Friday, June 13, 2014

Projek K-Pop (lagi): bila kami spend time together...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
13-06-2014


Selamat menyambut Nisfu Syaaban. Dengan cara tersendiri. Dengan penuh keinsafan.

Cuti sekolah hampir penghujung. Yeaah... minggu depan bebudak akan ‘dihalau’ ke skulah semula. Hmmm... sementara ni, kasi depa lepak puas-puas.

Macam biasa, selaku mak-mak yang lain juga saya tidak terlepas dari agenda masak sakan-sakan kerana rakyat seisi rumah menjadi lebih kuat makan dari biasa.

Projek Keripop saya sudah lama beku. Asyik la tertangguh dek kerana kerja dan badan yang dah tak berapa muda nih. Tapi kerana cuti skulah ni, anak dara nan berdua sentiasa menjadi orang kiri-kanan saya yang boleh saya puji kerajinannya. Boleh laaa...

Lalu projek bermula:


Siapa masih ingat entri tentang MASAK INTI KARIPAP 15 min SAHAJA? (Klik entri untuk beberapa tip saya yang tak seberapa)



Saya terpaksa AMARAN diri sendiri: JANGAN masuk air. Jangan masuk air. Guna ricecooker sahaja.



Gaul mesra, then tutup dan petik. Tunggu. Sama macam kita masak nasi.



Abaikan jer yang comot semomot tuh!



2 kg tepung = berjaya menghasilkan 112 pieces keripop. Stok dalam petibeku (selepas digoreng half-cook)



Tarraaa...!


Masa DAK AMOI dan IKA sekolah lagi dulu, depa la yang menjadi geng saya untuk projek-projek sebegini. Now giliran CHAK dan ALIA plak. Rajin terlebih la depa sebab buat benda ni macam projek eksperimen.

Yeahh... memang kebetulan masa tu filem 3 ABDUL sedang ditayangkan. Wahhh Si Emak ni pun tunjuk terror la boleh ingat banyak dialog dari filem tu. Hahahahha kagum bebudak tuh! Padahal, Si Emak ni, dari kecik sampai dah bangka dok menua dengan filem-filem P.Ramlee. Itu yang dialog pun boleh hafal....!






 ~...bagi yang melihat cinta bukan keutamaan untuk menghuraikan sebuah perhubungan melebihi rasa percaya, istilah asmara atau kasih mesra hampir tidak pernah mendapat tempat bila SERI BULAN berhadapan, bersama Mak Utih yang mengiringi dan Teratak Nyatuh yang menjadi saksi, lalu HISYAM yang sering membelakangi tidak lagi mahu sekadar bayang kala terang, tetapi selepas ini akan berani mendedah diri ibarat kekasih hati yang setia dan sejati..~




12 comments:

  1. teringat masa kecil dulu. ibu rajin buat kuih karipap sebab saya suka makan. nostalgik sangat..hee

    ReplyDelete
  2. teringat emak saya....masa kami kecik2 dulu emak guna 2 kilo tepung utk buat kulit karipap nie...bila dah siap karipap tu digoreng kami makan sekali hadap ajer...

    ReplyDelete
  3. Benar, lain orang lain caranya. Saya belum mampu untuk duduk dan menguli karipap sambil santai begitu kak. Saya rindu nak masak2, tapi hidup masa masih di atas jalan raya lagi... So, hargailah masa berkualiti dengan anak begitu....

    ReplyDelete
  4. puaskan leh buat karipap sendiri?leh letak banyak2 inti..nyummmmm

    ReplyDelete
  5. byk buat tu, kalau sorang mmg lenguh tgn. buat ramai2 mesti seronok.

    ReplyDelete
  6. Kita buat apa yg mampu untuk keluarga kita...asal semua enjoy... Paling penting masa bersama.

    ReplyDelete
  7. saya sebenarnya dah jemu dgn filem p.ramlee tapi bagi anak buah yg baru belajar tgk n faham filem , mrk sgt teruja ...

    ReplyDelete
  8. Saya Buat karipap tekan bunga guna tangan jer ....

    ReplyDelete
  9. fiza dah start buat stok karipap..pau ..pulut panggang frozen...utk bekalan makan bulan puasa nanti :)

    ReplyDelete
  10. asal baca pasal karipap atau tengok gambar, lantas teringat zaman ketika kecil dulu2. sebelum ke sekolah pegi hantar ke kedai runcit, pegi hantar ke rumah orang yang buat sekolah dan terakhir sekali akan hantar ke kantin sekolah sebelum masuk kelas. itulah rutin harian.... rindu pada mama semakin menebal

    ReplyDelete
  11. saya pun nak buat karipap. untung jugak terbukak entri akak ni, baru teringat pasal akak penah buat inti dalam periuk nasik. hihihi.

    ReplyDelete
  12. tq utk resepi masak inti karipap dlm rice cooker tu ye ;)

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails