Monday, March 10, 2014

Siri sarapan hari minggu (lagi)...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
10-03-2014


Satu lagi siri sarapan hari minggu kami, semalam.



Kali ini ke Pusat Penjaja BTR, Jalan Jujur, Bandar Tun Razak (tidak jauh dari Kedai Pak Aji yang berdepan padang bola).


CHAK terus nak makan Roti Jala, sebab dia sangat minat. Kat sekolah hari-hari dia nak makan Roti Jala. Lihat akhbar yang MyToklaki beli. Headlines pun tertulis “Misteri MH370”.


Cucur Sayur bersama Kuah Kacang ni sangat lembut dan enak.


Saya nak cuba Lontong Johor.


Lontong Johor biasanya memang ada Serunding Kelapa dan Kuah Kacang.


Saya boleh bagi 3* jer. RM5.00 setelah dicampur Sambal Sotong. Serunding Kelapanya sedikit hangus, macam dipanaskan berulang kali. Saya makan beberapa sudu, selebihnya MyToklaki yang perabis. Rasanya tak boleh lawan Lontong yang saya biasa beli di Restoren Tahu Bakar selama ni.


TERUSKAN MENDOAKAN USAHA MENCARI MH370....

*dalam banyak-banyak komen mengarut dan menyakitkan hati di laman sosial berkaitan MH370, mulanya saya terasa bengang. Tapi hari ini, selepas 48 jam, saya kemudiannya boleh gelak dan geleng kepala dengan pengomen-pengomen mengarut tuh...!




 ~...bila antara mereka sudah tiada rahsia, SERI BULAN rasa dia wajar untuk merasa kecil hati kerana HISYAM yang boleh buat muka selamba hadir di majlis merisik anak dara Pak Imam...~




9 comments:

  1. Al-fatihah juga kepada mereka kak.

    Masa hari pertama (Sabtu) pun dah banyak yang mengarut. Saya malas nak layan. Hari ni bila on wassap lagi byk copy paste depa ni. Lagi la mengarut. Cepat benar nak percaya benda-benda tak sahih.

    ReplyDelete
  2. Saya Kak Azie tak buka semua laman sosial. Tak mampu nak mengadap segala macam andaian. Sepanjang masa mengadap TV3 dan tunggu press con. je.

    ReplyDelete
  3. dulu nak makan lontong, time raya baru jumpa.. tapi sekarang banyak tempat ada jual.. antara sedap dengan idak je.. ;)

    itulah kak.. memula baca komen pasal MH370 tu rasa geram pun ada tapi bila dah lama eemm.. senyum jelah dengan macam2 komen yang mengarut tu..

    ReplyDelete
  4. cucur sayur tu nampak menarik =)
    saya dah agak jarang breakfast dekat luar semenjak jerebu ni

    mereka yang gila glamor memang suka buat benda bukan-bukan
    menyerlahkan lagi kebodohan mereka
    doakan semua penumpang dan crew selamat

    ReplyDelete
  5. saya hanya percaya berita sahih kat tv ja...
    biasalah org2 mcm ni..berlagak mengalahkan wartawan..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,
    Adakala saya tak faham mcm mana orang yang buat komen mengarut tu berfikir hingga ada sampai tahap TERLUPAkan kuasa Allah.

    ReplyDelete
  7. saya org johor tapi tak pernah mkn lontong ada serunding ... tak pernah jumpa .

    ReplyDelete
  8. Ada orang bancuh dgn air ais. Ada juga dgn air suam. Ada yang boh telur. Kak Azie bancuh dgn air masak biasa (tak suam pun) dan juga boh telur. Bancuh jangan lembik sangat. Kena pandai agak untuk dijemput dgn tangan. Practise makes perfect...

    ReplyDelete
  9. saya pandai makan lontong masa duk siniler.. maalumler orang perak bukannyer banyak kedai jual lontong pagi2.. tapi der satu kedaitu dulu jual lontong saya tak pandangpun..sekali mai sini tengok orang sarapan cam sedapjer.. dah cuba baru tau.. mmmm tapi nak cari lontong yang sesedap saya mula2 belajar makan lontongtu dah takder .. selalunyer jumpa takat boleh makanjer.. tak teringat2 bila makannyer..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails