Wednesday, December 31, 2014

Bagaimana kan ku mula....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
30-12-2014


Membiarkan blog sendiri beku dan terbiar dingin (macam bumbung rumah yang ditimpa hujan tengkujuh), bukanlah kebiasaan saya.

Tetapi sejak demam kemudian berlanjutan dengan batuk yang menyeksakan... membuatkan segalanya serba  tak kena. Hidup kena diteruskan juga. Persekitaran dan peristiwa semasa juga banyak mempengaruhi. Saya rasa ini masa yang sesuai dan sangat baik untuk kita merenung diri, menginsafi dan mensyukuri setiap kejadian yang berlaku. Masa yang terbaik juga untuk berdoa dan terus berdoa agar segala yang berlaku segera berubah lebih baik. Untuk kita. Untuk semua orang.

Kepada semua mangsa banjir, teruslah tabahkan hati kuatkan semangat, redha dan ikhlas. Kepada yang membantu, menolong dan menyumbang, terimakasih banyak. Jika bukan kita, siapa lagi.

Dan hujung tahun kita terus diselubungi duka bila airbus AirAsia Indonesia QZ8501 pula dilaporkan hilang. Siasatan terus berlangsung dan kita berharap apapun jua keputusan, semua yang terlibat akan menerima dengan terbuka.

Salam takziah buat semua yang dirundung musibah. Ujian ini ada hikmahnya.

Situasi saya: tak sabar menanti cuti umum demi cuti umum. Selain cuti Tahun Baru kita juga akan bersambung dengan cuti MaulidurRasul pada Sabtu depan. Untuk minta cuti tambahan adalah tidak relevan untuk saya (yang dah bercuti sakan haritu) juga mana ramai rakan sekerja sudah merebut peluang bercuti panjang hujung tahun walaupun kerja sangat banyak..!

Tayang-tayang:


Gambar unik ini dipinjam dari wall seorang teman. Latar belakang sekitar kawasan Kota Bharu dan muzium diraja. Tidak jauh dari Muzium Jahar kalu tak silap.


Saya ada kenangan peribadi di hadapan muzium ini dulu.



...juga saya sangat suka kawasan pintu gerbang ini. Sekarang saya kira sekitaran ini dipenuhi air.



 ~...meskipun air Sungai Menghijau Lumut pernah melimpah dan seakan mencabar cuak gundah tetapi HISYAM sudah lama bersedia andai perlu diredah kala bah, andai perlu direnang kala air bergenang tenang, SERI BULAN tidak harus ditakutkan dengan arus deras atau gelombang  yang dibimbang kerana jeram pun sudah tidak seram dan aliran bukan lagi menjadi jeran...~




Thursday, December 25, 2014

Mimbar Pencetus Ummah final: alahai mekap Kak Bed

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
25-12-2014


Akhirnya semua keputusan telah kita ketahui. Tahniah kepada juara. Bagi saya, siapa pun yang menang tidak menjadi hal kerana setiap patah dakwah mereka sudah memuaskan. Menarik dan mengujakan. Apatah lagi komen dari para juri yang telus jujur dan sungguh ikhlas menasihati. Alangkah bagus rancangan ini.

Pendapat peribadi saya, rancangan sebegini sangat tepat pada masanya. Pada masa kini. Pada masa masyarakat hari ini yang semakin banyak didedahkan dengan program agama tetapi cabaran dan dugaan juga sama hebat. Dunia yang bersatu kuat dengan kuasa media sosial wajar sekali memerlukan teguran melalui program sebegini. Kita kan sering lalai dan leka?


Jelas sekali dakwah hari ini lebih kontemporari yang diyakini mudah diterima ramai. Alhamdulillah.


Penyanyi Opick dari Indonesia menjadi juri undangan khas. Dan beliau menyanyikan beberapa lagu nasyid beliau yang popular seantero dunia..! Suaranya tidak pernah berubah.

Juga Ustaz Kazim Elias yang bukan saja menjadi juri best tapi juga menjadi penceramah khas tentang anak yatim yang sangat menusuk kalbu. Aduhaiii.... nangis dengar kisah dia selaku anak yatim.




Dan, saya tetiba rasa tak suka dengan mekap over Kak Bed malam ini. Nampak tua sangat dari umurnya. Sori berlori Kak Bed. Kening you nampak huduh.


Seperti yang dijangka, kan?







 ~...HISYAM walau tanpa songkok kupiah serban dia tetap kacak dalam iman walau nakalnya setara Ali Setan dan SERI BULAN itu pernah dibulinya seperti Asmidar suatu ketika dulu semasa mereka belum jumpa ayat serasi untuk dihafali...~




Azie Azah berehat panjang...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
25-12-2014


Ya... saya sudah kembali minggu lepas. Percutian 5 hari ke Jakarta-Puncak-Bandung-Jakarta sungguh memuaskan (dari sudut bercuti lapangkan fikiran lupa kerja) tetapi agak duka bila selepas hari ketiga, saya kena kejutan cuaca, kemasukan angin muntah-muntah, demam lalu pulang dalam keadaan lesu dan letih luar biasa.


Tetap masuk kerja - musim kerja menimbun bersambung lagi, which means kerja 12 jam sehari dan off Sabtuday sudah takda makna lagi - walaupun sisa demam masih ada. Lebih dramatik lagi batuk menyusul. Alhamdulillah kerja tetap berada di level cemerlang.

Tayang-tayang:


Sebagai tayangan awal. Sebelum saya ada mood untuk bercerita panjang.


Selamat bercuti kawan-kawan..!



 ~...entah di mana HISYAM berada kala SERI BULAN berpergian sepurnama cuma...~




Saturday, December 13, 2014

azieazah-aa.blogspot.com bercuti...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
13-12-2014


Seperti tajuk entri, ya saya akan bercuti sementara dari sebarang entri di blog juga kerja.


InsyaAllah petang ini flight saya ke Jakarta kemudian ke Puncak bermalam di sana kemudian ke Bandung bermalam di sana then kembali semula ke Jakarta. Kembali ke Kuala Lumpur pada Khamis hadapan.

Cuti-cuti hujung tahun yang harus dinikmati.

Tunggu saya balik minggu depan yeaa...!



 ~...SERI BULAN pasti sangat rindukan HISYAMnya...~




Friday, December 12, 2014

Jumaat: kita ke final AFF Suzuki Cup

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
12-12-2014


Tahniah kepada Harimau Malaya.

Semalam menang bergaya. Ramai lah yang tido lena dan pasang angan-angan nak join kat stadium masa final nanti. Silakan.

Jangan tendang orang, jangan maki orang, jangan gaduh dan jangan pukul orang. Tak baik buat orang luar macam tu. Manusia sama manusia. Semua ada perasaan. Tengok elok-elok, sorak sama-sama, tepuk sama-sama... apa salahnya? Kan seronok camtu?

Apapun tahniah Harimau Malaya!


Tayang-tayang:


Bubur Lambuk menjadi sarapan saya hari apa ntah. Sedap dimakan panas bersama telur masin. Orang tak rajin macam saya, memang beli jer bab-bab camni. Tapi jarang orang nak rajin bawa datang ofis untuk layan bubur lambuk sebenarnya. Saya? Apa pun belasah!





 ~...SERI BULAN ternyata rindukan HISYAM bukan kepalang...~




Wednesday, December 10, 2014

WW: Amoi Kecik vs Amoi Besaq...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
10-12-2014



Dulu. 1992.



*MyAnak-anak Menakan dan MyAmoi.




Sekarang. Pic 2013:


Memadankan mereka (kecuali yang menoleh ke belakang ialah blogger CIKINTO).

Kiri sekali di atas adalah si baju biru. Tengah adalah juga yang tengah. ‘Specky’ sekarang adalah yang kiri bergelang kaki.

Hahahahaha comel tak?







 ~...HISYAM, harus bersabar menanti SERI BULAN mengotakan janji ubi rebus bercicah gula melaka....~




Tuesday, December 9, 2014

Alangkah...

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
09-12-2014


Alangkah seronok bila hujung tahun, ada bonus dan boleh jalan sakan-sakan sampai tak payah fikir kerja. Beli dan belah macam ambik barang tak payah bayar.

Alangkah bahagia bila apa saja kehendak yang kita mahu, kita impikan menjadi kenyataan. Dan kita tidak melalui sebarang kesusahan pun untuk mencapainya.

Alangkah gumbira bila kita tidak lagi berada dalam kemelut hutang, dan boleh bersara dengan aman tak perlu fikir komitmen yang memeningkan.

Alangkah seronok, bila dah menginjak usia, duduk di rumah yang aman damai sejuk banyak pokok dan masa tu nak buat apa pun takda siapa larang. Nak tebas rumput ker... nak tanam pokok ker.. nak bela ayam itik, waima nak buat kolam renang pun boleh. Duit dah banyak (kunun). Hahahaha...!

Tapi... saya meletak target 8–10 tahun lagi untuk menjadi wanita berkerjaya. Rasa terlalu sukar untuk saya menjadi wanita ‘duduk rumah’. Tak boleh nak bayang lagi.

Rekod: sudah ada 2 orang yang bakal bersara di tempat kerja saya. Lalu saya rasa, saya juga sudah tidak begitu muda. Tapi syukur, saya berani jamin, komitmen dan fokus saya masih setara dengan mereka yang muda dan cuba untuk berada dalam kelompok ‘flying colors!’

Tayang-tayang:


Bagaimana rasanya, bila sambil kerja ada PREDATOR ini kat sebelah skrin anda? Tapi menarik kan?

Seorang, artist (designer) di tempat kerja saya, memang Predator Collector. Hampir semua patung Predator dia beli. Order khas dari Hong Kong. (Sebuah patung begitu, berharga kira-kira RM600++). Kalu dah minat.



Saya berani pegang saja. Nak letak sebelah keyboard kalu... kompom mengigau malam!



 ~...HISYAM bukanlah seorang yang nampak berani di mata orang, tapi hanya SERI BULAN tahu betapa beraninya lelaki itu, walau tenang sentiasa tetapi dia pernah meredah jeram yang seram di malam hari dengan hanya mengayuh perahu sendirian semata-mata hendak tiba di pengkalan hulu seawal mentari terbit demi sebuah janji di sana ada seorang gadis menanti tetapi bakal ditinggalkan selamanya demi ikrar kepada SERI BULAN...~




Friday, December 5, 2014

Jadi ibubapa: Memahami tak akan pernah sama dengan mengalami...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
05-12-2014


Melihat tajuk di atas, adalah subjektif bila kita mengaitkan antara ‘faham’ dan ‘alami’.

Saya ingin menarik perhatian tentang berapa ramai pasangan yang sudah berkahwin (terutama yang sudah lama, more than 3 years...) tetapi belum dikurnikan zuriat. Ini isu biasa. Isu yang dah selalu orang sebut.

Cumanya, saya nak sebut, sekalipun tidak dikurniakan anak itu bukan bermakna kita tidak boleh menjadi ibubapa yang baik. Ada sebab dan alasan serta hikmah yang tersembunyi, kan?

Ok. Saya ada ketika takut nak bidas orang-orang yang belum ada anak (dan secara lojik akal kita, memang tak akan beranak la sebab umur dah lewat), sebab ini isu sensitif. Sentap pulak nanti.

Namun, ada segelintir depa ni, cakap bukan main pandai. Ajar orang itu ini. Smash puak-puak kita yang ada anak ni. Seolah-olah kita ni bukan ibubapa yang baik, tak pandai didik anak dan sebagainya. Jadi ibu dulu baru berani cakap.

Contoh, ada spesis orang ni, sedap bercakap, “Eleh... anak demam sikit pun nak cuti!” Heyyy... kita tak tahu anak orang tu kalu demam sikit pun, meragamnya macam-macam. Ada jenis anak yang hyperactive kala sihat tapi bila demam menolak makan sampai badan lembik. So, ibu kena cuti juga.

Ada yang berani sindir, “Eleh... kalu setakat anak kerja itu pun nak demand... bla bla...” Heii... anak orang tak akan sama dengan anak orang yang lain pula.

Ada yang berani pulak cakap, “Kalu saya, saya tak bagi anak saya pegi belajar sana...” Heiii... ada anak dulu baru faham cemana nak handle emosi anak. Cemana nak bertolak ansur dengan karenah anak remaja... dan sebagainya.

Depa yang takda anak ni selalu bagi alasan, depa faham. But... faham dengan mengalami sendiri tak sama. Tetap tak sama. Saya kadang-kadang rimas dengan puak yang begini. Seolah-olah depa terlalu yakin, kalu depa itu boleh jadi ibubapa yang baik dan sempurna. Rasa dulu baru tahu sukar-senangnya.

Moral of story: saya tak gemar kongsi kisah anak-anak dan family dengan segelintir orang sebegini. Depa tak faham. Malahan ada yang tak tahu, saya ada anak 6 orang yang cantik-cantik kacak dan hebat. Hebat di mata saya!


Tayang-tayang:


Subway Breakfast set. Jarang beli tapi tetap puas.


Yang penting kita kena berusaha untuk jadi terbaik dari masa ke masa dan tidak pernah putus berdoa.



 ~...begitu juga ramai warga Kampung Separuh Desa masih tidak tahu dari mana usulnya HISYAM itu, tetapi tidak kurang juga yang terpegun bila tahu bahawa lelaki itu pernah menetap di negara empat musim dan bertemu SERI BULAN buat pertama kalinya semasa percutian indah di kaki bukit sebuah daerah asing yang tiada siapa mengenali...~




Thursday, December 4, 2014

Alhamdulillah... kucing sudah selamat turun...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam JumAAt
04-12-2014


Kisah malam tadi:


Syukur alhamdulillah.

Tidak la terganggu lagi malam-malam kami, especially malam ini...!. Ahaks!




 ~...biarpun jauh beribu batu, biarpun jarang bersua mata, dia sentiasa berada di hati teman sejati dan begitu juga diharapkan ada di hati HISYAM itu...~




Wednesday, December 3, 2014

Bila Malaysia menang bola, saya rasa Shahrul rasa lega...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
03-12-2014


Minggu lepas, dalam Maharaja Lawak Mega yang bertema RETRO, hampir semua kumpulan bertanding kelihatan bergelut untuk menepati tema. Hampir semua pula nampak gagal, kurang lawak dan kurang menyengat.

Antaranya kumpulan SHIRO (Shahrul dan Ajak) yang memulakan persembahan, dengan tema retro berkaitan perlawanan bola sepak dan gaya meniru pengulas sukan Dato’ Hj Rahim Razali. Kelihatan kaku. Tidak lawak dan kemudian memakan diri apabila mendapat komen pedas dari Dato’ Jalal. Kemudian berlarutan dengan kritikan dan hentaman terhadap Shahrul di media sosial.



Sabtu esoknya saya mendengar beliau meluahkan rasa kesal dan tension berkaitan hal itu. Bukan niat dia hendak memperlekehkan bola sepak negara. Saya rasa dia jujur. Sebagai selebriti tentulah dia tidak sebodoh itu untuk membuat sesuatu yang berbentuk memperlekeh.

Saya rasa, pendapat Dato’ Jalal itu adalah lebih kepada pendapat peribadi. Beliau seorang pelakun handal, mungkin mata beliau lebih menjurus ke arah lakonan lalu pertimbangan beliau lebih mengharapkan yang nyata bukan ajuk-ajuk. Kalu nak kira bola sepak itu serius dan tak sesuai lawak, ada banyak benda serupa. Dulu masa SepahTu buat lawak Ustazah (bab agama lagi), boleh saja diterima dan digelak ramai. Entahlah. Itu pendapat peribadi saya pula. Yang pasti saya suka BOCEY!!

Then Sabtu itu juga, Malaysia menang ke atas Singapura (AFF Suzuki Cup 2014) dengan kemenangan yang sangat menyeronokkan. Tak perlu saya ulas bagaimana kita menang, ramai tahu betapa epiknya gol yang terakhir itu.



Hmmm haruslah Shahrul merasa lega dengan kemenangan itu. Bola sepak masih berada di hati rakyat Malaysia.

Tayang-tayang:


Cheese Nan. Saya tak suka Ayam Tandoori yang sering digandingkan dengan Roti Nan. Warna merah Ayam Tandoori buat saya hilang selera.

Makan malam saya, hari apa ntah. Singgah restoren mamak 24 jam lepas balik kija. Ahhh nikmat Roti Nan Cheese di malam hari yang hujan lagi dingin!




 ~...sawah bendang sudah mulai kering dan berdebu, seperti lazimnya tahunan warga Kampung Separuh Desa akan mula merancang menarik layang-layang besar kecil bercampur anak-anak tinggi rendah tidak terkecuali HISYAM yang sering diangkat menjadi peneraju layang-layang paling besar dan SERI BULAN menjadi pemegang tali layang-layang paling cantik...~




Tuesday, December 2, 2014

Kisah seekor kucing hitam yang gagal diselamatkan...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
02-12-2014


Sebelum saya tulis tentang kucing mengikut tajuk di atas, saya nak rekod di sini, Miow ibu kepada Chichi dan beranak pada hari Ahad lepas. Kali ini empat ekor juga.

Yang saya nak gelak tu, kami berniat nak hantar Miow ke tempat lain sebelum dia beranak sebab tak bercadang nak tambah anak kucing di rumah. Kalu boleh biarlah orang lain pula yang bela.

But, tangguh punya tangguh akhirnya dalam diam-diam pagi Ahad lepas, CHAK begitu bijak pegi create satu kotak yang tersorok dekat tangga laluan ke tempat buang sampah untuk Miow beranak. Siap berkandang, tutup kiri kanan. Kemudian dia kata, “Chak rasa Miow nak beranak la mak...”

Dan, betul. Tak sampai sejam lepas tu Miow beranak. Si CHAK tak reti duduk diam. Kejap kejap dia pegi intai dan buat laporan. 4 ekor. Alahai...

Ok. Cerita kucing hitam.

Sudah 4,5 hari kami dok dengar sekor kucing mengiau-ngiau kuat (on-off) dari atas bumbung blok. Kadang-kadang sampai serak suara dia. Kata CHAK dan ALIA kucing tu naik ke bumbung tapi takut nak turun. Terperangkap di bumbung tapi mujur masih ada beberapa ruang dan lubang untuk dia berlindung dari hujan dan panas.

Chak dan Alia pulak dah tak senang hati. Asyik intai dan bagi makanan (tak tau cemana depa buat, lempar ke atas bumbung kot, sebab kami memang di top floor). Sambil panggil-panggil pujuk turun. Si abang dah cuba letak kerusi so that kucing tu boleh turun sendiri. Tapi semua cara gagal. 

Dah nak masuk seminggu menjelang semalam. Bebudak tu dok merayu kat MyToklaki untuk tolong kucing tu turun.

Apa yang MyToklaki buat ialah, dia call 999. Sambungan kepada Jabatan Pertahanan Awam. Lalu petang semalam ada la orang-orang JPA datang menyiasat dan cuba nak bawa kucing tu turun. Tapi kucing tu asyik lari-lari menyorok mungkin ketakutan. Usaha gagal.

Kemudian berlarutan depa call bomba pulak. “Bomba datang berlumba-lumba!” hahaha lagu masa kecik dulu.

Bomba tak bawak tangga atau kren. Sekadar panjat lihat dan cuba tangkap. Sedihnya sebab kucing tu masih nyorok dan lari-lari ke sana sini hingga ke bumbung rumah orang lain. Agak mustahil orang nak panjat atas bumbung bangunan rumah 5 tingkat tanpa kren. Usaha gagal.

Orang bomba tu said to MyToklaki, “Kami dah cuba bang.. tak boleh la.” Aduhai. Kesian kucing tu.

Malam tadi kami dengar lagi dia mengiau kuat suara dah serak-serak. Sedih sampai saya rasa tak boleh tido. Bukan terganggu tapi risau dan kesian. Apa kesudahan dia nanti? Kami harap dia akan jumpa jalan keluar dan berani untuk turun sendiri. Tuhan, tolonglah haiwan yang comel ini...

Tayang-tayang:

Tiada makanan dan pic yang sesuai kecuali pic gaya mengada si Chichi yang suka benor tidor depan tv!




Kasih sayang itu milik setiap insan. Termasuk haiwan.





 ~...SERI BULAN tidak pernah gentar dengan binatang pun, tetapi apabila HISYAM pernah terlatah terperanjatkan cicak yang terjun tiruk di senja kala, dia berhasrat pula hendak mengejutkan temannya itu dengan meletak ular getah di bawah cadarnya nanti malam...~




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails