Wednesday, February 3, 2010

Cuti yang tak cuti...

Sepanjang cuti yang lalu, bagi setengah orang mungkin lama ler 3 hari tu kan? Aku pun rasa lama gak, sebab lebih sehari dari biasa... hehehe

Tapi agenda penuh.

Dari menghadiri majlis walimatul urus di rumah kawan lama di Rinching Hilir, hingga ke mesyuarat tidak rasmi, hingga ke program taklimat bersama SKM, MKM dan ANGKASA di De Palma...

Taklimat awal tahun untuk program sepanjang tahun 2010

Kami hadir di malam akad nikah sebagai jemputan juga pengiring kepada 40 orang anak yatim yang dijemput khas.

bersambung melawat kawan yang dibedah di Ampang Puteri..

termasuk agenda masak-masak dan makan-makan dengan anak-anak...

Murtabak Maggi yang dimasak atas permintaan anak-anak.

...juga berpeluang masak Pulut Kuning dan Rendang Ayam (MAAF memang hanya mampu cerita jer ni...) dan bersedekah serba sikit kepada kawan terdekat dan keluarga Ustaz yang mengajar anak-anak mengaji (btw, sempena anak naik Al-Quran). > ni kira agenda tertunda.

dan hadir Gathering bersama warga Perlis di KL dalam Program Gathering AP.com di Sate Station Kg Pandan...

kemudian melawat ABAH Mertua yang ditahan di IJN, KL kerana masalah jantungnya yang masih kurang stabil walaupun sudah dibedah...

bersambung dengan kerja itu kerja ini...

Hahaha.... mesti ada yang nak komen, aku macam menteri pulak, orang penting kunun, sibuk ke hulu hilir. Hahahaha..!


~...cuma agenda masuk panggung tetap juga tidak terlaksana...~


24 comments:

  1. aik tak selisih ke kita kat tengah jalan kot, sebab gie kenduri kat rincing tengah ahad lepas

    ReplyDelete
  2. CEMOMOI > Kak Azie tidak pergi pada hari Ahad kerana terlibat dgn kursus, jadi Kak Azie pegi pada Sabtu malam Ahad.. malam akad nikah.. sekali membawa anak2 yatim yang diraikan.

    Adakah kita ke majlis di rumah yg sama? Rumah Kak SUPINAH di Lorong Datok Rasit?

    hmmm?

    ReplyDelete
  3. hehe... saya lak akan bz this week... last week xbz sgt.. balik ipoh lagi... jgn jeles

    ReplyDelete
  4. HEZRIN > tiap kali citer pasal balik Ipoh Kak Azie sering teringat beberapa perkara:

    1. Nasi Ganja di Ipoh yg dengar citer memang best — lum pernah rasa.
    2. Arwah Abg NGAH tinggal di Ipoh dulu.. dah 3 tahun meninggal — tiada anak
    3. Ada ramai kawan di Ipoh tapi jarang ada masa nak pegi jumpa.

    ReplyDelete
  5. salam

    std lar tu untuk isteri dan ibu yang super macam kak azie, tu belum cerita sesi mengemas rumah, basuh baju, lipat baju, cuci bilik air, etc etc.... pendek kata, sedar2 celik mata je, eh, hari ni dah keje kan? Hehehe... nasib baik dh gosok baju kan? Kalau tak... huhuhu... haru!

    ReplyDelete
  6. kak zie,
    sesekali tukar murtabak megi tu ke pizza megi..
    sodappppp...

    ReplyDelete
  7. itulah pengorbanan....sebagai anak, tngjwb kerja, sebagai memenuhi keperluan insan & bersosial juga ikatan ukhwah

    ReplyDelete
  8. ROSNANIE > tu kira lum sampai level standard lagi tuh.. Apa yang ROS sebut tu, tak semuanya dapat dibuat serentak atau dlm satu masa. Mati lerrr nak capai semua tu, melainkan sebagai Penolong Ketua Darjah @ Ketua Rumah, kena lah agihkan2 tugasan:
    1. dah lama tak cuci bilik air sbb anak2 lelaki lagi handal bab ni..
    2. baju sekulah pun dah lama tak jadi kerja tetap sebab anak pompuan Tahun 6 boleh gosok baju adik. Anak2 lelaki gosok sendiri baju sekolah.
    3. Lipat baju — ini sekali sekala kongsi tugas dengan Ketua Darjah.

    Kalu taknak kongsi, nanti depa kena masak sendiri.. hahahaha..

    ReplyDelete
  9. ACU > Murtabak Meggi tu pun Kak Azie dapat dari sorang teman blogger LIEYSSA. Yang dlm gambar tu tak berapa lengkap tu sebab takda brokoli. Guna apa yang ada dlm fridge jerrr... Tapi habis jugakk...



    EELOBOR > Ada kala kita teringin nak penuhi semua tuntutan, dalam masa yang sama ingin menjadi terbaik kepada semua orang.. Ini sekadar usaha yang sedikit..

    ReplyDelete
  10. azie,
    sibuk nyer... macam menteri...
    menteri pun sempat menambah bini...
    hehehehehehehehehehehehehhehehe....
    bila lagi nak kutuk....

    ReplyDelete
  11. salam!
    Tu diya hah, sibuk sakan ngalahkan mal datin! So, dari hari ni bolehlah kami semua panggil Azie, makdatin! Kalu dah cukup 40 org, mudah2an dimakbulkan oleh Allah, Amiin...

    ReplyDelete
  12. Salam kak azie..jadual padat tu. bagus jgk, at least terisi waktu cuti akak tu.
    Murtabak maggi nampak sedap. tak pernah cuba makanan ni.
    Moga2 'abah mertua' cepat sembuh..sy doakan :-)

    ReplyDelete
  13. Salam kak Azie..

    Wah dah macam YB pula... padatnya jadual..

    Semoga Abah mertua akak cepat sembuh..aminnn

    ReplyDelete
  14. KAK MAH > kutuk ker tu.. hahahaha. Azie sempat tambah juga, tambah peminat. Hahahaha!!


    TAJNUR > salam Bang. Alaaaa... gelaran tu lum cukup tu, kurang2 pun bagi ler gelaran Datin Sri ker..Ahaks!

    ReplyDelete
  15. SITI MURNI > adakala cuti yg padat memang best, tp kalu takdak program terasa ler sunyi nyerrr..

    aminnnn... terimakasih atas doa.

    ReplyDelete
  16. amboiii...sibuk bebenor ye...ater, jom le ikut teman gi jenjalan.....

    ReplyDelete
  17. Hello Azieazah, I love that murtabak....have not eaten it long time.
    Chutu nak pergi mana?
    You have fun and keep well, Lee.

    ReplyDelete
  18. NIDA > sibuk tu macam sibuk buat-buat.. heeheh..
    Terimakasih doa...


    FA > nak pi jalan ke mana? Nak ikuttt...! Nak ikuttt...!

    ReplyDelete
  19. UNCLE LEE > That murtabak I create sendiri, not special menu..

    Cuti Chinese New Year, mungkin akan pergi ke Johor..

    Thanks UNCLE....

    ReplyDelete
  20. Aslmkm.
    Hmmm, ya tu, mmg seronok memasak bila byk org suka makan kan? Rasa berbaloi & appreciated :) & Mmg amat bagus utk memenuhi masa dgn perkara2 yg membahagiakan.
    Actually, depa menteri & YBs tu lain agenda .. depa mesti buat sibuk giler, kalau tidak, tak di undi lg nnti ...

    ReplyDelete
  21. Masih busy walaupun cuti ye Kak Azie..

    Murtabak maggi tu mcm sedap jer..sharelah resepi..bolehlah mencubanya..(atau nak ajak mkn kat umah jer..he3)

    ReplyDelete
  22. DDRFAUZIAH > Kak G.. seronok tak seronok pun kena gak ler masak. Dah ramai benor rakyat nyer yang nak makan...
    Sibuk menteri, tak terlayan kita. Sebab tu saya tak jadi menteri.. hehehe.


    ZUREEN > Resepi “bodo” kata orang. Main leboh leboh dlm telur dadar jer... Bahan pun guna apa yang ada.. Nak sedap lagi, patut taruh brokoli tu..

    ReplyDelete
  23. Menteri ada PA, sbb tu sempat tambah bini walaupun bizi. akak kita sorang ni long ranger...semer benda nak kena buat ;)

    Apapun...hidup tetap perlu hepi kan ;)

    ReplyDelete
  24. ANYSS > ya... yang penting kita happy..!!

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails