Sunday, July 7, 2013

Gathering sebelah dia, tapi saya yang ke depan ke hulu dan ke hilir....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
07-07-2013


Hari ini tarikh cantik, ramai yang mengambil tarikh today untuk hari istimewa. Seorang rakan famili saya pun meraikan Hari Ulangtahun Perkahwinan pada tarikh ini. Semoga mereka yang meraikan dan diraikan, akan terus bahagia ceria dan sejahtera. Selamanya.

Semalam, saya terlepas satu majlis walimatulurus seorang lagi rakan blogger yang menyambut menantu. Memang jemputan dibuat khas di inbox saya bulan lepas, malangnya kerana terlalu sibuk dan sudah takda banyak masa untuk FB, lalu tiada semakan pun saya buat dan akhirnya terlepas dek terlupa. Takda rezeki la tu.

Hari ini pula, berlangsung pula gathering famili di sebelah keluarga MyToklaki. Cadangan memang datang dari adik beradik MyToklaki tapi MyToklaki taktau apa-apa pun. Selaku bini merangkap Seksitari dia, saya selalunya menjadi antara orang terawal terlibat.


Seperti biasa, potluck adalah cara paling terbaik dan mudah bagi semua orang. Lunch bersama adik beradik dan ipar-duai dengan niat mengeratkan ukhwah. Apatah lagi, MyMak Mertua baru saja beberapa bulan meninggal, lalu mereka mengambil usaha untuk berkumpul agar adik-beradik tidak renggang setelah orang tua tiada.


Saya memang malas punya olang, so masak Tomyam saja lah yang saya pandai.

Ini merupakan perjumpaan kami terakhir menjelang Ramadhan, dan mungkin pada Hari Raya nanti baru dapat berkumpul semula.

Tayang-tayang:

Set teko teh porselin yang comel ini cenderahati dari MyKak Long yang baru balik dari bercuti ke Osaka, Jepun bulan lalu. Bercuti sambil melawat anak yang memang bekerja dan menetap di sana.




 ~...mengharap padi menjadi lalang, itulah ibarat penantian untuk menunai janji dan setelah berbulan berutus surat di bawah tempurung antara HISYAM dan SERI BULAN sudah tiba masa membuat pengakuan di hadapan Ma Utih tentang sebuah kisah silam dan kisah ikrar bahawa HISYAM memang akan membawa SERI BULAN pergi jauh dari Kampung Separuh Desa...~




10 comments:

  1. Sy dah lama tak berkumpul ngn sedara mara, rasanya hari raya baru gathering sama2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami sendiri, mungkin raya nanti tidak semua pun dapat berkumpul. Masing-masing ada janji dengan keluarga sendiri di kampung.

      Delete
    2. Kalau dalam satu keluarga, ada yang berpecah belah, yang seorang ini tak baik dengan lagi seorang, bila berjumpa mesti rasa tak best kan?

      Delete
  2. potluck la yg best...dpt rasa mcm2 mkanan....:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Potluck lebih mudah untuk semua orang berbanding nak kutip duit then nak tentukan menu pastu nak kena beli bahan pula untuk masak.

      Delete
  3. as salam,

    jangan ada perasaan itu my dear. Nanti depa kata, isteri siapa yang rajin tuuuuuuu? oooo itu isteri dak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehh perasaan apa pula ni. Sebenarnya saya tak kisah pun, malah seronok dapat berkumpul ramai-ramai begitu. Cuma saya nak sebut, dalam hal sebegini MToklaki jarang kisah, dia ikut saja.

      Delete
    2. Memang la dia tak kisah kak, dah dia ada orang rumah yang terror dalam segala hal, tu yang buat dek je tu. Ehehe.

      Delete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails