السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
24-03-2014
Senin. Ramai cuti sempena cuti sekolah, kebetulan kerja tengah susut lalu tawaran cuti 3 hari setiap orang direbut dan akan diisi sebaik mungkin.
Saya? Tidak. CHAK ada tuition sejak Sabtu sehingga Rabu. Ahad pun ada kelas. So, baik tak cuti dulu.
Persekitaran rupanya mempengaruhi mood saya juga. Rupanya. Lalu blog tersadai beberapa hari. Saya dah jadi malas nak ambil kisah. Oh... saya rasa bersalah.
Sabar hati. Nanti mood akan kembali.
Saya ke Pasar Pudu pada hari Sabtu bukan Ahad. Sebab Sabtu saya dapat off. Rupanya harga ikan sayur lebih murah. Saya lupa. Banding Ahad, baiklah Sabtu. Sotong yang biasa RM7 per kg boleh dapat cuma RM5.00 sahaja (tapi bila saya nak 2 kg, terus dapat RM8.00 sahaja!)
Lain contoh: tomato tu cuma RM1.00 sahaja (ada lagi 2 biji tiada dalam gambar), dan cili hidup yang segar memerah itu cuma RM1.30 sahaja. Seronoknya shopping kat Pasar Pudu di hari Sabtu!
Dan, bila saya masuk kija Senin hari ini, kawan ‘jahat’ saya pulak tersadai kat rumah dek demam. Aduhai...
Mujur saya boleh lagi update satu entri wpun saya tahu dia tak akan baca punya!
~....mengharap HISYAM untuk menjadi penjaga Teratak Nyatuh tidaklah susah dan tidak pernah pula dia berkira tetapi meninggalkan dia berduaan bersama SERI BULAN untuk sekerat hari walaupun hanya duduk di ambin tidak berdinding, tetap memberi rasa bimbang di hati Mak Utih sedangkan Pak Utih begitu yakin HISYAM bukan seperti belia lain yang cepat bertukar menjadi buaya malahan ramai pula yang seakan cuba menjadi bunga gedik menghimpitnya menjadi buah hati..~
macam sama pulak , tapi sy mebeli belah di pasar sebelum masuk kije.. ; bila anak2 ada di rumah menunya juga berubah mengikut kehendak anak-anak. Dah besar sikit ni baru nak makan yg pedas..
ReplyDeletesy pon tak ambil cuti panjang sempena cuti sekolah ni..
Sotong tu lg murah dari Pasar Borong kak!
ReplyDeletesaya pun malas nak mengupdate hehe..
ReplyDeleterezeki tu kak.. tinggal 4 ringgit je sekilo
ReplyDeleteSama Malas....mood masuk bawak tanah....
ReplyDeleteTak baek malas sayang, orang tak suka nanti. Hehe.
DeleteAku pun malas jugak sebenarnya. Huhu. Xde mood nak buat apa pun. Boleh tak cakap macam tu? Haha.
xbaik tiru.haha
DeleteMurahnya harga barang di pasar pudu ye Azie... murah betul sotong tu... kat tempat saya sotong 1kg rm17 ... boleh dapat 4 kg di pasar pudu huhuhu...
ReplyDeleteCuba gi pasar hari Jumaat pulak..mana tau lagi murah...:P
ReplyDeleteSotong tu murahlah kak.. besar mana ek sotong tu kak.. ?
ReplyDeletesaya klu dpt tomato rm1 , confirm saya beli banyak - banyak . blh minum jus tomato hari - hari .
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteSilalah pindahkan pasar pudu ke bangi wehhhhhh!
saya pun kebelakangan ni menghidap "penyakit" sama =)
ReplyDeleteeh murah ye, saya jarang dapat peluang ke pasar tani
saya pon makin liat nk menaip akk wehhh..tengah kumpul semangat ni pon
ReplyDeletesapa kawan jahat tu azie...? harga di pasar pudu memang betul-betul murah...teringat zaman 70an pergi pasar pudu, masa tu kecil lagi...nasib baik tak kena langgar dengan motor.....huhu
ReplyDelete