Lebihkurang 6 bulan dulu, dia pernah bercerita tentang keseronokan nya yang sedang berada dalam alam percintaan (semula). Dengan awek lama masa sama-sama belajar dulu. Dengan alasan tiada jodoh, mereka memang tidak berkahwin. Masing-masing bertemu dengan orang lain. Dan dengan alasan takdir jugalah, jalinan hubungan yang terputus disambung malah dimekarkan lagi dengan kesungguhan masing-masing.
Dia bercerita dari sudut dia seorang lelaki. (Aku kan memang ramai kawan-kawan lelaki?) Of course ler tak sama pendapat aku dari sudut wanita. Tapi dia ternyata amat senang dengan perbalahan kami, dan hujah-hujah aku diandaikan sebagai hujah yang bakal diterima dari sang isteri andai dia berterus terang. Dan memudahkan dia untuk menyediakan jawapan...
Lalu, mengambil jalan mudah, aku kata, "Kau tentu mahu jawapan yang kau inginkan saja, kan? Jadi samada aku beri pendapat benar atau pendapat jaga hati, tiada beza pun kan?"
Dan memang benar, tiada bezanya. Dia benar-benar mengotakan segala impian mereka yang tidak terlaksana bertahun dulu..
Aku yang mengenali isterinya, sama aku mengenalinya.. dan anak-anak mereka, cuma terkedu dengan mesej itu. Sekadar mesej, tiada lagi kata bual. Sudah tentu pendapat aku tidak lagi diperlukan...
Di mana janji seorang lelaki kepada isteri untuk setia? > Namun aku akui dalam ruang insan samada lelaki atau wanita, tetap ada ruang kecil (yang boleh meluas) yang boleh diisi oleh sesiapa atau apa jua andai terbiar...
Kenapa tergamak memungkiri janji sendiri?
Lain orang, lain rumah, lain poket...
Kerana aku terlalu banyak pergaulan dan mengenali kaum lelaki (kerana ramainya kawan lelaki dari wanita), aku tidak pernah merasa tergugat atau tercabar dengan POLIGAMI...
Mengambil kira sudut lelaki dan fitrahnya mereka sebegitu, aku sedar akan sebab dan alasan mereka untuk berpoligami ada juga yang benar-benar boleh diterima dan wajar diteruskan...
~...melihat sendiri beberapa kes poligami di dalam kelompok keluarga, hanya yang kebal yang mungkin boleh menempuhnya.. Adakala lelaki itu sendiri tewas dengan keputusannya...~

aku suka pic ni.. > bila Merpati tidak lagi hanya makan di tangan, malah sudah berani makan di kaki...