Friday, October 25, 2013

Kehilangan... dan selingan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
25-10-2013


Ku coba ungkap tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkanmu meninggalkanku

Ku merasa tlah kehilangan
Cintamu yang tlah lama hilang
Kau pergi jauh karena salahku
Yang tak pernah menganggap kamu ada

*Kadang-kadang, sekali-sekala memang kita akan merasa seperti kita tiada di mata orang. Seolah-olah orang tak merasa kita ada, kita hadir pun. Kerana pada waktu itu, ada orang lain yang lebih menarik perhatian, lebih bagus, lebih great (kunun), dan kita merasa langsung tidak diperhatikan.

Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita

Takkan ku sia-siakan kamu lagi

*Seorang rakan mengadu dia ingin join reunion kecil kawan sekolah lama yang bakal diadakan (diumum di FB). Puluhan tahun ditinggalkan lalu dia rasa, tak ramai orang akan ingat dia lagi. Selain itu, dia rasa dia tidak pernah popular pun masa sekolah dulu. Yeahh.... istilah popular itu boleh saja popular kerana pandai. Asyik nama dia saja naik ke pentas kerana Anugerah Cemerlang Akademik. Atau popular kerana cantik dan cutenya seseorang masa tu sehingga ramai budak senior lelaki asyik dok hantar surat berbedak talkum pada dia. Atau.. popular kerana handal dalam sukan, bola sepak ker, takraw ker... sehinggakan time latihan pun penuh bebudak pompuan turun tengok!

Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku

*Kelmarin seorang lelaki mengadu, dia pegi beli nasi ayam di satu kedai yang jauh dari rumah dan jauh dari tempat keja (sebab kena buat keja luar kawasan). Lalu kerana merasa sedap, tingin la dia nak beli bungkus untuk si isteri kat rumah. (kenapa orang selalu guna ayat “si isteri” tapi untuk suami guna “sang suami”?).

Tapi semasa minta untuk bungkus, orang kedai tu muka masam dan jeling semacam, terus dia kensel dan tekad, itu kali akhir la dia nak makan kat kedai tu. Walaupun sedap? Yaaa... walaupun sedap, katanya.


Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita
Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila

Takkan ku sia-siakan kamu lagi. (2x)
(Kehilangan — Firman)

Sebenarnya, saya suka lagu Kehilangan tu.

******

Tayang-tayang:


Jeruk Asin + Ikan Bilis Garing. Pemangkin selera kalu rasa tak berselera nak demam. Makan dengan Bubur Nasi pun ok. Versi saya, goreng garing bersama cili kering.




 ~....setiap kali hujan menitis menimpa daun getah, HISYAM hanya mampu memandang batang getah yang basah tapi masih boleh ditadah, tidak upaya membantu menoreh tetapi tetap juga SERI BULAN menghulur bekal Pulut Tanak dan Ikan Masin lalu duduk bergebang sampai petang di bangsal kecil beratap nipah sambil mengimbas kisah kenapa boleh terjebak bagaimana boleh mengelak...~...~




16 comments:

  1. Perasaan seperti tu Aina pun selalu merasa sebegitu tapi sejak dah umur 30an ni dah hilang kot ada aku kesah korang kenal ke tak...ahahahaa...

    ReplyDelete
  2. sekolah rendah rupanya sy dipandang, sekolah menengah pun ada y memandang. di universiti pun ada yang memandang....

    pandang-memandang-dipandang <-- bukan kepentingan bagi sy... sebab sy pemalu. x perlu pandang, cuma perlu hargai.

    ReplyDelete
  3. Salam Azie,

    Apa kena mengena kawan yg nak join reunion tu dgn sang suami yg tak jadi beli nasik ayam utk si isteri?


    Isteri di panggil si kerana bunyinya lembut dan feminin manakala suami dipanggil sang supaya terserlah kejantanannya ….. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. azie memang suka buat kisah selingan …..

      Delete
  4. Salam Azie, kisah yg pertama tu mcm kakpb pulak. Hujung bulan ni kami akan ada gathering kwn sekolah lama, berpisah puluh tahun tak jumpa. Pastilah ada rasa tak popular, tak pandai, tak cantik dulu2nya dan bila nak bertemu teragak2 pula. Kakpb pun, tapi kakpb think positive la....kelebihan mereka tak mungkin tiada kekurangan. Dan kekurangan kita, takkanlah takde yg menarik langsong?
    Kisah kedua, selalu juga kakpb merajok walau sedap bagai disyurga masakannya. Biarkan sejuk hati, dah lupa.....datang lagi. Manusia kan selalu buat silap, maafkan je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak, memang perlukan psikologi dan minda yang kuat untuk pandang positif dalam hal macam ni. saya sendiri pun banyak kali escape gathering dengan batch sekolah. antara nya sebab saya kerja, dan sebab di atas tu la yang saya tak nak pergi. sebab saya masih di tahap membandingkan diri dengan orang lain.

      ye, walaupun orang lain kata tak kisah la engkau kerja apa pun, kita masih kawan. tapi dalam hati mereka, mereka akan kata, heee tengok la kau ni. masih kerja tu lagi eh? dah berapa tahun tak jumpa masih di takuk yang lama. tengok aku ni.

      mereka akan cakap begitu walaupun mulut mereka senyum. nak kata saya prejudis? kata la. tapi hakikatnya itu la yang manusia fikir bila mereka berada di tahap yang lebih tinggi.

      Delete
  5. bes lagu ni kan
    salam perkenalan dari ida
    jemput singgah blog ida ye
    umielman.blogpsot.com
    dah follow blog ni no 888

    ReplyDelete
  6. berdebar nak jumpa teman lama...tapi bagus gathering ni...hubungan yang terputus disambung kembali....

    suka sangat jeruk asin...

    ReplyDelete
  7. Laaaaa..jeruk asin ( tak pernah makan pun)...igt kan sayur kobis goreng..hahaha ( macam kat kedai mamak jual..)

    ReplyDelete
  8. tak berapa minat nak join reunion sekolah.. tapi teringin nak gathering dengan blogger.. ;)

    ReplyDelete
  9. lagu tuh best.. cuma definisi kehilangan dari cerita selingan akak buat saya x feeling macam slalu..
    hahahahaha.. tapi betul lah.. tak semestinya lagu cinta sebab feeling cinta kan..

    tak femes takpe..bila jadi diri kita sendiri..
    org tetap kenal kita di mana2 kita berada..
    setiap perwatakan kita.. jika ikhlas dari hati..
    pasti dikenang sampai mati :)

    ReplyDelete
  10. Salam kak azie,
    reunion... tak berani saya nak fikir, sbb saya bukanlah org fofular. hehe.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails