السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JemAAt
23-02-2012
JemAAt
23-02-2012
Dah lama tak buat karipap. Bila kali akhir, ntah lupa.
Blog ini bukan blog resepi, so aku jarang nak citer apa yang aku masak. Sebab aku memang tak pandai masak sangat pun. Kalu aku citer kat orang, yang aku takda oven orang mesti tak percaya. Abaikan.
Kali ini buat karipap dengan masak inti cara baru. Teknik ni belajar dari sorang kawan yang berniaga nasi lemak dan kuih. Agaknya orang lain dah lama tahu, aku jer yang baru belajar.
Masak inti karipap dalam ricecooker! Selama ni guna kuali, dan memang mengabihkan gas sebab aku buat banyak (untuk 2 kg tepung selalunya), so masak inti mesti makan masa sampai sejam. Kadang2 lebih.
Bila guna rice cooker, hanya 15 minit sahaja. Ohhh sangat cepat. Tak perlu tunggu.
Blog ini bukan blog resepi, so aku jarang nak citer apa yang aku masak. Sebab aku memang tak pandai masak sangat pun. Kalu aku citer kat orang, yang aku takda oven orang mesti tak percaya. Abaikan.
Kali ini buat karipap dengan masak inti cara baru. Teknik ni belajar dari sorang kawan yang berniaga nasi lemak dan kuih. Agaknya orang lain dah lama tahu, aku jer yang baru belajar.
Masak inti karipap dalam ricecooker! Selama ni guna kuali, dan memang mengabihkan gas sebab aku buat banyak (untuk 2 kg tepung selalunya), so masak inti mesti makan masa sampai sejam. Kadang2 lebih.
Bila guna rice cooker, hanya 15 minit sahaja. Ohhh sangat cepat. Tak perlu tunggu.
Kawan aku pesan, jangan masukkan air. Kentang ada air sendiri yang akan empukkan dirinya. heheheh. Rempah dan bawang dia masukkan sekali. Tapi aku lebih suka, tumis bawang besar (potong dadu), dan tumis rempah kari bersama udang kering. Kemudian tuang dalam ricecooker.
Kerana ada air, so sedikit watery. Lalu inti aku sedikit lembik. Next time bleh improve lagi.
Masak inti macam kita masak nasi. Bila button dah “tendang”, kacau inti dan buka tutupnya (jangan off power dulu). Inti akan masak dan kering sendiri. Cuba, pasti jadi. Dan betul kata kawan aku, inti tak hangus dan tak melekat pun. Ohhh.. aku suka! Lupa nak snap pic inti masa kering.
Goreng half-cook, simpan frozen. Goreng bila mahu. Yang geram, pagi petang siang malam, depa mahu.
Rakyat dalam rumah memang la suka. Dan mendapat Pujian Kelas Pertama! AMOI akan balik malam ini untuk 2 sebab:
1. Karipap
2. esok ada walimatulurus yang kami kena pegi sekeluarga.
1. Karipap
2. esok ada walimatulurus yang kami kena pegi sekeluarga.
~...SERI BULAN malu hendak mengaku dia tidak kenal mana rempah Kerutup mana rempah Kuzi kerana dia hanya pandai makan Rempah-Ratus bukan rempah ribu-ribu sedang HISYAM semakin handal mengenal Ais Kepal dan pekerja Nepal...~
Waaaa....tips yang bagus buat inti karipap..
ReplyDeleteToce toce Azie ...
Oo, barulah tahu azie. Kalau nak bubuh daging? Masuk sekali ngan kentang?
ReplyDeleteSalam Azie,
ReplyDeletehahahahaha Azie bagi cara buat inti dan kulit pun auntie masih bengong. Tak pernah buat karipap seumur hidup.
pernah cuba sekali kot, tak reti nak klim tepi tuh, beli acuan karipap yang kepit tuh dah bertahun2 tapi tak pernah tergerak hati nak buat.
Tak pernah jumpa karipap beli yang sedap, serius..kebanyakkan inti karipap manis..mati dan putus selera.
bleh tiruuu ni...
ReplyDeletebetul tu,,buat sendiri lg bagus,,,puas hati,,,ade mase lawat la blog sy im newbie..hehehehe
ReplyDeletehttp://ournext.blogspot.com/
Bnyaknya karipap...!!!
ReplyDeleteSalam AA
ReplyDeleteMama tak pernah tau, tkasih byk2. Ni anak2 ada di rumah boleh cuba.
Ilmu baru...TQ
ReplyDeleteWah! terima kasih kak. Tapi ... rempah apa, berapa banyak bawang, berapa kg daging. Hehehehe :) Saya yang tahu makan karipap jer.
ReplyDeletebolehlah munna bagi tahu rahsia ni kak akak munna.. dia mmg business karipap hari2
ReplyDeleteOooo ado caro yg lobih sonong yooo..bagus3X nnti den buek lak...timo kasih kak AA..:))
ReplyDeletesaya percaya kerana saya juga takda oven. bagusnya cepat 15minit saja, nak cuba tapi tak pandai buat kulitnya, kena lah cuba try pakai kulit popia saja..
ReplyDeleteDERU OMBAK:
ReplyDeleteSama-sama Kak. Nanti buat bebanyak yaaa!
CIKGU NORMAH:
Kalu nak bubuh daging, saya rasa daging tu kena masuk dulu rebus sampai empuk kot. Kalu saya, haruslah saya masak daging tu sampai air dia kering, pastu baru boh kentang.
UNTIE MARINA:
ReplyDeleteSaya pun dulu tak reti Untie. Tapi gigih belajar juga kelim karipap tu. Mula-mula dulu guna acuan juga.
Saya pun tak gemar inti karipap manis. Saya buat mesti yang sedikit pedas dan perisa kari.
CHIK ATT:
Sila... sila tiru. Kalu tak menjadi, jangan salahkan cikgu ini ya.. hahaha
FROGOS:
ReplyDeleteTerimakasih.
Saya selalu lawat, tapi tak tahu nak komen apa. Belum study habis lagi blog tu.
MULUTPAYAU:
Menang biasa buat sekali banyak. Penat sekali saja. Tapi dapat hasil banyak.
MAMA JU:
ReplyDeleteKita ni kalu nak buat apa pun, mesti nak ingat anak-anak dulu, kan?
KAK HANI:
Sila belajar sama-sama yaaa.
ACIK MLMW:
ReplyDeleteKak Azie main belasah jer. TAk sukat sangat pun. Bawang tu sekadar 1 labu jer cukup jika kentang cuma 1 kg. Potong dadu. Rempah tu pun agak ler kira-kira 2,3 sudu + sedikit rempah kari (jika nak pedas). Tumis mcm masak kari.
MUNNA:
Yeah, untuk orang berniaga sesuai teknik ni. Jimat masa, jimat gas.
CT NOARIZAH:
ReplyDeleteHarap-harap cara ni lah yang paling senang setakat ini.
NURSALAMAH:
Kalu guna kulit popia, dah jadi Samosa ler namanya. Tapi tetap sedap. Sebab kulit popia garing.
info berguna.. wah lepas ni masak dalam rice cooker je laa... tak gaduh nak lap dapoq dah pas ni... hehe...
ReplyDeleteThanks akak ... nanti saya nak cuba. Sebab saya suka inti karipap. Tak letak dalam karipap pun tak per, tapi makan dengan roti, dan boleh dibuat isi kebab jugak :)
ReplyDeleteTQSM 4 sharing.....
ReplyDeleteWah.. menarik tu.. Terima kasih kerana berkongsi. Teringin nak cuba.
ReplyDelete