Akhirnya,
atas nasihat seorang kawan, aku test..!
Kirim sms, minta tentatif program, beri alasan bahawa aku juga menerima suatu tawaran menarik pada tarikh yang sama dan aku perlukan quote harga untuk dibuat pertimbangan.
Sms berbalas, mohon masa hingga petang untuk jawapan.
Masa tu aku dalam perjalanan balik dari Perlis ke KL. Menanti dengan pelbagai agakan. Serta harapan, agar tiada yang terguris hati dan keadaan tidak menjadi keruh.
Malam itu, hanya sms memberitahu penggantiku sudah dapat dicari. Bagus. Seperti kata kawanku, mereka sudah memahami apa yang aku cuba sampaikan dan mungkin juga mereka sudah dapat mengesan sesuatu yang tidak enak selama ini aku rasakan.
Samada jawapan itu tidak sama dengan apa yang sebenarnya berlaku, itu bukan lagi menjadi masalah, kerana bagi aku, di pihak aku, segalanya sudah jelas. Penamat. Tiada tawaran lagi dan aku lega kerana tidak perlu berdolak dalik – hampir pula aku bersetuju pada mulanya.
Semoga majlis mereka sukses dan semoga emcee pengganti aku itu dapat menjayakan program dengan baik malah lebih baik dari yang diharapkan dari aku.
Aku dapat “pakwe” baru..! hehehe.. Pakcik ini sangat mesra dengan aku, begitu baik hati dan sangat senang aku melayannya. Seperti seorang ayah (dan dia benar-benar seperti arwah AYAHku). Insan biasa ini yang menjadi kawanku sepanjang 3 hari aku bercuti di Bt 2, Santan. Perlis tempohari...
Ok dah tu kak, takde ler kita rasa bersalah sgt kan?
ReplyDeletepakwe baru tu hencem ler, hehehe....
allhamdulilah.. azie menyayangi orang tua .. insyaalah... bila azie tua esok... anak-anak muda pula menyayangi azie..aminnn
ReplyDeletemana tau tahun depan offer semula
ReplyDeletemgkn dpt offer yg lebih baik....( hehehe... gatal nk ngomen jgk. x tau cerita dr awal )
ReplyDeleteSeperti Eelobor, Babah pun tak tahu cerita hujung pangkal. Hanya dapat buat kesimpulan Azizah seorang MC. Harap suatu masa nanti dapat turunkan ilmu atau petua menjadi MC yang baik. Saya selalu juga buat "presentation", tetapi apabila disuruh menjadi MC, koyak rabak jadinya...
ReplyDeleteROS > rasa bersalah tu sepatutnya depa yang rasa. Kak Azie rasa simpati dan kesian pada depa, sebab depa lum pandai menghargai tenaga orang. Profesional level depa tu tak nampak lagi..
ReplyDeleteRMY-Abelitokjoro >> Salam kenal. InsyaAllah. Saya memang suka layan orang tua, sebab saya pun tua jugak. hehehe.. Bleh duduk bergebang berjam-jam dengan orang-orang tua.
ZEQZEQ > jika ada tawaran lagi tahun depan, bleh saya letak harga tinggi skit, kan? hehehhe.. demand beb! Demand kerana taknak orang amik kita. hahahaha..
ReplyDeleteEELOBOR > entri ni adalah sambungan dan KESUDAHAN kepada entri ini: “Tawaran manis, tapi kenangannya pahit...”
MYBABAH > Saya bukan seorang MC. Saya hanya sekali sekala menjadi pengacara majlis untuk kawan-kawan rapat dan keluarga sahaja. Majlis simple santai sahaja. BABAH mungkin ada juga pengalaman, leh ler kita kongsi-kongsi pengalaman..
ReplyDeleteComei nyer pak we baru akak. Tentu seronok ke Perlis sambil beramal kan.
ReplyDeleteMy Life My World ACIK >> memang ler seronok. Dapat kawan baru, dapat pakwe baru, dapat kenalan baru, pengalaman baru..
ReplyDeletefusshh tangan yang satu lagi ..ehemmm..mesra pakwer kan..( pengadil sila angkat bendera)
ReplyDeleteBRO ZEQZEQ > awak pun mesti adalah seorang PAKWE kepada seseorang jugak kan? Mesti mesra kan?
ReplyDeletejadi pakwe kena mesra tauuuu....Ahaks!