Wednesday, March 19, 2014

MH370 hilang: saya suka nak kongsi pendapat pakar Kapten Nik Huzlan ini...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
19-03-2014


Rabu. No WW. Entri ini agak panjang. Saya copy paste sebenarnya, sebab jika nak klik link, mungkin ramai yang tak berapa nak rajin klik.

Sebelum Kapten Norudin bercakap di TV3 tempohari, sebelum itu Kapten Huzlan juga turut dijemput bercakap tentang MH370. Kedua-dua temubual itu saya sempat tengok tetapi ada beberapa fakta yang saya tak berapa jelas dan tak berapa pandai nak explain.

Lalu apabila saya jumpa entri ini, saya suka nak kongsi di sini. Saya copy bulat-bulat, sebaris-sebaris tanpa diubah sedikitpun (kecuali kesilapan ejaan). (untuk klik entri asal boleh klik LINK INI)

Biodata Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain Bekas ketua juruterbang Serantau MAS Malaysia Airlines.

  • Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain berpengalamaman lebih 30 tahun
  • Isteri Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain adalah Ketua Pramugari MAS Malaysia Airlines
  • Bapa Mertua Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain adalah bekas Ketua Jurutera Malaysia Airlines MAS
  • Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain pernah bawa pasukan gergasi seperti Manchester United, Real Madrid serta tokoh politik dunia iaitu bekas Presiden Amerika Syarikat Bill Clinton

Berita Semasa cukup tertarik dengan penerangan Datuk Kapten Nik Huzlan. Datuk Kapten Nik Huzlan berjaya menjawab persoalan dengan jelas dalam bahasa & analogi yang lebih mudah untuk difahami lebih-lebih melibatkan aspek teknikal.

Bersama-sama ini Berita Semasa kongsikan bersama dengan pembaca BS antara pendedahan yang dilakukan Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain mengenai perkembangan MH370 yang terkini. Terbaik!

Antara Intipati Pendedahan Datuk Kapten Nik Huzlan Mengenai Tragedi MH370?

  • Mustahil sebenarnya untuk sebuah kapal terbang seperti MH370 terputus isyarat atau komunikasi kerana setiap pesawat ada 3 peringkat komunikasi dan ketiga-tiga ini memang berkualiti.
  • Selain daripada itu, agak mustahil juga untuk kita semua mengatakan pesawat MH370 mengalami total ‘electrical shutdown’ dan sekiranya berlaku sekalipun, pesawat ada masa yang sangat cukup untuk buat pendaratan kecemasan. Bukan sahaja itu, setiap pesawat mempunyai banyak bateri dan bateri ini mampu menjana tenaga untuk pesawat.
  • MAS adalah syarikat penerbangan terbaik dari segi ‘maintainance’ kerana menurut kapten, Amerika Syarikat juga meminta MAS bantu dari segi ini.
  • Kualiti juruterbang MAS juga adalah yang terbaik, bahkan menurut Kapten, juruterbang MAS sering “diculik” oleh syarikat penerbangan lain.
  • Seorang juruterbang itu akan buat SEHABIS BAIK selagi ada harapan, untuk selamatkan pesawatnya, walaupun gunung ada di depan. Bukan semudah itu untuk mereka putus asa.
  • Setiap pesawat boleh terkena petir, itu biasa. Namun aliran arus elektrik itu akan mengalir mengikut bentuk pesawat dan keluar ke belakang.
  • Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain sempat menemplak laporan berita luar negara yang membuat berita yang cukup “nonsense & dongeng” apabila mengatakan pesawat MH370 MAS Malaysia Airlines telah pergi ke Rusia sedangkan untuk ke sana MH370 perlu melepasi Banjaran Himalaya termasuk pancaran radar dari Turki, Uzbekistan, Turkmenistan.
  • Berita Semasa tertarik dengan apa yang dikatakan oleh Datuk Kapten Nik Huzlan, radar-radar di negara Thailand, India, Myanmar (mungkin ) dan negara-negara ‘tan’ di belakang, amat serius dan akan mengambil tindakan jika berlaku sebarang aircraft yang tidak dikenali di dalam airspace mereka. Negara seperti ini, sangat berbahaya jikalau dapat mengesan pesawat yang menceroboh kedaulatan negara mereka. Kecanggihan peralatan ketenteraan mengawasi ruang udara negara mereka tidak boleh dipermainkan. Begitu juga radar negara India “sangat-sangat berbahaya”.
  • Jangan tidak tahu, negara seperti di Singapura radar sangat hebat mereka mampu mengesan sehingga ke Kota Kinabalu.
  • Hanya pilot sahaja yang boleh mematikan transponder atau mmsg dalam mode tertentu.
  • Dan hanya orang yang berpengalaman mengenai koordinat dan tahu susuralur setiap jalan di udara.
  • Cara plane MH370 buat turning back seperti profesional kerana masa tepat dan kelajuan plane stabil, tidak laju, tidak perlahan dan tidak terhuyung-hayang.


Lagi Pendedahan Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain: MH370 Dirampas (MH370 Hijacked)?
  • Datuk Kapten Nik Huzlan Nik Ahmad Hussain mengatakan andaikata MH370 hijacked (MH370 dirampas) tidak mungkin dilakukan seorang. Pasti ada yang membantu yang mana bergerak dalam kumpulan. Siapakah dia?
  • MH370 hijacked (MH370 dirampas) boleh berlaku dengan syarat kumpulan tersebut arif dengan kokpit, besar kemungkinan “authorised person” di mana dilakukan dalam bentuk terancang yang ‘mungkin’ digerakkan ala-ala komando
  • Datuk Kapten Nik Huzlan Nik Ahmad Hussain mengatakan kapal terbang MH370 berpatah balik, mungkin diterbangkan oleh org yang mahir dengan laluan dan sangat berkemahiran tinggi untuk mengelakkan dari dikesan radar.
  • Andaikata MH370 hijacked (MH370 dirampas) sekalipun tidak akan dilakukan oleh penumpang. Sangat tipis kerana pintu masuk kokpit ada kod rahsia. Hanya kabin krew yang tahu kod rahsia itu. Apatah lagi, di dalam kokpit mempunyai CCTV unttk pilot/co pilot melihat disebalik pintu tersebut.
  • Tetapi Kapten Nik Huzlan Nik Ahmad Hussain ada mengatakan sekiranya salah seorang penumpang adalah org yang sangat arif tentang kapal terbang, dan memang ada agenda konpirasi tersendiri, jadi tidak mustahil berlaku insiden MH370 hijacked (MH370 dirampas).
  • Sekiranya berlaku rampasan Mh370 sekalipun, mereka masih ade masa untuk bersedia menghantar isyarat kecamasan.
  • Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain tidak menolak kemungkinan sekiranya MH370 hijacked (Mh370 dirampas) oleh kabin krew (pilot/co-pilot/pramugara/pramugari), cuma tidak dipastikan apa motif mereka.
  • Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain mendedahkan jikalau MH370 pergi arah Kazakhtan, memang boleh mendarat di sana, tetapi radar masih boleh kesan sebab untuk pergi ke sana perlu melalui banyak negara.
  • Jikalau MH370 pergi Lautan Hindi (Indian Ocean), memang tiada kapal terbang yang pernah lalu sana
  • Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain juga ada mengatakan bahawa terdapat banyak radar yang boleh detach MH370 jika MH370 turn over ke arah barat menuju ke Andaman Sea (Laut Andaman) Jika MH370 turun ke bawah menuju ke Diego Grasia ke arah apa yang dipanggil ‘lonely sea’ iaitu Lautan Hindi, baru kata kapal terbang MH370 hilang, kerana tiada radar yang berdekatan sana yang mampu menangkap dan mengesan pesawat MH370 ini.
Akhir sekali, Datuk Kapten Nik Huzlan menyatakan bahawa, Kapten Zaharie adalah antara juruterbang terbaik yang Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain pernah kenal selama kurang lebih 30 tahun.

Insiden MH370, mengingatkan dunia tragedi pesawat jenis Airbus 330-203 milik Air France yang terhempas ke dalam laut di perairan dengan Rio de Janeiro pada 1 Jun 2009 tetapi bangkai pesawat itu hanya ditemui dua tahun kemudian.


Selain Kapten Huzlan, saya memang tertarik juga dengan pendapat Kapten Norudin yang menjadi perbualan ramai di media sosial. Cara mereka bercakap sangat telus, berilmu, tenang dan berkesan di hati. Setuju. Kita harus berbalik kepadaNYA....

Seperti biasa, sama-sama kita terus mendoakan mereka yang terlibat agar semua mereka terpelihara, dikembalikan dengan selamat... dan pulang ‘in one piece’. Aaaaaminnn....




 ~...musim tengkujuh akan menjelma semula mengikut putaran lazim dan bila tiba saat sebegini SERI BULAN akan merungut-sedih kerana rindukan musim kering di mana bendang sangat hangat dan berangin yang mana mereka pernah berkejar sama bermain wau juga bersila bersama menonton wayang pacak di padang sekolah yang menurut HISYAM nenjadi nostalgia paling indah sepanjang menjadi warga Kampung Separuh Desa...~




13 comments:

  1. AS SALAM .. THANKS FOR SHARING the very brief yet very clear EXPLANATION BY KAPTEN NUR HUZLAN. mohon perkongsian ..

    ReplyDelete
  2. Hari ni Thailand baru nak sahkan bahawa MH370 memang ada melintas negara dia. Konon dia tak dedahkan dengan lebih awal sebab permintaan Malaysia tak specific. Sangat sesuatu lah lalang, eh Thailand ni.

    ReplyDelete
  3. acik pun dengar dan tertarik dengan cara kapten ni beri penjelasan

    ReplyDelete
  4. Oo kita tgk temuramah tu cuma ada yang tak berapa ingat. Org bijak memang lain cara penyampaian infonya.

    ReplyDelete
  5. cakap2 mereka penuh informasi,logik tidak seperti 'org2 yg terlebih arif'...

    ReplyDelete
  6. Tiba2 kapteng berpangkat Dato ini jadi terkenal tetapi Aina suka sangat dengan selfconfident bila dia bercakap dan cakapnya berpandukan fakta bukan buat2 cerita.

    ReplyDelete
  7. Saya juga tertarik dengan pendedahan Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain ini.

    ReplyDelete
  8. selagi MH 370 tak balik, kita akan di sajikan dengan macam2 fakta dan auta ;)

    ReplyDelete
  9. saya baru baca 20%...
    sambung baca balik petang kang

    ReplyDelete
  10. Ada org pandai cakap tapi tak terer bab teknikal.
    Ada org pandai bab teknikal tapi tak pandai nak cakap.

    Dua org kapten ni terer kedua2nya. Memang best tengok mereka

    ReplyDelete
  11. Berkali-kali saya baca mengenai penerangan kapten berkenaan...

    ReplyDelete
  12. semasa diberitakan MH370 hilang tetiba drp radar tanpa dpt dikesan , hanya ada 2 perkara dlm kepala saya ... terhempas atau hijeck . cuma x blh nak discuss secara terbuka . faham sendiri saja lah . biar mereka yg berkenaan selesaikannya .

    ReplyDelete
  13. saya pun suka cara kapten nik huzlan bercakap
    memang dia lebih details
    berbanding kapten norudin yang berkias

    p/s - lama tak singgah sini =)

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails