Sunday, September 30, 2012

Terimakasih, ku ucapkan pada muuuu...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
30-09-2012


Sekarang ni kat tv ada kempen “Terimakasih”. Penghargaan dan ucapan terimakasih kepada pelbagai orang, pelbagai perkara untuk pelbagai sumbangan dan bantuan.

Aku suka lagu tu.

“Terimakasih ku ucapkan pada muuuuu...”

Macam lagu Ebiet G. Ade pulak.
Aku tak reti nak masukkan link muzik or link YouTube dalam blog.

Dan budak-budak sekolah dalam iklan kempen tu sangatlah cute!




~...SERI BULAN memang sangat berterimakasih kepada HISYAM yang sudi membawa dia menjadi pengiring paling rapit, pengapit paling setia walau dia terlupa menyebut ucapan itu dalam keadaan gumbira sekali pun...~


 








MU kalah. Padan muka... hikhikhik!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
30-09-2012


Malam minggu, memang selalunya menjadi malam lepak-lepak. Dulu aku dok ikut jugak, tapi dah tua-tua ni, tak berapa nak rajin dah.

Semalam orang tua tu plan nak pi tengok bola. Dia suka tengok bola ramai-ramai dengan geng dia bila malam minggu. Hari biasa dia tengok kat rumah saja.

Biasanya kalu dah tengok bola, akan balik lambat. Makan pun tidak.

Aku sakit kepala sejak siang, so tido awal. Rupanya dia balik awal juga. Aku yang tak sedar pukul berapa.

Pagi tadi kami ke pasar sama-sama, macam biasa sarapan di kedai Anas. So dia merungut lah, “Cisss MU kalah. Pegi kedai Ani, tak buka game tu, sebab situ ramai sangat minat Chelsea. Pi kedai Mamak Kaya pun tak bukak game tu.”

“So, U tengok kat kedai mana?” > bini tanya sekadar ambil hati.

“Mana ada. I balik la.”

Bini gelak dalam hati, sambil sedut Nescafe Ais penuh nikmat.

Padan muka! Manchester United kalah 2 - 3 dengan Tottenham Hotspur.


 




Saturday, September 29, 2012

Histeria: aku memang penakut...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
29-09-2012


Kisah histeria di sekolah ALIA, dikatakan ada tersiar di Utusan Malaysia hari ini. Tapi kami dah lama berenti beli UM ni.

Menjawab beberapa komen di entri sebelum, entri tu ditulis malam hari, aku seram skit nak mengulas panjang. Heheheh dasar penakut lagi kedukut.




Antara sebabnya  juga, sama ler macam komen ni:


Memang ada cerita di sebalik kisah histeria yang berlaku beberapa hari di sekolah Alia tu. Berkaitlah dengan kisah-kisah halus... uishhh.


******


Dah lama beli bahan mentahnya, tunggu orangnya balik hujung minggu untuk sama-sama layan:

Chicken Cabonara.
Kali ini tambahkan Chicken Cocktail Sausages (mushroom)

Makan sampai puas. Hanya aku, AMOI dan CHAK yang layan. ALIA reject terus!



~...mengenang kenangan rasa seperti kena penangan, mengingat karenah HISYAM buatkan SERI BULAN terasa hati menanah...~


 




Histeria...?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
29-09-2012


Minggu ni ALIA pergi sekolah 2 hari saja.

Rabu, dia kata 3,4 orang kawan kena. Cikgu tak galak datang sekolah dulu.

Khamis tu dia dapat tahu, ramai lagi yang kena. Menjerit tak sedar diri. Pihak sekolah buat baca Yassin sejak Rabu.

Malam dia terima sms kawan dia, cikgu tak kasi datang sekolah sehingga keadaan reda.

Aku nak citer pun takut.

Sebab masa aku Form 5 dulu, aku pernah kena.





~...kehilangan samada kekal atau sementara, sama saja rasa pilunya, jadi untuk mengelak sebarang rasa pilu SERI BULAN rela menjadi pengiring HISYAM ke mana sahaja selagi matahari dapat dirasa sinar bahangnya...~


   




Friday, September 28, 2012

BAJET 2013: aku bajet tak sedih...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
28-09-2012


BAJET 2013, baru selesai.

Macam biasa, tidak memberi banyak kesan pada aku secara individu. Sebab aku swasta. Orang biasa macam aku, kalu jadi orang gomen pun, harus lah fokus part BONUS tu saja. Hehehehe.

Ya BONUS 1.5 bulan. Tahniah. Setengah bulan gaji DAH pun diberi masa Raya haritu. So tinggal 1 bulan (÷ 2 kali). Tumpang gumbira. Syukur la ya...

Sebenarnya...

Takda mood nak cerita apa pun. Bukan pasal bonus.

Sejak semalam lagi. Ada banyak kelukaan dan kehampaan sehingga menjurus kecewaan sakan. Dalam banyak keadaan, kita harus menerima bukan semua usaha kita, orang akan nampak, jauh sekali nak hargai. Hentam lagi ada. Sabar jelah.

Sayu hati aku.

Jom makan:


Lauk orang malas. Jeruk Asin + Bilis Garing.




~...lalu kalu dia sedih sekalipun, dia tidak lagi mengharap ada orang faham sebab SERI BULAN hanya mahu menyelam tanpa perlu telan air...~


 








Adakah aku perlu blog baru?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam JumAAt
28-09-2012


Semasa minggu lepas:


Hmmm... dah 96%.

Nak penuh 100% sebenarnya lambat lagi. Baki 4% tu consider masih banyak, tapi dah kena mula fikir dari sekarang.

Ada terbaca beberapa cadangan:

1. buka blog baru
2. delete mana-mana gambar
3. drafkan mana-mana entri
4. tutup blog, pun idea yang baik juga

Memang gambar-gambar aku kebanyakannya besar dan high resolution. Hampir semua gambar dari kamera, aku re-size, dan re-save dengan hi-res. Konon nak nampak cantik dan sharp. Tapi, ya... size besar.

Nanti kena fikir, cara terbaik. Ada cadangan?


***************



Sekarang ni hujan ker, panas ker... macam takda musim.

Pagi ni, yaaa hujan.




~...terasa sebak di seluruh Teratak Nyatuh, dari serambi hingga ke pintu dapur, dari alang ambin hingga ke jenang gudang kerana HISYAM dikatakan tergila anak dara Pak Imam lalu fitnah menjalar hingga ke bumbung lalu menyebabkan SERI BULAN murung terkurung hampir percaya dan HISYAM gabra-gelabah hendak memujuk rajuk si buah hati...


 




Thursday, September 27, 2012

Sepit pangkal hidung?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
27-09-2012

DIY — Do It Yourself.

Aku tak rajin nak buat. Alasan. Antara sebab lain, sepit baju jenis kayu kat rumah aku cepat benor susutnya. Sebab CHAK suka buat main pondok-pondok. 





Mudah bagi orang rajin.

Teringat:
aku pernah serumah beberapa bulan dengan seorang saudara lelaki yang tiap malam akan sepit pangkal hidung dengan penyepit baju. Untuk mancungkan hidungnya. Dan betul, beberapa tahun selepas lama tak jumpa, aku lihat hidungnya betul-betul mancung!



 



Dug dag dug dag!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
27-09-2012


Dia call semalam, nak balik rumah. Tapi sampai kul 9 lebih, takda. Tak jadi balik. Esok lah kot, sms nya.

Hari ini aku masak TomYam (ayam + sayur mayur, boh bebola seafood sikit). Masak nasik juga celur Mihun. Mihun Tomyam la tu.

Last-last dia call tadi, tak jadi juga balik sebab kul 9 tadi baru kuar tempat keja. Mana nak sempat. Nampaknya, weekend baru balik. Apa nak masak? Ermmm....

26 NOVEMBER menjadi tarikh dok tunggu penuh dug dag dug dag... Lambat lagi, tapi aku dah tempah baju baruuuu...!

Kasut baru, perlu tak?

Kalu dah pompuan....





~...SERI BULAN ini terlalu parah, sehingga hampir retak seribu menunggu HISYAM berkata sesuatu...~



 



Wednesday, September 26, 2012

Ke mana tumpahnya Kuah Durian...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
26-09-2012


Aku peminat durian. Sangat sangat...!

MyBONDA pun sama. Dulu rasanya, tak sangat. Tapi 3,4 tahun kebelakangan ni minatnya sangat lah.....

Sejak dok Jinjang, dia sentiasa ada stok durian dalam petiais dia. Sesapa yang ada datang dari kampung, pasti akan bawakan dia durian. Kopek dan dia stok dalam petiais. Makan sikit-sikit.

Kalu aku, mana ada istilah simpan or makan sikit-sikit nih!


Ni dia punya stok.
Aku cuma berani ambik seulas saja.
Sambil menahan diri melihat yang lain itu... ohhh!



~...pengalaman menunggu durian gugur di dusun Pak Utih memberikan kenangan bukan sebarangan buat HISYAM kerana SERI BULAN bukan sahaja rela-sudi menjadi penunggu setia tetapi juga sentiasa mengekor ke hulu hilir tanpa sedar orang lain memang tahu dia sebenarnya penakut gelap dan gerunkan cengkerik...~


 



Sudah cukup cukup sudah...!

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
26-09-2012



Sudah Cukup Sudah – Nirwana Band

Inikah caramu membalas cintaku
Kau nodai cinta yang ku beri
Inikah caramu membalas sayangku
Kau lukai sayangku untukmu
Teganya kau menari di atas tangisanku
Kau permainkanku sesuka hatimu

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik kupergi saja

T’lah berulangkali ku coba mengalah
Ternyata sabarku tak berarti untukmu
Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkanku sesuka hatimu

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik kupergi saja

Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkanku sesuka hatimu

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik kupergi saja

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik kupergi saja


******

Tayang-tayang:

Lunch – Toasted Twister





~...bila emosi menguasai perasaan, SERI BULAN teresak-esak mengongoi di pangkal pohon cermai sehingga HISYAM tidak tahu hendak memujuk selain dari berjalan keliling pokok tanpa sedar, lalu pening sendiri mujur di poket seluar ada ubat sakit kepala cap Kaki Tiga...~


 




Tuesday, September 25, 2012

Kumpulan KONTOL?? Orang Jawa, maafkan saya...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
25-09-2012


Tiga orang budak. Baru Tahun 4. Cipta satu kumpulan. Kena buat folio. Mak salah sorang budak (yang nick name dia nama CHAK), pandai taip-taip. So CHAK bawak balik task mintak mak dia tolong taip-taip.

Tergelak aku.

Budak pertama:

Kalu dah makan tidur, berat tu nak jadi juruterbang!

Budak kedua (nick name dia nama CHAK):

Boleh diterima la, minat melukis so harapan dia jadi pelukislah kan?

Tapi sebelum itu:
Masa dia serah tulisan tangan ni, aku terlompat terjerit spontan sampai dia pun naik takut.

Kenapa nama kumpulan KONTOL?!!
Jawabnya: Entah, kawan CHAK yang bubuh.

CHAK tahu tak maknanya apa? Mencarut ni... bla bla..! 
*mak budak ni pun terangkan sikit la, supaya dia faham. Tercebik dia malu dan takut. Sebab salah pilih nama kumpulan:


Aku tak leh bayang kalu main hantar jer kat cikgu. Berguling agaknya cikgu tu gelak.
*kalau cikgu tu faham bahasa Jawa laaa... hikhikhik!



So aku dah buatkan yang baru, kasi cantik-cantik.

Semalam aku tanya, “dah bagitau kawan tajuk tu tak bagus?” Dah. Angguk malu.

“Kenapa dia pilih nama tuh?”

“Dia kata nama tu canggih!”

Whatttt??! Canggih?? wakakaka!

Bergegor katil kami laki bini malam itu mengekeh gelak, bila aku buka citer pada MyTOKLAKI!

Anak oh anak!




 








Ahad yang sama: Majlis Atiqah bertunang.. then kami beli lemang

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
25-09-2012



Selepas bergerak meninggalkan majlis gathering — dengan hati yang berat sekali — aku dan AINA menuju Gombak Jaya untuk satu lagi majlis.

Pertunangan ATIQAH anak Che Mat (AnakPerlis.com). Mujur pula kali ini kenduri di rumah Che Mat ambil katering untuk masak memasak, so aku masih boleh hadir Gathering Bloggers pada sebelah pagi. Kalu macam selalu, kami memasak beramai-ramai, haruslah aku tak pi Gathering tuh.

Kami sampai selepas majlis dah berakhir pun. Maklum dari Bangi ke Gombak Jaya satu jam perjalanan.

Pelamin bertunang tema pink. Orangnya dah masuk bilik.

Masih melayan kami walaupun nampak sangat letih MakPaknya Atiqah.

Makan lagi.

Cuma ratah ini. Menu wajib Gulai Rebung (orang Perlih memang handal gulai nih)


Balik dari majlis, aku harus singgah di Melawati untuk suatu urusan rasmi surat-menyurat.

Then singgah Pak Ali’s Lemang di Ulu Kelang.

Memenuhi hasrat orang yang teringin lemang.


Sebelah Pak Ali, juga ada khemah lemang yang lain. Baru naik agaknya.

Memang letih. Letih makan.

Namun lega dan syukur, dapat memenuhi hajat dan jemputan orang yang sayang dengan kita. Tak gitu?

*di gathering, airnya PURPLE, di majlis bertunang khemahnya pula PURPLE!



~...semasa gotong-royong membina bangsal baru untuk Pak Utih di kebun duriannya, bagai tak sangka dek warga Kampung Separuh Desa, SERI BULAN muncul dengan seluar panjang berjenama baik seperti Tun Teja hendak bersilat di kalangan anak dara yang hanya berkebaya berbatik sarung konon hendak memikat HISYAM...~



 





Gathering Glamer Raya Bloggers 2012: Tunggu habis edah dulu...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
24-09-2012


Sambung sikit lagi pasal pertemuan blogger Ahad semalam. Banyak cerita di beberapa entri para blogger yang hadir. Terimakasih atas liputan dan sokongan.

Bagi yang tidak sempat hadir, tak upaya hadir dan kemudian ingin hadir, buat masa ini tiada perancangan terdekat untuk sebarang gathering besar. Biasanya kami akan “tunggu habis edah” biasanya selepas 3 bulan. Hehehehe... InsyaAllah, jika ada next plan, pasti akan diwar-warkan.

Beberapa gambar ingin ditayang. Gambar dari kamera saya. Tak banyak, sebab tak sempat nak snap dan tak tunggu sampai habis pun.

MyPulut Kuning berganding dengan Sambal Bilis, dan Rendang by Kakcik SEROJA.

Nasi Pakistan bersama Ayam (bersos, taktau nama lupa nak tanya) dan Coleslaw by Abe ZAM dan isteri blogger, AYU AKUZLE. Siap bawak Kicap Jalen!


Sori, tak tau sapa bawak ni. Tak sempat tengok, tak sempat tanya dan tak sempat rasa.


Ni pun taktau sapa bawak. Sila mengaku.


Laksa Nyonya by HANIS AZLA. Ohhh meleleh...!


Alamak..! sapa bawak kek ni? Dr HANIE kot...


Seperti yang dijanji, Pakngah HAMZAH al-LAVENDARI datang bawak kek SR bersama MakNgahnya yang cun penuh aura! Kenapa kek ini tidak bertulisan apa-apa? Bila tahu sebabnya.. memang keras perut punya dok gelak!

Ada banyak kek pada hari itu.


Alahai... ni pun, sapa bawak? Aku lupa....


Kuih Talam Berlauk, 2 bekas besar by MAKCHAQ.
Akhirnya kami bertemu muka jua, padahal kami pernah hadir di kenduri yang sama awal bulan di Puchong, tapi masa tu tak sangka ada blogger.

AZIAN ELIAS memenuhi janji, Spagheti Sardin! Sempat rasa 2 sudu. Takpa, aku dah puas makan berpinggan-pinggan kat rumah dia ritu. hahahaha!


 Puding Gula Melaka ker namanya? by KAKCHIK ELLA. Tayang sikit, tapi dia bawak penuh satu beg. Silap aku tak cilok bawak balik sebekas. Sebab dia sampai jer, aku dah nak balik.


Lontong dan Nasi Himpit by IDA MAHMUD.
Kastad Puff dan Kuih (hmm apa nama eh?) by Auntie NANI (Marina Monroe) yang tiba selepas tengahari. Ramai menanti-nanti Auntie yang sweet lagi tabah ini. Tak sempat pun nak sembang panjang. Aduhaiii...

Ada banyak lagi menu yang lazat, tak sempat nak snap semua.


Ni la MakNgah ‘si pencuri hati’ PakNgah HAMZAH. Aku duduk mengadap dia makan dengan mata tak berkelip. Snap 4,5 keping gambar dia dengan JUNAINA.


PCL datang bersama beberapa teman blogger baru termasuk PADLEE. Ada 2 orang yang datang dengan kerusi roda hari itu. Tabik pada depa! Sori, Meggi Goreng by PCL saya tak sempat snap tapi saya makan semangkuk!


Mula-mula kat luar, pastu sambung kat dalam. Man to man talk.


Sori, tak sempat nak sembang dan tanya khabar AIMAN. 
Dia cool bleh jer layan kengkawan mak dia. Kalu anak aku, memang akan diam jer.


Thanks korang!



*More pics lebih lengkap dan cantik di blog jurugambar khas Khairul Hakimin SINI.


~...melepaskan rindu menatap wajah bukan bermakna HISYAM boleh suka-hati-akular nak bisik cakap, nak jeling mata rabun dan nak kernyih-sengih sedangkan SERI BULAN tahu ada agenda makan belum cukup sakan yang akan ditekan...~


 





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails