Monday, March 3, 2014

Bakso buk... bakso!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
04-03-2014


Alahai... banyak gambar banyak cerita. Tapi nak taip entri, malas yang bermaharajalela. Kita tayang gambar sudah.

Teringin nak pekena Bakso. Lalu beli 2 bungkus di pasar malam Taman Dagang. Minggu lepas.


Ada 2 jenis ramuan utama, samada Mee Kuning atau Soohon (yang depa sebut Mee Putih). Saya lebih nak pilih Mee Putih, sebab akan nampak lebih ‘ori’.


Snap terus periuk kukusan bebola dagingnya. (Ehh...! tetiba tersnap sekali sokabar yang tulis pasal isu air).


Bakso original Indonesia, wajib ada Kicap ABC. Itu yang saya pasti. Selain itu, juga ada Sos Cili buatan mereka (yang sangat pedas) berserta cuka. Tapi saya tak suka campur cuka. Well... kita boleh guna limau nipis, kan?


1 set = RM5.50 (ada 5 bebola biasa + 1 bebola besar). Rasa? Rasa bakso la...! Cuma, sesapa yang tak suka lembu, takyah la makan. Sebab bebola daging tu memang terasa betul bau daging lembunya!

Tayang-tayang yang lain:
Kenangan tahun 2012.


Bakso yang saya makan di Restoren Baso (bakso) Malang Karapitan (BMK), Bandung. Nampak eksklusif, tapi percaya lah... tak sedap!




 ~...sejak kisah anak dara Pak Imam dikatakan bakal bertunang setelah dirisik orang, HISYAM terasa sangat betapa leganya hati sepertimana SERI BULAN merasa betapa tenangnya jiwa kerana seorang pesaing sudah berjaya dipinggirkan tetapi tidak mustahil akan muncul pula pesaing yang jangan-jangan bukan saja berani berkemban malahan mungkin berani berbolen...!~




26 comments:

  1. Malang Karapitan or Marang Karapitan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul.tu. Restoren Malang Karapitan.

      Delete
  2. Replies
    1. Alamak tersilap. Thanks dear
      Kak Azie dah betulkan...

      Delete
  3. Bakso Barokah Abadi... nama pun dah tau mesti pure indon punya..... pandai depa cari duit...

    Makchaq tak suka bakso pasai bau lembu tu la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dok tengok hampir di semua pasar malam mesti ada gerai orang Indon jual bakso. Mungkin sbb market depa pun meluas juga.

      Delete
  4. saya tak tak pernah cuba
    tapi tak ada perasaan nak rasa sebab penah
    terbau yang tak menyelerakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum ni Kak azie pernah beli di pasar malam taman tak pula ada bau lembu tu. Tapi yg kali ni memang agak kuat bau lembu bebola tu.

      Delete
  5. sedapnya tengok bakso..
    peberet ni.. yum..yum..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi yang suka mesti tak lepas peluang nak rasa dan ulang beli jika jumpa yang sedap...

      Delete
  6. sukanya meat ball, lagi-lagi kalau dalam bakso. dekat nie ngn rumah..try hunting lah hjung minggu nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Azie pun minat meat ball gak. Selalunya beli yang mentah dibpasar dan buat sup Bebola Daging sendiri kat rumah...

      Delete
  7. standard makanan pasar malam memang selalunya melebihi restoran dan hotel dari sudut rasanya, ..uuuwow! macam nak singgah beli je..Tmn Dagang kat mana tu AA? well sy ni org selangor celup jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakcik Lie, Taman Dagang ni area Ampang. Tak jauh dari Galaxy Ampang. Memang betul, kadang2 menu pasar malam jauh lebih enak dan asli berbanding setengah hotel dan restoren mewah...

      Delete
  8. tak sedap eh kak? kan dah terpalit nama dlm blog akak.
    teringat mee ayam dekat pasar malam bangi sana. O_O sedap bangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Azie suka gak explore tempat makan dan menu. Kalu jumpa yg betul sedap memang Kak Azie puji ikhlas. Kalu kureng, memang kena kritik la. Ikhlas juga. Kita bukan ada kepentingan apa-apa pun...

      Delete
  9. Elo juga kalu Diana praktikkan resipi tu. Mana tahu bleh gak la ajar kengkawan lain pulak. Kita leh ubahsuai ikut selera lidah kita...

    ReplyDelete
  10. saya tak berani mkn bakso . ada cerita tak sedap ttg pembuatan bebola daging bakso yg ori dr indonesia ... tak halalan toyyiban !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya jangka jika di Indonesia sendiri mungkin tak mustahil. Tetapi jika di Malaysia, kita harap tidak la.

      Delete
  11. betul kata vee tu k azie, saya pun penah dengar, kalau bebola tu made originally dari sana, better takyah makan.

    ReplyDelete
  12. betul.. sy pernah cuba... x daya layan baunya....

    ReplyDelete
  13. memang tak sedap ke....? mesti bau daging lembunya yang buatkan tak sedap...

    ReplyDelete
  14. tak pandai makan bakso.. hehehe..

    ReplyDelete
  15. jom kr bandung dengan pakej kami yang termurah wassap/pertanyaan ke 0167172962

    ReplyDelete
  16. Ini makanan yang mendunia,,bakso.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails