Friday, April 29, 2016

Shoes Festival 2016: melepas la sayaaa....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
29-04-2016


Ohh Shoes Festival datang lagi. Kali ini di PWTC.

Saya mula terjebak dengan Shoes Festival ni sejak 2 tahun lalu. Di PWTC juga. Masa tu, saya pi sensorang jer. Malas nak susahkan kawan-kawan. Yang minat kasut sangat, adalah saya. Tak perlu nak berteman segala.

Tahun lepas, ianya diadakan di KL Convention Centre. Agak jauh ke belakang bangunan pamerannya. Jauh juga saya menapak. Minat punya pasal, saya redah. Walaupun bukan nak beli sangat pun, sekadar nak puaskan hati dan minat. Tengok rekaan yang menarik dan unik.

Boleh baca ceritanya di sini:
Kalu dah hantu kasut

Juga entri ini: Pameran kasut – Lone Ranger

Tahun ini, ianya sudah bermula hari ini. Nampak gaya, tahun ini saya takda peluang nak pergi.


Posternya menarik hati saya, tapi kerana harus berada di luar kawasan esok, tiada peluang bagi saya tahun ini.




Capal bersaiz gergasi. Semasa MISF tahun lepas di KLCC.



Replika kasut besar milik Zhang Toi ini sekali lagi dibawa ke pentas tahun ini. Ini adalah pentas semasa pelancarannya di Sungei Wang, Kuala Lumpur.


Saya juga ada kenangan bersama kasut besar itu pada tahun 2014 dulu.

Ya... saya memang peminat kasut. Ironinya, hampir kebanyakan masa saya keluar, saya lebih selesa berseliper Jepun dan tidak Jepun. Ahaks!





 ~...pertama kali warga Kampung Separuh Desa melihat SERI BULAN tiba dengan kasut bertumit setinggi 3 inci, bagai ngeri mengenangkan seandainya dia jatuh atau tersandung ke hadapan tanpa siapa yang sempat menyambut, tetapi tidak kurang juga yang berangan-angan hendak cuba memasang tumit sendiri lalu HISYAM tidak jemu cuba menyorok kasut kesayangan temannya itu agar tiada siapa bakal jatuh, tiada siapa bakal tersembam...~




Wednesday, April 27, 2016

Payah la lagu niii...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
27-04-2016


Sebulan satu entri?
Huhh payah la lagu ni. Cemana nak jadi blogger tegar? Memang tak BULLeh la jer jawabnya.

Lately ni macam banyak aktiviti pulak. Tak cukup di tempat kija, aktiviti dengan family pun tak putus-putus. Urusan anak-anak sentiasa on-off.

Sejak saya dilantik menjadi Kapten Pasukan di tempat kija, aktiviti latihan badminton semakin rancak saya susun. Malahan grup saya menjadi grup paling kerap mengadakan latihan. Nak menang, kan? Sebenarnya, bukanlah semata-mata nak menang, tetapi saya cuba membawa budaya bersukan (padahal saya dok tepi jer jalan depan belakang), budaya disiplin waktu berlatih, budah beriadah, malah bersosial secara sihat tetapi dihormati dalam batas yang betul di mata saya. Selaku orang tua, saya harus memantau pergerakan setiap anak buah di dalam grup saya. Paling mujur masing-masing tahu kedudukan dan situasi. Lalu suasana berlatih itu sangat mudah dan lancar bagi saya.



Saya dah lama tak pegang raket. Masa anak-anak kecik dulu, rajin jugak la main-main kat padang. Sekarang ni, setakat nak pukul bola, servis dan smash masih boleh bangga lagi, tapi part nak kejar shuttle kiri kanan tu yang tak sanggup. So Kapten, dok tepi jer lahh....

Pesta Buku 2016 bakal tiba. Kali ini diadakan di MAEPS Serdang. Mulanya saya berhasrat untuk masuk senarai nama bertugas. Tetapi tahun ini petugas dipilih khas (hat muda-muda jer depa pilih) dan saya adalah tidak muda lagi. So... nama tak naik. Takpa, saya sendiri agak sibuk pada hujung minggu, komitmen untuk bertugas elok bagi pada yang bujang-bujang.

Saya cuba untuk hadir juga kalu ada kesempatan. Ada beberapa orang rakan penulis yang ingin saya temui. Tidaklah berharap sangat (sebab tiap tahun target, selalu gagal). Hehehehe...

****

Dulu, saya rajin nak tulis banyak aktiviti dan tayang-tayang gambar menu. Ntah bila nak galak camtu semula. Hahahaa..!

Semalam saya sempat semak beberapa entri lama saya, lalu mengingatkan saya pada sekian ramai teman blogger yang dulu begitu mesra dan baik hati masuk mengomen dan beramah mesra. Apapun, masa berlalu membuatkan kita berubah rentak, dan saya sendiri tidak terkecuali menjadi begitu terkebelakang, tertinggal banyak perkara dan khabar berita kawan-kawan. Maafkan saya.

Ohh..



 ~...suasana Kampung Separuh Desa nampak begitu harmoni dan nyaman bersekali sekarang musim hujan berselang hari, dan SERI BULAN sering tidak sabar hendak menyapu embun di hujung daun pokok keladi di tepi paya sambil berangan-angan embun boleh menjadi batu permata bila disinar matahari, dan HISYAM yang menjadi peneman hanya mampu tersenyum tersengih tidak mampu menegur bimbang dia disimbah air telaga...~




Saturday, April 16, 2016

Munafik: memang layak pun 19 juta...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtu
16-04-2016


Dah lama rasanya kita tidak melihat sebuah filem hebat. Karya yang lain dari yang lain.

Sebelum ini bukan takda filem seram, tapi banyak filem seram komedi yang lawak tak lojik seolah mempersendakan pula.

Saya tak layan filem seram sebenarnya. Saya penakut. Hati saya kecik kalu bab ni walaupun dalam banyak hal lain jiwa saya besar. Hahahaha! Saya memang penakut sejak kecik. Tengok citer hantu mesti tutup muka. Takut ngigau. Lemah semangat.

Okey Munafik karya Shamul Yusof memang hebat. Seram tetap seram (kami tonton siang jer, beli kat AstroFirst). Filem bermesej. Lakunan hebat. Lokasi tepat. Rumah lama yang scary. Banyak scene malam dari siang. Suspens.



Memang layak pun kutip juta-juta. Layak dapat pujian kerana lakunan Nabila Huda sebagai Maria yang dirasuk sangat bagus. Nak bagi award pun dah boleh.



Shamsul kreatif. Dua keadaan. Percaya orang beriman. Atau curiga pada golongan yang berimej Ustaz. Shamsul merungkai itulah kemelut masyarakat Melayu. Sejak dulu. Cuma saya tak duga sihir masih digemari. Ntah. Jika zaman dulu memang banyak. Hmmm susah saya nak komen.

Yang best, tak perlu pelakun bermekap cantik seksi baju terdedah (semua pelakun wanita berlakun bertudung), tiada scene pegang-pegang, juga tiada scene lawak-lawak tak berapa bijak.

Kemuncak filem ini tiada siapa pun di antara kami dalam rumah menduga siapa punca siapa munafik. Unpredictable. Memang patut pun pecah panggung filem ini.

Sesungguhnya iblis dan syaitan itu musuh orang Islam yang paling nyata.

Dialog yang paling memberikan kesan: "Redha dan maafkan orang, hati kita akan tenang. Maafkan orang".

5 bintang. Tahniah. Filem wajar ditonton.

*******

Percaya tak, di department saya, setiap pagi sebelum memulakan kerja kami akan saling memberikan salam, bersalaman dan bermaafan sesama kami. Sudah menjadi amalan kami. (Selain solat Duha, dan baca surah alKahfi setiap Jumaat). Sesungguhnya hubungan sesama kami lebih baik dan lebih memberikan ketenangan.




 ~...majlis doa selamat di rumah Imam Ali malam itu nampak meriah tetapi kemudian seram kerana hujan dan kilat petir terjadi tiba-tiba dan air sungai dikhabarkan mendadak naik lalu SERI BULAN hanya mampu memandang sayu ke mata HISYAM sebagai tanda malam itu mereka mungkin harus memijak becak...~




Friday, April 15, 2016

Kapten Pasukan Wanita kekdahnya.....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
15-04-2016


Sejak sebulan dua lalu, saya sering berkongsi beberapa status bersiri di bawah hashtaq ‘StafPalingHensem’ yang pada asalnya sekadar suka-suka menakal, kemudian menjadi rutin menyeronokkan pula.

Kisah nakal saya jadi stalker pada seorang staf kat tempat kija. Yang pada mata saya, paling hensem paling baik hati, baik budi, sopan dan lembut tapi sangat pendiam... hahahaha! Dalam erti kata lain, dia dilihat dan dilabel sombong oleh orang lain, tapi bagi saya tidak. Dia tersendiri. (sengih sendiri....)

Tapi kisahnya tidak boleh dipanjangkan dalam blog. Sebab stalker blog saya ni pun boleh tahan ramai. Perasan sat... Malah ada sorang dua staf di department lain, adalah pembaca senyap sejak dulu. So... mana bleh lebih-lebih. Hehehehe

Kisah petang semalam:
Ada mesorat untuk SRC (ala-ala kelab sukan gitu). Pengagihan ahli pasukan sudah dibuat lama dan mesorat hanya untuk memilih Kapten dan Penolong Kapten. Saya tersenarai dalam Pasukan 3 (ada nama khasnya, tapi biarlah tidak didedahkan).

Selaku staf yang agak baru tapi dah kira kategori tua, saya tidak terlintas untuk aktif pun. Sekadar sokong boleh lah, maklumlah bab-bab aktif sukan ni kita dah lama tinggal. Malah perkara-perkara yang melibatkan aktiviti luar pun dah lama saya tak buat. Tapi, taktau pasaipa, depa pakat dok sorak-sorak undi terbanyak untuk saya menjadi Kapten. Maka.... akak jadilah Kapten Pasukan untuk tahun ini. Ikut rules...jika cemerlang dengan point banyak dalam setiap aktiviti, Kapten ada harapan ‘sambung kontrak’ kekdahnya... tapi kalu point ciput sehingga hujung tahun depa bleh undi orang lain untuk naik jadi Kapten. Ini normal. But, saya pasti akan cuba yang terbaik bukan kerana jawatan semata, tetapi kepercayaan dan amanah itu. Pengalaman sangat membantu. Orang tak suka, itu bukan isu. (Saya menjadi kapten wanita pertama dan kemudian pasukan seterusnya meeting juga melantik seorang wanita sebagai kapten).

Ada gambar posing beramai semalam, tapi cuak plak hati ini nak publish kat sini. Muahahahaha...!

StafPalingHensem? Dia berada di pasukan lain. Bagus juga, kalu dia satu pasukan saya, bolehkah saya buat kerja nanti? Ahaks!

Gatal bebenor Azie yerrrr!


Saya belanja gambar lain lah...:


Ulangsiar. Reunion santai bersama bekas rakan sekolah rendah/menengah. Siri reunion kali ke berapa ntah. Setiap kali balik kampung, ada saja yang ajak gather.
*Cuti CNY lalu, lokasi: Balak Inn, Parit Buntar.

Saya pernah beberapa tahun menjadi Ketua Kelas, yakni, ketua darjah yang garang dengan depa dulu. Hahahaha...! Rindu depa!







 ~...HISYAM sudah sering lupa tentang ikrar janji sehati sejiwa lalu SERI BULAN juga tidak ingin sering berpesan-pesan kerana sedar masa boleh mengubah dirinya sendiri menjadi angkuh tetapi bumbung Teratak Nyatuh bagai terasa jatuh, dan dia ingin terus berlindung di bawah amanat dan kata indah HISYAM yang sejak dulu sering dirinduinya...~




Thursday, April 14, 2016

Cuti kena pangkah: padan muka aku...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
12-04-2016


Saya menulis entri mengikut apa yang terlintas dan perkara yang terdekat sahaja. Untuk menulis sesuatu peristiwa besar seperti program keluarga untuk dijadikan rakaman di blog memerlukan masa yang mana...itulah yang selalu susah saya nak dapat. Masa.

Semalam, sudah ada arahan dari MyManager untuk masing-masing mengatur perancangan cuti untuk bulan hadapan. Hari Buruh 1 Mei bakal jatuh pada hari Ahad dan Senin automatik cuti umum juga. Lalu berebutlah kami menghantar borang untuk pertimbangan Manager.

Saya menghantar 2 borang berasingan kerana cuti Hari Buruh memang saya merancang untuk balik kampung. Dan cuti ke-2 dirancang pada hujung Mei adalah untuk percutian luar yang sudah saya rancang sejak awal tahun. Hmmm...

Sayang sekali, permohonan percutian saya tak lulus. MyManager wants me to choose, samada cuti awal bulan atau cuti pada hujung bulan. Of course la saya pilih cuti untuk balik kampung. Itu lebih penting.

Walaupun kami baru saja selesai bertungkus-lumus (pinjam ayat faberet OurBosBesar) selama sebulan semasa Projek Khas haritu, tapi kerja-kerja lain juga banyak lalu beberapa orang lain juga terpaksa disingkatkan cuti malah ada yang langsung tak lulus cutinya.

Huhuhuhuh tetiba tak sabar nak balik kampung bercuti...!

Tayang-tayang:



Belanja pic semasa percutian terakhir saya bulan lepas. Bukit Tinggi, Padang, Sumatera Barat, 28 Feb-1 Mac lalu.




 ~...SERI BULAN tiada hati lagi untuk terus berada di Teratak Nyatuh. Sekian...~




Saturday, April 9, 2016

Entri pertama: gementar bagai cinta pandang pertama...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtu
09-04-2016


Alhamdulillah... akhirnya saya berjaya juga menulis sesuatu sebagai permulaan entri di tahun 2016.

Sekali fikir, bila lagi mahu memulakan semula aktiviti berblogging. Semangat tidak luntur sepenuhnya kerana cerita sentiasa ada. Tulisan masih boleh diasah tajam jika mahu, cuma sekali saya berhenti sekejap, susah sekali nak mulakan balik. Nak mencari rentak ternyata tidak mudah. Sementelah saya mula melihat berblogging tidak lagi menjadi keutamaan kerana harus bersaing dengan masa dan rutin kerja.

Saya harap entri pertama ini akan menjadi perintis semula.

Cerita saya sepanjang tempoh berehat tidak dapat ditulis atau dirakam banyak. Ada beberapa program dan peristiwa yang saya sudah tidak ingat lagi. Malah lebih elok terus dilupakan saja, barangkali. Bak kata orang, barang yang dilepas jangan dikenang. Bila dikenang merosak jiwa. Aduhai...

Antara sebab lain yang membuatkan saya sukar nak aktif semula, kerana saya sudah merasakan sudah tidak ramai yang berminat nak baca. Then saya sedar semula, tulisan saya tidak memerlukan orang baca pun. Cukup sekadar saya menyimpan kenangan sebagai rekod peribadi. Mungkin itu yang terbaik buat saya.

Sejak tahun lalu, sehingga ke hari ini saya masih seperti biasa. Masih bekerja di tempat saya, bangunan sama, department sama, persekitaran sama tetapi saya semakin mengurangkan kadar hubungan dengan orang keliling. Cukup sekadar jumpa senyum, borak jika perlu, cakap ketika tugasan memerlukan percakapan...selebihnya saya tidak berapa rajin nak bercampur. Mengambil jalan sebagai orang berkecuali, menjadi suatu yang selesa buat saya. Setakat ini.

eh... ehhh tetiba macam ada banyak cerita nak tulis pulak. Hahahaha!

Okeh cukup dulu Azie.Sebagai permulaan. Warm up, kata omputih.




 ~...SERI BULAN merasakan dia tidak diperlukan di mana-mana pun, malahan melihat jeti di tepi Sungai Menghijau Lumut itu pun bagai melambai dia supaya pergi jauh dan melupakan saja setiap langkah dan setiap orang di Kampung Separuh Desa ini...~




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails