Bukan semua orang boleh menjadi pendengar, apalagi seorang pendengar yang baik. To be a good listener, bukan perlu syarat yang banyak, cukup sekadar ikhlas dan sudi mendengar, walaupun tidak pandai menasihat kembali.
Aku mengaku seorang yang sangat suka mendengar (bukan pasang telinga, sbb telinga siap terpasang dahhh..), sudi mendengar dan ada kala seorang pendengar yang baik. Mendengar keluhan, atau sekadar luahan rasa dari insan lain bukan susah. Tadah jer telinga. Sama ada telinga tu kelak akan menjadi merah atau bernanah, itu sendiri kena adjust. Mendengar bukan terhad kepada luahan sahaja, ada kala perkongsian rasa bahagia pun memerlukan seorang pendengar.
Kadang-kala kita menjadi pendengar yang sangat baik pada ketika-ketika tertentu sahaja, sekali-sekala kita gagal juga. Aku boleh menjadi pendengar kepada semua orang, semua kawan-kawan tetapi untuk menjadi pendengar yang baik, aku hanya sanggup untuk beberapa orang tertentu sahaja. Kenapa? Kerana bukan semua perkara yang kita dengar, membawa perubahan yang baik kepada mereka yang meluahkan atau kita yang mendengar...
Apapun, semua kita memerlukan seseorang yang sudi menjadi pendengar setia kita, yang sudi meminjamkan telinganya untuk kita luahkan apa saja. Tak semestinya pasangan kita sahaja (yang ada kala berbeza pendapat).
Dulu, pendengar setiaku adalah arwah AYAH...., kemudian agak lama aku tidak pernah ingin berkongsi dengan sesiapa lagi. Amat payah mendapat seorang yang sudi menjadi pendengar yang baik, apalagi setia dalam segala bentuk yang hendak diluahkan.
Bila kita berjaya berkongsi sesuatu rasa, kelegaan itu amat bermakna sekali. Carilah pendengar yang baik, atau berusahalah menjadi pendengar yang baik, kerana besar bezanya bila berkongsi rasa..

Pic di atas menara peninjau di Ladang Tebu, Perlis Plantation Berhad. Di daerah Chuping (bukan cuping telinga...). Bersama ALONG dan CHAK masa bercuti ke Perlis tempohari.
*~...aku masih setia mendengar 97.2 fm sejak zaman Zainal Din > Kamal Hassan > Noramin > Sahizan Jelas > Naziah Haskam > Hj Manan > Kak Posh > Anoy > Julia > Hj Zulas3...~