Wednesday, November 30, 2011

Bedah Tong Gas: di FB namanya Bedah Cun...

Assalamualaikum
30-11-2011
Rabu



Satu family, terguling guling gelak layan drama kelakar Bedah Tong Gas, di TV9.


Lakunan Jalil Hamid, Noorkhiriah, Bell Ngasri... dll.

Cerita kegigihan seorang gadis bernama Bedah yang ada ijazah Psikology, tapi berniaga tong gas di kampung kerana nak jaga maknya di kampung.



Watak sebagai Bedah Tong Gas, sangat natural. Bawak motor terkangkang macam jantan! Tapi bisnes diurus canggih guna FB!

Bercinta dengan seorang duda yang ada anak teruna sebayanya, Pak Kulup. Cinta tak kenal rupa dan usia.


Ikhlas, jujur dan menerima seadanya, bersatulah gadis lurus tapi cerdik ini dengan duda yang disebut Bedah sebagai “bermata highway”... hehehehehe juling air!



Nak bersalin dah, antar bini pi spital pun guna motor gas!

Arahan Nazir Jamaluddin.


~...begitu klise sekali di telinga SERI BULAN tentang ungkapan cinta tak kenal rupa, tak kira usia dan juga tak kisah darjat, tetapi kenapa HISYAM yang berketurunan baik-baik, lahir dalam dulang emas 999, dan berwajah tenang lagi cool jugak yang sering mendapat rating teratas di kalangan anak-anak dara Kampung Separuh Desa...~








Lelaki Pengkritik Terbaik...?

Assalamualaikum
Rabu
30-11-2011



Dalam mana pertandingan pun, pasti ada juri atau hakim. Juri yang dianggap dan diterima sebagai lebih arif dan pandai lagi pakar, tentulah pilihan pemenang itu tidak perlu dipertikaikan lagi.

Pengkritik tidak semestinya menjadi juri. Pengkritik memberikan pendapat, kritikan dan pandangan dari beberapa sudut berdasarkan beberapa pengalaman, fakta dan garis panduan yang mereka miliki atau terima.

Berapa ramai kita boleh menerima kritikan dengan mudah dan hati terbuka? Kecuali peserta mana-mana competition, yang harus bersedia mental (minda) untuk menerima kritikan. Itu pun ada gak yang emo bila kena kritik.

Dalam hidup kita, siapa pengkritik kita paling rapat? Paling tepat? Paling kita senangi?

Tidak semestinya our Other Half, kan? > kalu bab melaram baju, biasanya anak-anak dara ler yang jadi pengkritik.

Ada orang sangat suka kritik. Sangat suka kritik. Tidak kira bidang apa yang kita buat. Selagi mana dia nampak, sebanyak mana yang dia tahu, dia akan kritik. Selagi kita tak kisah akan kritikan dia, atau kita tak terbaca/terdengar, dia akan terus kritik tanpa rasa bersalah.

Sebenarnya, kita harus berani menerima kritikan. Dan harus tahu membezakan kritikan membina atau kritikan yang langsung tidak membantu.

Percayalah, berbanding perempuan, pengkritik yang baik adalah LELAKI. Perempuan masih boleh tetapi rata-rata mengikut emosi pastu menjurus jadi mengata! > my pendapat peribadi berdasarkan pengalaman.

Aku ada beberapa orang kawan lelaki yang baik, tak begitu mesra pun, namun menjadi pengkritik setia dalam banyak keadaan aku. Sesekali bila terlepas beberapa info atau perkongsian dalam dunia siber atau komuniti maya, depa ni cepat saja nak kritik.

Peringkat awal dulu memang sakit jiwa, geram mengeram dibuatnya. Menangis pun ada. Berbalah ajak gadoh pun pernah. Tetapi lama-lama, kritikan itulah sebenarnya yang membantu aku menjadi lebih baik (dalam erti kata: perkataan, dalam tulisan, emosi, pendedahan maklumat). Kritikan depa ni juga membuatkan aku semakin berani menerima segala bentuk dugaan atau kutukan lain pula.

Kerana sekarang aku lebih banyak tertumpu kepada blog berbanding forum-forum lain, setiap entri blog “...yang ingin kukongsi...” sentiasa menjadi perhatian teman pengkritik.

Sebenarnya respons yang “terlalu” bersopan santun sering membuatkan aku terbuai sayu dan sentimental tidak menentu, tetapi respons agresif dan kritikan sedikit kasar membuatkan aku KENTAL dan cekal.

Sehingga hari ini aku masih melihat pengkritik lelaki banyak membantu kehidupan seharian aku, dan pengkritik lelaki juga boleh menerima semula kritikan kasar dari aku pula.

Kalu berani mengkritik, tentulah kena berani menerima kritikan juga, kan?


Aku tak pasti ini nak panggil kritikan, atau komen sakat-manja? hahahahaha....!

Terimakasih para pengkritik!




~...bila SERI BULAN berbaju kurung Johor dikritik sebagai makcik bidan terjun oleh HISYAM, terus sahaja dia ingin berpatah balik menukar baju tetapi akhirnya sedar makcik bidan “tertomoih” inilah yang sering dirindu HISYAM macam pungguk rabun mata sebelah...!~








Tuesday, November 29, 2011

“Bila masa aku kahwin dengan bapak dia?”

Assalamualaikum
Thalatha
29-11-2011


Balik kerja singgah kedai runcit.

Seorang pembeli lelaki berbadan gempal, sedang me“nerai” minyak wangi spray, sambil pot pet pot pet.

Tokey kedai dok pandang tak lepas mata. Cuak semacam.

Lelaki gempal spray satu badan. Uik! Kerana dia berkaca mata gelap tak pasti dia pandang siapa, aku ker tokey kedai?

Lelaki gempal: “Esok cuti ker?”

Peniaga: “Ya ya! cuti. Cuti lama!”

Lelaki gempal: “Nanti botak kepala.” > aku cuba memikirkan lojik kepala botak dengan cuti tutup kedai.

Lelaki gempal berpaling ke arah aku (perasan aku la), lalu berkata: “Kan Mak, kan?”

Uik?

Bila masa aku kahwin dengan bapa dia? > terus blah, setelah yakin lelaki gempal itu rupanya sedikit “kureng”.

Mujur dia tak ikut “mak” dia balik rumah!


Tayang:

Rakan sekerja bercuti ke Kedah dan Perlis, buah tangan dari Padang Besar.


~...sejak sedar Wahab memang sedikit tidak lurus walaupun tegak macam bendul, SERI BULAN sering cuak bila melintas depan kedai kopi Seman, sehingga HISYAM naik rimas menjadi meneman semata-mata Wahab yang suka merenung macam orang cemaskan tedung...~






Pertemuan Blogger 18 Dis: Tempahan Tart Nenas anda...

Assalamualaikum
Thalatha
29-11-2011


Sebelum ini memang ramai blogger yang melanggan Tart Nenas dari AA. Malah yang ulang kali tempah lagi pun ada. Thanks!

Sempena Pertemuan Blogger yang bakal diadakan pada 18 Disember akan datang, ada lagi blogger yang tempah Tart Nenas. Blogger yang tinggal luar KL, sebelum ini memang sudah tempah dan kami berurusan di lokasi jauh, so kesempatan pertemuan nanti tempahan baru dibuat lagi. Terimakasih!

Maklumat dan perkembangan pertemuan tersebut, di blog KAKCIK SEROJA. Peta dan maklumat lokasi di blog Dato’ LF.



Di lokasi pertemuan nanti, insyaAllah AA akan bawa tempahan Tart Nenas yang anda sekalian tempah. Stok akan diambil beberapa hari sebelum berlangsung program. (Nak dapat yang fresh!)


Harga istimewa! Tak sampai RM20 per pek!

Sesiapa lagi yang nak order? Sila nyatakan dengan tepat berapa pek yang berhajat supaya AA dapat buat tempahan dengan tepat.

Sila isi tempahan anda di ruangan komen, atau email atau sms atau inbox di FB.

Terimakasih.



~...sepanjang minggu yang sibuk, HISYAM langsung tidak berkesempatan menegur sapa beramah mesra dengan SERI BULAN, walau berkongsi serambi dan meja makan, lalu bila Pak Utih menyapa membawa musykil ada bulan di dapur mula memalap, baru dia sedar sahabatnya itu sedang mengacah hendak merajuk lalu dia begitu berhasrat hendak mengajuk...~







Ingat ni blog porno ker...?

Assalamualaikum
Senin
28-11-2011


Kesimpulannya,


Yang design kad raya tu kenapa ramai lak yang view?

....rata-rata, jika entri melibatkan selebriti memang ramai pengunjung walaupun komen tak banyak.

...atau perkataan BOGEL itu yang lebih menarik perhatian? Ingat ni blog porno ker?




~...HISYAM tidak pernah merasa diri hebat melainkan selalu menerima pujian dari hampir seluruh dara yang ada di Kampung Separuh Desa, SERI BULAN tidak pernah dikeji tetapi pujian tidak ditagih kerana tertapis oleh bayang-bayang lelaki pujaan sekampung itu...~







Monday, November 28, 2011

Melubi Macam Pompuan, Pasang Goslen Macam Jantan!

Assalamualaikum
Senin
28-11-2011
masih cuti



Terkenang semasa dahulu. > tiru ayat blogger KOMENSEN, Bang Hamzah al-LAVENDARI.

Masa kecik dulu, lahir celik mata jer, mana ada lektrik. Pakai pelita minyak tanah. “Melubi” baju sekolah pun guna hat tembaga, isi arang. Berkipas daun nipah yang ringan tapi sangat best. Skang nih kipas camtuh orang buat kipas sate atau kipas Chicken Wing jer!

Kalu tiup arang kuat sangat, abu terkeluar kena baju skulah! *Google

Air paip ada. Tak ingat masa bila ada. Tapi bila tahu mandi sendirik tuh, air paip ada ler. Kami panggey “ayaq kolah”. Memang dalam kolah pun. Tapi bukan boleh guna selalu pun. Siang-siang mandi telaga juga. Sebut jer ayaq telaga, tapi sebenaqnya parit. Kami kampung berbendang, memang banyak la parit. Apa ada hal mandi parit. Pandai gak ler berenang. Jom lawan berenang! Pelampung kain batik. Hahahaha

Ehh tadi nak citer pasal lampu. Kami guna lampu gasolin (sebut goslen). Tuang minyak tanah, kami sebut minyak gas. Pam-pam pastu gantung. Kalu nak tahu, masa aku sekolah dulu aku yang paling handal pasang lampu goslen. Kakak-kakak aku? Huhhh... samada tak tau atau waktu tu memang tak leh harap. Hahahahahaha soriiii...

Memang tiap senja akulah yang diharap untuk mengepam minyak gas, pasang sumbu pastu gantung goslen (selain arwah Ayah). Tu memang tugas tetap aku. Memang “jantan sungguh!”


Lebih kurang ginilah lampo goslen kami. *Google

Kadang-kadang selepas sejam dua, lampu goslen tu akan memalap... sumbu kurang minyak lalu cepat-cepat pam-pam minyak, then lampu tu terang balik. Sumbu lampu goslen tu dibuat dari benang (net) yang membulat. Bila dah guna banyak kali, ia akan hancur dan diganti sumbu baru. Tak ingat dah cemana nak pasang sumbu tuh! Yang ingat, jenamanya tentulah Butterfly!


Kalu cenggini lampu goslennya, tak sampai hati nak guna. Memang gantung jadi perhiasan jer lah. Kalu nak kasi nyala pun, guna bateri! *Google

Bila time nak tido, lampu goslen dipadam dan diganti dengan pelita minyak tanah. Samar-samar romantik gituh. Tapi masa tu, mana tahu semua tuh. Tahu nya, bila sebiji pelita kat tengah rumah, situlah kami berimpun main api dan jentik abu. Syiokkkk wooo!



Ini memang aku snap minggu lepas. Kat mana?
18 Dis nanti korang dongak la cari. (^_^)


~...Teratak Nyatuh memang sentiasa terang-benderang kerana jenerator setia mengaum bermula senjakala, tetapi bila HISYAM termangu seorang di bawah rumah menanti SERI BULAN kerana ada rahsia hendak dikongsi, memang gelap itu membatalkan hasrat bimbang rahsia menjadi berganda sulitnya...~









Sunday, November 27, 2011

OGY saman JOHAN: “Saya tidak akan lepaskan budak ini.”

Assalamualaikum
27-11-2011
Ahad


Bila hati seorang yang berusia dari kita, terluka dan tersentap...!

OGY nak saman Johan Raja Lawak.

OGY ada sebab untuk buat begitu, seperti katanya:

Tapi saya datang bukan untuk diperlekeh-lekeh begitu.

Saya akan bangkit mewakili mana-mana artis senior yang rasa diri mereka diperlekehkan orang baru.

Jangan main-main dengan Fauziah Ahmad Daud. Saya tidak akan lepaskan budak ini.



Baca cerita lanjut di blog Beautiful NARA.

Betul juga.

Kadang-kadang orang muda ni main lepas cakap saja, bukan nak fikir perasaan orang yang lebih senior. Kalu sepatah dua kata, mungkinlah boleh kata terlepas terlanjur. Tapi kalu dah panjang lebar babit nama makpak yang dah takda, melampau tuh!

Sekali fikir, macam kena gak. Sama-sama laser. Dulu zaman gemilang OGY sebagai pengacara pun, dia boleh tahan gak lasernya. Tapi isu di sini adalah penghinaan. Laser tak semestinya perlu menghina orang, kan?

Kita tunggu perkembangan apa citer kes ni. OGY Ahmad Daud memang tegas orangnya. Dalam certain keadaan, kita memang perlukan orang macam dia untuk bangkit memperjuangkan sesuatu.

Tak rugi pun kalu kita merendah diri hormatkan orang yang lebih tua/senior dari kita.

Tak ilang bisa taring ular tedung!


*tadi borak-borak, aku sempat kata “dulu masa zaman muda dia jadi pengacara, dia takdak ker laser mengata orang lain?”









Maal Hijrah 1433H: “Muka jangan kedut, nanti anak disangka cucu...”

Assalamualaikum
27-11-2011
Ahad



Selamat menyambut Tahun Baru Hijrah 1433. Semoga tahun baru akan lebih membahagiakan dan sejahtera buat kita semua.

Juga, semoga yang diazamkan akan dapat dilaksanakan.

Seorang aku, berharap agar segala kesilapan dan keterlanjuran kata/perbuatan akan dapat dimaafkan, diampunkan dan dilupakan. Kemudian kesilapan itu dapat dikurangkan atau tidak langsung dilakukan pada hari-hari akan datang.

Buat teman-teman yang mungkin pernah terasa hati, tersanggit kerana kata-kata di blog, mohon maaf zahir dan batin.

Kita permudahkan. Jangan bebankan fikiran memikirkan tentang buruk sangka orang keliling.

Hidup kena happy, baru sejahtera.

Muka jangan kedut, nanti anak disangka cucu. (^_^)


Tayang-tayang:

Seorang kawan baru balik bercuti ke Bukit Tinggi.
I dapat beg cantik, sesuai buat beg telekung yang baru.



~...SERI BULAN merajuk sakan bila HISYAM ikut kumpulan berburu pulang tangan kosong tetapi beralasan senapang patah memang patah dipijak gajah...~



Saturday, November 26, 2011

Sambal Belacan Hangus...!

Assalamualaikum
26-11-2011
Sabtuday, hari bekerja yang separuh.



Boring. Dah lah pagi tadi terlewat. Melompat tangga aku mujur tak ‘tertomoih’ macam petang semalam. > Entri: “Benci tau...!”

Tak sempat sarapan.

Jam 2.00 petang harus berada di lain lokasi untuk kerja luar. Letih dah terasa. Lunch tak sempat dah.

Balik pun dah jam 6.00 lebih. Rayau pasar malam cari benda nak masak.

Antara hasilnya:


CIKINTO: Masak Lemak Cili Padi memang kena boh asam keping, dan kalu boleh biar pekat skit camnih. (^_^)


Sambal Belacan yang belacannya sedikit hangus.
(Orang kampung cam aku memang buat sambal belacan, kena bakar dulu. Belacan tak mentah)

Laparrrrr....!

Orang lapar jangan diusik, nanti dia gigit telinga!


~...setiap kali terkenang SERI BULAN melompat kerana cili masuk ke mata sewaktu menunjuk pandai menumbuk sambal dulu, HISYAM tersengih sendirian lalu terfikir kenapa tidak dibiar sahabatnya itu melompat sampai letih lalu dia boleh merakam untuk tatapan muridnya di sekolah...!









Friday, November 25, 2011

Maharaja Lawak Mega: Aku meroyan sensorang...!

Assalamualaikum
JumAAt
25-11-2011


Dia kena tegur oleh Chef Wan tentang sensitivity masyarakat, agama...
and double meaning!








Kumpulan dari Indonesia aku tak berani nak komen.
Nanti tak pasal-pasal ada lak yang mari bom blog aku...!

Rata-rata tak menjadi, kecuali BOBOI masih mengekalkan konsistensi.

BAWEL tu sejak dulu susah nak faham komedi depa, tapi tak pernah berada di bottom 3.

Kumpulan yang terkeluar:
HIRO.

Mereka bagus, tapi kita mencari The Best among The Best, kan?

*Minggu depan tema Muzikal.










Benci tau...!

Assalamualaikum
JumAAt
25-11-2011


Benci tau...

bila,

sedang kalut kat dapur — nak masak ler of course, takkan nak main guli plak.

Tetiba bawang jatuh ke lantai. Tegolek la sebab bawang tu bulat. (macam aku)

Tertonggeng-tonggeng ler (sori ayat tu yang paling tepat), MAKCIK tuh nak ngejar bawang dia. Nak capai jer, tetiba backside terduduk atas baldi.

Masa bila plak ler baldi tu ada kat situ Pakcik oiiii..!

Heeeeee.. menci tau! > bayangkan.!

Dah ler tertonggeng separa, dah kene baldi tu terus tertomoih ke depan!

Jangan snap!


Ni baldi angkut simen, kan? Tak muat!



Kalu baldi ni, terus duduk buat kerusi jer lah! — agak-agak retak tak?










Pertemuan Blogger 18 Dis: Survey dan Pendapat...

Assalamualaikum
Khamis malam JumAAt
24-11-2011


Sempena program Pertemuan Blogger yang dirancang bakal diadakan:


Sticker ni (atau nak panggil poster?) sebesar saiz A4 saja. AA belum print lagi. Saja prebiu dulu kat sini.

Ok tak camtuh? Kalu ok, AA nanti print saiz A3 dan laminate (jika hujan tak basah dan ink tak kembang). Mungkin kita boleh gantung kat pagar rumah Dato’ LF nanti sebagai tanda atau penunjuk lokasi. Setuju tak?

Sila beri pendapat. Terimakasih.

Next:


Borang yang ini, tak perlu fancy sangat, kan?

Memadai kot? Setiap blogger yang datang, akan isi maklumat di situ. Ini penting juga, untuk kita merekod jumlah blogger yang datang dan jumlah tetamu yang hadir.

Bagi yang tidak sudi (atau malu) nak boh email atau no hp, tiada paksaan. Tapi nama blogger dan url blog, please tulis la ya. Sebagai penghargaan.

Maklumat lanjut dan perkembangan lain, sila rajin-rajin jengah blog KAKCIK SEROJA.



~...setiap kali ada majlis gotong-royong di Kampung Separuh Desa, tiada perkara lain yang menjadi penting kepada HISYAM selain makan minum ala zaman silam yang sangat menambat seleranya sedang SERI BULAN berkali-kali menyakat lelaki itu sebenarnya lebih kenyang jamu mata dari sendawa jamu tekak...~









Thursday, November 24, 2011

Sedetik Lebih: Pahit yang Sedetik, Manis Itulah yang Lebih...

Assalamualaikum
Khamis
24-11-2011


Trofi Lagu Terbaik yang dimenangi YUNA di AIM ke-18 dua minggu lalu telah ditarik balik.

Pagi tadi AMOI bagitau aku. Puncanya, konon audit salah kira undi. Ohhhh pilih lagu AIM guna undi undi ya? Aku baru tahuuuuu...!

Aku sebut, “Jangan-jangan Anuar Zain yang dapat.”

Ehh betullah...!

Dengar kat berita radio tadi, lagu Penakut YUNA ditarik balik dan pemenangnya ialah lagu Sedetik Lebih ciptaan Edry Abdul Halim. Lagu ini juga telah memenang Lagu Pop Terbaik dalam majlis anugerah yang sama. Anuar Zain juga menang Vokal Terbaik (Male) dalam album.

Agaknya inilah hikmahnya.

Selepas kisah (kononnya) Anuar Zain tidak dipedulikan dalam majlis sidang media selepas majlis anugerah itu. Penganjur terlepas pandang. Kawan tu tunggu tang pintu sapa pun tak ajak masuk, tak pelawa, tak tunjuk tempat duduk dia... Lalu dia pun balik.

Mungkin dia faham adat kesilapan.

Tapi itu mungkin juga hikmah secalit kepahitan yang terjadi tanpa diduga, kan?

Industri muzik kita (dan filem) tanpa kontroversi, tak meriah la. kan?




Setiap kali dia muncul di tv, anak-anak dara aku selalu tanya “Haiii... bila lah Anuar Zain ni nak kahwin?”

Dan kekadang aku rasa bosan, sebab selalu sangat soklan tu, aku jawab, “Dia tunggu korang lah tuh!”

hahahahahah...!


~...lagu Kisah Cinta yang beralun merdu dan lemak di telinga SERI BULAN, seakan didengar berbisik di keliling buaian ketika tiada kata dapat dirapukan sepanjang petang bersama HISYAM...~










Belasungkawa LIANA AFIERA MALIK: Maaf, aku tak peka sebelum ini...

Assalamualaikum
Khamis
24-11-2011


Bermula dari sini My Love Sudah Sampai...:




Komen tu buat aku bertanya (macam soklan bodoh jer aku sebab terkejut), dan kemudian aku dapat jawapan di inbox FB.

Beberapa link juga disertakan, dan barulah aku sedar novelis LIANA AFIERA MALIK memang telah meninggal dunia pada pada 31 Julai 2011 lalu ketika berumur 38 tahun kerana masalah kesihatan.

Patut pun menyepi beberapa ketika. Malah ketika di Pesta Buku dulu pun selalu peminat bertanya novel terbaru dan tiada siapa yang tahu (mungkin ada tapi tiada jawapan tepat).

Aku pernah menulis tentang karya beliau di entri ini: PESTA BUKU 2011: Bukan Puteri Lindungan Bulan kembali...!

Copy paste text inbox seorang teman:

“Lebih sedih lagi, sebulan lepas pemergian Liana, suami nya pula meninggal kerana kemalangan... tinggalkan 3 anak yatim piatu umur 1 - 4 tahon....

tragis...”

Maaf kerana aku tidak pernah membaca berita ini.

Terimakasih kepada pihak-pihak yang memaklumkan.

Alfatihah...


~...andai sudah takdir menentukan berpisah itu dengan cara kematian, SERI BULAN mahu HISYAM berusaha mencari kebahagiaan itu dengan restu semua orang di sekeliling mereka selama ini, bukan mencekup mana yang sempat bimbang nanti mendapat kasih sayang secara merempat...~







Wednesday, November 23, 2011

Ringan-Ringan?

Assalamualaikum
Rabu
23-11-2011



Selingan entri ringan (bukan ringan-ringan).

Jangan beratkan kepala — walaupun batu jemala aku kadang-kadang ada batu besar jugak duduk!

Aku saja nak tayang ini:

Kat sebelah kanan tu pun aku dah “layoq”. (kasut PURPLE sebagai background)


****************************


Selit sikit kisah rakyat dalam rumah. Cuti skulah kan?


ALIA dapat hadiah dari kengkawan dia.



Esok ada gathering dengan kawan-kawan skulah dan kawan-kawan FB dia. Sempena besday.

IKA balik KL malam ini. Esok takda kelas, Senin cuti.
Banyak hari juga dapat cuti wpun baru minggu pertama skulah buka.

Malam ini, menu Tomyam (lagi).
Tak yah la tunjuk. Mangkuk pun mangkuk melamine saja.




~...kerana sekarang musim hujan, bumi menghijau damai sejuk mata, HISYAM berkali-kali memesan sehingga memberi amaran kepada SERI BULAN jangan melaram kasut bertumit, jangan mengada berskirt kembang semangkuk, usah berangan bergaun labuh macam bride kerana bila tumit terbenam, dia sahaja yang paling berani mencempung pulang...~







LinkWithin

Related Posts with Thumbnails