Aku kena tag dan aku dah pun jawab (dalam blog lagi satu). Sekarang aku copy semula jawapan aku dan akan MEMANJANGKAN TAG ini kepada orang-orang yang aku akan pilih nanti. Jaga-jaga sapa yang terpilih.. Ahaaa... tak tahuuu...!
A. Copy Badge untuk diletakkan di blog anda.
The badge..
Wooiii aku tak tau nak boh badge apa, boh badge Negeri Perak je lah ek? Hahahaha...!
PERAK CREST
B. Link atau ceritakan kembali siapa yg memberikan award ini kepada anda.
CHE YAH COMEL laaaa... > http://cheyahchomel.blogspot.com/
C. Setiap blogger hendaklah menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih pemenang seterusnya.
1. Aku suka warna PURPLE.
2. Aku seorang yang sangat peramah, suka buat lawak, yang paling ketara, suka GELAK, sampai masa kat skulah dulu, ada cikgu nak jahit mulut aku — pertama sebab gelak, kedua sebab aku kuat latah. Tapi bila dah lama-lama, latah tu makin kurang, dan kadang-kadang langsung tak latah pun wpun terkejut. Terror tak aku? Hikhikhik!
3. Aku suka membaca. Suka sangat, tahap GABAN. Surat khabar bungkus nasik lemak pun aku nak baca wpun mungkin setakat satu perenggan. Buku-buku terlalu banyak, menjadi milik peribadi yang sangat disayangi (Penulis yang paling aku suka, AL-TAHA, semua buku tulisan dia aku ada). Aku juga suka menulis, mengarang, berkarya tetapi harus diakui, aku bukan seorang penulis yang baik. Walaupun sajak pernah tersiar di majalah, tetapi kekangan waktu membuatkan sajak aku lambat bertambah. Sekarang ni sebagai mengekalkan minat, aku menjadikan acara malam puisi bulanan di Rumah PENA sebagai rutin.
4. Tak ramai kawan wanita. Opps! Jangan salahkan diri anda. Sebab sejak sekolah lagi, aku lebih selesa berkawan dengan kaum lelaki sahaja, sehinggalah sekarang. Kenapa...? Rasanya tidak perlulah aku bercerita panjang lebar.. Nanti tak adil untuk kawan-kawan wanita aku, kan?
5. Keluarga dan anak-anak adalah keutamaan. Top priority..! So aku tidak boleh berkompromi dalam hal-hal yang melibatkan kesejahteraan keluarga.
6. Hidup sederhana. Kerana sejak dulu, aku percaya kesederhanaan adalah yang terbaik dalam segala aspek. Walaupun mungkin akan dinilai dengan pelbagai penilaian di mata orang, aku tidak pernah menjadikan itu sebagai suatu yang harus aku fikirkan. Banyak keje lain lagi lah, selain dok ambik pot apa orang nak kata pasal aku...
7. Aku suka suasana kampung, kehijauan, laut dan pantai, sawah bendang ataupun kebun getah sekalipun. Mungkin kerana agak lama tinggal di KL, aku selalu merindukan suasana nyaman seperti kampung halamanku sendiri. Malah aku juga suka main hujan...!
8. Aku bukan seorang yang pendendam. Sentiasa belajar dan mengajar diri untuk sentiasa memaafkan orang lain. Setiap kali aku merasa kecewa dengan apa saja sikap orang terhadap aku, aku akan berkata pada diri, “lebih perit dan pedih dari ini pun aku boleh maafkan, kenapa kali ini tidak?”
9. Minat kasut sejak mula bekerja. Walaupun murah sekali pun, jika warna itu menarik minat, pasti usahakan juga nak beli. So, ada banyak koleksi. Tetapi dalam masa yang sama, aku lebih selesa berSELIPAR sahaja walaupun untuk hadir ke hampir kebanyakan aktiviti-aktiviti YPN.
10. Terakhir, (walaupun mungkin ada banyak lagi...) aku seorang yang sangat prihatin. Dalam banyak bidang, keprihatinan aku sering menjadi keutamaan, cuma kadang-kadang tidak terlihat atau tidak perlu diperlihatkan...
Orang yang aku ingin nak TAG:
KAKCIK SEROJA
AKAK
FA (aintsuperwoman)
ECHAH
SITI MURNI
dan semua blogger yang membaca post ini. Buat tau, jangan hampakan sayaaaa...!
Fuhh! nasib baik nama tak naik ..he3..seronok baca tag orang ni..
ReplyDeleteZUREEN > jangan ingat anda terlepas.. lain kali mesti nak kena taq diaaaa....hehehe..!
ReplyDeletegagaga.nasib bukan saya sebab saya da maleh wat tag.haha
ReplyDeletebtw, tq kak komen pasal blog saye tu.im really appreciated it!
Salam Kak Azie..
ReplyDeleteNasib baik cikgu tak jahit mulut akak tu ek.. kalau tak mesti akak kurus kering sekarang.. ye ler macam mana nak makan mulut dah kena jahit..hehe
alamak...sudah kena tag...:p
ReplyDeleteerk...takde dateline kan akak..??hehe
Waaaaaaaaaaa... apa pasal wa punya nama atas sekali??? wa tatak reti mau jawab maaaa.... waaaaaaaaa..... :(
ReplyDeletehuwaaaaaaaaa
ReplyDeleteden dulu2 dah selalu main tag tig tu nih
jenuh nak menjawab
haaaaaaaaaa
tak mo la kena lagi
ekkeke
jawab jgn tak jawab okay
heeeeeeee
tak pandai wat tag la
ReplyDeleteyeaa....takde nama.... :)
ReplyDeleteEJAA > tegur untuk keselesaan dan kebaikan bersama. ok kan?
ReplyDeleteNIDA > ada yang nak kene jahit mulut niiii....
mesti banyak buku novel ni... rumah mesti cam library, bley la pinjam kot
ReplyDeleteSITI > kalu rasa free, buat. Kalu idak abaikan jer. Bukan kene denda pun.
ReplyDeleteKAKCIK > tak reti jawab? Maka zero lah markah untuk KAK CIK...:)
BLUECITY > sama ler kita. Saya pun ada juga taq yang saya abaikan. Tak larat nak jawab...:)
ReplyDeleteMAMAI > sekali sekala apa salah mencuba.
AZRUL > nanti kita boh nama diaaa...
CEMOMOI > nak kata library tu tak lah, tapi satu almari dah penuh dah... kalu nak pinjam kena daftar diri dulu...:)
ReplyDeletepuh...hh lega...... abeli tak reti benda pun
ReplyDeleteish teman seghonok benor le nengokkan badge Perak tu! Tapiiii...uwaaaaaaa...tak reti nak buat macam mana!! Ada dulu, masa tahun lepas kawan I tu pernah nak ajar I, tapi dia kena sampuk terus tak sedar diri...hehehe...
ReplyDeleteek eleh..hobi sampai saploh ko mau :(
ReplyDeleteaku takde hobi la beb melainkan makan dan shoping.itupun kalau ada duit..hiks :p
so hang abaikan jer nama aku disitu.. :)
salam...
ReplyDeletenaper tak tag pak long..hehehehehe
ABELI > tak reti pun takpa, tak rugi apa.. :)
ReplyDeleteFA > orang Peghak kena ler bangga tauuu.. FA, ko kene bayar pengeras lebih skit baru pandai gamaknyerrr...
ECHAH > aku saja jerr.. dah agak, ramai yang malas nak buat.. sama lah macam aku pun...:)
ReplyDeletePAKLONG > kalu rajin buat PAKLONG... tak kisah la.
Hi Anne, nice pics.....and I love your profile pic of that handphone, very original and creative.
ReplyDeleteHave fun and keep well, Lee.
teringat dulu seorang kawan yg juga merupakan kakak bg ila,dia juga lebih suka berkawan dgn lelaki berbanding perempuan.Alasannya, perempuan tak pandai simpan rahsia dan suka menceceh...tu alasan yg di beri.terpulang pada persepsi masing
ReplyDeletesungguh rajin buat tag,
ReplyDeletesalamm,
UNCLE > Hello.... thanks.
ReplyDeleteSometimes my creativity boleh disebut sebagai crazy..:)
KAK ZIE > masing2 ada pendapat dan alasan sendiri. Mengikut keselesaan asal sahaja tidak ke tahap menghina...
TUNBEGIA > Saya tidak serajin mana pun, bila dah kerap kena tag saya rasa wajar juga menjawab sebahagian. Nanti ada lak yg kecil hati..
ReplyDeleteMasih ada banyak tag yang saya tak jawab. Sampai terlupa...
salam... wah2 kak azie dah buat renovation ke? nampak ceria je blog ni sekarang...
ReplyDeletedalam banyak2 komen, saya dok tergelak bila baca komen dak nida tu... hak3 memang takde insurans jari jemari dak nida tu... wakakakakakaaaaa..!!
ICEEEEEEEEEEEEEE....! mana ko pegi wehhh? Cuti lama sangat?
ReplyDeleteDak NIDA tu memanggg.. memanggg... Mentang2 dia dok jauh berani ler dia melaser dengan Akak dia ni..hahaha..
dia balik nanti, kita pakat-pakat jahit plak mulut dia.. Ahaks!
sori laaa lama mnghilang... ada banyak masalah peribadi yang kena setelkan sebelum ni... huhuhuuu kadang2 taktau nak mengadu kat sape... so simpan je laaaa sume tu dalam hati... keh3 nak ngadu kat kak azie bley ke?
ReplyDeleteDedulu rajin pergi ke majlis sastera, rumah Gapena tu adalah pergi... sebab ratib 1,000 Syair itu!...
ReplyDeleteSebut rumah PENA saya pun tak reti nak pergi.
ICE > gua manyak rindu sama lu aaarrr... Nak ngadu? Blehhh... pengerasnya mahal skit dah skanggg...:)
ReplyDeleteBang IDAN > Rumah GAPENA tu satu laman jer dgn Rumah PENA. Satu lorong masuk. Belakang Restoren Tupai-Tupai juga..