Aku kena tag dan aku dah pun jawab (dalam blog lagi satu). Sekarang aku copy semula jawapan aku dan akan MEMANJANGKAN TAG ini kepada orang-orang yang aku akan pilih nanti. Jaga-jaga sapa yang terpilih.. Ahaaa... tak tahuuu...!
A. Copy Badge untuk diletakkan di blog anda.
The badge..
Wooiii aku tak tau nak boh badge apa, boh badge Negeri Perak je lah ek? Hahahaha...!

PERAK CREST
B. Link atau ceritakan kembali siapa yg memberikan award ini kepada anda.
CHE YAH COMEL laaaa... > http://cheyahchomel.blogspot.com/
C. Setiap blogger hendaklah menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih pemenang seterusnya.
1. Aku suka warna PURPLE.
2. Aku seorang yang sangat peramah, suka buat lawak, yang paling ketara, suka GELAK, sampai masa kat skulah dulu, ada cikgu nak jahit mulut aku — pertama sebab gelak, kedua sebab aku kuat latah. Tapi bila dah lama-lama, latah tu makin kurang, dan kadang-kadang langsung tak latah pun wpun terkejut. Terror tak aku? Hikhikhik!
3. Aku suka membaca. Suka sangat, tahap GABAN. Surat khabar bungkus nasik lemak pun aku nak baca wpun mungkin setakat satu perenggan. Buku-buku terlalu banyak, menjadi milik peribadi yang sangat disayangi (Penulis yang paling aku suka, AL-TAHA, semua buku tulisan dia aku ada). Aku juga suka menulis, mengarang, berkarya tetapi harus diakui, aku bukan seorang penulis yang baik. Walaupun sajak pernah tersiar di majalah, tetapi kekangan waktu membuatkan sajak aku lambat bertambah. Sekarang ni sebagai mengekalkan minat, aku menjadikan acara malam puisi bulanan di Rumah PENA sebagai rutin.
4. Tak ramai kawan wanita. Opps! Jangan salahkan diri anda. Sebab sejak sekolah lagi, aku lebih selesa berkawan dengan kaum lelaki sahaja, sehinggalah sekarang. Kenapa...? Rasanya tidak perlulah aku bercerita panjang lebar.. Nanti tak adil untuk kawan-kawan wanita aku, kan?
5. Keluarga dan anak-anak adalah keutamaan. Top priority..! So aku tidak boleh berkompromi dalam hal-hal yang melibatkan kesejahteraan keluarga.
6. Hidup sederhana. Kerana sejak dulu, aku percaya kesederhanaan adalah yang terbaik dalam segala aspek. Walaupun mungkin akan dinilai dengan pelbagai penilaian di mata orang, aku tidak pernah menjadikan itu sebagai suatu yang harus aku fikirkan. Banyak keje lain lagi lah, selain dok ambik pot apa orang nak kata pasal aku...
7. Aku suka suasana kampung, kehijauan, laut dan pantai, sawah bendang ataupun kebun getah sekalipun. Mungkin kerana agak lama tinggal di KL, aku selalu merindukan suasana nyaman seperti kampung halamanku sendiri. Malah aku juga suka main hujan...!
8. Aku bukan seorang yang pendendam. Sentiasa belajar dan mengajar diri untuk sentiasa memaafkan orang lain. Setiap kali aku merasa kecewa dengan apa saja sikap orang terhadap aku, aku akan berkata pada diri, “lebih perit dan pedih dari ini pun aku boleh maafkan, kenapa kali ini tidak?”
9. Minat kasut sejak mula bekerja. Walaupun murah sekali pun, jika warna itu menarik minat, pasti usahakan juga nak beli. So, ada banyak koleksi. Tetapi dalam masa yang sama, aku lebih selesa berSELIPAR sahaja walaupun untuk hadir ke hampir kebanyakan aktiviti-aktiviti YPN.
10. Terakhir, (walaupun mungkin ada banyak lagi...) aku seorang yang sangat prihatin. Dalam banyak bidang, keprihatinan aku sering menjadi keutamaan, cuma kadang-kadang tidak terlihat atau tidak perlu diperlihatkan...
Orang yang aku ingin nak TAG:
KAKCIK SEROJA
AKAK
FA (aintsuperwoman)
ECHAH
SITI MURNI
dan semua blogger yang membaca post ini. Buat tau, jangan hampakan sayaaaa...!
















.jpg)






