Thursday, March 6, 2014

Pasar Karat: sejauhmana kualitinya berbaloi dengan harga...?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
07-03-2014


Beberapa kali saya pergi kerja bersendirian tanpa teman sekerja. Means bila dia takda saya akan naik LRT or bas.

Lalu beberapa kali itu juga jika kami (saya dan MyToklaki) menuju Bus Stand Klang melalui Jalan Sultan (dulu ada panggung wayang Rex lama di situ) pasti kami akan melihat deretan orang berniaga kain baju dan barang-barang lama. Kemudiannya baru saya tahu itu dipanggil Pasar Karat.

Suatu pagi tu, kami berhenti juga untuk melihat dari dekat (sambil si bini blogger ni berangan nak snap gambar). Keterujaan kami laki bini ni lebih nak tengok gadget. Mana la tahu kot ada yang berbaloi untuk dibeli.


Snap cepat-cepat.



Yang saya dok perhati, kebanyakan peniaga adalah orang asing, e.g. Indonesian, Filipino dan ada la juga orang tempatan. Yang pompuan pun ada. Saya kira mereka mula berniaga seawal tengah malam or mungkin selepas kedai-kedai di sekitar Petaling Street berhenti berniaga lalu mereka mengambil alih pasaran.



Perhatikan hp Samsung body putih yang di bawah sekali tu. Saya berkenan juga. Bertanya sekadar test market. Well... made in China, kata peniaga lelaki Indonesia. Yang berniaga bersama isteri. 2nd hand. RM80 sahaja katanya. Saya cuba tawar, hmmm berjaya dapat RM40. Tapi saya tak jadi beli, sebab kurang meyakinkan. Mana la tahu, pakai seminggu rosak terus. Bukan mendesak pun nak beli 2nd hp.

Kamera digital tu pun menarik perhatian juga. Tapi katanya, ada yang rosak ada yang masih elok. RM80 ‘harga buka mulut’. Tapi saya dah ada digital camtu, so abaikan saja.

Tayang-tayang:


Idea merapu seorang Kerani Karat. Telur Pindang tu sebagai selit-menyelit saja.

*Saya akan berkampung di tempat kija bermula malam esok, dan dijangka keluar pada pagi Isnin. Nama saya naik untuk projek besar merebut tender. Hmmm... kena makan vitamin dan ubat tidor nih...! hahahahaha!



 ~...ramai rupanya sudah mula bersoksek-soksek tentang majlis merisik anak dara Pak Imam pada minggu depan yang diselitkan cerita konon sangat dikesali oleh si gadis kerana terlalu angaukan HISYAM
 lalu SERI BULAN merasakan dia dan lelaki pujaan warga Kampung Separuh Desa itu tidak wajar hadir...~




13 comments:

  1. bila ke pasar karat,suami saya cakap-kasut yg depa curi kat masjid pun dijual disini hehe...sbbnya sorg kawannya terjumpa kasutnya yg hilang dijual di pasar karat..

    ReplyDelete
  2. rasa nak wat jugak kat ofis..
    atleast ada yg tersenyum kalau tgok ni kan..

    ReplyDelete
  3. Tido opis! Selamat berjuang kakak, Aina dah 7 tahun tinggalkan dunia tu.

    ReplyDelete
  4. Saya teringin nak pergi. Insya Allah di JB hujung minggu nie. Oh, saya selalu kumpul gula2 dari rumah orang kahwin dan letakkan dalam bekas cantik di opis. Sesiapa yang nak, atau ada staff yang bawa anak kecil, pasti saya agihkan. Seronok tengok muka mereka riang dapat gula2.

    Kak, nama naik untuk tender? Kalau tender tu dapat award, kembunglah poket sikit kan..hehehehehehe.....

    ReplyDelete
  5. xpernah dentar pasar karat ni tapi curious gak mcmana dorg dpt brg2 tu, mgk cam kata k.kam hasil curi tak? allahualam

    ReplyDelete
  6. Wah...nie kena bawa tikar bantal kalau dah overnight...
    Pasar karat mmg rambang mata...kat shah alam pun ada kat stadium tu

    ReplyDelete
  7. macam tak konfiden je tengok orang-orang kt pasar karat tu.. oh nak kena kuarantin ya..jangan lupa hembus kanan kiri biar dapat tender tu he he

    ReplyDelete
  8. saya tak pernah pegi pun pasar karat...tak tau kat mana nak cari

    ReplyDelete
  9. saya x berani nak beli brg2 kat pasar camni . takut brg curi ...

    ReplyDelete
  10. Tak penah g pasar karat..tapi kalau sy pg tu mesti beli dah hp tu murah bru rm40..heheh

    ReplyDelete
  11. Sangat lama tak pergi kat area situ.. ntah kenapa semakin tak berani nak pergi kat area situ..

    berkampung di pejabat.. moga berjaya dalam urusan tender tersebut.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails