Friday, July 12, 2013

Ramadan 03: berniagalah asal tidak menipu orang, tidak potong jalan orang...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
11-07-2013


Di bulan posa ni, perniagaan menjadi suatu kerja yang utama dilihat dan yang paling suka dilakukan orang. Rezeki bulan posa ni memang dahsyat. Berniaga di bulan Ramadan, selain mendapat keberkatan, keuntungan sangatlah berlipat ganda. Apatah lagi di bulan ini sajalah beberapa benda tertentu saja yang dijual.

Makanan menjadi barang utama. Ohhh lihat saja berapa panjang bazar Ramadan yang ada, dan bersepah merata di seluruh taman perumahan sehingga sesak jalan. Nak celah masuk simpang ke rumah sendiri pun sangkut...!

Di tempat kerja saya pun, ramai sekali peniaga bermusim, termasuklah saya pun. Pelanggan memang ramai, maklum staf ada beratus-ratus orang.  Berniaga tudung paling best. Letak habis, letak habis. Wpun ada beberapa orang tokey tudung, tapi fesyen tak sama dan tak timbul isu bersaing pun. Masing-masing saling menyokong. Sapa berkenan, beli. Tak berkenan tak beli. Mudah jer. No isu sakit hati or terasa hati.

Sorang kakak di department saya, memang pembekal tudung sejak dulu, termasuk telekung Vietnam, baju siap, jenama Anugerah (barangan kesihatan, termasuk air minum bersurah). Di musim nak Raya ni, dia banyak membekal baju kurung yang dah siap. Pembeli memang ada. Setakat nak jual 10,20 pasang tu senang senang jer.

Tokey kuih raya ada sorang dua. Tapi lain orang lain barang. Ada sorang hanya supply Kerepek + Maruku. Ada sorang pembekal Kuih Batang Buruk. Ada sorang pembekal Yong Taufu (beli terus dari kilang).

Apa jenis pun barangan yang dijual saya sokong walaupun bukan semua saya beli. Bergantung sesuai atau tidak. Saya kurang gemar borong kuih raya. Kerepek jer yang banyak. Beli kuih raya sekadar untuk menggembirakkan anak-anak, juga nanti beli untuk MyBonda.

Terkenang semasa dulu:


*Kuih Makmur: pic Google. Thanks tuan empunya.

Saya dah bertahun tak beli Kuih Makmur, sebab saya hanya nak makan Kuih Makmur yang MyBonda buat or kakak-kakak saya buat. Kalu yang beli, saya tak rasa langsung nak makan.

MyBonda buat Kuih Makmur dengan inti yang sangat mewah, tak ringkas macam orang sekarang buat.

Tayang-tayang:


*Pic lama, tapi sendiri punya.

Semalam saya buat Cendol (read: bancuh sendiri, cendol hijau tu beli) atas permintaan Chak dan MyToklaki. 







 ~...hujan lebat menimpa zink meriuhkan suasana menenggelamkan bunyi katak dan itik berkuek, banjiran air turut menenggelamkan tapak tiang Teratak Nyatuh lalu memberikan bimbang di hati dan wajah Mak Utih kerana ikan kering tidak dapat dijemur, benih cili lembap di dapur tetapi HISYAM memasang angan-angan hendak menari ronggeng di laman di dalam hujan bersama SERI BULAN yang masih kekok berkain batik...~




24 comments:

  1. Sama la sy pn bt bisnes brmusim..dn mmg da ada kastemer tetap x pyh promo..mmg msg2 msj booking order..rasa seronok sgt kn dpt hasil dr penat lelah mcm tu..
    Kuih makmur. .mmg sy suka mkn yg mak sy bt shj..sndiri bt mmg x prna..dn x mkn yg org lain bt or jual..sbb yg mak bt sgt la sedap dn rasa nya unik..rasa tradisional klasik sgt dr sy kecik smpi skrg rupa kuih makmur tu n rasa nya sm..dn ada inti kcg...

    ReplyDelete
  2. salam kak azie..
    sy borong kuih raya pun untuk mak n mil..untuk umah sendiri beli 2 jenis je.yang betul2 peberet tak penah mis beli setiap tahun..
    dulu masa kami adik beradik kecik lagi mak memang buat sendiri kuih raya termasuklah kuih makmur ni.tapi skang mak pun main tunjuk2 macam kitorang hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu tanda nya mak dah maju. Ingat anak² je ke yang boleh main tunjuk²? Omak pun boleh haa..

      Ahaks!

      Delete
  3. Salam kakazie...cendol mmg kegemaran saya tuu...cendol buat sendiri mmg sedappp...terasa lemak manisnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah la sedap. Pastu kan suka hati aje kan nak letak semua benda tu bebanyak mana, kan?

      Delete
  4. Samalah kak.. bila menjelangnya puasa mesti berlambak emel dari kawan2 yang berniaga untuk raya yang saya terima.. cuma kali ni kuih raya tak termasuk dalam senarai. Keperluan raya hanya dekat nak raya nanti baru beli.. ;)

    ReplyDelete
  5. orng berniaga hati kena jujur...baru rezeki murah...buat kuih kena le sedap2...baru orng cari lagi...tp btul la..kuih makmur yg beli ni...mcm x feel mknnya....tebal dan inti secoit!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dah tau inti secoit, dan dan tu juga menyeranah orang yang buat tu kan? Sebel nyong! Hehehe.

      Delete
  6. sedapnya kuih makmur tu kak.. nampak gebu je...

    tapi sy x buat n jarang ada kuih tu kat rumah. kalau jumpa y cam kat pic tu time berkunjung, mmg makan la.. hehehehe...

    kuih raya syx beli, sy biar adik2 beli n sy syer bayar saja...

    ReplyDelete
  7. bisnes saya tak ada musim...

    eh! saya suka kuih makmur yang banyak inti.. saya memang tak pnah beli kuih makmur sebab rasa tertipu, kalau terjumpa masa beraya, adalah rezeki.. hihi

    ReplyDelete
  8. Klu akak nak tau, kuih makmur tu fav sy. Lelagi hasil tangan mak. Hehehehe...sodap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan Azie

      makan kuih ni tak boleh bersin....he he
      habis berterabur

      Delete
  9. sy xmkan kuih raya kecuali yang berasaskan coklat...pasai pa tatau ;p

    ReplyDelete
  10. saya pun suka kuih makmur yg mak buat, mak beriya nak turunkan resipi, tapi saya ckp, kalau saya buat mesti tak sedap.hihihi... tahun lepas mak gigih buat banyak2 utk jual pada kwn2 saya...

    ReplyDelete
  11. teman tengok kuih makmur tu teringat kat isteri bos teman dulu yang pandai buat.. siap bagi kat kami ni sebungkus sorang.. sedap n besar2 lak tu.. syukur alhamdulillah.. tpskrg xde dh lea sebab teman x koje situ dh.. bos pun dh kembali ke rahmatullah.. semoga rohnya dicucuri rahmat..aminn

    ReplyDelete
  12. anda dlm bloglist teman, thanx sebab senaraikan teman dalam bloglist azie yea..

    ReplyDelete
  13. Saya dah hubby tak berapa ghairah menyambut raya tahun nie. Maybe kuih beli di supermarket ala kadar saja. Pak mertua masih sakit di hospital, kami pun ikut susah hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila umur dah banyak ni kak, raya tak raya sama je rasanya. Lagi-lagi kakak saya baru accident seminggu lepas. Gerak pun masih terbatas. Jadi persiapan raya pun macam, aduhai malas nya nak raya.

      Err boleh tak kalau tak raya? Tapi saya nak belanja kucing saya makan lauk raya. Ini tahun pertama depa raya sebagai kucing.

      Eh nak raya juga la.

      Delete
  14. rezeki buat mereka kan kak...sure ramai yang menjual pada kengkawan..
    taukeh kuih raya paling sibuk sekarang..ambil tempahan gitu

    sedapnya cendol...

    ReplyDelete
  15. kuih tu buat saye terliur kak.. saye pon peniage bermusim.. tapi kalau kat tempat tu da ade yang jual.. saye rele tak jual..

    ReplyDelete
  16. Time ni kuih makmur, kuih tart, dan batang buruk sentiasa menjadi pilihan.

    ReplyDelete
  17. Bulan puasa bln rezeki... Berniaga lah scara jujur...insha Allah bertmbh rezeki...

    ReplyDelete
  18. Aina biasanya buat sendiri ja kuih raya. Tak laratlah kalau sejenis kena beli 7-8 balang. Banyaka sangat pit stp...ahahaaa...

    Tahun ni mak pesan beli ja kerepek kat pasar borong. Beli kerepek bawang yg 5 kg tu. Demand!

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails