Friday, December 31, 2010

Janda 18 tahun...

Alkisah...ada sorang duda anak 2 yang tinggal di sebuah kampung. Duda ni nama dia Amat. Amat ni dah 3 tahun menduda setelah kematian isterinya.

Pada satu hari, Amat yang dah lama kesepian terfikir kenapakah dia tidak mencari pengganti arwah isterinya, ada jugak yang akan menjaga dirinya nanti, fikirnya lagi. Amat pun cuba la merisik-risik dengan kekawannya, manala tau kengkawannya ada calon yg sesuai. Usin, kawan karibnya yang mendengar berita itu segera datang berjumpa dengan Amat kerana dia ada calon yg sesuai untuk Amat. Amat sungguh gembira bila mengetahui calon yang Usin nak rekomenkan adalah janda 18 thn.

Beria-ia benar Usin supaya Amat menerima pilihannya.

“Ndak ke dia kat aku yg dah tua ni, Sin?” tanya Amat.

“Kau tu pun bukannya tua sangat Mat, baru 36 thn, rupa pun hensem lagi apa!” kata Usin membodek Amat.

“Tapi....kalau aku boleh jalankan, boleh tak kau bagi aku pinjamkan RM500? Aku nak pakai duit la..” kata Usin lagi.

“Jangankan RM500, RM1000 pun aku boleh bagi kalau betul kau boleh jalankan..tak payah pinjam.” kata Amat tanpa berfikir panjang.

Usin pun segera berlalu dengan gembira bila memikirkan janji Amat. “Kau tak payah susah-susah, semua aku uruskan, kau tau siap.” janji Usin kepada Amat.

Dipendekkan cerita tiba la hari yang ditunggu2 oleh Amat, hari di mana dia akan disatukan dengan isterinya yang baru, Leha nama bakal isteri Amat. Hari tu Amat sungguh segak dengan pakaian untuk upacara akad nikah dengan Usin di sebelah sebagai pengapit yang memanjang tersenyum setelah koceknya berisi wang RM500 pemberian Amat. Amat segera terbayangkan saat2 indah yang bakal dilalui bersama isteri barunya nanti.

Sampai saja di rumah pengantin perempuan, Amat disambut meriah siap dengan paluan kompang lagi. Para tetamu menyambut Amat dengan senyum lebar. Siap sahaja majlis akad nikah, tiba la masa yang dinanti2 oleh Amat, iaitu untuk bertemu dengan isterinya. Amat pun dijemput untuk masuk ke dalam bilik pengantin untuk upacara membatalkan air sembahyang.

Tapi alangkah terkejutnya Amat bila didapati seorang perempuan tua yang layak digelar nenek sedang menantinya dengan senyuman yang sungguh menggoda. Amat mulanya merasakan itu hanyalah satu gurauan dari pihak pengantin perempuan namun bila mak andam beria-ia menyuruh nenek itu mencium tangan Amat, baru la Amat sedar itula isterinya yang selama ini dibayangkan seorang janda muda 18thn.

“Usinnnnnnnnnn!!!!” jerit Amat sambil berlari keluar mencari Usin. Usin yang ketika itu sedang menjamu selera terkejut beruk mendengar jeritan Amat.

“Kau tipu aku Sinnnn!!!” jerit Amat sambil mencekik leher Usin. “Tipu apa plak???” tanya Usin bingung.

“Kau kata 18 thn!!!!” balas Amat.

“La...bukan umur dia yang aku maksudkan 18thn...tapi dia dah menjanda 18 thn!!!”.

“Mintak balik duit akuuuuuuuuuuu..!”



*Copy & paste.

Wakakakaka...! relax jangan marah... Jom gelak sesama!




Bertudung Tapi Bogel...?

Menoleh sekitar 20 tahun yang lalu, perihal wanita mendedahkan rambut bukan suatu pemandangan luar biasa. Malahan pada ketika itu jarang kelihatan wanita menutup kepala, kecuali untuk majlis dan upacara tertentu.

Ketika itu wanita yang bertudung, kebanyakkannya adalah golongan tua, itu pun rambut yang ditutup tidak ‘rapus’. Pendek kata wanita yang bertudung, apatah lagi jika terdiri daripada golongan muda akan dianggap janggal.

Senario tersebut sudah berlalu dan keadaan sekarang sudah berubah. Sama ada di pejabat, apatah lagi di institusi pengajian, dan di majlis-majlis, rata-rata wanita Melayu akan memakai tudung. Mereka akan berasa janggal dan terasing jika tidak bertudung.

Di kedai, pusat membeli belah, di lapangan terbang dan di mana sahaja, kebanyakkan wanita Islam telah menutup kepala mereka.

Tidak kira tua, muda, anak dara atau janda, pekerja biasa, pegawai tinggi, suri rumah tangga, rata-rata sudah menutup kepala kerana masing-masing terasa tidak selesa untuk menayangkan rambut.

Zaman berlalu, masa berganti, dan sistem nilai pun sudah berubah. Dulu yang bertudung dianggap janggal, kini yang menayangkan rambut pula akan dianggap janggal, apatah lagi bila berada di majlis-majlis tertentu. (Tidak tahulah kalau masih ada yang tidak berasa janggal).

Bagi setengah pendapat, kecenderungan memakai tudung ada kaitan dengan kesedaran beragama. Rambut adalah sebahagian daripada aurat wanita. Ini bererti kepala wajib ditutup dan tidak didedahkan untuk tontonan umum.

Kalaulah kecenderungan itu disebabkan kesedaran beragama, syukur Alhamdulillah. Tetapi mungkin juga ada sebahagiannya disebabkan yang lain. Umpamanya takut terasa janggal, terikut-ikut dengan trend berpakaian, hanya sebagai fesyen dan sebagainya.

Cuba perhatikan, ada yang bertudung sehingga tidak nampak walau sehelai rambut, tetapi dalam waktu yang sama memakai kain belah, yang setiap kali melangkah akan menampakkan betis dan pangkal paha yang putih melepak. Ada pula yang bertudung lengkap tetapi mendedahkan sebelah atas dada, dan memakai skirt. Kalau boleh disamakan, ada lelaki yang bertopi haji tetapi memakai seluar pendek. Ini sesuatu yang agak ganjil, atas ditutup, bawah didedah.



Bagi setengah wanita, memakai tudung bukan kerana tuntutan agama. Mungkin ada yang cuma ingin mengambil hati, mungkin ia kerana suatu peraturan dan mungkin ada yang ikut-ikutan. Waktu ke pejabat semua memakai tudung, ke sekolah pun begitu juga, tetapi bila berjalan-jalan membeli belah tudung entah ke mana.


Pada hal Islam telah menggariskan pakaian yang wajib dipakai oleh setiap muslimah. sebagaimana yang ditetapkan oleh al-Qur’an dan hadis-hadis Nabi Sallallahu alaihi wasallam, iaitu:

i). Hendaklah menutup seluruh anggota badan, termasuk kepala, rambut, leher, lengan, melainkan muka dan dua tapak tangan sehingga dua pergelangan tangan.

ii). Pakaian itu tebal, tidak menampakkan warna kulit yang dapat dilihat dari celah-celah sulaman benang pakaian itu.

iii). Pakaian itu luas, tidak sempit, dan tidak ketat sehingga boleh menampakkan bentuk susuk badan.

iv). Pakaian itu tidak menyerupai atau seakan-akan pakaian lelaki

v). Pakaian itu tidak berbau harum atau wangi kerana ia boleh menarik perhatian orang.

Kewajipan menutup aurat itu berdasarkan kepada dalil al-Qur’an dan Hadis. Di antaranya firman Allah:

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya.” (Surah Al-Ahzab : 59)

Oleh yang demikian, sebagai menyahut titah perintah Allah, isu bertudung khususnya menutup aurat janganlah ia dipandang sebagai perkara remeh. Ia adalah perkara wajib. Mentaati perkara wajib adalah perkara besar, walaupun ia dipandang remah oleh sebahagian manusia.

Sumber: selatanonline

Terimakasih Dr RODZILA yang menulis sesuatu tentang aku di SINI.



Azam Berazam...

2010 tiba di penghujung. 2011 beransur tiba. Ramai orang bercerita tentang azam tahun baru. Tetapi apalah erti berazam tetapi tidak pernah berusaha melaksanakannya.


Kata arwah AYAH dulu, “luka jauh dari perut....” Maknanya, kecil sangat sebab masih boleh makan. So aku tetap pergi kerja, tetap buat kerja. Tanpa seorang pun dari pihak management yang tahu akal hal luka ini...


Biarlah azam dan hasrat menjadi kekuatan di hati, disimpan teguh dan kemudian dibuktikan dengan jayanya. Bukan untuk diucap tahniah, tetapi setidak-tidak membuktikan kepada diri sendiri, puaslah hati.

Atau andai kejayaan peribadi dapat dikongsi bersama-sama keluarga, tentulah manis sekali.

Semoga azam anda semua tercapai walaupun tidak pernah bercerita, tidak pernah dilaungkan atau diucapkan kepada sesiapa. Cukuplah diri sendiri sahaja yang tahu.

Sepanjang 2010 — yang terasa begitu pantas sekali berakhir — tentulah banyak yang manis, kan? Sejauh mana kejayaan yang dicapai sepanjang 2010 menjadi contoh dan tauladan kepada orang lain? Atau sejauh mana pula kepahitan dan kegagalan lalu menjadi tauladan dan kekuatan untuk memperbaiki diri? Atau masih di takuk lama?


Sesi tayang-tayang: lunch yang ditaja seseorang.
Tiada kaitan dengan azam diet atau yang sejenis dengannya...



Perkara terbesar yang berlaku pada AA adalah bilamana terpaksa bertukar tempat kerja kerana yang lama (selepas 9 tahun), berpindah lokasi ke luar negara. Kekesalan tetap terasa, tapi agak pelik bila aku tidak sedih, malah di hari terakhir kami (beramai-ramai), di saat ramai staf menangis aku masih boleh gelak-gelak. Huh...!

Terus mendapat kerja di tempat yang baru (selepas tidak sampai seminggu), memberikan suasana yang baru walaupun belum cukup menggembirakan tetapi masih boleh disebut sebagai suatu yang baik dan berpotensi untuk menjadi tempat berkerjaya. Tentulah kita tidak boleh berharapan terlalu tinggi dan selaku orang yang matang (dan semakin tua), perkara remeh adalah perkara yang tidak langsung difikirkan. Apalah sangat dengan karenah orang-orang muda, atau birokrasi yang “ridiculous”, atau mungkin pandangan serong bernada cemburu dari beberapa orang yang merasa tercabar...

Meletakkan diri di tempat yang sepatutnya, membawa karakter jujur dan menjadi diri sendiri adalah keyakinan yang jitu. Mengabaikan segala “cucuk-jarum-racun” sebaliknya menilai sendiri melalui pengamatan dan telinga sendiri adalah lebih baik dari mengikut telunjuk dan aturan orang yang belum tentu menyokong kita...

Pengalaman paling mahal tentulah bila hadir di hari konvo (menamatkan Diploma in Accoutancy) Dak AMOI pada Mei 2010, menerima Anugerah Naib Canselor lagi (wpun kami hanya menonton di dewan kuliah sahaja), tetapi saat manis itu menjadi suatu catatan terindah di blog (wpun sebenar-benarnya aku malu, kerana ada anak orang lain yang lebih hebat dan cemerlang lagi)...

Perkara lain hanyalah yang melibatkan ahli keluarga dan agak privasi pula untuk dikongsi, cukup sekadar sepintas lalu...

Diteliti, ternyata tiada perkara pahit atau perit yang dilalui, setakat masam-masam manis adalah lumrah dan tidak pernah menjadi parut di hati... begitulah, kehidupan yang tidak banyak beza dengan kehidupan sederhana orang lain.


~...HISYAM pernah merasa kecundang, pernah merasa sedih dan kecewa tetapi bila bercerita tentang perahu yang bocor seksa ditampal, tentang rakit pernah senget sebelah, tentang pendayung patah dek reput hujan panas, SERI BULAN yang lebih dulu menitiskan airmata...~



Thursday, December 30, 2010

TAQ: Contest Aku dan Kaca Mata...

Kena taq by AYU CITARASA RINDUAN yang ditag oleh SHAFIQ.

Mujur pun ada gak ler pic perasan aku yang berkacamata hitam. Sendiri punya, belum pinjam lagi > sengih perasannnnn....

Syarat-syaratnya:
1. Menjadi follower seikhlas hati yang mungkin — Hmmm... ramai betul followers dia! Dah lebih 1000 followers walaupun dia berhasrat dapat 500 sebelum tahun baru. Tapi sungguh di luar dugaan. Hebat kerana dia baru berblogging sejak Julai tahun ini sahaja. Sungguh progressive betul pelajar yang seorang ini. Harap-harap dalam pelajaran pun malatop juga yaaaa...!

2. Memerlukan gambar anda yang memakai kaca hitam..terpulang edit ataupun original – Gambar semasa ke Langkawi dulu.

3. Tinggalkan link anda di entri ini apabila sudah join dan letakkan gambar banner di sidebar – Selesai, tapi bila tengok komen di entri beliau, lebih dari 350 orang sudah meninggalkan komen hanya di entri itu sahaja! fuhhhh...!

4. Tag 2 orang rakan anda – EJAESCOBART dan BEN ASHAARI (Sengaja nak test samada BEN nak join ke tak....)

So, kerana terlalu ramai yang sudah sertai contest beliau, tetapi hadiah hanya utk 3 orang pemenang, aku tidak nampak harapan untuk aku menang, tapi sekadar menyokong blogger... aku menjadi peserta yang ke 388.

“Sapa lagi nak sokong blogger, jika bukan blogger.”


Jika Diukur, Mungkin Aku Dah Sampai Singapura...

Selasa, aku dan Kak Yang bergerak dari Taman Damai, Parit Buntar ke Bandar Perda ambil sorang lagi sister, kemudian ke Batu Feringghi.

Sejak My BONDA tinggal di sana bersama adik perempuan bongsu kami lebih banyak berulang ke sana menjengahnya. Walaupun tiada kegiatan tetap yang dapat dilakukan selain dari menengok-nengok anak-anak di surgeri dan membantu mengaji murid-murid di taska (adik AA ada 3 buah taska yang berjaya di sana), tetapi My BONDA agak selesa di sana kerana kemeriahan membantu dia agar tidak kesunyian.



Berhadapan Taman Sg Emas.

Taska adik aku Taska Warisan Bestari memang merupakan taska yang popular di kawasan perumahan Taman Sg Emas, Batu Feringghi. Selain di sini ada satu lagi cawangan di Teluk Bahang dan Bertam, Kepala Batas.



Nampaknya taska dia semakin maju dan banyak perubahan baru. My BONDA membantu mengajar mengaji bila dia terdaya, sekali sekala memerhati apa yang bersesuaian, selebihnya menumpang kemeriahan...


Ruang atas bersebelahan bilik tidur utama. Ruang terbuka ini seperti bilik bacaan dan pejabat serta ruangan untuk monitor CCTV.


Pic termahal aku...!
Inilah tujuan utama kami ke Penang.




Singgah Bandar Perda, sempat mencuba Kuey Teow Cantonese. Still tak leh lawan seperti yang pernah aku makan di BB Plaza.


~...ketika meninjau di laman Teratak Nyatuh, HISYAM tersipu kerana wajah SERI BULAN yang diharap di sebalik kain tutup tingkap, malangnya PAK UTIH tiba-tiba berdehem sehingga terkejut bagai dipanah tahi burung di atas kepala!... hahahaha~



Berehat Sebentar Bersama Minyak Gamat...!

Gara-gara perasan bagus dan kuat, aku nak repair kepala paip (utk sambung ke washing machine), tak sabar sangat nak buat sendiri. My TOKLAKI said, tunggu sampai dia habis tengok bola malam tadi, dia akan buat. Tapi gelojoh punya pasal, aku guna screw driver buat sendiri, akhirnya terbabas...


Berlubang tapak tangan, terbelah jari manis. Sakit gak ler. Pastu siram (bukan titis lagi) dengan minyak gamat. Tiba-tiba rasa nak pitam. Terbaring ler sekejap. Dah la belum makan lagi.

Sudahnya, makan ke mana, online ke mana, blogging ke mana.... pengsan!

Mujur dah ready beli yang ini masa di tempat kerja semalam. Pau ready-made. untuk sarapan anak-anak.

Inti Red Bean & Jagung.

Apapun TAHNIAH kepada pasukan bola sepak negara kita kerana menang Piala Suzuki semalam. Aku langsung tak tengok. Rugi lak, sebab masa final pertama dulu layan dari mula sampai habis, terhibur betul.

Nanti nak sambung cerita jalan-jalan sampai ke Penang.

**SORI BERLORI, tak sempat nak jawab komen di previous entries... juga di blog kengkawan. Nanti petang la yaaa... “Maafkan saya penunggu gua...!” hikhikhikhik!


~...hajat hati ingin mengadu kepada si kawan sejati, tetapi HISYAM lebih senang menyendiri, ntah merajuk tak dapat mandi perigi lalu SERI BULAN lebih rela masak maggi...!


Wednesday, December 29, 2010

Sekuat Kaki Dihayun, Hati Juga Harus Kuat...

Entri kali ini bercerita serba sedikit (bolehkah jadi sedikit?) tentang “travel” sehingga ke Perak, dan seterusnya ke Penang. Tapi travel kali ini bukanlah bercuti sepenuhnya, tetapi kerana urusan rasmi jadi AA cuma pergi berdua, dan balik seorang. Dah namapun pegi menghantar...


Alhamdulillah, perjalanan lancar, urusan pun mudah saja. Takada masalah langsung, malah semasa mendaftar kolej kediaman, IKA dapat bilik bersebelahan bilik mendaftar saja dan ground floor. Yang best lagi, kami merupakan orang pertama masuk ke bilik itu dan tentulah IKA bebas memilih katil mana dan locker mana, serta meja study mana, terlebih dahulu sebelum roomate lain sampai.



Urusan yang selesai dengan cepat sungguh melegakan.

Bergerak meninggalkan Bandar Universiti Seri Iskandar, menuju Ipoh.

Pekena Cendol Kacang dan Kuey Teow.
Sensorang... (ada ker yang tak percaya?)

Terasa begitu jauh perjalanan di petang terik itu. Tapi luas juga pemandangan yang aku dapat lihat.


Bangunan lama, aku tertarik. Ini antara beberapa bangunan lama di sekitar bandar Pusing. Pertama kali aku tahu ada tempat nama Pusing di sekitar Ipoh.

Bergerak sendirian, memberikan ruang yang luas untuk aku singgah di beberapa tempat mengikut gerak hati.

Tetapi sebelum malam lewat, aku sudah sampai di Taman Damai, rumah kakak aku. Memang inilah port terbaik bila aku ke sebelah utara.

Bila bergerak sendirian begini, pasti aku bakal mengulangi rutin dulu semasa Dak AMOI di MRSM Taiping, bila aku hampir setiap bulan ke sana, selepas kerja Jumaat, bergerak dengan bas express, cari hotel semurah RM40 untuk menginap. Kemudian pergi ke asrama dia di Bukit Larut, angkut dia keluar ke bandar Taiping, beli barang, makan-makan kemudian hantar dia semula ke asrama sebelum 6.30 petang. Selesai semua aku akan kembali ke KL dengan bas ekspress terakhir malam itu dan sampai seawal 5 pagi.

Lama-lama aku lali dengan rutin sebegitu (2 tahun begitu), sehingga pernah aku balik di hari Ahad tiba subuh Isnin, terus masuk pejabat semula. Gilaa...! Pengalaman yang mungkin tidak ramai orang lalui...



~...tiada rungutan dari mana-mana pihak tentang ditinggal atau ketinggalan, malah antara HISYAM~SERI BULAN masing-masing memahami persinggahan bukan berarti harus berhimpun, bertemu bukan semesti bergebang sakan...~



AA selamat kembali...

AA selamat kembali ke KL, sebentar tadi, seawal jam 5.30 pagi.

Lempar bagasi, online sebaris dua, pasni nak terus pi kerja.

Agak penat dan mengantuk kerana baru balik dari sini:




dan sini:



Terimakasih yer kepada SEMUA TEMAN BLOGGERS yang sudi tengok-tengokkan rumah AA sepeninggalan...



~...HISYAM, rindu SERI BULAN, tak? Ahaks!...~




Monday, December 27, 2010

“Nak Minta Tolong, Bleh?”

Bila dah cuti, apa yang best selain pergi bercuti ke tempat lain?

Tentulah masak-makan, masak-makan...

Antara menu hari ini:

Nasi Goreng Cina, resipi sendiri, ada Crab Sticks.


Semuanya sudah sedia.

Travel time...! (Kalu dah peminat PURPLE)

AA bakal meninggalkan KL seawal pagi ini. Tidak lama, cuma 2 hari saja.

So, sesiapa yang sudi nak tolong tengokkan rumah AA, atau rajin nak tolong siramkan pokok mempelam yang baru nak membesar di sudut sinun, atau tolong potongkan rumput... amatlah dialu-alukan.

Pokok bunga memang takda, maklum AA ni tak pandai tanam pokok bunga pun. Ada ler sekor dua ayam kampung kat belakang tu, kalu ada nasi lebih campakkan jer buat habuan...

ahaaa... satu lagi, kalu ada ternampak tetamu mengejut yang mengetuk pintu atau sedang bermenung di atas tangga menanti-nanti tertinjau-tinjau, kabarkan kepadanya, kunci rumah ada atas lubang tiang rusuk rumah.



~...seperti biasa, bila burung membawa khabar tidak bersuara bahawa SERI BULAN tiada di dapur Teratak Nyatuh, HISYAM dengan sendirinya memahami bahawa melintasi laman tidak guna mengangkat muka juga tiada guna meninjau ampaian baju mencari tempurung pelindung surat...~



Sunday, December 26, 2010

Sebuah Keterasingan (lagi)...

Bagaimana hendak meluahkan apa yang dipanggil perasaan tersinggung?

Luahan hati yang terluka atas sebab-sebab yang kita sendiri tidak duga? Malah jauh untuk meletakkan kesalahan pada diri, kerana jelas bukan salah diri sendiri?

Harus dipanggil pengorbanan atau apa? Tidak mudah untuk membuat sebuah keputusan demi sebuah kebaikan suatu pihak sahaja...

Kerana itu, aku tidak memiliki sebarang jawapan pada sekian banyak pertanyaan yang kerap datang sejak kebelakangan ini... Tidak sehingga hari ini. Aku akui, mencipta keterasingan bukan suatu tindakan yang bijak, tetapi itulah kekuatan yang aku miliki setakat ini.

Hanya Tuhan Maha Mengetahui, apa pun yang berlaku, yang aku lakukan, ada sebabnya, ada alasan.. Semoga kesan ke arah kebaikan yang aku maksudkan akan tercapai.

Ke pantai berbaju kurung?
Balik dari kenduri kahwin di Felda Air Tawar 2, Kota Tinggi.
Singgah sebentar di DESARU. Februari 2010.


~...sekian lama berada di tapak laman yang sama, di bawah bumbung atap yang sama, tetapi keterasingan tetap terasa bila HISYAM belum cukup berani untuk bergebang berborak dengan SERI BULAN walau ditinggal tanpa murid, sekadar jeling senyum kemudian sengih kerana nanti pasti ada surat di bawah tempurung di hujung ampaian...~


Saturday, December 25, 2010

Entri Santai: Lama sungguh tidak ke pasar malam...

Tajuk: hmmmm.. betullah tu.

Lama juga aku tidak ke pasar malam di kawasan perumahan aku. Seminggu ada 2x, Selasa dan Sabtu.

So melayan karenah anak, meronda lah kami tadi. Bukan nak beli apa sangat, jalan-jalan cari makan. Pun bukan nak makan sangat, cuma rasa teringin nak meronda sebab lama tak menghayun kaki di pasar malam.

Tengok jer Potato Spring tu. Takda sapa pun yang teringin, so tak beli.


Curley Fries. Macam hangus jer, keras. Tapi RM2.


Real Sosej. Tak beli pun. Tengok jerrr...




Dinner aku. Lama tak buat. Tapi anak-anak tak suka. So aku leh makan sorang-sorang. Mengadap sambil tengok drama. Layannnnnnn...!

Vegeroni Spirals + Crab Sticks + Green Apple. Gaul bersama Thousand Island (Mayonis). Aku suka sejukkan dulu dalam fridge 2,3 jam baru makan. Perhhh!

Sunyi lak malam ni. Drama pun macam tak berapa best jerrrr...



~...lebih sunyi bila tiada latihan drama malam ini di balai raya, skrip sudah siap tetapi lakunan tidak mantap membuatkan SERI BULAN berlatih sendirian tanpa HISYAM yang merajuk sambil merenung bulan di balik awan...!~


Coooooooooti...!

Semalam Jumaat, kami bersurai awal kerana beberapa orang staf dan salah seorang BOS menyambut Krismas.

Terpaksa juga jadi Team Leader for games, sebab cabut undi dapat Team A.

Yeahhh... AA memang seorang Team Leader yang baik juga — perasantan pekat sehingga mendapat pati!


Berbaloi juga, sebab menang beberapa games yang simple, dapat hamper yang besar dan Rice Cooker!

Selesai saja parti simple, kami dibenarkan balik seawal jam 2.30 petang, tetapi ujan yang lebat selepas itu semakin meletihkan pula.

Hari ini hari Krismas, Merry Christmas kepada yang menyambutnya. Seluruh rakyat bercuti hari ini.


Sarapan pagi dengan anak-anak di luar, sebab nak buat sarapan, tengok kat dapur macam tak berapa ada bahan lak.

Menjawab pertanyaan blogger MAZIDUL di entrinya INI, ya saya memang bangun awal tetapi tak sempat nak melapurkan seawal pagi kerana list utk hari ini harus dilangsaikan juga.


Aiskrim dia ndak, ambik gambar tak mahu. *Tesco.

Masak Patin Asam Pedas, Keli Goreng (atas permintaan CHAK), Kacang Botol... sambil packing barang untuk ke luar daerah, lusa.


~...HISYAM memang sedang berada jauh dari koordinat biasa, sehingga tak terlihat di ruang satelit, terlindung oleh awan gemawan, SERI BULAN yakin sekali masa untuk melihat kembali kelibatnya di laman Teratak Nyatuh harus disuluh dengan lampu picit berbateri 4AA...!~



Friday, December 24, 2010

Mereka yang Ku Kenali_05: Ceria dan Bahagia...

Masih belum terlewat untuk mengucapkan tahniah kepada anak-anak teman blogger yang mendapat keputusan cemerlang PMR yang diumumkan kelmarin. Tahniah...!

Ini memang kejayaan manis dan antara kejayaan awal yang bakal membawa kepada kejayaan lain yang lebih menyeronokkan dan membahagiakan. InsyaAllah.

Terutama buat:

NUR FARHANAH HASHIM, anak kepada sahabat aku. Score straight 8A’s! Ceritanya kat SINI. Terus dapat hadiah Blackberry dari abahnya!

Aku mengenali ayahnya En HASHIM dan ibunya JAF FAIROS LIZA (atau blogger ACIK MY LIFE MY WORLD) sejak tahun 2003 lagi. Kami menjadi sahabat, walaupun jarang berjumpa tapi tetap mesra. Cuma dah lama tak jumpa sebab masing-masing sibuk dengan kehidupan. Apatah lagi sekarang HASHIM sudah lebih 2 tahun bertugas di Sarawak dan jarang pulang.

Semoga kejayaan anak sulung ini memberikan semangat lagi kepada dia dan menjadi contoh kepada adik-adik yang lain. ACIK sentiasa positif dan komited tentang pelajaran anak-anak dia. Aku sangat yakin dia pasti akan mendapat hasil yang manis suatu hari nanti.

Seorang lagi blogger yang aku kenal, tapi baru saja adalah CIK CERIA CORNER. Unik nama dia. Blog dia baru bermula pada 1 Disember 2010 tapi ini merupakan permulaan kedua, kerana sebelum ini dia sudah menulis blog sejak 2008 tetapi tidak aktif.


Menurutnya, blogger GADISBUNGA antara rakan blogger yang menggalakkan dia aktif. Terimakasih CIK CERIA kerana selalu singgah di blog Kak Azie juga.

Aku menjadi follower no. 24...!

Siapa lagi nak sokong blogger, jika bukan blogger?


~...HISYAM masih merasa kesunyian yang sungguh berbeza, tetapi tetap tidak menyamai kesepian seorang SERI BULAN, tetapi sokongan dari jauh walau di Pantai Timur, tetap utuh melayang ke Pantai Tenggara...!



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails