السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
13-03-2014
Bulan ini, saya genap setahun di sini. Sebuah organisasi yang paling besar pernah saya berkhidmat. Paling stabil setakat ini. InsyaAllah menjadi tempat terakhir saya berkhidmat.
Sejak dulu, saya bukan jenis suka lompat kerja. Paling singkat saya kerja di suatu tempat adalah 3 tahun. Yang lain semuanya lebih 5 tahun. Malah di Jalan Imbi dulu sehingga 9 tahun, jika tidak kerana company mengambil keputusan untuk berpindah ke China.
Saya suka cabaran. Saya berani mengaku saya ‘fast learner’. Saya semakin cekap dalam masa mengutip pengalaman dan cabaran kerjaya. Saya tidak pernah berniat untuk menukar bidang kerjaya saya, wpun dulu saya tak pernah tahu apa benda kerja ini. Tak pernah profession ini tersenarai dalam cita-cita murid sekolah seperti budak tulis — nak jadi polis, doktor, peguam, tentera.... or seumpamanya.
Tetapi work with books, seriring dengan minat mendalam saya tentang bahasa, buku dan penulisan ianya menjadi satu takdir terbaik buat saya. Suatu kerjaya yang saya jaga sebaik mungkin dan sepanjang lebih 25 tahun dalam bidang ini, saya harus bangga dengan diri saya.
Walaupun mungkin saya tidak dilihat tinggi, kerana saya tidak pernah pegang jawatan hebat tetapi pernah menjadi Team Leader beberapa tahun, mengendalikan kelas latihan selama beberapa bulan untuk junior juga para senior, suatu pengalaman yang buat saya bangga sendiri. Orang lain nampak benda tu kecik pun, saya tak kisah. Asalkan saya tahu ketika itu saya berjaya mengajar 8 orang junior dari zero sehingga berjaya menghasilkan produk. (Malangnya beberapa gambar saya sepanjang tempoh pengajaran tu, tidak berjaya diambil setelah web KgMMS KLfm ditutup)
Dan, setelah setahun di sini, saya akhirnya berjaya meletakkan diri saya sebaris dengan sebahagian besar mereka yang sudah bertahun di sini. Setidak-tidaknya seiring, dan ada ketikanya, saya tahu beberapa perkara lain yang mereka tidak tahu (dan tidak mahu ambil tahu, sebab ada antara depa ni suka berada dalam zon selesa).
Zon selesa? Saya sudah serik selama 3 tahun di Maluri dulu, saya terlalu selesa sehingga saya rasa saya menjadi orang yang statik. Macam zombi. Takda cabaran langsung. Dan inilah rahmat dari NYA. Hikmah bila production Maluri ditutup dan saya mendapat rezeki yang sangat-sangat saya syukuri di sini. Jauh tapi berbaloi....!
Tayang-tayang:
~...tidak pernah meletakkan sebarang tempoh masa untuk terus bermastautin, HISYAM berkali-kali mengingatkan SERI BULAN jangan pernah terfikir untuk pergi selagi dia masih di sini, jangan pernah mengajak pulang selagi diri masih dikasih disayang di sini dan jangan pernah menyebut untuk berpisah kerana hati sudah terikat kejap, jiwa sudah tersimpul mati...~
tidak semua mampu bertukar kerja dan mendapat pengalaman sehebat akk..tahniah..happy anniversary...
ReplyDeletekak azie.... sy agak sukakan lunch akak tu.. tapi tiap kali makan, sy mmg akan kerap menjadi tetamu Mr Tan. Walau sosnya sekadar sos cili dan mayonis.
ReplyDeleteZona, mana sedap? Subway atau Ramly?
DeleteI prefer Ramly Burger..!
Deletesangat memberi inspirasi. saya muda lagi tapi takut nak menghadapi cabaran sebab dah selesa dengan kerja sekarang yang statik.
ReplyDeleteAlamak kak ni wat saya teringin subway le pepagi ni hihihii
ReplyDeleteSelf recognition.. we do need that kak.. Congrats! Moge terus sukses :)
bestnye subway..kalo makan memang menyenyangkan....hehehe..
ReplyDeletedi mana2 semua ada cabaran kan kak..yg penting kita tabah dan gembira dgn kerja kita buat..:)
tak berapa gemar subway..tak tau kenape..
ReplyDeleteBetul tu kak, bukan senang klu selalu tukar kerjaya nie mungkin x boleh fokus,tp akak berjaya wlpn baru dlm setahun....tahniah.
ReplyDeletesaya paling lama berkerja dekat tempat saya bekerja sekarang
ReplyDelete6 tahun! sebaya usia afif
saya dah berada di zon selesa, takut untuk bertukar
gaji tak tinggi mana pun, tapi saya selesa
saya tak makan subway ni
sedap ke kak
saya pulak masih tecari-cari tempat kerja baru.. bercadang nak beralih angin tapi sampai la ni takde usaha yang kuat untuk buat..
ReplyDeleteSekejap je masa berlalu.
ReplyDeletemengendalikan kelas latihan..tu mmg kira hebat la kak!
ReplyDeletehidup tanpa cabaran mmg membosankan ... sandwich subway tu sedap .
ReplyDeleteDulu cita2 sy dlm kad 001 nk jadi Menteri. Ia kisah benar.! Hikhkhik
ReplyDeleteTahniah! Semoga panjang kat sana. Saya dah 10 tahun. Dah jadi fixed asset. Net Book Value kosong :D
ReplyDeleteNak tukar kerja.. or nak berhenti kerja. Kerja saya membosankan.
ReplyDeletetahniah..semoga sukses di sana .singgah klik2 nuff disini.
ReplyDeletesemoga sukses berada di tmpat keje sekarang..
ReplyDeletesubway ermm sedap...
Teruskan berkarya dan berkerjaya sis..paling lama dee kerja dlm 1 company 12 tahun. company yg skrg pun dee hrp yg terakhir dan dee mahu capai lebih dari apa yg dee ada skrg..doakan juga ye..hehe.Teru
ReplyDelete