السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
30-04-2013
Saya balik kerja semalam, plan nak singgah supermarket dekat LRT (di mana rakan yang memandu turunkan saya), tetapi tiba-tiba rasa malas. Then, sampai area rumah saya teringat yang saya kena singgah juga kedai untuk beli shower crème yang dah habis sangat.
Masa tu tak sedar pun, hp saya rupanya hang. Patut pun takda sapa call saya seperti biasanya, MyToklaki akan call tanya saya kat mana… kul berapa sampai stesen LRT (untuk dijemput).
Bila sampai taman terus nak singgah Guardian. Lalu melintas depan surau, jemaah masih belum selesai solat, lalu saya menjangka MyToklaki takkan jawab call sehingga selesai Isyak. — panjangnya mukadimah!
Masuk ke dalam Guardian sekitar jam 8.45 pm. — ya, saya memang tiap hari balik keja malam, sebab kena stayback buat OT. Dalam dok pilih-pilih barang (nak beli satu barang jer pun), sambil budak sales girl tu rajin melayan tetiba jer seorang lelaki India bertopi keledar masuk dan hulur pisau berkilat ke arah security yang berdiri kira-kira sekaki jer dari saya. Selamba jer dia kata (tidak jerit kuat pun). “Diam! Diam…! Saya kata diam!”
Yang sempat saya pandang sekilas ialah, pisau sepanjang kira-kira sekaki dihunus. Beberapa orang staf Guardian terus meluru ke belakang. 3 orang pelanggan lain (4 orang termasuk saya) pun terus meluru ke belakang jugak. Masa tu, terus ‘pling’ dalam kepala saya: ini rompakan!
Saya rasa saya orang akhir yang berlari ke belakang. Kami menyorok dalam satu bilik kecil di belakang yang gelap. Tak berani nak on lampu pun. Di luar cuma sales girl yang layan saya tadi dan security.
Masa tu saya terfikir, janganlah penyamun tu ‘kacau’ kami. Mana la tahu, ugut nak handbag plak. Kebetulan saya baru kuarkan sikit tunai, yang masih dalam poket slack. Cepat-cepat saya sorok kat dalam bra! Hehehehe!
Selang 3,4 min barulah pintu dibuka kerana penyamun tu dah pergi. Depa (berdua dengan sorang lelaki Melayu) hanya sempat ambik peti cashier (yang dikopak) saja. Syukur lah.
Menanti beberapa minit sementara polis tiba, rupanya saya menggeletar. Malas bersoal-jawab (lebih menyerahkan kepada staff menguruskan) saya terus balik.
MyToklaki cakap, “Syukurlah awak selamat. Takda apa-apa. Jangan kena rogol sudah!”
Cisss ke situ pulak dia!
Yang saya boleh rumuskan: saya tidaklah seberani yang dilihat orang dan seperti yang saya sendiri sangkakan...
Selingan:
Duit Korea (nilai Won) yang saya belum pernah tunjuk di blog.
~...seseorang yang rupanya menjadi penghendap rahsia segala kegiatan SERI BULAN akhirnya mengakui dia sudah penat menunggu tetapi apabila tiada layanan yang sepadan dan HISYAM pula seperti memotong jalan dia akui selama ini dia rupanya seorang Jejaka Perasan!...~