Tuesday, March 11, 2014

MH370 hilang: sudah, cukup... cukup sudahhhh....!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
11-03-2014


Ntah mana hendak didengar. Ntah yang mana hendak ditengkar.

Ntah yang mana hendak dibahas, sehingga tujuan terus terbabas.

Lagu sudah mula berentak rendah, makin rancak pula orang membuat fitnah. Seronok ker?

Malahan, ada beberapa perkara yang tidak terjangkau dek akal, tidak pernah terfikir selama ini pun boleh timbul lalu mempengaruhi rentak pemikiran. Alangkah malang bilamana mereka berusaha meyakinkan orang lain untuk percaya dakyah dan imajinasi merepek mereka.

Yea... hidup harus diteruskan. Yang bekerja teruskan kerja, sepertimana kita memberi ruang dan peluang mereka membuat kerja sebaik mungkin sehingga seluruh penjuru aset negara dikerah bersatu.

Jangan jadi penyumbang unsur amarah. Hentikan fitnah. Bertenang. Bersabar. InsyaAllah bila bertenang, kita akan lebih waras menilai apa yang kita dengar dan baca.

Tayang-tayang:


Sekali sekala, lauk simple sebegitu sangatlah enak. Memang saya plan nak bawak hanya ikan Talapia Goreng, nanti siram kicap. Sedikit sambal buat penyaman lidah Melayu.


Air Mangga (buat sendiri) dalam bekas kaca bertutup set dengan straw, kaler PURPLE tu dibelikan dek IKA dari tempat kija. I like!

Tiba-tiba Jus Mangga tu rasa sedappppp sangat!

Yeaaa... hidup harus diteruskan, kan?





 ~...setelah HISYAM bercerita penuh rendah hati tentang pelawaan yang sukar ditolak, SERI BULAN semakin yakin bahawa bukan setakat orang sebelah baruh yang semakin menaruh hati pada si teruna tetapi juga ramai warga sebelah darat yang mula memberi perhatian...~




16 comments:

  1. lawa bekas air akak tu, unik ;)
    ye, hidup mesti di teruskan dan doa x penah putus

    ReplyDelete
  2. wah k azah bawak bekal nampak, bagus..jimat.

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Alhamdulillah... itu memang skala Kak Azie. Cukup. Kenyang. Dah tua tua tak makan banyak sangat. Lauk jer lebih.

      Delete
  4. ikan talapia tu biasa buat sambal merah
    jus mangga! saya suka!
    betul juga kan kak, hidung perlu diteruskan

    ReplyDelete
  5. sayapun malas nak baca cerita2 yang mengarut2 sellaunyer sumber dari akhbar atau tv yang dipercayai... lagipun apalah guna kita berbalah yang penting sekarang kehilangan ini akan segera terungkai... moga juga petugas2 yang mencari dan menyelamat akan kuat dari segi mental dan fizikal dalam mengharungi dugaan ini..
    syiok ooo bawak bekal...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,
    Kita serahkan kepada pihak yang berkaitan...tugas kita, tambahkan doa dan tidak sebarkan benda2 palsu.

    ReplyDelete
  7. mana kepala ..tinggak ekor saja talapia tu kak ... ; ikan goreng kalau makan dgn cicah kicap pon ok..hilang terus permasalahan dunia (masa makan lah...) makan sorang2 tak bercakap dgn yg lain..layann!

    ReplyDelete
  8. Bekenan dengan bekas kaca tu lawo...

    ReplyDelete
  9. Gelas tu yg best...kalau gi makan kat Murni SS2, depa guna bekas mayonis...:)

    ReplyDelete
  10. Siapa yg makan bahagian kepala ikan talapia tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak tahu. Saya simpan d fridge tapi bila balik dah takda. hehehe

      Delete
  11. tertarik lak dgn penutup bersama straw tuh ... semoga Allah permudahkan pencarian mh 370 aaamin .

    ReplyDelete
  12. betul kak.. hidup perlu diteruskan walau ada musibah melanda.

    psstt: menu simple tapi cukuplah untuk alas perut dikala kerja yang sedang banyak bertimbun.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails