dan semua orang menerima kesan kesedihan yang tidak tergambar.

Adik WULAN bernama ZARA, berada di Vannes kerana menyambung PhD merupakan teman rapat, sahabat karib WULAN yang juga menjadi kesayangan ibu Kameel. Cara kehidupan di Vannes digambarkan dalam novel ini sungguh menarik. Malah hubungan komunikasi antaranya dengan keluarga di Malaysia bersesuaian sekali dengan teknologi masa kini iaitu Skype dan Facebook. Seronok membaca mereka bersembang dan kita berasa seolah-olah di sebelah mereka dan sama-sama membaca chat itu...

Malah gambaran dan info tentang begitu banyak tempat di Eropah juga diceritakan dengan jelas dan tepat. Ternyata penulis sangat teliti berkaitan dengan tempat bersejarah di luar negara (mungkin beliau sendiri pernah tinggal di sana?). Bagi yang gemar melancung, elok juga baca info dan cerita tentang tempat-tempat lawatan yang disebut dalam perbualan Zara dan teman serumahnya Eva bersama dua orang lelaki Jeremy (boyfriend Eva) dan Erwan.

WULAN dan Kameel akhirnya BERCERAI atas permintaan Wulan kerana Kameel berjumpa semula kekasih pertamanya semasa mereka belajar di Perth dulu. Asmira masih single, bagaikan menanti Kamel dalam rasa penuh bersalah kerana menggugurkan anak hasil hubungan sulit dengan Kamel tanpa pengetahuan Kameel sendiri. Atas rasa tanggungjawab dan insaf, Kameel berkahwin dengan Asmira dan rumahtangganya dengan Wulan semakin sejuk. Kerana merasa terabai Wulan meminta perpisahan. Selepas 15 tahun, selepas dia begitu setia dan begitu banyak pengorbanan yang dilakukannya.



Kena baca. Kita akan rasa kagum dengan Wulan yang nampak lembut dan rapuh, tetapi kemudiannya, dia menjadi seorang yang sangat kuat dah teguh sekali.

Apa jadi pada WULAN? Dapatkah dia bertemu semula pula dengan kekasihnya yang dicintai dahulu bernama Rizal Rafique itu? Kena baca.

Panjang dah entri ni. Apapun, wajar sekali novel ini dibaca oleh semua peringkat. Memang berbaloi. Aku suka bila “bulan” menjadi benda utama dalam novel ini.

Kebetulan yang lain pula, ada bahagian ketika mereka mendengar lagu Maher Zain (tak ingat page berapa) dan pada masa yang sama juga, lagu Maher Zain sedang berkumandang di radio sebelah aku!

Kesilapan ejaan tak banyak sangat tapi tetap ada. Ada satu yang aku rasa tidak patut berlaku ialah:


40 dan 000 itu TIDAK sepatutnya dipisahkan linenya (harus ada thin space), apatah lagi line keduanya berada di muka sebelah! > orang typesetting dia fahamlah...

Syabas kepada penulis dan Sori Berlori kepada penerbit. Kritikan AA selama ini tidak pernah ada “personal interest”. Saya bukan novelis, saya bukan kerja buat novel. Saya hanya seorang pembaca novel tegar yang kemudian gila nak tulis balik dalam blog sendiri.




~...antara bulan dan purnama, HISYAM lebih kenal SERI BULAN sementara ramai lagi juga mengenal temannya itu dalam erti kata gadis yang lain dari yang sedia ada di Kampung Separuh Desa tetapi mereka tidak pernah tahu SERI BULAN lebih gemar berkirim surat di bawah tempurung di hujung ampaian berbanding ber-sms-ing sampai telinga ikut berdesing...~








Thursday, March 22, 2012

Tanpa Lirik, Bagaimana Mata Hendak Melirik Tertarik Kau Memang Debom!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam JemAAt
22-02-2012


Dah mula kecoh sana-sini tentang lirik lagu ini. Lagu ni memang tengah top dan popular kerana agak “catchy”!.

Tapi bila diamati liriknya.... hmmm...? hmmmmm?

Lagu nyanyian Kaka (feat Zizan). Sapa Kaka nih? Penyanyi Malaysia ker Indon? Aku tak pernah dengar pun.

Lagu : Bawaku Pergi

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

tengah malam nanti
tolong jangan lupa
jangan mungkir janji
aku dah teruja
sudah cukup lama
aku tunggu saat ini
sejak kali terakhir kau hantar pulang
hidup sungguh sepi
tolong jangan bilang mama
tolong jangan bilang papa
malah jangan bilang teman karibmu
jangan bilang sesiapa

oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

mata dalam kaca, topi berceloreng
sarung tangan hitam, atas muka ada topeng
hanya perlu siul, tidak tekan loceng
hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng
kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng
bawa bekal air muka cuci aib bopeng
lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng
lari dari kenyataan, mula kisah dongeng

tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
sambil cari yeti kita boleh cari
tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

bila kita pergi
apa kan berlaku
siapa kan peduli
siapa ambil tahu
hidup kita tempuh
untuk apa saja
tidak kira mana kembara membawa
kita kan bersama

oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

*Yeti atau disebut juga Big Foot adalah binatang mitos yang dikatakan hidup di pergunungan Himalaya.


Tidak dapat dipastikan sejauh mana lagu ini diperbincangkan, atau tiada sebarang tindakan dari pihak yang sepatutnya. Sebab apa? Tentu ada sebab dan alasan. Setakat ini tak nampak kat mana-mana pun ada keputusan tentang lirik lagu ni. Sekadar blog-blog yang menulis... termasuk aku.

Lirik jadi penting kerana isi cerita di situ. Jika tidak takler dipanggil berdakwah melalui lagu jika tiada lirik yang berdakwah. Begitulah sebaliknya. Faham maksud aku?

Selingan:

Cupbon Bento
Lunch orang lapar, sebab pagi kalut sangat.




~...walau tiada sebarang rengekan atau rayuan ala merajuk dari SERI BULAN, dia sentiasa yakin walau ke mana pun HISYAM akan pergi atau mari, dia pasti ingin SERI BULAN sentiasa berada di sisi, samada sebagai pendorong motivasi atau sebagai si tukang masak nasi...~







“Apa Anda Buat Masa Tunggu Result SPM”

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
22-03-2012


Result SPM 2011, terbaik dalam tempoh 5 tahun ini. Tahniah kepada semua yang mendapat result. Cemerlang or kurang sikit, asal saja ada peluang belajar lagi, tahniah!

Anak MyKak Yang (adik CIKINTO) dapat result cemerlang 8A. 3 orang lagi anak buah aku di merata tempat juga mendapat result yang hampir setara. Pasti suspens kan bila berada dalam dewan nak amik result...?

Aku pernah rasa sekali jer keadaan tu. Masa zaman IKA dulu. Lain-lain result semuanya MyTOKLAKI jer yang amik. Aku manjang tak bleh cuti. AMOI dulu lagi lak, result kuar tapi dia dah masuk skulah lain di Puncak Perdana. Result pun terima melalui pos jer. Tak thrill langsung...!

Sambung lah belajar kerana peluang belajar banyakkkk sangat sekarang ni. Aku pernah rasa panik gak bila lepas result apply U untuk bebudak pastu risau tak dapat tempat. Memang kecoh la juga.

Sembang dengan sorang kawan di tempat kerja yang sebaya aku: “zaman kita dulu, kalu Pangkat 1 dah boleh pegi sambung belajar luar negeri.”

Topik di SinarFm pagi semalam: Apa Anda Buat Masa Tunggu Result SPM?

Aku: “jadi pembantu rumah jaga anak menakan di Kajang, sampai orang sebelah sangka aku memang orang gaji! Sedih giler!” (Anak menakan tu dah beranak dua dah pun skang nih)


Tayang lunch:

Wantan Mee Soup. Tak sedap sangat. Pertama kali try. Tak akan ada kali kedua.




~...sebuah sekolah berbumbung atap, berdinding bertam dan rembia, berlantai papan berketam bukan batu, bertiang seri tak berseri tidak pernah menjadi halangan langsung untuk HISYAM menjadi guru kesayangan dan kecintaan ramai anak murid warga Kampung Separuh Desa sehingga SERI BULAN mula sedar ramai kaum ibu semakin rajin menjadi supir pejalan kaki...~








Wednesday, March 21, 2012

Bercerai tu mudah, tapi tak senang juga...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
21-03-2012


Kata orang, perkahwinan akan diuji pada 3 Fasa.

Fasa 1: pada usia perkahwinan di bawah 5 tahun.
Fasa 2: ketika melepasi 5 tahun menghampiri 9 tahun.
Fasa 3: perkahwinan sudah 15–20 tahun.

Betul ker? Itu yang aku dengar. Sekadar andaian berdasarkan beberapa contoh, barangkali.

Lain rumah lain tangga dan bumbungnya. Lain juga pinggan mangkuk dan periuk belanganya. Ada orang periuknya sampai bertingkat 2,3 dan 4. Bagi yang tak mampu, atau nak buktikan diri memang setia cukuplah dengan periuk nan satu. Biar sopek, biar kemek, itulah periuk kesayangan.
(*sampai hati Azie, samakan isteri macam periuk. Jangan risau, periuk itu adalah Azie sendiri. Periuk belanga tanah yang gempal. Hahahahaha....!)

Kenapa mesti nak bercerai? Banyak teka-teki. Jawab betul pun bukan ada hadiah. Silap-silap dapat dosa. Alasan tentulah banyak menjurus menyalahkan pasangan masing-masing.

Kenapa tidak melihat sejenak ke belakang, 5,6 tahun dulu or 10,12 tahun dulu. Zaman gumbira ria bahagia lagi ceria. Zaman sama-sama meraikan pelbagai agenda gembira anak-anak. Saat berpuasa bersama, saat gi terawih bersama mungkin, paling indah dikenang saat beraya bersama. Takkan lupa kot.

Sapa yang tak diuji. Sabar dan sabar. Macam mudah jer nak sebut. Tapi kenalah buat juga. Beratkan kepada yang positif dari nak ikut kata hati yang negatif. Pastu nak hukum laki dek beberapa kesilapan dan kekilafan. Diri kita sendiri pun belum tentu terbaik dan sempurna lagi.

Yang menjadi pihak ketiga — samada kawan menghasut atau si jantan yang masuk daun — tolong main jawoh-jawoh skit. Tak kesian ker orang tu dengan anak-anak dia? Fikirlah.

Andai terjadi juga, jangan tipu diri sendiri. Pasti akan ada kesal. Bak kata gangster sorang tu “baru kau tau erti penyesalan!”

Ramai lagi yang lebih tidak bernasib baik. Jangan kasi pening orang pejabat agama. Kes menimbun. Buat letih jer nak ke sana sini isi borang.

Orang yang tak mahu selesai masalah, tu orang yang ego.


*pic snap sendiri, tak cilok orang punya.

Sampai suatu saat kita pasti akan tinggal bersendirian juga. Jadi jangan nak buat sebelum waktunya. Hargai hidup dan hargai orang sekeliling. InsyaAllah bahagia!

Cuma jika sudah ditakdirkan jodoh sampai situ, jangan bermusuh. Takdir jangan disalahkan.





~...ramai rupanya masih tidak tahu HISYAM pernah beristeri suatu ketika semasa menetap lama di negara bermusim empat yang tiada parit tiada telaga, dan SERI BULAN terus kukuh menjaga rahsia kerana sentiasa mengingat kembali janji HISYAM untuk kembali menjengah musim yang empat itu samada untuk berbulan madu atau berbintang satu...~









“Impikan Mentari”: Aku ingin lihat HANNI jadi ganas dan sadis...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
21-03-2012


Aku memang harus menulis sesuatu tentang novel ini. Aku tahu tentang novel ini sudah lama. Semasa di MPH Karnival dulu lagi. Malah sempat berbual panjang dengan novelisnya sekali.

Ini bukan novel pertama beliau, yang kedua atau ketiga? Lupa nak tanya. Kali ini bersama publisher Jemari Seni. Memang aku berhasrat mencari, tapi kesibukan yang berbulan-bulan selalu buat hasrat tu tenggelam timbul.

Kemudian di FB aku juga bertanya. Kemudian cari di MPH yang sepelaung dari tempat kerja. Takda juga. Semak dalam sistem, katanya ada 2 naskhah tapi bila cari di rak langsung tak kelih. So aku booking, jika jumpa call me. Pun takda.

Terjumpa novelis tu sendiri dalam JJ suatu hari, lalu dia terus mengusahakan sendiri belikan terus dari Jemari Seni, untuk aku dengan harga istimewa. Siap ada autograf!





Novel ni tak tebal, jika gigih aku boleh jer habiskan dalam masa sehari. Tapi tak jadi keja lain lak nanti. Kesibukan juga membuatkan novel ni agak lewat aku mula baca. Tapi aku selesai baca dalam masa 3 hari, kira lama tuuu...

Bahasa mudah difahami. Kesilapan ejaan hampir langsung tiada. Buku ini bersih dari “pen merah si proof reader”. Syabas kepada team Jemari Seni...!

Kisah tentang IZZATI yang serik bercinta kerana tunang berselingkuh dengan adiknya sendiri pada hari mereka sepatutnya bernikah. Lalu kecurangan itu sesuatu yang sangat menghina dirinya sehingga dia tidak pernah lagi percaya kepada lelaki sehingga muncul watak IKHMAN.

Ikhman begitu bersungguh — wpun aku kurang merasakan kesungguhan itu — dan berjaya membuka hati Izzati untuk menerimanya. Dalam keadaan keliru, pernikahan mereka berlangsung juga kerana masa sangat sesuai demi mengelak cemburu si adik yang prasangka suaminya masih menyimpan rasa terhadap bekas tunang.

Aku begitu mengharap kisah percintaan Ikhman–Izzati itu dipaparkan lebih panjang, lebih menyentuh perasaan, lebih mendayu atau lebih membuai perasaan, tetapi apa yang ada adalah jelas walaupun seorang aku merasa tidak puas mengenai watak Ikhman itu. Adakah aku terlalu terpengaruh dengan watak hero yang baik hensem lagi berkarisma??

Perkahwinan mereka terduga apabila Izzati disahkan mengidap leukemia sehingga ke tahap kritikal dan koma.

Betulkah, susah nak cari seorang suami yang begitu setia, berkorban demi isteri yang diyakini tidak dapat memberikan zuriat seperti Ikhman itu?

Cara penceritaan menggunakan watak “AKU” untuk Izzati dan Ikhman berselang-seli. Memang agak mengelirukan kerana novelis cuba meletak diri ke dalam dua watak pada masa yang sama. Agak berjaya. Aku pernah baca novelis buat watak AKU untuk 3 watak dalam satu novel. Namun aku lebih suka memilih hanya satu watak sahaja menjadi AKU. Dan perasaan orang lain dinyatakan melalui penilaian dan kaca mata “AKU” sahaja. *Sekadar pendapat.

Baca... tidak rugi membeli dan membaca kerana plot sangat jelas dan tidak rumit. Tapi seorang aku yang terbiasa dengan novel tema berat, novel tebal, tetap merasa tidak puas.

Apapun berbanding novelnya sebelum ini “Tiada Noktah Cinta”, novel ini lebih menyeronokkan. Novel ini diedit oleh editor Putri Nur Iman & Mohd Rosdi Mohd Zin (orang yang sama kah?) Peminat novel pasti tahu siapa editor tersebut, yang hasil edit di tangan mereka selalunya sangat hebat!

Pengakhiran cerita menepati sasaran. Happy ending walaupun masih ada kesedihan bersisa. Mungkinkah akan ada sambungan kisah cinta mereka ini? Bagaimana jika suatu hari nanti, bekas tunang (yang kini adik ipar) menagih kasih kembali? Mesti best jika ada konflik begitu. Dan watak adik yang cemburu itu dikembangkan menjadi lebih “ganas dan sadis” lagi.

Sekalung tahniah buat novelis Shahzy Hana....!




~...setiap kali ke baruh, menoleh pandang ke bawah menanti sejalur jingga menyusut turun memberikan suatu perasaan lalu bila mata tajam merenung ke arah mata coklat HISYAM, SERI BULAN tahu lelaki itu mengerti apa yang dia tunggu, tetapi HISYAM sengaja menggertak hendak pulang terus, sambil mengaku takutkan mambang kuning lembayung senja...~









Pelan-pelan Blogger Masuk Trek...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
20-03-2012


Aku dah mula pelan-pelan kayuh untuk berada di trek asal seorang blogger. Memang banyak betul entri teman blogger yang tertinggal. Ntah berapa lama masa yang perlu nak cover seberapa banyak yang boleh nanti. Aduhai...

Terimakasih pada yang masih masuk menjengah sini, wpun aku tak selalu dapat nak respons semula. Tengah cuba nak kejar ni...

Bagi yang sudah bertahun jadi blogger, menulis pelbagai kisah agaknya kalu boleh dibukukan, berapa buah novel dapat dihasilkan?

Setiap kita hebat dalam bidang tersendiri. Penilaian terhadap diri kita, biasanya dibuat oleh orang yang melihat dengan mata-hati tanpa ada agenda terselindung.

Sekali sekala sedih juga kan, bila usaha kita yang adakala lebih dari gaji dan bayaran, tidak dihargai langsung malah disalahanggap pula. Nak nyesal pun dah tak guna. Telan saja. Tapi cukup untuk kita mengenal seseorang itu lebih jelas lagi. Siapa yang tamak, sapa yang haloba, sapa yang sanggup nak jadi enau tengah hutan...

Okeh.. aku nak ziarah blog kengkawan lagi malam ini...



*pic snap sendiri, tak cilok orang punya.



~...ramai warga Kampung Separuh Desa tahu, SERI BULAN memang lebih jinak dari merpati juga lebih mesra dari Kedai Mesra, lebih rajin dari Wak Segan malah lebih perasan yang kerasanan tapi dalam masa yang sama tetap menjadi pojaan semua teruna tak teruna sehingga si bujang HISYAM menjadi musuh yang tidak perlukan selimut lagi...~









Tuesday, March 20, 2012

Cerita Tempat Kerja: Patut dan tak patut...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
20-03-2012


Sejak aku tinggal berseorangan di Lantai Dua, seluruh kerja bahagian ini, adalah di bawah seliaan dan tanggungjawab aku. Walaupun ada beberapa projek tidak upaya dibuat, memang tak boleh handle kerana bukan bidang kemahiran aku, tapi kerja tetap jadi berganda. Apatah lagi ada beberapa job yang masih “tangle”. Lalu seorang terpaksa handle job berganda. Nasib badan, tapi aku sangat happy, sebab dah lama tak bekerja di bawah tekanan. Dulu relax banyak sangat. Kadang-kadang buntu dan rasa bodoh.

Cuma amat dikesali, beberapa job didapati “hilang” dari external hardisk. Malah satu external hardisk didapati kosong terus! So banyak default job terdahulu lenyap begitu saja. Memang tidak menjadi masalah pada aku, tetapi management melihat ini sebagai hasil syarikat yang tidak patut sama sekali di copy keluar apalagi dipadam walaupun kita yang menghasilkan job itu.

Apa jua hasil rekaan, whatever design sekali pun, bila dah siap menjadi suatu hasil, adalah hak syarikat. Dalam hal ini, aku tak jangka sama sekali benda tu boleh hilang semua sekali dalam external hardisk.

Beberapa buku contoh dan rujukan yang dibeli beratus-ratus harganya juga banyak yang lenyap dari almari library di Lantai Dua. Aku memang tutup mata jer masa benda tu semua diangkut pergi sehari demi sehari. Sapa lah aku nak mengadu walau dalam hati aku pernah kata: “Sampai hati, tergamak korang nak angkut buku-buku mahal ni buat harta sendiri.”

Tapi semua itu disedari sendiri juga oleh pentadbiran.

Itu belum masuk bab ceroboh email syarikat sehingga aku terpaksa tukar password pada hari pertama 1 Mac dulu.

Kemudian timbul pula isu, “kacau” client syarikat. Samada hendak ambik job untuk buat freelance, atau dengan niat supaya client hilang keyakinan kerana mereka (yang memang mengiktiraf diri designer hebat) tidak lagi berkidmat di sini. Sedangkan soal kuar masuk staf bukan soal client. Depa tak perlu tahu pun. Jika kita rasa boleh handle projek tu, kita ambil. Jika tak, kita reject. Not a big deal, kan?

Aku sedar aku memang jauh nak banding dengan depa, tapi di sudut skill yang lain aku masih mampu untuk memberikan sumbangan terbaik (mungkin lebih baik) untuk syarikat. Dan atas kepercayaan dan keyakinan company lah aku terus berada di sini. Salah akukah?

Sebenarnya memang banyak perkara yang aku lihat sangat tidak patut dulu. Pengalaman bekerja selama 9 tahun di bawah pengurus dari UK yang sangat berdisiplin dan bermotivasi, aku melihat budaya kerja yang sangat berbeza. Bukan aku tidak “dihasut” untuk menjadi beberapa langkah ke belakang, tapi aku tak biasa. Buat 1 job yang hanya 2,3 keping A4 menarik masa sehingga sehari bukan cara aku kerana job sebegitu boleh settle dalam masa sejam dua saja.

Betul kata “kawan jahat” aku: “Suatu hari bos akan percaya cara kerja kau tu sebenarnya yang lebih produktif.”

Aku bukan yang terbaik, tapi sentiasa cuba nak jadi lebih baik dari sebelumnya.

Selingan:

Lambang kasihkah?

Bangle dari Taiwan, cenderahati dari Lady Bos yang baru balik bercuti ke sana minggu lepas.


Lunch. Sushi bukan paberet aku, tapi percaya tak aku boleh habiskan semua ni? heheheheh dasar kuat makan!




~...dalam segala bidang fizik dan fizikal, mental dan mentaliti, sains dan saintifik SERI BULAN masih banyak gagal dari lulus, tetapi HISYAM sentiasa cuba menjadi pengajar dan pendidik terbaik kerana setiap kegagalan temannya itu memberikan banyak kedukaan kepada dirinya sendiri lalu menolong mengira Satu Campur Satu menjadi Tiga bukanlah kerja yang mudah lagi payah...~







LinkWithin

Related Posts with Thumbnails