Sunday, March 16, 2014

MH370 hilang: orang muda bila marah, orang tua bila melatah...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
15-03-2014


Genap seminggu. PM petang tadi sekitar 2:20pm (saya masih di KD ketika itu) mengadakan sidang akbar yang dinanti-nanti. Satu fasa baru dalam misi mencari dan menyelamat setelah seminggu pelbagai usaha (termasuk yang tak masuk akal) dilakukan.

Kita harap apa saja kemungkinan dan andaian yang dalam siasatan, akan disokong secara bersatu-padu oleh seluruh lapisan masyarakat. Inilah masanya kita diuji dan untuk kita menunjukkan kita satu kumpulan bersatu. Rakyat Malaysia.

Namun, apa yang kita lihat ada sahaja perkara yang kita tak jangka malah kita tak suka pula yang muncul dari hari ke hari. Seronok? Yeaa ada pihak seronok melakukannya, ada juga puak yang seronok menyaksikannya.

Sehingga tumpuan kita jadi berserakan. Antara yang realiti dengan yang imaginasi. Membawa kepada rentetan komen mengomen, kata-mengata dan hukum menghukum.

Umum tahu, bila orang muda menyelar dengan emosi dan kata hati (dan tentu juga dengan ilmu pengetahuan dan kuasa yang ada), orang tua pula yang tak boleh terima.

Saya berpendapat, jika sidang akhbar khas dari pihak orang tua 'sentap' dibuat untuk memberikan respons terhadap orang muda berdarah panas, ianya akan menjadi perbalahan jika ada sambut-menyambut. Saya harap, yang muda tidak respons. Tidak bereaksi. Tidak melenting kala yang tua sedang melatah. Takut ada yang kena belah dek buluh yang patah.

Rakyat sedang menonton. Rakyat sedang memerhati. Anak-anak saya yang tak minat politik pun dah pandai komen itu ini.

Yang penting, fokus kepada isu sebenar. Ada ratusan nyawa sedang dipertaruhkan di luar sana. Di luar yang kita tidak pasti di mana lokasi mereka. Ntah hidup ntah mati. Ntah makan ntah kebuluran. Sama-sama berdoa semoga kesejahteraan mereka terpelihara dan kita berjaya membawa mereka pulang tanpa suatu pun perkara yang tragis.

Saya tidak dapat membayangkan jika salah seorang mereka adalah anak-anak saya or ahli keluarga saya.

Tayang-tayang:


Sangkar anjing pengawal tempat kija saya ni diletakkan di tepi guard house sementara rumahnya diroboh dan diubah ke tempat lain. Saya tak berani dekat sebab kuat melalak. Anjing ni dilepaskan selepas 11 malam setiap hari (kecuali jika masih ada staf belum balik) dan ditambat semula sebelum 7 pagi. Untuk tujuan keselamatan.




 ~...sejak awal lagi sejak pertama kali menjejak kaki di Kampung Separuh Desa, HISYAM sudah dapat mengagak tentang renungan mata Tok Anjang Dali setiap kali melihat SERI BULAN tetapi dia hanya berani mengawasi dari jauh tetapi apabila SERI BULAN terperangkap sendirian di lorong denai yang masih basah lalu dia berlari sambil mengangkat kain setinggi lutut, tahulah HISYAM bahawa Tok Anjang Dali memang sudah lama mengidamkan SERI BULAN. Huhh!...~




18 comments:

  1. macam2 spekulasi ditimbulkan dgn kehilangan MH370 ni,huhu. Eh...anjing...takuttt!heehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Andaian dan spekulasi tidak dapat dielak sama sekali selagi tiada kepastian cerita dan ketentuan nasib mereka yang terlibat. Kita terus menanti dan berdoa...

      Delete
  2. Kod tango dikeluarkan. Been hijacked.

    ReplyDelete
  3. Wohhh..nasib xjmpa hri tu..kalo tak mesti xjmpa k.azie...sy da cabut dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa Chot datang haritu rumah anjing ni masih kat sudut tepi parking sana. Chot jer yang tak nampak. Anjing ni bertambat sepanjang masa waktu siang.

      Delete
  4. Assalamualaikum,
    Daku pun hangin jugak dengan orang tua tuh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang tua tu bukan main konfiden lagi nak saman 100 juta. Amboiiii memang nak duit ker nak publisiti?

      Delete
  5. Bila PM dah umum perkara baru lagi mengejutkan ini takut ada pula yang tiba-tiba nak jadi hero penyelamat pulak...

    ReplyDelete
  6. itulah yang terjadi bila Allah dikesampingkan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu tak silap dulu orang tua tu pernah ditahan atas dakwaan songsang..

      Delete
  7. terhempas atau dirampas...??
    saya pasti,seluruh rakyat mengharapkan semua yg berada dlm pesawat tu masih 'bernyawa'..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa pun situasinya sangatlah kita berharap nyawa mereka yang terlibat tu selamat dan dapat pulang in one piece...

      Delete
  8. dikotak fikiran saya , dah ada jawapan ... mudah2an mereka masih selamat . Hakikatnya bukan mudah nak menangani isu ini . semuanya perlu teliti ...

    ReplyDelete
  9. Tak tau nak kata apa yang pasti doa tak pernah putus buat mereka.

    ReplyDelete
  10. Pelbagai andaian yang kita dengar. Rasa kelakar pun ada. Hari ni ada kaitan dengan alQaeda pula.

    ReplyDelete
  11. wew ada si dogy yang lagi menjaga gerbang.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails