Monday, January 31, 2011

SYAIR SI PARA-PARA ajak bersenda...

Salam.
Isnin 31-01-2011, tengah malam.

Balik dengan kekenyangan. Ada majlis sambutan ulang tahun kelahiran seorang kenalan di kawasan kejiranan. AA pergi sebagai memeriahkan majlis, sambil menolong apa yang patut.


Sila jamu mata. Pulut Kuning tu memang sedap....!

Sempat merempit sekejap, dan terjumpa ada taq dari blogger SI PARA-PARA. Aduhaiiii... eden tak sangko, eden pun kono jugak!

Adeh lahhh...

Ntah apa ler nama si blogger SI PARA-PARA ini. Tapi terimakasih kerana sudi TAQ Kak AA.

Meh nak cuba jawab.



Apa benda penting dalam hidup korang?
Jika bukan benda; Keluarga. Keluarga. Keluarga.
Benda; telefon bimbit.

Benda terakhir yang korang beli gune duit korang?
Latest, petang tadi beli Goreng Pisang RM3.

Di manakah tempat korang akan langsungkan perkahwinan korang dan apakah temanya nanti?
Akak dah kahwin dikkkk...

Adakah korang sedang bercinta sekarang?
Every single days...!

Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
Forever ever ever, insyaAllah.

Di manakah korang selalu jumpa kekasih korang?
Di rumah, di bilik... heh heh heh

Novel/buku/majalah terakhir dibeli?
Tak ingat lah, novel terakhir pun dapat cenderahati masa di Pesta Buku.

Apakah nama penuh korang?
Ni pehal nak tau nama penuh plak ni. Polis ker. Meh tunjuk kad kuasa dulu... hehehe

Apa nama penuh kuceng korang?
Sehingga hari ini belum lagi terbuka hati nak bela kucing.

Antara mak dan ayah, mana korang lebih mesra?
Sama jer, tapi kalu nak kira, lebih rapat dengan arwah AYAH.

Namakan orang yang betul² korang nak jumpa dalam hidup korang?
Abdul Talib Hassan, seorang novelis.

Adakah korang basuh baju korang sendiri?
Baju biasa guna mesin, baju kerja ya.. basuh tangan. Tangan sendirik.

Di manakah tempat yang betul-betul korang nak pergi?
Makkah (selain itu teringin nak pegi Switzerland)

Pilih salah satu, peluk atau cium?
AA mahir kedua-duanya sekali. Hahahahaha!

Beritahu 3 benda tentang orang yang beri tag?
1) beliau blogger yang unik
2) beliau menulis begitu santai
3) seorang yang humble

Lima benda yang paling disayangi dalam hidup anda?
Telefon bimbit, handbag, kasut, koleksi novel, koleksi jamtangan.

Lagu yang paling anda suka dan selalu dengar?
Lately, suka lagu MENYESAL by Sixth Sense. Juga suka lagu KNIFE by Rockwell (ni lagu lama)

Bila tarikh lahir dan kat mana korang sambut tahun lepas?
Tak suka nak sebut, tak suka nak sambut.

Rakan Blogger yang korang nak tag:
Berapa orang mau? Ada ramai blogger tauuuu... hehehe


Terimakasih ya SI PARA PARA. Harap berpuas hati.







Kenapa Baru Kini Aku Sedar, Dia Memang Hebat...

Salam
Isnin 31-01-2011 malam



Dulu kami sering berjumpa bila ada xtvt santai sesama ramai lagi kawan-kawan sekepala yang suka bergurau dan biasanya agenda pertemuan terlaksana bila ada gathering makan-makan. Walau makan semeja, kadang-kadang kongsi air, tidak menjamin kita boleh percaya apa yang kita bualkan, tidak juga boleh menelan segala kata puji kerana hari ini, (bagi AA secara peribadi) tidak lagi mahu percaya sesiapa apabila melibatkan kepentingan bisnes orang lain. Kerana bila ada orang begitu taksub dan terlalu menjaga perniagaan sehingga hati dan perasaan insan-insan sekeliling yg disebut kawan pun tidak lagi penting, malah tidak teragak-agak pula untuk memperlekeh malah menghina reputasi kawan. Terimakasih atas pengalaman dan pengajaran ini.

Sukar sungguh untuk meyakinkan orang tentang keikhlasan kita, kan? Sukar juga untuk kita menduga bahawa kemesraan yang kita tunjukkan dan kita lihat sebenarnya kemudian menjadi sebuah dendam terhimpun ibarat lahar yang membeku, bila tiba saat panas ianya meletus dan meletup sehingga membakar perasaan. Perasaan aku, khasnya.

Lalu sebuah kesilapan telah membunuh sebuah kemesraan dan terlalu malu pula aku untuk mengakui sebuah persahabatan yang pernah terjalin. Malu atas dasar sedar diri dan kini menyedari rupanya aku tidaklah sehebat dia untuk berdiri sebagai kawan jauh sekali sebagai sahabat, malu untuk menyertai kerana terlalu jauh dan kecil diri untuk seganding mereka yang sejak dulu ku akui hebat, tetapi rupanya jauh lebih hebat dari pandangan mata kasar aku sebelum ini.

Alhamdulilah.. Alhamdulilah terimakasih ya Allah, membuka mataku melihat lebih jauh ke dalam dirinya dan sungguh aku terlupa untuk mengaguminya. Rasa kagum yang dahulu belum cukup rupanya, dan hari ini kehebatan itu sungguh menakjubkan aku. Kenapa aku lupa dan terleka untuk memandang sebelum ini?

Semoga aku belum terlambat untuk menarik diri lebih jauh, mengelak diri supaya tidak menjadi kudis atau kuman kepada kehidupan orang lain, apatah lagi menjadi musuh atau pengkhianat kepada perniagaan orang lain. Hidup bukan untuk dikesali tetapi sesuatu yang terjadi teramat aku kesali sekali. Aku memang tidak pernah hebat, (my profile said “nothing special”) tetapi itu bukan bermakna aku boleh pula diperlekeh, dicemar reputasi (yang tidak seberapa), dihina sebagai penipu dan lebih malang lagi dichop pula sebagai orang yang berhasad dengki. Alangkah rendah sekali label yang diberi dan disemat di hatinya kepada aku.

Sesuatu yang tidak pernah terfikir oleh seorang aku, setidak-tidak terhadap dia. Atas sebab apa? Atas tujuan apa? Untuk kepentingan apa? Bukankah kami begitu berbeza? Tidak termampu pun aku untuk menyamai dirinya yang serba ada, serba hebat, serba menakjubkan. Terlalu jauh jika hendak dibandingkan pun. Lalu untuk mencari sebarang kelemahannya pun aku tidak mampu, bagaimana pula hendak menjadikannya umpan sebuah hasad dengki? Hanya dia yang tahu, tetapi aku tidak ingin tahu.

Usah bertanya apa-apa tentang tulisan ini, kerana tiada siapa pun akan mendapat tahu tentangnya dari mulut aku. Tidak dari aku. Tetapi sekiranya kerusi meja sofa kereta atau apa saja, boleh mendengar dan bersuara kembali, itu adalah di luar kawalan aku. Siapa kita yang mampu untuk menutup mulut orang dari bercakap dan membuat andaian? Sesungguhnya aku memang TIDAK MAMPU. Tidak perlulah diulangi dalam bentuk apa pun, aku sedia tahu.

Kesilapan paling besar aku terhadapnya adalah kerana aku terlalu mudah untuk bergelak ketawa, terlalu mudah untuk bergurau sehingga terlupa gurauan seorang pelawak ini rupanya menjadi senjata yang menikam aku kembali. Bijak sungguh orang memanipulasikan sebuah kata-kata. Dan kesedaran lain juga ada, gelak tawa dan gurauan bukan mudah pula diterima begitu sahaja. Tentulah kesilapan lain yang muncul adalah, aku TERSILAP menilai orang, dengan menyangka mengenali lebih 3,4 tahun adalah cukup untuk diterima dan “dikenali” tetapi rupanya tidak sama sekali. Aku tidak lagi “dikenali”...

Selepas ini aku tidak terkilan untuk terus tidak dikenalinya kerana “padan muka” aku, kesilapan aku sendiri yang tidak berhati-hati menjaga hati orang. Orang yang harus dikagumi kerana kehebatannya yang tersendiri, kerana kami begitu jauh berbeza dan dia seharusnya menjadi orang yang patut disanjungi. Bukankah orang yang berada-ada itu biasanya disanjung tinggi? juga ingin disanjungi? amat suka disanjungi?

Terimakasih kerana selama ini SUDI mengenali aku, pernah menganggap aku sebagai kawan, pernah memberi makan aku (dan anak-anak aku) di rumah besar tersergam indahnya itu (mohon dihalalkan semuanya), terimakasih juga kerana pernah bersedekah kepada aku, pernah juga belanja makan, pernah juga beri cenderahati, pernah juga mendoakan kesejahteraan di hari ulangtahun, terimakasih juga kerana pernah sama bergelak, bertepuk tampar, pernah menjadi penyokong dalam beberapa hal... Aduhhh banyak sekali jasanya terhadap aku bagai tak terbilang dengan jari. Dia memang baik hati, pemurah dan dihormati.

Dan terlalu sedikit yang kuberikan kepada dia. Terlalu sedikit... Dan aku harap itu mudah untuk dilupakan. Dan aku harap amat berharap untuk terus dilupakan.

Moga Tuhan merahmatinya, memberikan kesejahteraan kepadanya dan keluarga serta memberikan kemakmuran ke atas apa jua yang dilakukan.

Sesungguhnya aku tidak berjaya mengelak untuk merasa terhina dan terluka.



~...bila sebuah pengkhianatan terancang berjaya menembusi sebuah kekebalan, SERI BULAN tahu yang kecewa adalah HISYAM dan yang merana adalah dirinya sendiri...








Ayam Kampung dan Cabonara: Kenyang Sampai Malam...

Salam
Isnin 31-01-2011 petang


Hasrat untuk merempit di laman kengkawan blogger agak tersekat-sekat. Antara mood yang melonjak tetapi merudum tiba-tiba.

Kemudian seharian ada urusan di luar merangkap jumpa kawan ralit bergebang sebab lama tak jumpa. Tentulah agenda disertai makan, makan dan makan...



Dah lama tak pekena Ayam Kampung. Dulu kalu dengan geng AP.com selalu juga kami melepak pekena Ayam Kampung di TPCA, Kg Baru. Yang ini kami try kat R&R Awan Besar. Dulu jika kami singgah situ, selalu pekena Sate Samuri di situ, sekarang Restoren Ayam Kampung beroperasi (take over lot McD di situ), dan sungguh popular sampai nak tunggu meja kosong pun kena berdiri beberapa minit.

Kemudian menguruskan beberapa urusan rasmi — maklum kontraktor berjaya ini memang ada saja urusannya, tetapi dia selalu suka bila aku meluangkan masa (yang terhad) untuk menemani dia ke tempat-tempat urusannya.

Dan habuannya, dia belanja aku makan Spagheti Chicken Cabonara di Penang Street.



Lebih sedap dari Cabonara di Pizza “jahhat”.
Air Lime Plum yang masam manisssss...!

Nanti AA merempit lagi, sebab sekejap lagi kul 9, nak hadir ke majlis makan-makan di rumah kenalan di kawasan rumah. Aduhai.. makan lagi lah nampaknya.



~...bila emosi menguasai perasaan, SERI BULAN teresak-esak mengongoi di pangkal pohon cermai sehingga HISYAM tidak tahu hendak memujuk selain dari berjalan keliling pokok tanpa sedar, lalu pening sendiri mujur di poket seluar ada ubat sakit kepala...~







Episod Bertunang: Pelbagai Cerita dengan Pelbagai Rasa...

Salam
Isnin: 31-01-2011


Ada beberapa lagi gambar sekitar majlis pertunangan yang AA nak masukkan bukan tujuan menunjuk tetapi gambar-gambar biasa kami anak-beranak berkumpul. Bukan gambar nak tunjuk gelang atau sofa bersulam emas atau nak tunjuk pasu bunga sebesar budak tadika..!

Ada pelbagai rasa bila kita berkumpul, bila kita berjumpa dan tentulah rasa itu tidak pernah sama bila kita berjumpa dengan orang luar, or kengkawan. Biar mesra macamana pun, rasa itu tidak pernah sama. Bersama ahli keluarga, rasa itu sangat dekat, sangat indah dan tulus.

Masih ingat, dulu masa aku masih sekolah bila ada majlis di Rumah BONDA, tak pernah sikit orang yang datang. Maklum kampung, lagipun kedua orang tua memang agak dikenali (arwah AYAH orang kuat masjid, PIBG sekolah lagi, tukang masak kenduri lagi)... lalu bila majlis yang biasanya dia sebut “kecil” biasanya penuh rumah (yang 2 tingkat). So bayangkan ramainya.. dan yang disebut “besar” pula adalah bila ada 2,3 khemah dipasang di luar rumah.

Dan rata-rata majlis kenduri kahwin tidak banyak beza dulu dan sekarang dari segi jumlah jemputan. Cuma majlis pertunangan di kampung boleh dikatakan kurang 5,6 jiran akan tahu, dan sedara mara paling tidak yg paling hampir “wajib” dijemput. Sekarang, majis pertunangan agak simple dan lebih “tertutup” malah ada yang buat majlis bertunang@sarung cincin pada hari pernikahan, beberapa jam sebelum. Ada beberapa sebablah, antaranya nak jimat masa dan kos....

Dulu kat kampung, aku ingat lagi... jiran-jiran yang kreatif dan murah hati mesti buat kurang-kurang 1 hantaran (1 dulang) utk bagi pada keluarga yang nak bertunang. Kalu yang bertunang tu perempuan tak kisah sangat kalu banyak dan berlebih, (adat kita memang perempuan lebih dari lelaki dan mesti dalam jumlah yang ganjil e.g. 5 berbalas 7, or 7 berbalas 9 and vice versa). Bila jiran or sedara datang bawa 1 dulang hantaran yang siap digubah or kuih yang dihias cantik sebagai sedekah, wajib tau tuan rumah ambil dan jadikan sebagai salah satu hantaran juga. JIKA TIDAK nanti si pemberi akan kecil hati, dan menjadi tanggungjawab tuan rumah meletakkan gubahan itu bersama gubahan lain.

Sekarang esp. di bandar, majlis bertunang lebih ringkas dan lebih fokus pada yang penting, meminang, sarung cincin dan akad janji. Malah tuan rumah tempah segala hantaran dari kedai-kedai gubahan saja. Nak jimat buat sendiri diam-diam. Bergantung mana suka.







Dari komen-komen di entri sebelum ini, ada yang puji tentang wall dan hiasan di rumah tersebut. Bukan rumah AA ok, itu rumah anak buah; CIKINTO (adik kepada yang bertunang) di Bukit Jalil. Sebenarnya hiasan dinding itu dia dan suaminya buat sendiri, beli cat dan cat sendiri, malah frame gambar kahwin pun spray sendiri. Design direka oleh seorang rakan (lulusan UiTM Shah Alam) dan perbincangan hanya melalui FB dan mms sahaja. Kata orang kalu dah tangan kreatif, cerita dalam fon pun dah leh lukis sendiri. Ada kisah CIKINTO dan hubbynya “make over” rumah dalam blog beliau.


****

Pagi ini hujan masih bersambung. Rasa macam dah berhenti subuh tadi, tapi sekarang dah kul 8 lebih, kembali menitis. Dan baju yang semalam 2 round dimesin tak dapat kering dengan sempurna... Arghhh. Mujur AA dah cuti, keja jaga kain baju jer lah jawabnya.

Bagi yang masih bertugas, selamat bekerja dengan tekunnya. hehehehe...



~...setiap kali hujan menitis menimpa daun getah, HISYAM hanya mampu memandang batang getah yang basah, tidak upaya membantu menoreh walau langsung tidak boleh tetapi tetap juga SERI BULAN menghulur bekal Pulut Tanak dan Ikan Masin lalu duduk bergebang sampai petang di bangsal kecil beratap nipah...~






Sunday, January 30, 2011

Majlis Bertunang yang Simple...

Salam.
30-01-2011
Ahad yang ujan dingin seharian.

Lepak dari pagi sampai petang, walaupun hasrat di hati teringin sangat kalu dapat main ujan kat luar tu. Bila dah ujan mendung dingin, apalagi nyaman jerrrr, mood pun best sangat untuk berdiam dalam rumah memanjakan badan. Sejukkkkk.

Dan aku dapat peluang untuk tidur siang tadi. Rasa nikmat sangat... Tapi terlelap di depan tv, sambil sayup-sayup telinga dengar suara dari tv, tak dapatlah nak khusyuk.. (uik?)

Sehinggalah tiba-tiba hp yang berada di atas perut (memang tabiat, bila tidor hp suka letak atas perut), ada call masuk dari Pulau Pinang. Hehehehehe...

“Buat apa semalam sampai..... bla bla bla....”
“Anak buah saya bertunang malam tadi... dan, bla bla bla...”

Seronok dan terus segar mata kami berbual tentang beberapa isu.

***

Seharian ini petang baru aku berpeluang masuk merempit, sebab harus berbagi masa kepada anak dara yang berdua itu nak guna komputer.

Ini kisahnya semalam.

Anak buah AA selamat bertunang petang semalam, dalam majlis yang serba ringkas tetapi lancar dan sempurna. Tiada acara yang gilang gemilang pun, tetapi kami berhimpun penuh meriah. Walaupun tidak semua saudara dapat hadir kerana jauh, tetapi kami yang dekat tentulah tidak melepaskan berpeluang untuk hadir memeriahkan majlis.

Tahniah kepada NORAINI ~ SUHAIMIN. Majlis pertunangan berjalan lancar dan peminangan diterima dengan selamat dan penuh hati terbuka.


AA terpaksa menyorok badan di belakang (bukan sahaja kerana besarrrRRR) kerana pakai baju yang lain dari yang lain — maklum orang dapur... :)



Sepupu berhimpun...! Borak macam tak cukup siang.


My sister. The eldest sister... Bakal dapat menantu yang kedua.


Bila “penglipur lara” membuka cerita, semua jadi ternganga... Hahahaha!


Yang paling best, bila selesai sahaja majlis (selepas Asar), kami Mak Buah dan Anak-anak Buah berborak pot pet chit chat berjam-jam sehingga Maghrib kemudian bersambung lagi sehingga malam.

Bila tiba masa Kakak aku nak berangkat balik ke Perak, barulah bersurai dan kami terus balik dan tiba di rumah kira-kira jam 11 malam, sungguh penat. Penat makan dan penat bergelak sebenarnya.

Anak-anak buah aku memang ramai dah besar-besar dan ada yang sudah berkahwin. Jadi antara kami memang mesra dan macam kengkawan. Best jer dapat bergelak sakan, sebab kami jarang dapat berjumpa kerana masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri. Bila ada majlis baru dapat berhimpun. Masa tu la nak bertepuk tampar dan bergelak sampai bergegar tv...!

hahahahaha! and guess who is the one yang gelak paling kuat?

Tak yah teka, bukan dapat hadiah pun. Ngeh! Ngeh! Ngeh!



~...pernah suatu ketika di majlis meraikan pasangan yang menjadi kenalan mereka berdua, SERI BULAN dan HISYAM “dipaksa” merenjis mawar tetapi kerana gementar dalam geram HISYAM tersimbah beras kunyit ke kaki Mak Andam...~









Saturday, January 29, 2011

Sabtu yang Tidak Cute...

Sabtu punya story.
Tak ler cute mana pun story nyer.

Nak gelak pun ada > takper bior AA gelak sensorang.

Kan ritu dah janji takmo beli apa-apa di gerai mamak (yang separuh pekak itu).

So, kengkonon nak boikot ler. Pagi tadi beli air kat kedai lain (Sebenornya jarang beli air luar, sebab buat sendirik kat tempat kerja. Minggu ni, stock Nescafe dah habis lupa nak beli).

AA jalan kaki beli kat gerai lain, harus juga melintasi gerai mamak tersebut. Kekdahnyer (ini word memang tiru dari blogger SOM/FA*ATIP/AKAK), bior ler mamak tu tengok betapa pelanggan dia yang seorang ini, yang selalu beli air dengan dia, tetiba tapau air dari gerai lain, dan lalu depan dia dengan penuh lemah gemalai.... siap sedut-sedut air tu bila sampai depan dia. Hahahahaha! macam bebudak ler pulak!

Dan ehhh.. betullah, mamak tu nampak. Sayu jer pandangan mata dia. Sedih ler tuh? Sorrrrryyyy...! Biorkan dia rindu pada pelanggan dia sorang ni.

Btw, dia tak rugi mana pun setakat sebungkus Nescafe Ais! Silap-silap dia akan kata, “mau majuk ka, mau lari ka.. saya tarak rugi jugak!”

Takper, AA saja seronok nak sakat mamak tu. Ehhh majuk pada yang sayang, kan?

Adakah aku sayang mamak itu? Ohhhh tidaaaaakkkk! Lariiiiiiii kuat-kuat!


Kenapa lah aku tak bleh berhenti “menagih” Nescafe?
Yang pelik tu, cuma sekali jer sehari, tak bleh lebey...
*nampak Bintang Palace kat belakang?



*UPDATED: Kerana entri ini dikata sebagai LAWAK, so AA nak hantar sebagai penyertaan “Kontes Cerita Paling Lawak Sedunia.” anjuran blogger ANYSS. Belum tutup lagi kan? Sebenarnya memang takda idea, tapi tiba-tiba jer terfikir entri ini boleh juga dibuat bahan bertanding. Sebagai sokongan, menang tempat pertama pun jaaaadiii laaarrr...! Hahahahaha!




~...setiap kali SERI BULAN menjamah Air Jernih warisan Banjar, HISYAM sentiasa tidak berganjak dengan Air Tarik kemahiran Mamak Kaya, bila tersilap pelayan Myanmar ditarik telinga...~







Have a cute Saturday...!

Salam.
Sabtu 29-01-2011.


AA kerja. Tak suka, memang tak suka tapi terpaksa.
Tunggu masa jika ada rezeki di tempat lain pula memang nak cuba cari yang 5 days jer.

Pagi ini sarapan apa?

Jom layan Karipap Buat Sendirik...


Kata pakar Dato’ Dr Nor Laily: UNGU adalah warna kecemerlangan...!


~...bila SERI BULAN tidak jumpa denai untuk berpatah balik, HISYAM tidak lagi kelihatan menunggu di pondok bas, lalu merintis laluan baru bukanlah susah tetapi tidak juga mudah bila lampu picit di tangan kehabisan bateri...!~








Friday, January 28, 2011

Acara Menyuluh Diteruskan dengan Gigihnya...

Salam.


Janji nak menyuluh, ya terpaksa juga dilakukan, kerana ada banyak rumah perlu dijengah juga kerana sudah ketagihan.

Kalu tuan rumah begitu baik budi, lemah lembut dan bijak menulis dan memikat hati, tentulah aku harus pastikan wpun malam ni macam tak berapa nak ada bulan, tapi tetap singgah di rumah-rumah tersebut.

Singgah di laman pun cukuplah, nak jengah sampai serambi mana leh, malam ni mungkin tuan rumah sudah bergerak balik kampung, atau pegi Cuti-Cuti Malaysia (or ke luar negara macam sorang kawan aku tuuu.... amboiii)

Baru selesai siapkan Puding Jeli yang dijanjikan — kali ini Perisa Jagung — dan juga karipap frozen sebagai buah tangan untuk keluarga yang datang dari kampung sempena majlis meminang anak buah di Bukit Jalil esok petang. Yeayyyy...!

Anak dara berdua sampai petang dan riuh kembali rumah. Macam-macam cerita. Sambil sama-sama uli karipap berselang-seli gelak sampai si AMOI tak nampak mata (maklum skit sepet, bila gelak lebih, mata jadi kecik). IKA bawak balik cerita macam-macam... Kelakar ada, seronok ada, pendek kata letih lar telinga nak dengar. Panjang kata.... tak terkata!

Itu saja. Esok kerja.

Selamat bercuti bagi yang sudah memulakan percutian, samada percutian sederhana atau percutian mewah.

Selamat Ulangtahun Kelahiran buat teman blogger ACU SAYANG, semoga sejahtera berbahagia dan sukses selalu... MAAF agak terlewat (baru ternampak di FB).

Sedikit letih, mungkin kerana minda tidak begitu terurus sehari dua ini. Menoleh kembali ke dalam diri, aku tetap aku yang tidak mungkin mampu menjadi orang lain. Alhamdulillah...



~...ketika menyuluh denai dalam renyai malam, tiba-tiba tersuluh sepasang mata bersinar yang berkelip manja, rupanya Kancil sesat mencari teduhan lalu SERI BULAN rela berkongsi pondok asal HISYAM tidak berniat mencari pasal...~







Nanti Malam Nak Suluh Laman Orang...

Salam.
Jumaat 28-01-2011


Akhirnyaa..!

Masalah “graphic card” yang menyebabkan skrin jadi gelap (segelap aku), selesai tadi. Kembali kepada MacPro yang sangat aku rindui, boleh lah eksyen kepada G4 yang agak perlahan itu. Lama tu, hampir 2 minggu.

Kebetulan pula, hari ini bermula kesibukan dan pasti akan berterusan sehingga esok. Ada yang urgent dan mesti diselesaikan sebelum esok kerana lepas tu... coooooootiiii...!

Untuk merempit tidak upaya dilakukan di siang begini, yer kengkawan.

Tunggu malam nanti insyaAllah, memulakan rempitan dari rumah sahaja. Itupun kalu tak berebut dengan anak-anak dara berdua itu yang bakal tiba petang ini.

Dan harus guna lampu picit berkuasa tinggi, masukkan bateri 4“AA” untuk menyuluh setiap laman rumah teman blogger.> sengih membayangkan malam ini bleh main suluh-suluh...!

Oleh itu, AA nak sambung kerja. Lunch tu ingat-ingatlah sama AA yang tak kuar lunch hari ini.


~...SERI BULAN akhirnya nekad untuk pergi sejauh mungkin dari Kampung Separuh Desa, tidak lagi upaya berperahu sendirian tanpa HISYAM lalu keretapi malam menjadi pilihan walau harus melayan kedinginan menentang kesunyian...~






Aku Memang Teruk...!

Salam.
27-01-2011.


Aku memang teruk...!
Tadi lunch time, berlegar tawaf foodcourt dalam kompleks yang sepelaung dari tempat kerja. Tapi tak tau nak makan apa.

Round lagi sekali kot-kot hati terpaut. Tak juga. Apa nak makan? (Yang benornya hati libang libu).
Jumpa kawan sekerja yang sedang pilih-pilih menu di Secret Recipe. Tapi aku tak join (orang sengkek macam aku, mana mampu pun).

Aku pusing lagi sekali.
Masuk supermarket. Keluar.

Jalan lagi, kali ni ikut parking lot. Keluar.

Last-last sampai kat kedai mamak (yang kadang2 aku makan Roti Sardin situ). Order Maggi Kari. Dah bayang betapa enak nanti makan di pantry, Maggi panas-panas tuh. Slurrrppp!

Maggi siap! Tau apa dia bagi?
Maggi Goreng!

Padan muka aku. Menitis skit air mata, sebab bengang.
Mulut celupar skit, “Apa la lu orang. Tak dengar ker apa saya mintak tadi?”
Itu mamak pun macam mereng gak aku tengok, mencikkkk!

Sejak dulu aku selalu mintak Nescafe Ais — memang itu pun menu air selalu beli. Memang dia dah tahu sangat. Ntah macamana satu hari tu, asisstant dia yang tanya. Aku jawab, “air biasa ya.”

Tau apa aku dapat?
Air Suam bungkus! Macam nak meroyan aku kat situ. Kat ofis pun banyak!

Padan muka aku (lagi sekali). Sejak petang tadi, sepanjang jalan balik ke tempat kerja, aku berikrar dengan sesungguh-sungguhnya, tak mo lagi beli apa-apa kat kedai mamak tu wpun dia memang baik dengan aku, tapi macam ada sikit pekak! (macam aku jugak!) tobat dan geram.

Aku memang teruk...! So, jom layan jeruk. (Chowrasta, Georgetown)

Rupanya bukan aku sorang yang teruk.
IKA pun teruk gak. Nak marah pun ada.

Ada ker... esok dia nak balik cuti CNY, bleh dia call tanya, “Mak, nak balik KL nak bawa beg mana? Bawa luggage tu bleh?”

Kalu udah bawak luggage besau tu, macam nak balik terusss jerrr.. aduhhh anak oh anak.

Selain itu, malam ini INTERNET pun teruk jugak!

So, aku takda mood nak merempit mana-mana jalan rumah orang. Nak layan tv jer.

Nite...!



~...bila mendengar khabar tentang kecurangan HISYAM dan hubungan sulitnya dengan Si Bonah di belakang SERI BULAN, sungguh mendukacitakan hampir seluruh warga Kampung Separuh Desa kerana masing-masing mengharapkan pelamin biru itu adalah milik mereka berdua...~







Thursday, January 27, 2011

Berazam Nak Makan Banyak: Jangan Puji Apa-Apa Di Sini...

Memo rasmi sudah keluar petang semalam, tapi aku segan nak snap sebab ditampal betul-betul depan meja Boss. Nanti tak pasal-pasal dia melompat nak pegang memo tu dah soh snap muka dia sekali masuk blog... Ehh mana bleh, glamour ler dia nanti.

Yeahhh.. tempat kerja termasuk factory tidak beroperasi selama seminggu dan 31st Jan will be compulsary leave. Okeh la tu, kan? Lain-lain hal, tidak penting.

Oh ya... sebagai tradisi dan sebagai memberikan sokongan ada agenda “Yee Sang” nanti. Haruskah aku berbaju warna merah? Sedangkan diri sendiri sedar aku cuma ada satu baju merah saja. Kerana aku tidak pernah cantik berbaju merah (pakei baju kaler lain pun lebihkurang tu gak ler), akan kelihatan lebih gelap dari yang sedia gelap. Sebab tu warna merah tidak pernah menjadi warna pilihan.

Dah la memang tak LAWA akan terus jadi LAWAK. Buat LAWAK pun orang tak gelak, lagi nak pakai LAWAK? uishhhh...!


Inilah satu-satunya baju merah yang aku ada. Harus aku ulang-pakei lagi (sebagai sokongan) raya depa nanti. Mujur pun saiznya masih besarrrRRR... hahahaha! Tapi seliper tu harus diganti Seliper yang baru, cik kak oiiiii...!

Alaaa yang nak makan adalah mulut, bukan baju. Okeh.. urut dada kelegaan sekarang, dengan azam nak makan banyak nanti... > sengih sambil urut-urut tapak tangan....!

Sebelum terlupa, sesiapa yang berminat nak tonton Mak Yong Raja Besar (oleh Kumpulan Seni PETRONAS) pada di Menara Petronas KLCC 29 Jan Sabtu jam 3 pm, sila beritahu. AA ada 5 tiket nak kasi free. AA berhasrat nak pegi tonton, tapi ada urusan keluarga yang lebih penting.

***

Kadang-kadang bingung sendiri.

Tulis pasal anak-anak dikata “menunjuk anak awak sorang jer ke yang pandai..?”

Tulis pasal kawan-kawan dikata mengampu puji ada makna.

Tulis pasal hati dan perasaan dikata kita perasan.

Tulis pasal sedih, dikata kita nak minta simpati. Lalu harusnya gimana? Hmmm...

Yang pasti jangan puji apa-apa di sini. Tolong jangan.

Aku hanya ingin menjadi diri sendiri.



~...kerana tidak betah dipuji tidak juga kental dikeji SERI BULAN hanya berani menyendiri di tepi tiang seri, lalu HISYAM melintasi belakang tidak berani menegur bimbang kena seliang...!~










Wednesday, January 26, 2011

“Tadi kan... ada orang sudah salah cakap larrr...!”

Salam.


Alhamdulillah, syukur.

Lega, urusan mengambil stok dan menghantar tempahan/order Tart Nenas Tersohor selesai dengan jayanya, bermula pagi tadi sehinggalah jam 9.30 malam, tadi. Tiada berbaki, semua berjaya sampai ke tangan yang menempah awal. InsyaAllah. Rehat sebentar, tunggu lepas CNY baru nak start batch baru.

Tadi aku mengopi dan men-Roti Canai dengan My TOKLAKI di port kegemaran kami depan rumah. Gerai ni memang sudah bertapak sejak aku masih anak dara lagi. Cuma yang menjual Roti Canai tu jer yang on-off kadang ada kadang lama takda.

So, sebab ada orang lain yang baru buka stall Roti Canai di suatu ruang sudut gerai itu, kami mencuba sebab kata TOKLAKI, Roti Canai buatannya lembut dan sedap. Ohh... harus cuba sebab aku kalu dah terkena Roti Canai keras memang sakit jiwa sakit dada. Tak pasal-pasal nanti jadi tambah keras hati.

Dan tak sia-sia mensengkang mata (baru kul 10 jer pun...), berbaloi sebab memang betul sedap dan lembut pun. Perhhh....!

Pssstttt... kengkawan, tadi kan... masa kat kedai tu, ada sorang kawan TOKLAKI tetiba terlatah nyebut. Memang mula-mula dia pandang aku lama skit, (agaknya sebab aku lama tak mengopi di situ).

Bila TOKLAKI sergah jer, dia terluncur kata; “ingatkan bawa salah orang.”

Haa? Means? Adakah sebelum ini My TOKLAKI ada bawa “orang lain” mengopi dengannya? Ahaks! Wakakaka.. tak baeeeekkk tauuu buruk sangka kat laki sendirik! Nanti tak dapat duit belanja dapor. Cemana nak cilok 50% simpan nak beli gincu? hahahahaha. > gelak macam pompuan jahat.

...and macam biasa, aku tak koser nak siasat. Macam takda keja lain. Baik layan citer DoReMi, belajar Joget Tak Hengat si Pak Maun masa Pesta Muda Mudi!

...ehhh kalu ada pun, apa salahnya? Alhamdulillahhhh... amin.


~...makan tidak menjadi kawan lagi bilamana hati bagai sawan meroyan kerinduan setelah SERI BULAN ditinggal berbulan-bulan ketika HISYAM belayar ke seberang samudera semata-mata nak belajar ilmu hisab...~












Entri Sedar Diri: Terimakasih Banyak Atas Penghinaan Itu...

Bila seorang yang miskin sengkek nak berkawan dengan orang berada-ada (bak kata Mak Si Jeton yang ada Cincin Berlian, kepada mak si Sudin) tentu susah orang nak terima, nak cuba berjalan di sebelah orang kaya pun nampak sumbang, kan?

Jadi memang ketara nampak sumbang mambang (macam Mambang Tanah, Mambang Biru, Mambang Hijo), jadi seorang insan sengkek sedar diri lalu dia menyimpang ke lorong denai yang lain, bersemak skit la, luka gak ler kaki betis, tapi tetap sampai ke tempat yang sama juga laaa.

Jom makan Nasik Goreng Sendirik > itu jer lah yang pandai pun...

Sambil bancuh Air Paip Buih Sendirik.

Harap-harap lepas ini, tiada SALAH FAHAM lagi.


*Ehhh... bukan tadi mandi kolam ker? Ada tertelan air kolam tak?



~...sudah berkali-kali SERI BULAN menjelaskan kepada HISYAM, biar apa pun terjadi jangan sekali menikam belakang tanpa amaran, tapi jadilah Jantan Terpilih dengan menikam tembikai sampai lunyai...!~






Apa nak buat, kalu emosi menguasai perasaan...

Salam.


Petaka apakah ini?
Bila yang disebut sebagai A didengar sebagai B diluah kembali sebagai C?
Lalu fitnah menjalar bagai barah > ayat berulangan, dah pernah guna dulu.
Tak nak cakap banyak nanti nampak macam bongkak.
Redha...


Situasi:
menggigil kebingungan tidak tahu nak buat apa, nak cakap pada siapa.
Sebab tak tahu dari mana punca.
Tak koser nak siasat, macam takda keja lain.

Pause.

Sekian terimakasih.

*nak pi mandi kolam lah. (^_^)



~...lalu HISYAM tiba-tiba dimasukkan dalam senarai orang yang disyaki, dan SERI BULAN akan dilantik sebagai juri tak bertauliah, tidak pernah...~






Jadual Banyak Pun Kalu Berterabur, Jangan Berangan Nak Pasang Angan-Angan...

Sarapan pagi tadi mencuba Lontong. Ya, aku suka Lontong, sejak dulu kala lagi. Wpun pandai jer nak buat sendirik, tapi itu kena tunggu raya ler kot...

Kali pertama cuba di suatu gerai yang sepelaung dari tempat kerja. Hmmm...kuah sedap, lemak pekat, kuah kacang ok, sambal pedas manis. Cuma rencah sayur tetiba ada sengkung racik. Spoil..!

Dulu di tempat kerja lama, aku suka lontong dari foodcourt depan ofis, memang ori sebab yang buat tu memang orang Indon. Tiap kali minta, dia dah tau aku mesti akan tambah Sambal Sotong. Makan tak kongsi okeh! > Dasar pelahap.

Lupakan pasal lontong, macam tak pernah makan.

Tempat kerja sudah terdengar tentang cuti, yang mungkin akan terus bermula pada Isnin dan berterusan sepanjang minggu. Cuma memo rasmi lum nampak naik lagi.

Yang pasti jadual aku mula berterabur! Tak tak mana satu nak cekau dulu. Janji sana janji sini, takut sampai masa satu pun tak terpegi.

anak buah bertunang di Batu Kikir – leh la join sebab kebetulan balik Kuala Pilah. Alaahh bertunang sekerat hari jer.

anak buah bertunang di Bukit Jalil — Sabtu 29hb. I must cook something.


Dalam kepala plan terawal nak buat Puding Jeli.
(sesi tayang gambar lama)


adik ipar bertunang — this weekend (yang ini leh skip sebab depa ke Kelantan, aku tak pegi)

ada show Dikir Barat di KLCC — AA dapat 5 tiket free dari kawan yang keja “dalam” pada Sabtu 29hb juga. Bukan senang nak dapat tiket niii.. Adehhhh, AA dah lama berhasrat nak tengok show Dikir Barat depan mata. Rindu wehhhh (Sapa nak tiket tu, email me segera...!)

balik ke Kuala Pilah 2,3 hari, sekaligus My TOKLAKI plan nak lajak ke PD bawak bebudak tengok pasir laut... – kot ler bini dia leh panjat batu nyanyi lagu Endostan!

anak buah kahwin di Penang, Bayan Lepas, Ahad 6 Feb — sempat tak kalu pegi? sebab Isnin dah start sekolah/keja semula.

Kesimpulan dari cerita, setelah disimpul diikat mati dalam kepala dek benang sutera: anak buah semakin ramai yang bertunang, kahwin bermakna MAK BUAH semakin tua (wpun cun masih adaaaa...), makin berkedut (tu ler yang manisnyaa...), makin kuat membebel (itu lah kelebihannya), tapi tak leh buang kuat gelaknya (itulah trademark nya!)



~...semasa majlis berzanji di atas rumah, meski sayup berlawan bunyi hujan yang tetiba menyimbah bumbung, menjadi rentak lagu yang berirama indah tanpa nama membuatkan setiap kali SERI BULAN memandang ke mata HISYAM, lalu pandangan bertaut... ops! jangan biarkan pandangan bertaut, bahaya...!~









Tuesday, January 25, 2011

Berita Hari Ini: Hampir Semua Kita Tak Suka...

Salam.

Lihat kembali tajuk entri, betul atau tidak?

Ya... dari kisah pelajar histeria di Pahang, berlari di balkoni belakang sekolah, tak sedar diri, tapak tangan luka boleh dia jilat darah sendiri.

Heeee ngeri. Malas nak ulas bab histeria ni. Sudah ada blogger yang menulis tentangnya. Pengalaman sendiri AA semasa Tingkatan 5 dulu, pernah kena histeria. Malas nak kenang.

Bermula di suatu petang di padang sekolah, latihan rumah sukan. Tak ingat bagaimana ia bermula, masa tu adik aku pun sedang lari (saringan 100 meter kot...). Tiba-tiba jer... uishhh kami menjerit di dalam kelas. Tak ler berapa teruk sangat masa petang tu. Cuma beberapa orang saja yang kena...

Tapi esok paginya, perhimpunan sekolah tak pasti sapa yang mula dulu, dan aku terlibat sama. Lepas sorang, sorang pula yang menjerit sehingga setiap yang kena tu tak boleh berdekatan. Terpaksa dipisahkan jauh, sehingga penuh kantin ketika itu. Akhirnya hari itu sekolah ditutup, sebab ramai yang kena. Zaman itu dianggap kejadian kecil, tak masuk suratkhabar pun. Pihak sekolah ambil pendekatan sendiri menyelesaikannya. Ada Ustaz di panggil ke sekolah... dan ...

Aku kat rumah baring macam sedar tak sedar. My BONDA dan arwah Ayah buat apa ntah, aku minum air penawar. Yang ingat My BONDA tanya apa yang aku nampak, tapi aku tak jawab. Aku diam jerrrrrr... Sungguh aku diam terus. Agaknya My BONDA tahu apa sebenarnya kot. Kisah itu selesai begitu sahaja.

***

Tadi, di berita TV, seorang ibu (bukan warga tempatan) tikam bayinya sendiri (ada 5 kesan tikaman, bayi diletak dalam baldi). Ibunya ditangkap, dan kelihatan bingung tak tentu arah. Baru melahirkan.

Kenapa? Meroyan kah? Tak sayang anak, kah? Sedangkan dia sudah ada anak berusia 3 tahun. Bercerai? Kata adiknya, mereka tak tahu dia itu sedang mengandung. Masalah sosial apa lagikah kali ini?

Esok, di dada akhbar berita apa lagi?

alaaa... janganlah dok ligat nak cari berita Fasha Sandha jer. Biarlah, yang pasti dia tak menangis bengkak mata pun. Orang seperti dia sudah lali dengan kecewa, paling-paling dia akan kata, “hidup mesti diteruskan.”

Aku berhasrat nak tengok siri Samarinda yang baru di TV3, akan mula malam ini, lakunan FASHA SANDA; Samson And Delaila. Terpaksa menutup sebelah mata melupakan dirinya yang sebenar (kita pun tak tahu), aku nak fokus kepada lakunan berkesannya saja. Mana tahu, lagu drama tu nanti guna lagu Sixth Sense lagi? yeahhhh.... (lately, banyak betul drama yang gunakan lagu-lagu dari kumpulan Sixth Sense ni)

Walau apapun kontroversi, di suatu sudut dirinya aku pernah dengar tentang displinnya, komitmen kerjanya, bagaimana dia sangat manners dengan orang-orang yang bekerja dengannya terutama orang yang lebih tua... jadi jika dia sentiasa laku wpun “panas”, kenapa? Ada kelebihan yang dapat menutup beberapa kelemahan dirinya.

Manusia biasa tidak terlepas tersilap (tapi kalu dah berkali-kali itu namanya kebiasaan), apatah lagi bila berada dalam keadaan yang mudah sekali menerima pengaruh, atau persekitaran yang mendorong. Lalu, siapa kita hendak mengatakan dia itu buruk laku.

Apa sekali pun, isu bikini tidak pernah aku setuju walau apa pun alasannya...!



~...sewaktu JALIL cuba menunjuk handal dan jantannya sehingga menerjah ke dalam kelas, SERI BULAN sudah terasa hendak menerajang mendedahkan Taekwandonya, tapi HISYAM lebih dulu berSilat Pulut yang sebenarnya lebih sumbang dari mambang...!~







Bolehkah Aku Berterus-Terang dengan Anda Semua...?

Salam.


Sebuah pengakuan kecil ingin dibuat di sini. Tapi abaikan andai melihat dari sudut mengada. Tak kisahhh...:)

Malu nak bagitau, sebab blog ini anak-anak pun baca gak. Sejak IKA pergi, memang rutin agak berbeza.

Kerja rumah yang dulu semua IKA handle dengan jayanya, e.g. kemas rumah, mesin kain, lipat kain, masak yang simple etc.. etc.. kini terpaksa si Mak Tarzan ni buat semula. Yang tinggal semua adik-adik yang tak berapa nak boleh harap lagi. Harapkan tolong perabih lauk, boleh lah... hahahaha

Tak lah penat sebab dalam rumah tiada baby kecik lagi, (kecuali si baby tua bangka tu jer...) tapi berbeza skit la.

Sekarang aku dah takda kawan nak borak-borak sembang merapu or bincang tentang banyak perkara orang dewasa. Dulu, kalu pun AMOI tak balik, at least IKA ada, dan selalu kami selalu leh sembang-sembang banyak hal termasuk ler citer muzik, pasal filem kat tv dan macam-macam... Nak ajak “orang tua” tuh? huh... mulut jawab “hmmm... hmmm” tapi mata ke tv!



Oh... aku sangat jarang bertunggu di FB ya, malah tak pernah online chat di situ. YM sudah bertahun tidak dihidupkan. Jadi “conversation” sangatlah terhad. Macam tak caya jer sedangkan aku seorang kaki sembang. Dan aku bukan jenis nak chatting sms-ing (anggap jer kudukut...!)

Next week cuti CNY, kan? Memo belum keluar lagi ni, tak tau berapa hari kami diberi pelepasan cuti. Boss & Lady Boss akan berangkat ke China cuti nanti, dan Si Tanggang Leste akan dibawa sama. Beruntung badan, selagi orang sayang.

Plan, ada banyak tapi tak tau mana satu yang bakal terlaksana nanti. Let’s just follow the flow...

If we can fight together, we must strive together...
If we can play together, we must pray together...
If we can plan together, we must stand together...
If we can cry together, we must try together...



~...setiap kali ada rindu menyinggah serambi Teratak Nyatuh, SERI BULAN tahu HISYAM pasti melintas laman, pantas sahaja dia menerpa menunjuk wajah tapi semakin menebal dendam bila jejaka idaman Kampung Separuh Desa itu hanya menunjuk hidung tak mancung...!~










Membeli Pantun LITTLE DIARY...

Salam.

Blogger LITTLE DIARY mencabar kita membeli pantun yang dijual di laman rumahnya.
Haaa... apa lagi? Takkan takut kot?

Okeh, untuk menunjukkan keberanian serta ketidaktakutan itu, biar jer AA yang beli dulu. Cewahhh.... cepat tepuk!


Kalau tuan ke pekan sari
belikan saya sebungkus kari
kalau tuan bijak bistari
sapakah dia si little diary??

Ke pekan sari tak cukup sehari,
Kerana bukan saja kari yang hendak dibeli,
Memang saya agak bijak walau kurang bestari,
Little Diary tentulah blogger bukannya diari.

*Mula berblogging pada Wednesday, September 29, 2010

****************************

kain songket bunga bersilang
jarum disimpul seurat benang
kalau tuan tak bilang sayang
tidaklah saya terkenang-kenang

Memang cantik songket bunga bersilang,
Jangan disimpul benang seurat saja,
Rindu nak dengar orang bilang sayang,
Jangan terkenang sampai tak mandi pula.




*****************************

pergi ke hulu berjalan kaki
singgah sebentar mencari mayang
kalau tuan sudi di uji
apakah beza cinta dan sayang??

Penat sungguh ke hulu berjalan kaki
Memang dah tak jumpa si pohon mayang,
Cinta sejati bersatu sampai mati,
Mengasihi hingga akhir hayat itulah sayang.

*Macam takda beza pun, kan? (^_^)



~... mengasihi dan mencintai memang sangat berbeza bagi HISYAM—SERI BULAN, bila yang berada di tengah-tengah adalah “platonik” dan kerana itu JALIL tidak lagi berani menceroboh ikut jendela...~









Entri Santai Lagi Kosong: Bekal Hari Ini...

Tiada idea.

Pagi ini ada sikit masa untuk merempit di blog kengkawan.

Petang belum pasti.

Bekal hari ini: Meehoon Goreng “Bodo” Tuang Kicap.

Sekian.


Jangan marah aaarrr...!
“Ni bukan anak Pakcik, ni isteri Pakcik!”


*Selamat Ulangtahun Kelahiran buat blogger GADISBUNGA, moga sejahtera dan berbahagia selamanyaaa...!




~...pernah suatu ketika, bila kain batik basah separuh dek percikan hujan di luar Teratak Nyatuk, SERI BULAN ingin terus berlencun seluruh badan namun bila HISYAM yang muncul dengan berseluar pendek bertali pinggang rapia, hasrat terbatal dengan sendirinya...~




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails