Sunday, May 29, 2011

Weeding DIDI~ALFI: Cerita Ahad Lalu Sebelum Cerita Ahad Ini...

Salam
29-05-2011
Ahad, panas sepanjang hari.


Hari ini Ahad, sepatutnya berehat lepak guling-guling atau baring baca novel selepas alarm hp jika terlelap...

tapi,

aku keluar buat kerja. Kerja lagi? Yup, ada saja kerja yang harus dibuat atas nama tanggungjawab.

Gambar-gambar berikut adalah yang ditunggu sekian lama, baru kini My Anak Menakan upload di FB, barulah dapat cilok.

Kisah hari langsung My Anak Menakan yang menikah minggu lepas. Majlis persandingan di Dewan Banquet, UPM, Serdang.

DIDI @ NADIAH dan ALFI JAFREE.


Pic pengantin berjalan bawah pedang yang lebih jelas tidak dapat dicari.

My BONDA tidak hadir atas sebab-sebab kesihatan. Tapi rata-rata ramai ahli keluarga berkumpul... lagi dan lagi.

Bila dah lama tak jumpa, apa lagi yang best? Borak-borak gebang pastu gelak-gelak gelak-gelak.... gelak pastu sibuk posing dan posing.

My Abg LONG sediakan meja khas untuk kami di hadapan pentas pelamin dan ketara sungguh meja kami yang paling havoc!

Ntah-ntah gambar kami lebih banyak dari gambar pengantin kot!

Kerana majlis meriah, so entri pun meriah dengan gambar-gambar.

Jom layan!



My eldest Cucu Menakan, yang comel cute!




Yeayyyy!

Aku hanya ada 2 orang kakak sahaja (with husband masing-masing).

Kenangan...

Makan borak, makan borak. Pastu gelak-gelak!


Dua orang blogger...





Cousins.


Gathering yang best....! Walaupun majlis kahwin di bandar sangat jauh berbeza dengan kerja kahwin yang dibuat di kampung. Terutama dari segi penglibatan. Penglibatan adik beradik sangat mendalam bila ada majlis sanak saudara sehingga jiran pun sanggup bertunggu tangga.

Jika di bandar, majlis diserah pada syarikat tertentu. So adik beradik sendiri pun datang bawa badan!

Rasa juga rugi dan sesuatu yang “hilang” dalam agenda keluarga....

Susah nak komen, ikut aliran kata orang. Apatah lagi bila majlis yang sangat protokol terutama bermain dengan tema, masa, konsep dan segala bagai yang orang kampung tak pernah amalkan pun dulu.

Ermmmmmm.... yang penting kita happy!










Hadiah dari Phnom Penh: Yang dijanji sudah sampai...

Salam.
28-05-2011
Sabtuday... yang memenatkan.


IKA dah pun berlepas balik semula ke Seri Iskandar. Bus jam 1 tengahari tadi. Isnin sekolah dia buka semula.

Ada sedikit kisah juga dia ni. Sudah berlalu satu semester, tapi PTPTN ni masih sangkut. Rupanya ada technical error, dan borang sangkut. Memang nak marah juga la bila pegawai yang call mula-mula tu macam tak tau apa-apa. Jawapan pun macam hafal skrip. Asyik ulang “nanti saya usulkan aduan Puan pada pegawai yang incharge”. Aku call 3 hari berturut.

Sehinggalah seorang pegawai bernama ZUE (singkatan nama dia), call dan minta maaf sebab masalah tu dari pihak mereka. Sejuk skit hati. Lepas bincang, terpaksa juga aku panjat bukit kat Damansara Heights, Wisma Chase Perdana.

Layanan best, urusan selesai cepat dan mudah. Terimakasih!

Citer lain.

Terimakasih kerana ini:

Bermula dari mencuba-cuba...


Tak sangka, betul pula jawapan.


Dan hadiah yang dijanji sudah pun sampai. Yesss! Terimakasih VIC DIANA. I like!


Cerita lain lagi...

Penat yang terhimpun sejak 3 minggu lalu ke hulu hilir tanpa rehat, benar-benar terasa semalam dan paling teruk adalah hari ini. Tapi ada saja kerja yang belum selesai dan tidak memuaskan hati.

Kesannya, aku tak larat nak masak hari ini. Sebab balik kerja pun dah kul 5 lebih...

Memburu yang bukan-bukan di pasar malam.

Selain dari yang dalam gambar, ada Cendol dari makcik yang biasa aku beli. Memang tiptop Cendol dia. Juga Meehoon Sup (tak perlu gambar, ni menu biasa). Untuk anak-anak, burger sorang sebijik!

Puas dapat makan sata tu. Tapi seperti lazim bila letih, aku makan tak banyak mana. 2 ketul jer walaupun dok idam lama dah.

Lepas ini nak layan cerekerama. Itupun kalu larat. Ntah-ntah aku pengsan sebelum citer lum abih. Kaum jantan semua dah plan nak pegi tengok bola ManU vs Barcelona di kedai-kedai paberet masing-masing dengan geng.

Tiada agenda merempit meronda-ronda blog malam ini.


~...antara ikan bakar dan ubi bakar serta jagung bakar, ternyata HISYAM hanya kenal arang bakar berbanding SERI BULAN yang juga tidak kenal mana maman, mana cekur manis kecuali umbut manis dari kelapa tumbang dipanah petir...~








Friday, May 27, 2011

“Aku rindukan kampung, kot....”

Salam.
Malam...



Letih terhimpun sejak 2 minggu yang tiada hari off. Mood merudum. Ditambah sedikit tekanan dan persekitaran yang tidak memberansangkan.

Bercampur dengan kisah-kisah remeh tentang hasut adu-domba, si kaki report jadi tukang spy baca blog kemudian rajin menyampai... Pinjam ayat boleh?: “lantak koranglah!”

Nak landing rehatkan badan dulu... Tadi cari MAAJUN pun dah tak kelih. Esok kena tepon Bidan Piah ujung baruh, mintak stok baru!

Terharu sebak pula dengar lagu OPICK.

Aku rindukan kan kampung kot...

Pic ehsan: seorang kawan dari AnakPerlis.com. Thanks.


~...tiada rumah seindah Teratak Nyatuh, tiada damai nyaman seindah Kampung Separuh Desa, tiada nilai platonik seunik SERI BULAN ~ HISYAM, dan semuanya terus menjadi kerinduan...~









Nasib Ko lah Kambing...

Salam JumAAt
27-05-2011
Pagi yang buat-buat sibuk...


Malam tadi ada meeting mengejut, bersekali dengan beberapa urusan iringan (termasuk urusan serah kurma dari seorang kawan yang baru balik dari umrah 2 hari lalu). Kena jugalah hadir walaupun hanya sejam dua. Tunjukkan komitment walaupun jawatan cuma seciput siput sedut...!

Sambil mesyuarat sambil makan malam. Salah sorang pengarah, order Sup Kambing makan dengan roti putih. Lazim seorang aku, suka “menerai”. Mula-mula satu dua sudu, pastu jadi bersudu-sudu. Lebih dari itik dahaga dalam kolam. Sedap gak!

Okeh, habis cerita makan.

Balik kena juga mengadap beberapa tugasan yang bukan paksaan. Tapi seperti resminya sukarelawan. Beratus-ratus email terpaksa dibalas serentak untuk menjimatkan masa demi sebuah program yang mendekat tarikh langsungnya.

Yang tak best, dalam dok gelut nak sudahkan keja, masa tu jugak laaaaa....

alahai.. berulang ke bilik air sebab penangan kambing agaknya.


pic Google. Memang Sup Kambing tadi dihidang dalam claypot.

Kenapa tekak sedap dijamu, perut kenyang diisi kambing juga yang disalahkan? Kerana dia penakut mandikah maka dia dipersalahkan? Sungguh tak patut...

Nasib kau lah kambingggggg....




~...SERI BULAN pernah hampir terlucut kain batik kerana berlari tak cukup tanah dikejar kambing gurun berjanggut putih yang menyangka corak sarung seperti daun mengkudu masak ranum dan HISYAM terpaksa terjun sungai kerana tanduk Pak Randuk sudah tak kenal mana jeans mana pelikat...~









WonderMilk Cakes di Tempat Kerja...

Salam
26-05-2011
Hari Khamis malam JumAAt... ngeh! ngeh! ngeh!



Cerita tempat kerja hari ini. Macam nak marah pun ada.

Minggu lepas meeting mengejut isu memindahkan sebahagian staf ke cawangan kedua. Urusan sudah banyak bermula. Malah kerja-kerja ubahsuai sudah bermula semalam. Dengar khabar, sudah ada tambahan bilik untuk orang-orang tertentu — yang pasti bukan aku, sebab aku cuma ada bilik air saja.

Tup tup!

Tetiba rini sebut, macam tak jadi pulak nak pindahkan staf ke sinun. Aparraaa...! Malas ler sebenarnya nak tanya apa sebab. Admin pun tak buka mulut. Management mestilah ada alasan. Lagipun Big Boss sedang MC, baru operate jantung 2 minggu lalu. Well, tunggu dan lihat.

Seorang rakan sekerja hari ini kembali bertugas. Baru balik dari percutian.

Cenderahati untuk kami:


From Pulau Redang, Cantik, kan?

Salah seorang rakan lain berulangtahun pada Ahad lalu. Baru hari ini diraikan secara kecil-kecilan (floor studio saja).



Cup cakes dari WonderMilk. Memang istimewa kek ini. Aku pernah pergi sekali 2,3 tahun dulu. Kedai di UpTown Damansara. Seluruh kedai dibuat dari kayu. Lantai pun kayu. Memang cantik kedai tu.



~...petang itu hujan lebat dan kilat sabung-menyabung memancar menyuluh seluruh laman Teratak Nyatuh dan HISYAM pulang bersama SERI BULAN dalam kuyup sehingga pelik seluruh isi rumah, lalu bagaimana hendak menerangkan, sampan kolek terbalik kerana mendayung dengan lesen terbang?...~












Thursday, May 26, 2011

Cerita Biasa dalam Keadaan yang Tidak Biasa...

Salam
25-05-2011


Dah dua puluh lima haribulan Mei. Sekejap jer masa berlalu.

Minggu ini minggu akhir semester dua. Budak-budak tengah exam. Next week cuti sekolah bermula, tapi uni sudah memulakan pengajian.

Cuti sekolah nanti ada banyak kerja kahwin. So aku tiada plan untuk ke mana-mana yang jauh. Tiada plan bukan sahaja kerana susah nak apply cuti, tetapi juga kerana tiada budget khas buat masa sekarang.

Sebenarnya rindu juga nak ke Kelantan dan Terengganu. Lama betul tak melawat ke sana. Tapi tiada masa yang sesuai sekarang. Ada sahaja kerja yang hendak dibuat.

Jom kita tengok gambar ni sekejap.

Aku tak berapa faham, tapi jika benarlah traffic source tu maksudnya masuk ikut blog BRO MAZIDUL AKMAL, wahhh... terimakasih BRO.

Sejak pagi tadi, aku terus juga merasa berdebar-debar seperti hari itu. Sampai ke malam dada berdebar. Aduhhh... kenapa ek?


Tadi, result student (diploma) sudah keluar. Alhamdulillah, IKA lulus semua 8 subjectnya. Walaupun tidak dapat pecah rekod capai result DEKAN, tapi pointer dia 3.00 sudah cukup kuat. >> RIAK nya ko Azieeeee....! anak jiran kau lagi pandaiii laaarrr.!



~...HISYAM sendiri pernah merasai debaran bila kali pertama SERI BULAN berkata ada seseorang di hatinya, lalu HISYAM terasa seperti hendak melompat setinggi julai jambu...!~














Wednesday, May 25, 2011

Menulis di Blog: Adakah Kita Rasa Tertipu...?

Salam
24-05-2011
Selepas selesai makan Nasi Goreng Sendirik...


Aku sering terbaca beberapa petikan di entri yang berlabel luahan hati, tentang perasaan penulis blog yang terasa kecewa bila niat menulis disalahertikan. Kadang-kala tulisan kita disalah tafsirkan oleh pembaca. Dan kemuncaknya, kita menerima komen-komen pedih dan pedas samada dari blogger bernama atau tidak bernama (anonymous).

Ada yang sempat memadam, ada yang langsung tidak approve tetapi ada juga yang sengaja membiarkan saja (yang ini tak ramai). Kerana mengambil kira nama baik mungkin terjejas, reputasi mungkin tercalar, aku yakin masing-masing mempunyai alasan tersendiri.

Tidak ramai yang berani melepaskan komen sebegitu. Bukan kerana takut atau marah, tetapi tidak mahu mengocakkan suasana atau menimbulkan pertanyaan pula kepada pembaca lain yang “tidak tahu apa-apa”. Kan?

Aku tumpang simpati bila membaca beberapa luahan hati mereka. Samada itu benar atau tidak benar, bukan hak kita untuk bertanya atau mengambil tahu. Sekadar membaca, mengikut penilaian waras tersendiri memadai kemudian melupakan dan mengharapkan segalanya baik-baik sahaja.

Aku tidak terkecuali menerima sekali dua komen-komen yang sarcastic, sedikit pedas tetapi malas nak pot. Bukanlah tidak terasa hati kerana apa yang dikomen itu jauh tersasar dari perkara sebenar, menyimpang jauh dari niat sebenar, tapi untuk berbalah hanya membuang masa. Untuk menerangkan perkara sebenarnya pun, sebenarnya “buang karan”. Kita ni manusia biasa...

Sehinggalah terbaca ini:

“Aku rasa kesian pada pengomennya kerana terang-terang tertipu oleh gaya bahasa yang menggambarkan kononnya di alam maya ini dia seorang yang baik hati dan berhemah, mulia hati...”

Statement di atas bukan komen tapi dari sebuah entri khas yang ditulis begitu emosi.

Bak kata Upin & Ipin: “Kesian! Kesian! Kesian!”

Terbayang babak semasa Bujang Lapuk pegi screen test nak jadi pelakun di Jalan Ampas.

Kata Ramlee: “Wahhh sikit punya marah dia tu!” Syhhhhhhhh!


Hahahahahaha! > gelak kerana tengok Ahmad Nisfu pakai bedak banyak-banyak.

*Buat masa ini, aku masih mengekal setting komen “tanpa verification” dan juga tanpa perlu approval. Semuanya lepas tanpa sekatan, kecuali anonymous memang tiada peluang.

Jika diri sendiri yang memulakan sengketa, jangan marah pada pokok yang robek, jangan marah pada rumput yang mengejek...


~...setiap kali ditegur pedih oleh HISYAM kerana tersilap menyusun kerusi, SERI BULAN pernah juga terasa seperti hendak melempar kerusi meja ke parit tinggal yang penuh telipuk berkembang...~












Tuesday, May 24, 2011

Bercinta di Bawah Pokok yang Sama, Dahan Jatuh Pun Tak Terasa Benjolnya...

Salam
23-05-2011
..ketika hati sedang berdebar sejak pagi...




Minggu depan, cuti sekolah bermula dan musim nikah kahwin bermula dengan lebih kerap dan rancak. Jodoh sudah sampai. Selamat menempuh gerbang perkahwinan. Welcome to the club!

Ada orang berkahwin dengan orang yang dia inginkan, ada orang berkahwin dengan orang yang dia tidak pernah sangka. Mungkin peringkat awal dulu, saling menyampah (belum sampai membenci), tapi dalam meluat menyampah, hari-hari nak tengok muka. Kalu boleh...

Ada juga yang berkahwin dengan musuhnya, akhirnya... Bergaduh, berbalah, lama-lama jatuh chenta. Sapa boleh menolak takdir, bila orang yang dianggap musuh ketat itulah yang diciptakan jodoh untuknya. Lain kali kalu benci, jangan benci sangat nanti orang itulah yang jadi pasangan. Ada benarnya.

Pernah melihat orang bercinta dalam satu pejabat? Pengalaman aku, sejak tahun 1990, aku bekerja dengan suatu syarikat bukan Melayu (sehingga 1996, bila ekonomi dunia merudum teruk). Sepanjang tempoh itu aku melihat 2 episod percintaan berlangsung.

Isteri bos (Lady Bos) muda 12 tahun dari suaminya (My bos). Setiap hari dia juga datang ke pejabat membantu banyak urusan pentadbiran. Kemudian seorang pekerja lelaki masuk dengan diberikan pangkat yang baik dan menjadi orang harapan kerana dia berkebolehan mengendalikan banyak perisian dan juga sistem. Tidak tahu bagaimana ianya bermula, mereka dilihat begitu intim dari hari ke hari. (Kedua mereka adalah bukan Melayu). Dan buah mulut mula berjalan.

Benar kata orang, bila sedang bercinta dan hati berbunga-bunga konon macam ada kebun seluas ladang teh di Sri Langka, apa sahaja perlakuan seperti tidak sedar ada mata yang memandang. Agak sumbang bila seorang wanita bergelar Lady Bos sentiasa cuba mencuri masa dan perhatian dari stafnya sendiri yang jauh lebih muda (tapi kacak). Lelaki, memang lumrahnya menerima apa sahaja perhatian, layan sajalah. Tidak mahu melepaskan peluang sebegitu, tentulah baik untuk kepentingan kerjayanya pula, kan?

Agak lama berlangsung suasana yang buat kami “berbulu mata”, tapi tiada siapa berani menegur. “Lu sapa mau tegur?” sehingga kemudian sekumpulan pelatih (konsep apprentice diperkenalkan) dan seorang pelatih perempuan yang cantik, lemah lembut dan pendiam kemudian menarik perhatian staf lelaki tadi.

Cinta beralih arah? Normal lah bila lelaki bujang himpit gadis muda lagi single. Selepas kami berpecah pada 1996, staf lelaki dan gadis itu akhirnya betul-betul berkahwin. Tak akan mungkin dia berkahwin dengan Lady Bos dia sendiri, kan?

Bila dua syarikat “merge” selepas ekonomi kembali pulih, kami melihat satu lagi kisah cinta. Kali ini masing-masing bujang lagi (juga bukan Melayu). Sesuatu yang aku “respek” pada mereka berdua, walaupun bekerja di bawah satu bumbung, satu department, sekali-sekala berurusan tentang kerja, tiada langsung unsur-unsur “merenyeh bermanja-manja” atau suasana yang boleh ditangkap mata sebagai “dalam hati ada taman”. Susah untuk meneka perhubungan mereka. Bila waktu lunch, mereka akan keluar beramai-ramai.

Hanya selepas waktu kerja atau cuti Sabtu Ahad baru terdengar mereka keluar dating. Dan sedikit pun mereka tidak menafikan tekaan kawan sepejabat. Gossip tidak meliar kerana masing-masing bijak mengendali diri walaupun mereka masih muda. Aku tidak tahu dari mana mereka mendapat keberanian dan keyakinan tapi itulah yang sangat kami senangi dan hormati.

Mereka akhirnya berkahwin dan salah seorang berhenti bagi mengelakkan sebarang konflik kemudian hari. Ramai orang yang berkahwin selepas bekerja satu pejabat, akan berkorban salah seorang harus meninggalkan tempat kerja demi kebaikan dalam banyak aspek.

Di tempat kerja aku sekarang, tiada sebarang tanda perkara sebegitu akan berlaku, kerana yang bujang ada tak berapa kerat saja.

Pendapat seorang AA:
Bercinta satu tempat kerja memerlukan kekuatan hati dan kekentalan jiwa untuk menangani sebarang tekanan samada dari pihak majikan, kerja dan paling dahsyat tentulah dari teman-teman sekeliling. Tambahan jika pasangan kita juga menjadi perhatian dan idaman orang lain. Well, the best man win!

Aku memang sejak dulu, tidak suka hal peribadi menjadi bahan bual di tempat kerja. Sejak masih bujang dulu, aku memang mengelak unsur gosip cinta sesama rakan sekerja. Dulu, jiwa tak cukup kental. Fragile, so jangan cari pasal sendiri.

LOVE is sacrifice. You can say it thousand times but it does not mean anything if not proven with actions (tapi bukan actions yang eksyen!).

Tayang-tayang:

Tak pasti Harumanis yang ini jenis baka sekilo berapa hengget. Sekarang musim Harumanis di Perlis. Ini buah tangan My Manager yang baru balik dari UiTM Arau.


~...sebagai teman sekerja, rakan seperjuangan juga sahabat sehati sejiwa SERI BULAN sudah mula merasakan bahang cinta dan kasih tidak bertepi terhadap HISYAM, hanya lelaki itu sahaja yang masih memberi ruang untuk memilih terbaik di kalangan yang terbaik, tapi belum ada siapa yang dapat menandingi kehebatan seorang SERI BULAN yang berseri dan bulat seperti bulan...~









Monday, May 23, 2011

Kisah Nikah: Tumpang Entri Orang untuk Jadi Entri Aku...

Salam
22-05-2011



Lanjutan entri sebelum ini, sekali lagi dengan sengajanya atas tujuan menayang-nayang, dan dengan bangganya, upload gambar pengantin:


Dan dengan segala hormatnya menjemput anda sekalian untuk membaca kisah di sebaliknya di SINI.


~...HISYAM, ujan lebat menyebabkan muara Sungai Menghijau Lumut keruh sehingga bayang wajah tidak dapat dilihat kerana SERI BULAN memang tidak berapa cerah...~






Majlis Nikah: Entri Kali Ini Memang Sengaja...

Salam.
22-05-2011
Malam, ujan lebat.


Entri kali ini memang sengaja nak menayang-nayang. Segala kejadian sengaja diambil gambar untuk dimasukkan ke dalam blog, dan ditayang. Saya memang suka menayang. Statement ini jelas.

Majlis pernikahan My Anak Menakan, di rumah keluarganya (My Abang Long), di Sg Kantan, Kajang.

Kami berkumpul seperti lazimnya bila ada majlis besar sebegini. Tentulah seronok, kerana sekali-sekala berjumpa tentulah meriah.


Tema hijau.



Aminnn...


Pinggan makan pun meriah. Ada kambing (akikah cucu kedua My Abg Long turut diadakan serentak)


Salah satu hantaran yang menarik perhatian aku: AlQuran Tafsir Per Kata.
Lain-lain hantaran hampir serupa seperti biasa kita lihat.



Cenderahati untuk tetamu. Buku doa.


Gambar pasangan pengantin dan acara pernikahan tidak dapat diambil kerana jauh dari lensa kamera. Nanti kena cilok dari FB anak menakan saja.


~...jika SERI BULAN bermuram durja, berwajah duka, berkata murka tahulah oleh HISYAM ada sesuatu mengganggu sanubari sahabatnya itu tetapi sering pula lelaki itu lupa kegundahan itu berpunca dari dirinya sendiri...~











Sunday, May 22, 2011

Tanah Runtuh: Hancur Luluh Melihat Gambar...

Salam pagi Ahad
22-05-2011


Semalam hari bekerja, dan petang agak kesibukan sehingga tak sempat tengok berita.

Kemudian di majlis rumah Abang Long, kami adik beradik berkumpul, terdengar berita tentang kejadian tanah runtuh menimpa Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Felcra Semungkis, Bt 14 Hulu Langat yang menimbuskan separuh kawasan kediaman dan 24 orang terperangkap.

Dari majlis, aku terus menelefon seorang teman yang pernah sama-sama menjadi sukarelawan bersama Yayasan dahulu. Pada jam 10 malam, menurutnya 5 orang mangsa disahkan meninggal, selebihnya belum ditemui.

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga mangsa. Semoga kejadian ini menginsafkan kita dan memberikan iktibar.



Pic ehsan blog: JOEGRIMJOW

Sebenarnya baru bulan lepas AA pergi ke kawasan Felcra Semungkis, Bt 14 Hulu Langat tu.








Saturday, May 21, 2011

Ni Pehal Citer Pasal Kahwin Plak Nih...?

Salam
21-05-2011
Saturday, esok kija.
Masa: 1:11 am



Tapi mata terkebil lagi. Ntah tunggu apa, ntah tunggu sapa. Tak tunggu apa, tak juga tunggu syiapa syiapa. Salah sukatan minum kopi Mak Dara kot...!

Esok ada agenda keluarga. Yang dari kampung pun datang, kerana sorang lagi My Anak Menakan akan bernikah esok.

Menjelang cuti sekolah, ramai yang akan mendirikan rumahtangga. Samada kali pertama, atau kali yang bukan pertama, kerana ingin membina semula rumahtangga baru dengan orang yang lain pula. Jodoh sudah sampai, terimalah dengan seadanya.

Tahniah dan Selamat Pengantin Baru.

Doa dari jauh walaupun ada kenalan aku yang akan berkahwin (lagi) esok, terlalu sibuk sehingga tak sempat nak jemput aku. Moga jodoh kali ini kekal selamanya dan aman sejahtera. Tentulah pengalaman lalu cukup bermakna untuk dijadikan panduan.

Pagi tadi terdengar di radio, seorang photographer profesional menyebut, untuk majlis kahwin bajet untuk fotografi sahaja paling minimum adalah RM900. Wahhhh... kalu untuk gambar sahaja sudah sebanyak itu, berapa pula untuk sewa baju sanding, bersalin-salin baju, sewa pelamin, kompang, khemah, catering... dah lain-lain lagi.. lagi...lagi.

ehhhh apasal plak topik kerja kahwin nih?



Cerita pasal gambar sememeh di atas: Lepas acara makan ni, ada orang bebel-bebel marah aku sebab pengantin tak pakai barang kemas. Dolu-dolu kan, kalu kahwin kena pakai selagi ada, sarung jer, semua nak kasi pakai. Rantai emas setebal jari, aku masuk dalam baju. Nampak togel jer pengantin ni, kan? Lurus bendul aku, sebab tak suka, aku sorok rantai dalam baju. Pelik pada pandangan mata orang, tapi selamba jer aku... Sebab tu kena marah.

Mujur baju ada skit “shining”, kalu tidak, aku dengan tetamu macam takda beza. Simple habis. Sementelah tradisi keluarga memang tidak bersanding (kecuali kenduri pertama), so sangatlah simple. Tapi meriah, satu kampung mari makan kenduri.

Berpuluh tahun dulu. No sanding-sanding. Kena berdiri tengah laman untuk tatapan “geng kedehoq @ mentara @ tukang basuh pinggan”, pun dah buat aku berpeluh tak ketahwan. Mencik kena sorakkkk! Rasa nak balas dendam kat tukang sorak tu. Bukan orang lain pun, geng sekampung jugak. Ada tu kawan-kawan sekolah aku jugak. Jangan-jangan depa geram sebab aku kahwin dengan orang jauh, tak pilih depa kot? Ahaks!

Goodnite everyone.



~...berdebar sungguh rasa hati SERI BULAN bila HISYAM terlepas kata hendak merisik seseorang yang menjadi rahsia di hati lelaki itu tetapi belum terlambat untuk dia mengharap ruang dan peluang menjadi gadis idaman sahabatnya itu...~








LinkWithin

Related Posts with Thumbnails