Wednesday, May 20, 2015

Memori Bali 05: Kopi Luwak dan durian 6 hengget....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
19-05-2015


Turun dari puncak Kintamani kami dibawa melawat ladang kopi. Ramai tahu tentang Kopi Luwak yakni kopi yang dimakan musang kemudian dibuang-najiskannya then diproses menjadi serbuk. Sejauh mana ianya benar akan bersihnya, saya teruja juga hendak melihat.

Turun berjalan dan melihat-lihat kebun kopi yang bercampur pokok buah-buahan... nampak hijau sekeliling... berangin dingin nyaman sungguh menyeronokkan.


Ada banyak kebun kopi sebegini di merata Bali (but saya kira di kawasan tanah tinggi paling banyak sebab tanahnya subur dek lava gunung berapi) dan hampir semua kebun dijaga baik dan memang untuk tujuan pelancungan.


Biji kopi yang muda. Jika dah masak berwarna coklat maroon. Bagi saya yang tak pernah tengok memang la seronok. Bertahun-tahun meninggalkan tempat yang hijau begini dan bertahun-tahun tidak jejak kaki ke tempat bernama kebun.

Juga ada banyak tumbuhan lain seperti koko, serai, kunyit, ginseng (ginseng di sini juga terkenal) dan bersulam pokok rambutan, nangka, manggis dan durian.


Pokok koko pun ntah dah berapa puluh tahun saya tak jumpa.


Ini sangkar (tujuan display) yang menempatkan musang yang memakan biji kopi kemudian buang sebagai najisnya. Ada 2 ekor yang dibela di sini dan memang dikurung untuk tontonan pelancung.


Ini biji kopi yang asli, asal dari hasil musang. Sebelah itu adalah biji kopi musang yang telah dibersihkan (dikopek kulit dan dibuang beberapa lapisannya) sebelum digoreng.


Dapur kayu ini juga untuk tontonan pelancung. Menggoreng biji kopi luwak secara tradisional. Wangi baunya.



Mencuba sendiri menumbuk biji kopi yang sudah digoreng membuatkan saya teringat zaman di kampung kami gunakan lesung kayu sebegitu untuk menumbuk beras, gula dan lain-lain...


Buah-buahan dijual terus di sini. Tetapi kami semua berhajatkan durian. Penimbangnya unik.


Turun ke bawah ada beberapa pondok wakaf sebegini di kiri kanan. Pelancung boleh duduk menikmati kopi atau buah-buahan.


Beberapa jenis kopi dan teh pelbagai perisa diberi kepada kami untuk mencuba. Peminat kopi tentulah suka. Ada rasa: coklat, vanila, kelapa, pandan, teh strawberi, teh lemon, roselle... tak ingat. Banyak. Hanya Kopi Luwak sahaja tidak dihidang-cuba. Mungkin kerana ianya mahal dek kerana cara prosesnya yang rumit.

Akhirnya hajat kami hendak menikmati durian Bali tercapai. Memang ada durian dijual di sini.


Sebesar ini hanya RP20,000 (RM6.00?) sahaja. Kami beli 2 biji pun dah jenoh makan.


Ruang pameran dan jualan. Rata-rata kami hanya beli teh dan kopi berperisa yang enak dirasa tadi. Kerana Kopi Luwak dikatakan makruh, tiada seorang pun yang mencuba apalagi nak beli.

Dinner kami malam itu, Nasi Padang di Restoren Natrabu. Restoren ini juga ada banyak cawangannya di negara kita.



Dekonya cantik dan bersinar-sinar. Restoren Minang.


Sebenarnya saya kurang gemar Nasi Padang sebab ianya dimasak awal. Hanya nasi sahaja yang panas, lauk ada yang sudah sejuk. Kebetulan masih kenyang durian lalu saya makan cuma sesuap dua.


Memang Bali menjadi pulau berbulan madu.



Next entri, kami ke tengah laut mencari habitat dolphin dan merakam detik ia melompat. Seronokkk...!


 ~...sudah tiba saat untuk bersemuka...~




Monday, May 18, 2015

Memori Bali 04: Puncak Kintamani yang nyaman dingin...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Isnin
18-05-2015


Pulau Bali adalah pulau yang ada gunung berapi. Ada tanah tinggi. Ada tanah rendah. Bukit bukau. Sawah padi teres (terrace rice). Cuaca memang sejuk nyaman terutama bila berada di atas kawasan tanah tinggi. Ya kita boleh bayangkan seperti Cameron Highland.


Melalui jalan berliku, selekoh dan berpusing (dah rasa macam Bukit Putus, Kuala Pilah pulak) menuju tanah tinggi untuk makan tengahari, tidak langsung membosankan. Pemandangan cantik, hijau sekeliling dan kami boleh nampak puncak gunung tertinggi di sini, gunung berapi Gunung Agung.


Kintamani Restaurant, merupakan lokasi makan tengahari. Puncak Kintamani ini menjadi lokasi “wajib lawat” bila kita datang ke Bali. Memang terkenal sekali Kintamani ini.


Pintu masuk. Seni ukiran dan corak lukisan sangat sarat. Patung-patung tidak terkecuali dan saya buat tak nampak saja patung besar di kiri kanan laluan itu.


Ruangan bufet. Sangat luas ruang dalam restoren yang kami masuk. Sebenarnya di sebelah luar juga ada beberapa buah restoren lagi yang juga besar dan berhias ukiran yang cantik. Yeaa... semuanya 100% halal.


Tidak sah datang ke Indonesia jika tidak merasa Apokat Juice yang terkenal ini. Avokado yang diblend bersama susu dan dihidang bersama coklat.


Ada puluhan jenis menu nasi dan lauk pauk. Wajib ada ialah megi Indomee yang ada di setiap restoren bufet. Pecal depa sangat sedap (sebab kuahnya ada cekur, sebab tu orang Jawa di Malaysia yang buat kuah pecal guna cekur rasanya sangat enak). Juga ada sate, kuih muih termasuk pisang goreng bersira madu (saya tak gemar), bubur (depa banyak hidang bubur jagung dan bubur pulut hitam)...


Sticky Rice with Pumpkins namanya. Ianya Pulut dikukus bersama Labu Manis dan dimakan bersama nyior parut dan disira dengan gula melaka. Woooo enak betul. Saya suka yang ini. Senang saja kalu nak buat sendiri nanti.


Dari atas restoren boleh jelas nampak awan yang indah seperti menyapu dan membalut puncak Gunung Agung.


Nak tayang gelang kayu dan rantai manik Bali. Hahahaha..!


Ini surau@musollah wanita. Surau lelaki di sebelah bawah (menuruni tangga), saya tak snap pun. Tandas di tingkat bawah restoren dan ada cleaner menanti. Setiap kali pelanggan keluar dia akan cepat-cepat masuk dan mengelap mangkuk tandas dengan tisu untuk next pelanggan. Wahhhh...

Kerana kami tiba agak lewat dan melepasi Zohor (Zohor kira-kira 12.20 pm) jadi kami makan dahulu sementara menanti Asar untuk terus solat jamak secara berjemaah di surau lelaki yang terbuka seperti serambi rumah. Cantik bersih sejuk nyaman. Air pun adoiii dingin.


Yang tak menahan ialah budaya menjual di kaki lima atau lokasi lawatan. Aduhaii... ini terdapat di mana-mana ceruk pun di negara ini. Menjual cenderahati atau barangan tempatan sehingga ke hujung jalan laluan kita. Tetapi depa tidak boleh melepasi sempadan-sempadan tertentu, contohnya tidak boleh melepasi tangga restoren seperti saya berdiri posing di atas tu. Penjual nak jual ker.. nak merayu ker.. nak tarik-tarik baju ker.. sila tunggu kat bawah. Itu yang selalu ikut sampai dalam van selagi kita tak beli. Sila tolak secara baik, senyum dan masuk duduk diam-diam. Dan di sini saya dikepong sehingga panik tak boleh bergerak ke mana pun sehinggalah Pak Ida datang mengambil dan mengiring saya ke van.

Tetapi belum pernah lagi tak beli. Setiap kali ada penjual sebegini ada saja antara ahli rombongan yang sanggup beli sekurang-kurangnya satu. Rezeki depa. Saya beli rantai leher tu pun semasa depa dok follow hingga ke van di tempat lawatan silver sebelum itu.


Menuruni puncak ke tempat lawatan seterusnya. Kopi Luwak.

Next entri yaa...





 ~...Mak Utih sudah berpesan jangan ke balai raya tanpa berteman tetapi kerana SERI BULAN terasa hati hendak merajuk dia lalu berjalan di denai sendirian pulang lalu HISYAM segera mengekori dalam diam sehingga nyaris pula SERI BULAN mengejeknya hendak meniru seperti Pendekar Bujang Lapok mengejar Cikgu Ros...~




Friday, May 15, 2015

Pesta Buku 2015: hari penutup yang panjang...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
15-05-2015


Hampir lupa hendak menulis sesuatu dan menyimpan gambar berkenaan hari penutup Pesta Buku Antrabangsa 2015 yang berakhir pada 3 Mei lalu.

Sehari selepas saya balik dari bercuti, saya bertugas sekali lagi di booth tempat kija saya. Hari penutup yang dijangka akan ramai. But sebenarnya orang paling ramai datang adalah pada hari-hari Sabtu.


Rutin sama. Jaga cashier. Itu sesuai buat saya yang sudah tidak muda untuk berdiri lama atau sudah menipis bakat “melelong” lalu saya rela depa tak pernah tahu saya pernah buat kerja promoter buku selama 6 tahun berturut sebelum ini. Dah tak kuat.


Pesta Buku juga sudah menjadi arena tetap untuk saya berdating atau bertemu dengan rakan-rakan sekepala minat novel atau teman blogger. ANNIES KHAIRIN, juga bertugas dan tahun ini bertemu lagi. Bertukar-tukar cenderahati. Thanks Annies.


Juga blogger Abah Zino dan isteri yang singgah ke booth.

Tahun ini saya berhasrat untuk mencari novel dari penulis baru, penerbit baru dan cuba melihat sesuatu yang baru dari mereka. Mungkin ada kelainan yang menarik yang boleh saya jadikan koleksi.

Nampak booth Fixie... buku depa dah banyak anak-anak dara saya beli lalu saya tak singgah. Ada beberapa lagi penerbit indie yang baru tetapi saya belum tertarik.

Singgah juga lagi sekali booth; Love Novel. Promoternya sorang tu saya kenal, biasa nampak. Kerana tak tahu nama, saya segan hendak beramah mesra. But ada beberapa tajuk di situ menarik. (Ahad sebelumnya saya dah beli 2 tajuk – satu buku saya bawa bercuti untuk baca dalam flight dan juga senggang menunggu, sudah habis dan agak menarik) Lalu saya kira tidak mengapa untuk cari 1,2 lagi menambah koleksi.


Ada novelis. Kebetulan pula.


Tak pernah dengar lagi nama novelis ni, tapi saya hendak cuba. Ok... terus dapat autograf pulak.

*Tajuk: “Aiseyman, Driver Aje” dah habis saya baca. Komedi romantis. Dah macam drama dan filem plak, ada komedi romantis. Hmmm lain kali jer saya review.


Apapun novel  penerbitan ini tidaklah banyak beza dengan lain-lain keluaran penerbit. Tema, jalan cerita, gaya bahasa sudah hampir sama menepati citarasa dan gaya hidup masa kini. Ada citer tentang gadget, sembang whatsapp, FB... ada isu KPop... malah ada 1 tajuk siap taruh lirik lagu Korea 1 muka surat penuh..!

Saya singgah juga di booth Buku Prima (Karangkraf) dan bernasib baik novelis Kak Ramlah Rashid ada di booth. Hanya minta autograf untuk novel beliau terdahulu. Novel terbarunya saya dah beli.


Tidak banyak hasil buruan kali ini kerana ada beberapa lagi novel buruan tahun lepas masih dalam plastik tak sempat nak baca. Adoii laaa..


Sesuatu yang sudah sebati dengan jiwa, ternyata sukar dihentikan atau dilupakan.

Jikapun nanti tidak lagi ditugaskan (tapi Mr C, manager duit tu sangat suka aku ada, “Saya banyak happy U ada mari kerja sini”. Adehhh) saya pasti datang ke PWTC untuk melepas rindu pada buku.




 ~...kerana segan juga tidak mahu dianggap perasan, SERI BULAN langsung tidak bertanya kenapa anak dara Pak Imam berkunjung datang dan bersembang panjang, tetapi apabila HISYAM yang nampak tersengih memanjang, SERI BULAN tahu ada perkara sedang membara, ada cerita yang sedang direka dan dia terasa ingin sekali dinding dan lantai memecahkan rahsia...~




Wednesday, May 13, 2015

Memori Bali 03: ke mana meredah tetap melihat yang indah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
13-05-2015


Menyambung siri lawatan saya ke Bali, kami singgah di pusat pembuatan batik secara tradisional. Batik lukis tangan. Tidak berbeza dengan cara batik lukis di negara kita terutama di Kelantan dan Terengganu itu, cuma yang beza mungkin design. Dari segi warna, barang cat atau berus atau frame, sama saja. Design Bali banyak lukis bunga. Terutama bunga kemboja.


Kerana ini pusat batik khas untuk para pelancung, pekerja di sini semuanya berpakaian seragam batik.  Saya kira melukis di sini sekadar untuk tontonan pelancung semata. Pasti ada bengkel atau workshopnya yang lebih khusus untuk produk, di tempat lain.


Mereka mereka-cipta, menjahit juga di sini. Jika kita membeli di sini, boleh dijahit-cantum terus secara percuma. Kalu buat baju, saya lupa nak tanya berapa harga.



Ruang pameran dan jualan. Snap dari luar saja. Di dalam butik, no camera. Di sini memang banyak lot kedai yang tidak benarkan kita snap gambar. Saya rasa mereka menjaga hak rekaan mereka kerana Bali terkenal dengan seni rekaan, ukiran dan lain-lain.

Tidak banyak yang diborong di sini. Butik eksklusif dah tentulah mahal. Batik lepas 2 meter = RM99.00. Untuk tidak ralat sekadar pario batik warna magenta berharga RM30++.


Sepanjang perjalanan memang akan melihat sebegini di hampir semua ceruk kawasan kampung Bali.





Singgah di pusat pembuatan dan jualan perak.



Walaupun saya minat juga barangan perak (berbanding emas) tetapi hanya saya seorang yang tidak membeli. Coraknya tidak sesuai di mata saya. Ahli lawatan lain beli macam-macam. Paling banyak diborong ialah cincin perak.



Di setiap jalan yang ada roundabout pasti akan patung sebegini. Yang saya sangat jelas ialah, setiap patung akan berbalut dengan kain bercorak kotak seperti dam samada warna hitam putih atau merah putih. Atau juga kain berwarna kuning.


Next entri... makan tengahari di puncak Kintamani.




 ~...suatu petang SERI BULAN terkejut melihat anak dara Pak Imam sedang enak berborak dengan Mak Utih di serambi Teratak Nyatuh dan dia yakin topik utama pastilah tentang HISYAM yang menjadi kegilaannya itu, lalu SERI BULAN terfikir samada hendak join-mengumpat atau melencong ke perigi lalu duduk menunggu sambil menyanyi mengubat sakit hati...~




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails