Tuesday, December 21, 2010

Asmara... Novia Kolopaking

ASMARA — Novia Kolopaking

Sendiri...
Ku kemas airmata di pipi
Tak percaya ku yang telah terjadi
Cintamu kini telah terbagi
Haruskah cinta aku akhiri
Hanya sampai di sini
Tak mungkin...
Aku berpaling dan menyudahi
Tercabik hati ingin meronta

Jangan kau rejam ghairah yang ada
Haruskah aku mengemis cinta
Untuk menghilangkan duka

Asmara...
Ke mana lagi akan ku cari
Siapa yang akan mengusir sepi
Di saat ku sendiri

Asmara...
Mungkinkah kau sampaikan padanya
Walau hatiku penuh derita
Aku masih selalu cinta...

**

Aku terjumpa lirik lagu ini (yang ditulis oleh seorang kawan) dalam diari lama, semasa mengemas laci.


Aku tahu mungkin ada yang tidak tahu tentang lagu Asmara ini, mungkin langsung tak pernah dengar di mana-mana. Lagu ini agak lama, pernah popular 7,8 tahun dahulu, mungkin lebih lama lagi.


Nyanyian seorang penyanyi Indonesia, Novia Kolopaking, yang dulu sangat terkenal tetapi kini sudah meninggalkan dunia artis. Sudah bertudung (Hajjah) dan tidak lagi menyanyikan lagu-lagu pop.

Sejarahnya dia, aku memang tak tahu banyak. Sumber cari dari Google, kerana nak mengesahkan apa yang pernah aku dengar dan aku lihat.

Pertama kali tahu tentang penyanyi ini ialah semasa aku hadir menyaksikan persembahan (mini konsert) Kiai Kanjeng di Dewan Bahasa & Pustaka. Hmmm... tahun bila 2006? 2007 kot.. Tarikan utama ke konsert malam itu kerana ada Ramli Sarif yang menyanyikan lagu-lagu puisi. Memang tema malam itu adalah lagu-lagu puisi dan ketuhanan. Lain-lain jemputan juga ada Erma Fatima, Ahmad Tarmimi Serigar... dan beberapa orang lagi, tapi aku lupa. Sebab dah agak lama.

Akhirnya dapat juga aku cari pic semasa konsert Kiai Kanjeng ini di DBP itu. 03-03-2006.

Juga dapat cari gambar ini dari moblog peribadi aku di web KGMMS, malam itu bersama DINDAku.


Masih ada caption kata-kata Cak Nun, “ku bernyanyi tapi jangan panggil aku penyanyi...”

Aku masih ingat, malam itu ramai sekali warga Indonesia turut hadir menyaksikan konsert tersebut (tetapi rasanya mereka adalah dari golongan yang begitu meminati muzik nasyid dan puisi kerana mereka begitu lembut, bersopan santun — tidak seperti yg pernah kita lihat, terkinja rock), dan ketika hampir selesai Kiai Kanjeng menyanyikan beberapa lagu, mereka spontan meminta agar Novia menyanyikan lagu khas buat mereka bertajuk Asmara ini.

Aku (ketika itu hadir berdua bersama “DINDA kembarku”) terpaku melihat keadaan itu. Dan kami sama-sama terbuai dan jatuh cinta bila Novia menyanyikan lagu itu yg turut diikuti ramai oleh peminat setianya.

Lagu itu memang best, tidak hairan ramai yang begitu sukakan lagu itu. Cuma kini tak tahu samada masih ada CD ini dijual.

Sedikit info:
Siapa itu Kiyai Kanjeng?
Mungkin ramai orang tidak begitu mengenali Kiyai Kanjeng. Kumpulan ini begitu popular sekali di Indonesia kerana menyanyikan lagu-lagu berunsurkan ketuhanan.

Kiyai Kanjeng merupakan sebuah kumpulan gamelan terkenal yang diketuai oleh Ustaz Kanjeng dari Indonesia. Kumpulan ini dianggotai oleh Emha Ainun Nadjib alias Cak Nun, Kiai Kanjeng, Ananto Wibowo dan pelakon dan penyanyi Novia Kolopaking, yang juga isteri Cak Nun.

Kejayaan muzik Kiyai Kanjeng sudah sampai ke kota London dan kumpulan ini juga pernah membuat persembahan di hadapan Yusof Islam. Keistimewaan kumpulan ini ialah mereka berdakwah melalui muzik yang melankolik dan mengasyikkan.

Keindahan sajak-sajak tulisannya begitu puitis dan mesej yang ingin disampaikan berbentuk zikir dan peringatan. Kadang kala, ianya diselangi pula dengan bait-bait puisi berbentuk nasihat agama.

Tiga buah lirik dan lagu ciptaan Kiyai Kanjeng telah berkemundang di persembahan hebat Konsert Nur baru-baru ini seperti Zikir Cina, Ilir-ilir dan Sayangi Daku. Kesemua lagu kumpulan ini sarat dengan mesej yang mendalam.

Pengarah muzik Yazid bagaikan sudah kenal jiwa lagu-lagu ini apabila dia menggubah lagu-lagu ini dengan iringan muzik tradisonal dan gabungan gitar, seruling dan drum seperti yang dilakukan oleh Kiyai Kanjeng sendiri.

Ulasan lain dari wartajazz.com:
Kiai Kanjeng dan Novia Kolopaking – Festival Musik Indonesia

Pada pementasannya semalam, dengan berbalut busana hitam-hitam, KiaiKanjeng bersama Novia Kolopaking juga menampilkan berbagai lagu yang sarat dengan lirik penih sindiran kepada manusia dan pemerintah. Hal tersebut dapat ditemui dari lagu ‘Lukamu Lukaku’, ‘Raja Diraja’, ‘Tak Sudah-sudah’, dan ‘Garuda Sepi’.



Konser Delapan dipertunjukkan sebagai upaya nuMerapi, yaitu upaya mengenali, mengapresiasi, dan mencintai lebih dalam ekspresi-ekspresi peradaban Merapi di Yogyakarta. Tak hanya itu, melalui konser ini, diharapkan penontonnya dapat lebih memiliki kasih sayang dan ilmu untuk bersimpati pada kehidupan, serta berempati pada penghuni kehidupan.

Sejak berdiri hingga saat ini, KiaiKanjeng sudah mengunjungi untuk lebih dari 21 provinsi di Indonesia dan berbagai negara di dunia untuk melakukan serangkaian tur. Negara-negara yang pernah disinggahi kelompok musik ini antara lain, Mesir (2003), Malaysia (2003, 2005, 2006), Inggris (6 kota, 2004), Skotlandia (2005), Finlandia (2006), Hong Kong (2007), Belanda (2009), dan Abu Dhabi (2009).



~...bagi yang melihat cinta bukan keutamaan untuk menghuraikan sebuah perhubungan melebihi rasa percaya, istilah asmara atau kasih mesra hampir tidak pernah mendapat tempat bila SERI BULAN berhadapan, atau HISYAM yang sering membelakangi...!


5 comments:

  1. huhu... banyak betul info klasik dia tau.

    ReplyDelete
  2. super duper sungguh kak azie
    melopong mulut ayu baca entry nie

    siap ulasan dan biodata lagi kak dapat gali
    tahniah

    ayu bangga dapat kenal kak

    ReplyDelete
  3. KAK KUJIE:
    Sekadar mana yang ingat saja tu. Selebihnya Google jugak. :)


    AYU:
    Jangan terlalu memuji.
    Kak Azie sekadar nak simpan kenangan, takut terlupa. Jadi kalu boleh biarlah lengkap supaya cerita tidak tergantung.

    ReplyDelete
  4. memang ini pertama kali dengar....hihihihih

    ReplyDelete
  5. SAMA MCM eelobor, pertama kali mengenali novia..artis indon lagi...

    peeh....bukan memuji tapi kak azie memang hebat bab mencari info...semoga ramai yang semakin mengenali beliau,,

    TQ KAK AZIE

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails