السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
18-03-2014
Memo di department saya sudah dikeluarkan pada Jumaat lepas. Kerana semua projek untuk merebut tender sudah selesai dan biasanya akan agak lapang sebulan selepas itu, lalu tawaran untuk mengambil cuti dikeluarkan oleh OurMananger. Bersekali dengan cuti sekolah minggu depan, lalu setiap staf di department saya ditawarkan boleh mengambil cuti maksimum 3 hari setiap orang.
Maka berebut-rebut la depa isi borang cuti. Alamatnya sunyi la department saya ni minggu depan. Saya? Saya tak ambil pun, kerana saya dah plan nak ambil pada bulan April nanti untuk suatu program percutian. Ahaaa... kita terbang lagi!
Menjelang April dan seterusnya, dijangka projek akan menimbun semula dan rutin ‘keluar bulan balik bulan’ akan berulang lagi dan lagi. Alah bisa, tegal biasa. Selagi bernama ‘saya yang menurut perintah.’
Semua orang sudah menjangkakan, kesibukan tahun ini pasti akan lebih dari biasa, kerana permohonan company untuk tersenarai di papan Bursa Saham telah pun berjaya. Pastilah ada banyak projek yang bersusun menanti dan pasti juga tekanan akan lebih dari biasa.
Saya? Saya suka tekanan!
Tayang-tayang:
Bekal saya tadi. Ayam Masak Hitam. CHAK kata, “Chak ingat ada Ayam Masak Merah jer.” Yeaaa... Ayam Masak Hitam, ala-ala kerutup. Rempah beli segera punya. Saya cuma tambah kerisik. Enak la juga.
Telur Dadar + MixVege. Sedikit hangus. Lebih nak meratah sebenarnya. Kadang-kadang saya tambah hotdog, tapi this week no stok. Syukur jer apa yang ada.
MH370 hilang: saya semakin pelik. Semakin ragu. Tetapi saya sudah ‘malas’ nak follow beria-ia macam minggu-minggu lepas. Sekadar menanti dan mendoakan agar mereka yang terlibat akan pulang ‘in one piece’. Aaaminnnn....
~...sebenarnya Mak Utih sudah lama sedar akan kelibat Tok Anjang Dali yang berselang hari menjenguk laman Teratak Nyatuh tanpa sebab tetapi belum berani dia hendak mengadu-rungut kepada Pak Utih bimbang pula lelaki-to-lelaki bercakap, yang pompuan yang akan dipersalahkan namun apabila HISYAM membisik kesal akan keadaan yang berlaku, Mak Utih hanya berharap SERI BULAN tidak dibiarkan berjalan sendirian lagi...~
Sy sgt jeles..i'm doing nothing on my working hrs.huhuh..terasa bersalah pun ada. Sedang tertekan..sbb memanjang takde kerja..helpppp..
ReplyDeleteKenapa itu tulur hangus kak..?
Nanti saya nak buat telur dadar campur sosej macam akak. Mesti jadi rebutan jejaka di rumah.
ReplyDeleteKita hanya mampu berdoa. ..
ReplyDeleteaduhhh sedap nyerrrr
ReplyDeleteBerdoa tanpa henti semoga Allah permudahkan misi pencarian MH370..InsyaAllah..
ReplyDeleteKak Azie kerja teruk tak apa akhir tahun dapat bonus masyukkk...boleh simpan duit jalan2 dan shopping2 lagikkk...
ReplyDeletemcm tau tau jer maksu tgh stress... hehehe.. stress sbb skrg maksu adalah suri rumah, dan perlu cari jalan utk cari pendapatan. huhuhu
ReplyDeletep/s: ayam masak hitam tu nampak sangat fabulous!
saya suka lauk ayam masak dgn kerisik macam tu..walah sedapnya ; pasal cuti ..kami takdak plan ke mana-mana ..selalunya asal ada masa pi terus macam tu saja lgpun dalam negeri je kalau cuti2 ..
ReplyDeletecuti sekolah , musim keje kahwin juga ... wah ! nak terbang mana lak pas ni ya ... telur goreng mmg sedap ratah jer terutama bila pas kuar drp kuali ...
ReplyDeleteSalam Ziarah,,time cuti sekolah mak-pak pon nak join bercuti sama..blh habiskan masa bersama kluarga trsyg.
ReplyDeleteDept dee ramai orang muda..so, takde istilah berebut cuti time cuti sekolah ni..hihihi...sedap lak nmpk telur
ReplyDeletesambung sis..terpublish lak..sedap lak nampak telur dadar mix vege yg hangus tu..hehe..
ReplyDeletehebat k azah..suka tekanan, hmmm..kadang memang perlu tekanan kan, supaya tambah meningkat prestasi keje
ReplyDeleteWah...mesti company hebat sampai ke papan Bursa saham...
ReplyDelete