Friday, March 21, 2014

Bila lelaki mulut macam pompuan....!!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
21-03-2014


Saya ada ramai kawan lelaki. Malahan saya lebih memahami mereka dalam beberapa perkara.

Saya tahu apa beza kawan lelaki dengan perempuan dan itulah yang menjadi prinsip saya lebih selesa bercakap perkara tertentu dengan lelaki berbanding perempuan (and vice versa).

Secara umumnya, kita sedia tahu lelaki sangat ringkas. Straight to the point. Telus, jujur. Jarang kecik hati or nak cakap kias-kias. Saya dah biasa, dan belajar menjadi kental jiwa dan kuat semangat dari kaum lelaki. Cakap mereka, pendapat mereka, tindakbalas mereka, nasihat mereka (wpun tidak secara langsung) juga dari perbuatan mereka.

Tetapi saya tak suka lelaki potpet-potpet. Bagi saya yang potpet ni biarlah orang pompuan saja. Dah lumrah dan fitrah. Tak yah la yang lelaki pun nak tunjuk bakat ‘joyah’ sama. Apa lagi bila berada di dalam kumpulan besar, ramai dan dihormati.

Department saya jer ada puluhan orang yang bila-bila masa saja boleh tersebar isu sensitif or yang boleh menyinggung perasaan orang lain.

Jadi orang dari department lain sentiasa berjaga dan berhati-hati agar setiap komen or perbualan tidak menyentuh pihak department lain. Begitu juga sebaliknya di pihak kami.

Tapi bila ada lelaki yang mulut kalah orang pompuan, boleh smash perli ‘tutup jer department tu, kalu keja depa pun kita nak buat’, saya rasa itu komen keterlaluan.

Takkan baru sekali kena arah buat kerja extra dan bukan kerja dia selama ni, dah boleh terer dan nak kami semua berhenti? Macam dah pandai sangat?

Selama ni ramai juga orang lain yang kena arah buat beberapa kerja extra (yang disebut sebagai ‘bukan kerja dia’) tapi ikut saja arahan. Sesekali kita buat benda yang bukan rutin kita, adalah kelebihan. Kenapa nak berkira sangat? Pointnya, kita kerja untuk company yang sama. Teamwork tu bukan hanya dalam department yang sama jer, tapi meliputi dari tingkat atas hingga ke lantai bawah.

Payah kalu mulut orang jantan tiba-tiba jadi lebih joyah dari orang pompuan! Cukup saya tak berkenan!



Anak lesung batu di dapur saya terpatah dua, sebab MyToklaki terlepas dari tangan. Hmmm... memang dah sampai masa nak kena beli baru. Then baru lah sedap nak menumbuk cili. Kot ada mulut yang boleh kita ‘cili’kan? Ahaks!






 ~...apabila senja semalam SERI BULAN pulang dengan menghentak kaki, Mak Utih tahu ada sesuatu yang tidak kena dan hanya HISYAM yang boleh memujuk buah hati yang merajuk kerana andai dibiarkan bimbang nasi terhidang menjadi sejuk, lauk di mangkuk menjadi jeruk, air di geluk menjadi mabuk...~




13 comments:

  1. Dah jadi antik anak lesung tu...sebab tu dia rak boleh bertahan. ..hehehe

    ReplyDelete
  2. eh! sama kes dgn lesung batu umah saya lah kak azie

    ReplyDelete
  3. Susah kalau dapat orang yang berkira pasal kerja ni.

    lesung batu kat rumah saya pulak tunggu masa nak patah sebab asyik diguna untuk ketuk parang waktu nak potong ikan.. hehehe..

    ReplyDelete
  4. Saya sama macam akak. Sepanjang kerja memang banyak spent masa dengan lelaki jadi sedikit sebanyak saya dah faham cara pemikiran mereka, dan sedikit sebanyak juga saya dah jadi macam mereka dalam bab berfikir. Simple, jujur, telus dan straight to the point. Tapi bila berdepan dengan perempuan pulak saya jadi takut-takut nak cakap macam tu, takut depa sentap.

    ReplyDelete
  5. Lesung batu pun dah mahai la Kak Azie!

    Company yang sama bayar gaji walaupun bukan department kita tak salah tolong menolong.

    ReplyDelete
  6. Lesung batu di sini semua buat dari marmar, mcm tak aci la pulak..

    Tapi bab lelaki "menjoyah" ni, memang wujud.
    And ada masa mulut dia orang lebih takda skima dari mulut pompuan.
    So to be safe.. kita bawak diri main jejauh je la ya.
    Scary babe..

    ReplyDelete
  7. Salam ukhuwah Kak Azie,

    Mana-mana tempat kerja sama jer rasanya kan dengan lelaki "menjoyah" ni... kekadang melebihi perempuan sinisnya kata dorang tu...

    Boleh guna lesung batu rumah saya utk cili dorang ni kak azie ehe :)

    ReplyDelete
  8. bahaya kalau ada golongan yang macam itu,kadang2 sindiran dorang mendalam ,kita yang perempuan inilah yang kene banyak sabarkan kak.


    ReplyDelete
  9. Bila mulut lelaki lebih joyah dari pompuan.. alamatnya.. tunggang terbaliklah rumah tangga...

    ps: kak jemput singgah blog saya :D

    ReplyDelete
  10. akak marah sgt ni smpai gaduh baling lesung...hahahhaha..

    ReplyDelete
  11. spesis joyahboy ; tolong buat kerja tapi hati tak telus , ada saja yg nak diumpatnya..

    ReplyDelete
  12. saya pun tak suka lelaki gitu, tak comel langsung
    bila diroang dok pot pet
    kalau pompuan tu lain cite, dah sinonim kan =)

    ReplyDelete
  13. haaa...kang dah sampai patah 2 lesung batu tu....cilikan aje mulut joyah lelaki tu azie....hihi

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails