Thursday, January 31, 2013

Kemenangan berganda saya mengubat duka...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam JumAAt
31-01-2013



Terimakasih tidak terhingga atas kata semangat moral kepada saya, dalam entri sebelum.

Petang tadi saya menerima sesuatu yang mungkin pada orang lain, hadiah kecil tapi saya sangat gembira. Kemenangan berganda.

PERTAMA:


Dari suka-suka jadi sungguhan pula. Main-main saja, tapi ada rezeki menang pula. Hehehe kelakar pun ada. Main teka-teka harga lunch yang dimakan oleh teman blogger Ida Mahmud. Saya menjadi salah seorang dari 2 orang pemenang.

KEDUA:
Peraduan teka-teka gambar di blog Blog Pakcik Lie. Kali pertama dulu, saya suka-suka teka, sebagai sokongan. Tapi salah.

Kali ini saya sokong lagi dan meneka lagi. Dah rezeki saya.




Terimakasih teman-teman.

Sokongan dan sesuatu yang kecil itu pun sudah cukup menggembirakan saya hari ini...!




 ~...HISYAM tetap merasakan kemenangan masih belum mutlak antara mendapatkan hati SERI BULAN berbanding membiar dia terumbang-ambing sendiri seolah tiada siapa peduli...~




Hati libang-libu, menu pun berterabur...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam JumAAt
31-01-2013


Saya sedang mengusahakan suatu tugasan (diarahkan) sebagai ujian skill saya, dalam usaha untuk mendapatkan kerja tetap di sebuah syarikat.

Tetapi dalam usaha saya itu beberapa masalah kecil dan juga sikap beberapa pihak yang sangat tidak menyokong sangatlah mengecewakan saya.

Haruslah saya mengaku saya menangis juga (MyToklaki akan diam jer kalu saya nangis ni...) tetapi saya tahu itu tidak akan membantu.

Saya rasa kecewa, rasa down tetapi saya juga tahu itu pun harus sekejap saja. Saya kena terima bukan semua usaha kita harus mendapat sokongan sentiasa. Ada ketika, or mungkin hampir setiap kali akan tidak mendapat sokongan langsung. Kena terima. Usaha sendiri kena gigih. Lagi dan lagi.

Saya sedang mengusahakan alternatif lain. Ada rezeki tak ke mana. Ada rezeki tak ke mana. Ada rezeki tak ke mana....

Kekecewaan tidak harus ditunjuk secara fizikal kerana ditakuti akan memberikan kesan kepada seluruh rakyat isi rumah pula.

Menulis di blog pun, mungkin akan dianggap meraih simpati. Sori Berlori. Itu jauh dari niat. Saya mahu menyatakan, bukan semua kehendak dan usaha kita akan berjalan dengan baik. Cabaran itu harus dianggap perkara kecil yang kena juga dilalui.

Saya tahu saya masih ada usaha lagi. Bekalan kekuatan hati saya masih banyak, masih melimpah. InsyaAllah...!

Doakan saya.

Lalu menu saya hari ini agak berterabur sebab fikiran ligat. Saya manusia biasa, lalu jika minda sedikit terganggu, itu biasa... kan?

Tayang-tayang menu lunch saya yang tak berapa seimbang ini:

Saya beli ayam + rangka ayam utk Sup Ayam ni. Lupa beli Daun Sup, mujur ada Saderi. Okeh la tuh...


Kangkung Goreng Belacan. Terlajak kuah!


Air Asam. Ikan Cencaru Bakar masih atas pembakar, saya takda hati nak snap.




 ~...merawat hati yang basah tidak akan pernah sama menatap surat lembab hampir basah di bawah tempurung di hujung ampaian dek hujan gerimis semalam, tetapi setidak-tidaknya HISYAM mengerti kebasahan itu sementara sahaja kerana SERI BULAN pasti akan menjemur diri di atas buaian tepi Sungai Menghijau Lumut...~




Kakak penyanyi bercerai tuntut mutaah RM300juta...?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam JumAAt
31-01-2013



Laporan NGO berpangkalan di Switzerland Bruno Manser Fund (BMF) pada 19 September 2012 menganggarkan:
  • Aset keluarga Taib Mahmud sebanyak AS$21 bilion (RM64 bilion)
  • Kekayaan Taib sahaja dianggarkan sebanyak AS$15 bilion (RM46 bilion), sekali gus menjadikannya lelaki terkaya di Malaysia, mengatasi hartawan Robert Kuok dengan AS$12.5 bilion.

Berdasarkan laporan The Malaysian Insider pada Mei 2011, Anak Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir telah menceraikan isterinya Datin Seri Shahnaz Abdul Majid (kakak kepada penyanyi jazz Sheila Majid) dengan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah. Butirannya:
  • Tuntutan mutaah sebanyak RM300 juta
  • Tuntutan harta sepencarian bernilai RM100 juta
Memang dahsyat.

Ahad lepas saya sempat sembang dengan seorang rakan blogger yang menyebut, ada satu taman perumahan/bandar baru di Sarawak di mana, seluruh rumah di situ adalah milik keluarga menteri tersebut. Benarkah?

Baca lanjut di sini > Orang Terkaya di Malaysia : Taib Mahmud VS Robert Kuok? Kekayaan Taib Mahmud Bernilai RM46 Bilion?


******

Tayang-tayang:

Bekal CHAK dan IKA semalam.

Rajin saya buat Pisang Goreng pepagi. Sekarang ni memang saya rajin yang bukan-bukan. Kena la rajin, saya bukan kaya ada harga berbilion dan bukan juga pewaris ladang balak or tanah yang ada minyak.




 ~...kali pertama dipelawa ajak-dalam-paksa menjadi pengiring paling ketat ke Kampung Separuh Desa, SERI BULAN menyenaraikan begitu banyak kemewahan yang bakal ditinggalkan namun melihat betapa yakinnya HISYAM bahawa kebahagian dan ketenangan hati bukan datang dari dulang emas dan sudu perak semata...~




Wednesday, January 30, 2013

Revenge setiap Rabu: balas dendam tidak pernah memberikan kebaikan pun...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
30-01-2013


Siapa yang pernah tonton siri Revenge (Season 1) sebelum ini pasti tahu akan siri drama ini.

Revenge Season 1 sudah selesai ditayangkan di Astro StarWorld. Berapa siri ntah, lupa. 13 episod kot. Drama bersiri ini memang best dan saya suka tonton walaupun kemudian diulang semula pada siang Ahad.

Kini Revenge Season 1 ini dimainkan pula di saluran TV8 setiap Rabu jam 10 malam. Pun saya tonton lagi. Baru episod 5 rasanya.



Kisah balas dendam seorang gadis terhadap sebuah keluarga kaya raya (jutawan) yang pernah menjadi majikan ayahnya.

Lazim kita melihat, golongan kaya-raya di Barat tidak pernah terlepas dari skandal, hubungan terlarang, curang, pengkhianatan, balas dendam dan kisah cinta yang ada ketika menyayat hati juga.

Emily Thorne (Emily VanCamp) datang Hamptons dengan menyewa sebuah rumah di sebelah rumah keluarga jutawan Grayson (targetnya). Tiada siapa menyedari Emily ialah Amanda Clarke, anak kepada Clarke yang dianiaya hingga lalu dibunuh dalam suatu konspirasi oleh Grayson suami isteri. Sebelum itu Victoria Grayson pernah menjalin hubungan cinta dengan Clarke tetapi kemudian mengkhianatinya lalu tidak menghalang konspirasi pembunuhan kekasih gelapnya itu.

Amanda yang masih kecil dihantar ke pusat jagaan tetapi membesar dengan memberontak sehingga dipenjarakan. Keluar dari penjara menukar identiti sebagai Emily lalu memulakan sesi membalas dendam dengan menghuruharakan keluarga Grayson.

Dia sangat nekad walaupun terpaksa membunuh, mengecewakan banyak hati, mengeraskan hatinya melihat kekasih zaman kecilnya bercinta dengan musuhnya sendiri...



Selain saya suka Emily VanCamp (Emily Thorne/Amanda Clarke) kerana dia comel dan cantik, saya juga suka Gabriel Mann as Nolan Ross (dalam pic, kemeja berkolar putih), menjadi kawan baik kepada Amanda, juga seorang jutawan yang bijak, penyimpan rahsia Amanda yang sangat amanah dan penyokong serta pelindung Amanda.



******


Tayang-tayang:


Bekal IKA pagi semalam. Then sosej tu ditinggalkan, sebab dia tak suka sosej cheese, dia nak yang black pepper. Mak dia tak beli hat tu.





 ~...sekali pandang terus jatuh chenta itu disebut gila oleh setengah orang tetapi HISYAM melihat dengan mata hatinya bahawa tanpa pandangan itu dia pun tak reti mengeja chenta...~




Rajin mengemas, apa yang sesuai upahnya?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
30-01-2013

Cuti panjang ni memberikan saya masa yang lebih juga untuk mengemaskini apa yang patut.

Antaranya, kemas kain baju. Pilih-pilih mana yang sudah lunyai, tak sesuai, tak muat sebab semua rakyat dalam rumah semakin membesarrrr...

Di kawasan taman rumah saya memang ada tong Kitar Semula ini. Dikhaskan hanya untuk pakaian sahaja, barang lain seperti toys ker, perabut ker memang tak boleh. Lagipun ruang isi tu kecil tak muat kalu nak sumbat perabut pun.


Letak bungkusan di atas penutup, then tolak-tutup. Bungkusan akan jatuh ke dalam tong.

Sampai ‘hilang’ tulisan Kitar Semula Untuk Amal tu, dek stiker mengarut tu semua. Setiap minggu/bulan ada van (kaler oren juga) akan kutip barangan pakaian dari tong tersebut untuk dipilih dan diagihkan ke tempat-tempat terpilih.

Tayang-tayang:

Bekal CHAK semalam — Roti Telur & Sosej Cheese. Tak kenyang lagi, tak tau laahh!





 ~...merenung jauh mengenang saat sebelum menjadi warga Kampung Separuh Desa, SERI BULAN tidak dapat mengelak dari membandingkan Mak Utih itu dengan ibundanya sendiri lalu HISYAM sering pula menyamakan Pak Utih itu seperti abahnya yang cuma sempat dikenali beberapa tahun sahaja...~




WW: Sepat Ronggeng bukan untuk menari ronggeng...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
30-01-2013




*buah tangan dari MyKakYang dari kampung.




 ~...sungguh indah malam berinai walaupun hujan lebat menimpa bumi dan sungai melimpah mencecah baruh tetapi SERI BULAN digugat kegembiraannya bila HISYAM hilang dalam pekat malam dan tebal hutan...~




Tuesday, January 29, 2013

Annoying Khairul Fahmi – Andrew Garcia, apa kaitan?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
29-01-2013


Dengar dua orang anak dara saya bersembang:

“Kak Long, Khairul Fahmi tu macam Andrew Garcia, kan?”

Dak AMOI: “Tapi Khairul Fahmi tu annoying ok?”



IKA: “Andrew Garcia pun annoyingggg...!”

Hahahahaha! depa bantai gelak.

Saya masih tidak dapat mengaitkan kaitan antara dua orang selebriti ini.

*Mampuih peminat Apek marah saya!





 ~...Mak Utih pulang bergegas gopoh sehingga tak sempurna mencuci kaki di tangga sambil melempar batok di tepi tempayan kerana tidak sabar memecah khabar berita anak dara Pak Imam bakal ditunangkan dengan anak ustaz kampung seberang...~




Santai Petang bersama Azrina al-Hadi...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
29-01-2013


Ahad lalu, saya dan beberapa orang teman blogger mendapat undangan khas untuk berkenalan sambil bersantai minum petang bersama Azrina Al-Hadi. Undangan datang dari teman blogger Dato’ LF, ayahanda Azrina. Kami singgah di Musollah Ehsan, Bangi, selepas majlis kenduri Awatif di Shah Alam.

Azrina sekeluarga yang selama ini bermastautin di Wisconsin, USA (menyambung pelajaran), pulang ke Malaysia bercuti selama 3 minggu. Lalu untuk menyambung ukhwah dan merapat silaturahim yang telah terjalin sebelum ini antara kami ramai teman blogger dengan ibubapanya, suatu majlis ringkas diadakan untuknya.



Berbaju kurung hijau itu ialah Azrina. Saya terlupa hendak bergambar dengan beliau. Leka berbual. Lagipun kami pulang lebih cepat dari kebiasaan. (maklum, gua datang sama wa punya Toklaki maaa...!)


Kami dihidangkan dengan Mee Kari hasil karya Azrina sendiri. Juga ada Lontong, Roti Bom, Puding, Aiskrim, Sambal Tumis Ikan Bilis, Kari Daging (kambing kot... lupa nak tanya).


Saya mampu makan semangkuk ini saja. Sebab kami baru balik dari kenduri, so perut kenyang lagi.




Antara teman blogger yang sempat saya temui. Saya pulang agak awal, jadi masih ramai teman blogger yang hadir kemudian tidak sempat saya temui.

Apapun, terimakasih kepada Dato’ Abdullah sekeluarga, Azrina sekeluarga dan juga teman blogger yang hadir memeriahkan majlis ringkas yang ceria itu.




 ~...setiap kali ada pertemuan pertama dengan mana-mana warga Kampung Separuh Desa, HISYAM jadi bangga menyebut SERI BULAN itu rakan pengiring dan pembantu khas sedang Mak Utih bertukar pandang dengan Pak Utih kerana ingin sekali mendengar sedikit pembetulan bahawa anak mereka nan berdua itu sebenarnya sangat istimewa antara sesama mereka...~




Konsert Budi Istana Budaya ditangguh...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
29-01-2013


Berita terkini:



Saya sudah ada pas bertarikh 29hb Januari, yakni hari ini.

Alahai....




 ~...bila HISYAM menolak pelawaan anak dara Pak Imam untuk turut serta ke majlis marhaban SERI BULAN sudah sedia maklum akan ada gadis yang akan merenyuk tudung membanting badan ke tilam sambil menyembam muka ke bantal...~




Monday, January 28, 2013

Cempuling Klasik: saya baru tahu...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
28-01-2013


Saya sengaja membuat entri khas tentang kumpulan sedondon merah ini. Kumpulan ini menjadi kumpulan muzik tradisional yang dijemput khas di majlis walimatulurus Awatif, seperti dalam entri sebelum ini.


Pengacara majlis menyebut nama kumpulan ini Kumpulan Cempuling Klasik.

Saya Google tentang cempuling klasik ini dan membaca banyak maklumat tentang kumpulan muzik tradisional ini berasal dari orang keturunan Jawa. Malah ini menjadi salah satu warisan kesenian Jawa yang masih (dan semakin) popular di majlis-majlis terutama perkahwinan.

Oh saya baru tahu...

Dari mula kami sampai di dewan Restoren Zam Zam ini, lagu dari mereka tidak putus langsung malah sangat segar di telinga. Saya suka sebab saya gemar muzik lama, lagu lama yang malar segar dan mengasyikkan. Apatah lagi didendangkan secara live begitu. Berkali-kali saya sengaja lalu lalang dekat situ untuk melihat lebih jelas (dan snap pic la tentunya).

Pengacara memperkenalkan mereka ini dari Sepang, Selangor (tetapi dari Google, saya baca banyak kumpulan seumpama ini dari Tanjong Karang, Sg Sireh, Sungai Besar...). Malah beberapa orang pemain muzik dalam kumpulan ini hampir semuanya bermula dengan ‘Wak’.

Lagu-lagu kebanyakannya berirama lembut, lagu dari zaman P.Ramlee, zaman Sudirman, lagu yang bersesuaian dengan tema pengantin, lagu Ayam Den Lapeh pun ada... lagu duet dengan Saloma pun ada, lagu Rafeah Buang, Ahmad Jais.... malahan lagi Hindustan “Mann” pun ada...!

Oh saya suka...!


Saya kagum kerana penyanyi wanita itu masih muda, tetapi boleh membawakan lagu retro, lagu klasik dengan baik sekali. Cuma part lagu Hindustan tu saya rasa lenggok dia kurang menjadi. Maklum hafal lirik agaknya... atau mungkin juga baca lirik di depan tu.

Yang pasti tetamu sangat terhibur dan majlis menjadi meriah sekali.

Dan sedikit kesal pula, saya lupa meminta namecard kumpulan ini ketika pengacara majlis ada menyebut beberapa maklumat dan mempromosi kumpulan Cempuling Klasik ini.





 ~...wayang pacak dilihat sebagai acara tradisi yang menjadi rebutan dan sebutan ramai warga Kampung Separuh Desa, tetapi HISYAM menyebut acara itu sebagai acara klasik yang mengusik jiwa kerana setiap kali duduk berlunjur di atas bendang yang keras merekah dia turut merasa betapa kerasnya hati SERI BULAN tidak mahu ikut berduaan ke Tenggara...~




Saya tak plan pun pakai sama tema warna majlis kenduri tu...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
28-01-2013


Majlis walimatulurus Nur Awatif anak perempuan MyAbang Long & MyKakLong Ros, berlangsung di Restoren Zam Zam, Oasis 9 (Seksyen 9) Shah Alam semalam, Ahad 27-01-2013.

Ini merupakan anak perempuan ke-4 MyAbang Long, tetapi anak kedua MyKakLong Ros — boleh faham? Pengantin peremuan adalah anak KakLong Ros dengan suami terdahulu (sebelum berkahwin dengan MyAbang Long).



Tema majlis adalah Arabian dan berwarna PURPLE! Restoren Zam Zam adalah restoren makan Arab, dan menu majlis semalam adalah juga makanan Arab.

Di sebelah pelamin ada sekumpulan pemuzik tradisional yang bermain muzik dan lagu-lagu klasik yang merdu.


Salad tu sedap, Filet-o-fish, Ayam Tandoori, Nenas (seperti acar). Nasi Mandi, Ayam Mandi saya tak ambil, sebab muak. Juga ada Kari Kambing, Dalca dan 2,3 jenis menu lagi yang saya tak tahu nama dan saya tidak ambil.

Pemanis mulut, Puding Kastad yang ditabur kismis. Enak juga, tapi tak boleh makan banyak, muak.


Cup cakes pun semuanya purple. Velvet kek katanya. Tapi saya makan secubit saja, sebab saya memang tak minat kek.


Saya malas nak pegi sampai depan pelamin, so saya snap pengantin kat sini saja. Nur Awatif, akauntan.


Saya tak kenal nama pelakun drama ini, tapi ramai orang pergi bergambar dengannya. Beliau kenalan MyAbangLong, menjadi tetamu yang menjadi tumpuan.



Seorang lagi ialah pelakun Mubarak Majid yang juga kawan MyAbang Long, padahal MyAbang Long ni bukan lah orang dunia artis pun.

 *Berbaju Melayu ungu adalah MyAbangLong.

Kebetulan malam sebelumnya ada cerekarama ‘Anak Sampah’ di TV3, lalu beliau pun menjadi tumpuan ramai tetamu untuk bergambar. Saya je yang tidak. Hahahaha!



Ini meja kami adik beradik. Padat sendat nak juga berimpun. MyKak Yang yang datang dari kampung. Seorang lagi kakak saya belum sampai. MyBonda pun belum sampai.

Yang menarik di majlis ini ialah, ada 2 orang tuan rumah. MyAbang Long & KakLong Ros, juga bapa kandung Awatif.



 ~...bukan warna yang diminta sama bukan tona yang diharuskan sedondon, tetapi HISYAM sedia tahu SERI BULAN akan menolak warna kelabu asap kerana pernah lalok tersedut asap semasa merentas bendang kering ketika sekam terasa hangat tetapi api tak nampak di mata...~




Macamana nak off Word Verification...?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
27-01-2013


Ada beberapa blog yang menggunakan setting Word Verification (WV) di ruang komen mereka, samada sedar sengaja atau tidak sedar.

2,3 blog yang saya berani tegur sudah mengambil tindakan mengubah setting mereka. Tetapi ada juga yang masih keliru dan tidak pasti untuk mengubah di setting mana.

Saya tunjukkan bahagian mana:

SETTINGS > POST AND COMMENTS > cari bahagian WV dan set as NO.


Harap pic di atas lebih jelas dan mudah bagi yang masih tidak pasti.

Dan semoga teguran saya tidak diambil serius. Jika selesa dan ada alasan sendiri untuk mengekalkan setting tersebut di blog masing-masing terpulang.

Yang pasti, saya memang pernah tinggalkan komen saya tanpa publish sebab 2,3 kali cuba WV yg susah itu, lalu saya pangkah terus entri tersebut.

Satu lagi, tolong jawab samada ruang komen saya ADA TAK WV tersebut? Maklum la, mana tahu saya tersilap setting ker..?

Terimakasih.



 ~...ada sesi berlawan bola sedang dirancang dan HISYAM disebut sebagai ketua yang lebih semarak dari semangat sedangkan SERI BULAN sedia tahu HISYAM lebih handal ragbi dari sepak buku lali...~




Sunday, January 27, 2013

Sabtu yang penat (lagi): ukur Jalan TAR...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
27-01-2013


Selepas balik dari kenduri tahlil di rumah MyAbang Ipar, saya keluar lagi sebelah petang. Menemankan Dak AMOI nak cari sepasang baju kurung. Hajat dia nak survey Jalan TAR.

Sebenarnya saya kurang gemar Jalan TAR. Entah bila kali akhir saya pegi sana, tak ingat. 5 tahun dulu? 6 tahun?



Kerana pergi seawal 4 petang, belum sesak padat, tapi boleh tahan jugak ramai orang. Kebetulan dikatakan Sogo ada sales. Oh tak sanggup nak jalan sampai sana.



Beratur beli Vanilla Shake. Van gerai FAMA. Servis bagus, laju cepat. Tapi rasa sedikit kurenggg...!


Singgah di kedai seorang kawan lama, tapi kedua pasangan suami isteri tokey BAWAL ni tiada di kedai pula. Hanya pembantu saja. Dulu cuma lot kecil dalam Aked, kini sudah berjaya ada satu lot luas di tingkat atas.



Belinya tak seberapa, perginya cuma sejam dua tapi kaki penat macam jalan berbatu-batu. Orang tua macam saya, memang camtu. Bebudak berdua ni jer yang steady!




 ~...saat bermulanya wayang pacak di tengah sawah, HISYAM sudah memasang angan untuk membentang tikar mengkuang untuk melunjur kaki bertongkat tangan sambil berborak santai bersama SERI BULAN sedang Mak Utih menjadi peneman mengoyak kulit kacang...~




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails