Friday, February 5, 2010

“Ada syiling, kak?”

2 malam lalu, aku singgah ke 7-11 kat area rumah. Kalu dah masuk kedai yang 24 jam beroperasi-tak-reti-tidur ni, apa lagi nak beli selain dari barang makan yang penting. Penting ler bagi aku, kalu dah roti pun dah abih. So aku masuk situ nak beli roti. Hajat tu memang nak beli roti, tapi mesti ler capai sekali dengan Kaya.

Kedai yang satu ini memang harganya mahal. Semua orang tahu, mahalnya lebih dari kedai biasa. Maklum nak kena kira gak time depa tak tidur tu tapi sanggup buka kedai untuk orang tak kira waktu. Kan? Tapi harga-harga terkawal (terkawal kerrr?) seperti roti adalah sama walaupun di mana saja.

Capai roti mata nampak ler susunan air minuman pelbagai jenis dalam peti sejuk yang tinggi sampai siling tu. Cukup menggoda tapi aku ambik 2 botol kecil jer Air Soya. Nak buat bekal untuk anak sekolah esok pagi. Roti tu pun untuk depa yang nak pi sekolah jugak.

Well, pi kat kaunter. Hulur note RM50. Memang bawak itu jer sekeping. Total belian RM11.40 (ada ler aku capai benda lain...):D

Kaunter girl: “Akak ada duit kecik tak?”

Selalu dah aku dengar question ni dari budak-budak yang jaga 7-E ni. Dulu aku heran, pastu depa kata depa jarang simpan cash banyak sebab risiko, maklum kedai bukak 24 jam sehari.

AKU: “Takda ler dik. Memang bawa itu jer...” Senyummmm..

The Girl: “Syiling ada kak?” Aku geleng. Memang mata ni dah nampak jumlah belian. Biasanya aku sediakan duit kecik @ syiling sebelum diminta. Memang tak salah untuk memudahkan kerja mereka, kan? Baik aku niiii...

Sorang lagi staf, lelaki, mudaaaaa sangat. Macam budak tengah tunggu SPM jerrrr... Muka ketat semacam. Supervisor kah? Tapi The Girl tu lagi nampak dewasa dari dia? Apa, budak muda tak bleh jadi Supervisor ker Azie? hehehehe..

Lelaki Muda: “Kak, kasilah syiling kak, kitaorang takda duit kecik ni.”

AKU: “Takda dik. Kalu ada, mesti Akak kasi.”

Lelaki Muda: “Cemana ni Kak. Takkan 40 sen pun takda.”

AKU: “Actually, U're not supposed minta duit kecik dari customer tau. 7-E ni bukak 24 jam. Takkan ler takdak duit kecik?” Ada nada hangin tak tuh, kengkawan?

Lelaki Muda: “Takda kak. Kalu semua orang kasi note RM50? Susah la kami kak.”

AKU: “That's not my problem. 7-E bukan baru hari ini berniaga, ok. U all patut tahu apa nak buat dengan masalah duit kecik ni.” > Wahhh rasa nyaman jer berangin, kan? hahahaha

Yang perempuan dah terkedu. Mata dia pandang Lelaki Muda. Lelaki Muda cakap, “Ok, kasi jelah..”

So aku dapat tukaran yang tepat. Maksudnya, depa memang ada duit syiling tu, tapi depa nak jugak duit syiling aku. Sebab duit syiling aku lagi laku, agaknya. Maklumlah, duduk dalam purse aku yang ada brand.. Ahaks! > jahat akuuu..

Mujur aku tak kasi dia siling kedai dia..!

On the way balik, sempat lagi aku reka dialog, “7-E bawah Berjaya Group tau... Belum cukup berjaya ler kalu gini gayanya..!” Tapi tak sempat ler aku melakunkan dialog tu. Simpan untuk adegan kecemasan yang lain.. hahahahaha...!


~...hari ini seronok dapat berborak dengan sorang blogger yang dok BANGI tu.. Terimakasih sudi borak-borak dan sama-sama bergelak...~

26 comments:

  1. btol.
    tak suka kalao kita mmg dah xde duit kecik, dia nk komplain2 lak
    customer alwys rite kan?
    kalao saya, ada duit kecik mmg saya bg jer.
    nsib baik x penah jadi macam kes akak ni lagi.huhu.
    kalao x, saya pun memang nak komplen abissss!
    hahaha.

    diorang patut sediakan duit syiling ke ape.
    patut bersdia dengan ape pun ke kemungkinan.
    kan kan.
    ahaha pjg lak comment:p

    ReplyDelete
  2. azie,
    akak setuju...
    depa yg bukak kedai..
    depalah kena cukup duit kecik ker.. duit shiling ker... semua nak senang...

    ReplyDelete
  3. Azah, mmg dah banyak kali berlaku cam tu bukan aje di seben-eleben malah disupermarket dan kiosk minyak.

    Bila terjadi gitu, MOOD I akan cepat bertukar cam chameleon. Kalau budak yg bertanya tu beradap, I akan layan.. takat muka pus2 PR longlai, I akan selamberly kata 'takde' <- nada lembut tapi dot2.. (dah banyak kali layan dgn kes mintak siling nih so sekali sekala jadi 'jahat', boleh kan?)

    ReplyDelete
  4. Macam skrip dlm TV plak..

    "pagi2 macamni mana saya ada duit kecik..he3"..

    Klau duit kecik takde(mintak halal je boleh tak?wakaka..)

    ReplyDelete
  5. dia nak senang kerja dia ler tuh...malas nak korek2

    ReplyDelete
  6. EJAA > Salam kenal. Sekali sekala komplen cam tu best, kan?


    AKAK > Budak muda memang macam tu agaknya.. Nak mudahhh jerrr..

    ReplyDelete
  7. KAK SOM > jadi seronok dan laser mulut sekali sekala memang best.. Rasa macam menang duit banyak jerrr...


    ZUREEN > Biasanya kalu kat supermarket, mereka takkan pulangkan baki yg 1-2 sen tu.. sebab mereka genapkan. Begitu juga, jika kita perlu bayar ada 3 or 4 sen, kita perlu bayar 5 sen genap...
    Ada kedai yang harga barangnya tak pernah ada sen ni, genap jer semua...

    ReplyDelete
  8. KAK ZIE > Memang betul tu... Semua nak kerja senang jer kan.. Tak pun mungkin dia tak reti kira kot.. hahahaha...

    ReplyDelete
  9. Selalu gak terkena macam ni... geram kan. Sampai lastly kita terpaksa lak beli benda yang tidak berkenaan nak kasi mudah kerja dia untuk genapkan figure. Hish :(

    ReplyDelete
  10. ACIK > Jangan diikut sangat rentak depa ni.. Pekedai patut tahu ini adalah lumrah, bilamana pembeli akan bayar dgn tunai lebih... so sediakan lah duit kecil...

    ReplyDelete
  11. kalu saya, saya akan cakap saya bukan tukang cop duit syiling..ngehehe

    ReplyDelete
  12. AZRUL > dialog itu akan digunakan di masa yang lain.. heheheh...

    ReplyDelete
  13. muka ceria, senyum cantik. tp "bekem". hehehe

    ReplyDelete
  14. EELOBOR > “bekem” tu mender ek... sama tak makna dengan “bengkeng?” :D

    ReplyDelete
  15. I lagi jahat, kadang2 mmg ada syiling, tapi maleh nak kerebek2, cari2 dalam handbag! Buat muker slumberlanddddd jeeee....kihkihkih...(apa2pun tengok pada cashier dulu, kalo muka dia pun innocent gitu, kesian pulak). Tapi kalo muka kerek, jenih kuat begaya benor, teman buat donno jeee... :D

    ReplyDelete
  16. FA > yang sebenornya dalam stori di atas, kalu I rajin kerebek purse, harus ada setakat 4 kupang tuh... tapi kerana KEREK nyer si Lelaki Muda tersebut.. idak ler teman sior nak membagi nyerrr...!

    ReplyDelete
  17. hahha.
    memang la.
    ppuan kalao komplain mmg bestt kan kak!
    huhuhu ley gosip2:p

    ReplyDelete
  18. Orang berniaga, dah tanggungjawab dia la sedia duit kecik. Jangan kata akak, kalau saya pun saya hangin satu badan. Siap paksa2 tanya lak tu..ish..saya lak yang geram lebih ni!

    ReplyDelete
  19. EJAA > ada juga orang lelaki yang suka komplen... tapi jarang serius mcm kita... siap beliak beliak mata.. hahahah!


    SITI > itulah point yang Kak Azie nak citer. Memang geram tak lepas..

    ReplyDelete
  20. Salam!
    Saya jarang sekali pergi ke 7-11 krn harga mahal dr kedai biasa serta menjual bahan2 larangan spt pelbagai jenis arak. Kot2 dah terdesak ke situ malam2 krn nak `top-up` kredit handphone

    ReplyDelete
  21. geram kalau peniaga2 nie x tau nak sedia kan duit kecik...acu pun selalu terkena macam tu..kadang2 saje je turun x bawa purse...bawa duit sekeping je...

    tapi angin kak zie mcm "kencang" je kan..ahaks

    ReplyDelete
  22. TAJNUR > Benar, 7-E memang jual barangan “terdesak” dan atas konsep itu kita sedia maklum dan menerima, harga memang mahal. Saya masuk di malam hari di kala kedai runcit dan mini market semua sudah tutup...


    ACU > Kencang jugak ler tu... hehehehe..!

    ReplyDelete
  23. Lama dah tak pi kedai 7-E ni sbb ada kedai kwn yg buka hingga jam 1 pg @ kedai stesyen minyak yg jual 24jam (tp kena minta pd jurujual dia, pintu depa kunci) Gamaknya kalau ada kedai lain yg buka 24jam mcm tu juga, tentu depa pun tak byk songeh sbb ada persaingan.

    ReplyDelete
  24. SHANIZA > Benar kak. Bila terlalu sedikit berkonsep begitu, depa perasan depa sangat penting.. kalu ada yg buat lebih baguih nanti, baru depa tau...

    ReplyDelete
  25. Setuju!

    Tapi sebaik-baiknya hentam kaw-kaw lagi. Dan kemudian bawa juga hal ni ke Kementerian Pengguna ke guna-guna ke haper benda tu semua.

    ReplyDelete
  26. Salam,
    Mmmmm habaq je kat depa tu, duit kecik masuk tabung...payah nak bawak hu huhuu

    Ramai jugak ye blogger dr Bangi ni ;) Ingatkan teman sorang aje

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails