السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
31-12-2013
Hari terakhir 2013. Ramai la yang mula bercerita pasal azam, pasal cita-cita, termasuklah impian dan angan-angan. Saya malas nak ulas. Biarlah kehidupan berlangsung mengikut aturanNya, mengikut perancangan kita dengan izinNya.
Hari itu, (hari apa ntah), si pengomen tegar Dak TATA ni tanya saya tentang citer Korea:
Link untuk download seluruh episod DI SINI.
Saya sebenarnya malas nak cari malas nak explore. Tetapi kerana ramai pembantu yang terror-terror pasal ko-ri-ya kat rumah tu, order jer. Depa ni, bab siri drama yang best, bab lagu or model or penyanyi apatah lagi pelakun, semua depa tau lah (belajar tak pulak pandai macam tuh!).
Walaupun saya takut terjebak tapi sebenarnya saya dah terjebak pun! Mujur lah saya cuma layan siri-siri drama yang mana best dan ‘recommended’ jer. Bab muzik or lain-lain tu, saya tak layan.
Sekarang ni siri drama The Heirs menjadi sebutan sebab menjadi drama of the year di sana. Dah habis tengok pun sampai episod 20 tapi tv (channel 393 or 395 — kami pilih HD la sebab nak tengok pemandangan Seoul yang cantik) baru tayang sampai episod 16.
Peminat The Heirs semua, minggu ini kena sedia tisu banyak-banyak, sebab episod 17 adalah episod penuh air mata!
Walau ramai yang suka tengok Kim Tan, tapi dalam rumah saya, semua anak dara saya suka Woo-Bin the Choi Young-Do yang jahat tapi baik. Cemana tuh? Kena tengok la...!
Kim Woo-Bin, model terkenal di Korea.
Selamat Bercuti everyone!
~...mengetahui asal usul keturunan HISYAM dari negara bermusim adalah antara rahsia yang sangat teguh dipegang SERI BULAN kerana tidak mahu disalahanggap teman setia yang sedikit sepet itu kelak dikata orang tiada beradat tiada istiadat sementelah penampilan agak ranggi tetapi itulah yang membuatkan ramai anak dara Kampung Separuh Desa bisa termimpi-mimpi termasuk anak dara Pak Imam yang semakin hari semakin nyaran...~