Friday, January 29, 2010

Berat sebuah penghinaan...

Biasa kita tengok drama, drama Melayu lah of course... selalu kita dipaparkan dengan adegan penderaan mental, penghinaan, double standard dan seumpamanya lah...

tapi pernahkah kita meletak diri kita dalam adegan itu? berapa ramai yang terasa atau turut terpukul bila menerima penghinaan? berbanding kalu lihat adegan sayu ibu terseksa, ayah menderita or yg lebih kurang begitu?

Aku tak pernah ler seumur hidup aku merasa terhina atas apa keadaan sekali pun, ataupun aku tidak melihat sesuatu itu sebagai suatu penghinaan. Malah seluruh ahli keluarga aku belum pernah mengalami apa jua bentuk penghinaan, syukur Alhamdulillah. Dan kerana itu aku yakin, KESEDERHANAAN adalah sebaik-baik keadaan... mungkin tidak buat semua orang tetapi sekurang-kurang untuk diri aku sendiri sahaja.

Sehinggalah,
aku merasa terhina, terpukul, tertampar dan “down” sama sekali bila aku disebut sebagai orang yang paling tidak layak menjadi kawan. Jika dari mulut orang lain, aku masih mampu menutup telinga dan anggap itu tidak penting, tapi jika mendengar sendiri, depan mata sendiri?

Seperti melihat seorang pelakun drama yang cun melecun, seperti melihat seorang yang menang award Pelakun Terbaik, aku mendengar ayat “layak di bawah tapak kaki saya saja..!” dan mata ini tidak pandai menipu bila melihat sepasang kaki digoyang-goyang dengan tapak kaki ditenyeh ke lantai... Dan aku melihat muka aku ditonyoh. Hingga seorang aku terkedu tiada jawapan. Tak melawan. Dan aku diajar untuk tidak jadi kurang ajar walapun kepada orang yang lebih muda dari aku. Terimakasih AYAH, terimakasih BONDA.

Hati lebih sakit dan pedih dari muka ditonyoh ke lantai simen sebuah bilik kecil tempat kami pernah duduk bercerita...

Beberapa minit kemudian, aku berjalan dengan hati yang kosong. Tiada jawapan, tiada komen kerana bingung mencari salah diri. Lebih perit bila aku tidak mampu meluahkan kepada sesiapa pun. Tidak mampu bercerita waima kepada TOKLAKI sendiri. Kenapa? Kerana selama ini kami dilihat sebagai kawan baik, kawan paling mesra, paling serasi paling SEJIWA.. konon! Aku mengutuk diri sendiri dengan keadaan itu. Terasa aku begitu angkuh menjadi kawannya dulu, terasa seperti aku terlalu riak bila berkawan dengan dia. Dia yang begitu cantik, begitu bergaya hebat, begitu istimewa, menjadi rebutan ramai untuk menjadi kawan juga, dan dia lebih rapat dengan aku.. Tak banggakah? Akhirnya aku yang malu sendiri.

Punca? Aku tidak pasti sama sekali, hingga hari ini aku tidak tahu apa, tetapi kerana penghinaan sebegitu, aku tidak langsung lagi jadi berminat untuk mengetahui puncanya.

Akhirnya aku menyesali keadaan angkuh aku sendiri. Keadaan kekesalan itu berlangsung lama selepas itu, agak lama bagi aku. Berbulan juga untuk melalui hari-hari di mana tidak lagi mahu menyebut namanya, tidak lagi suasana makan bersama or bercerita bersama dan paling seksa bila tiada lagi berkongsi begitu banyak perkara termasuk gelak tawa gurau...

Lama aku menyimpan ayat penghinaan itu dalam kepala sendiri sahaja. Dan mengajar diri untuk menerima keadaan di mana aku sememangnya tidak layak lagi menjadi kawannya, dan aku memupuk rasa kesedaran mengatasi rasa kerinduan saat manis kami berkawan. Lagipun masa berkawan dulu, aku lah yang lebih banyak mengalah, lebih banyak menjadi pendengar sehingga terlalu sedikit yang aku luahkan berbanding dia.

Aku sudah maafkan dia. Dia terlanjur. Dia terlepas kata. Dia tidak sengaja. Dia wanita yang baik, dia seorang yang dihormati lagi popular, dan mana mungkin dia merasa rugi ketiadaan seorang kawan macam aku.

Fikiran jahat aku sesekali saja datang, berkira-kira begini: aku ada keluarga bahagia, aku ada anak-anak yang boleh dibanggakan, ada ramai kawan, ada kerjaya baik, dan aku gembira dengan keadaan aku yang serba sederhana ini. (Berbanding dia — cuma satu perkara — dia belum ada anak sehingga hari ini, walaupun aku tahu duit dia berkepuk-kepuk)

Gambar hiasan — cilok dari Google, ntah ler sapa yang punya. Thanks anyway.

Hari ini aku sudah semakin kuat dan tidak langsung kisah tentang dia. Tak pernah lagi timbul minat aku nak tahu pasal dia. Tidak sama sekali. Kerana rupanya, aku mempunyai lebih ramai... jauh lebih ramai kawan yang jauh lebih baik, lebih hebat dari dia. Terimakasih...! Terimakasih...!

*yang kumaksudkan adalah kawan bukan sahabat...


~...Selamat bercuti buat warga Wilayah. Manfaatkan cuti dengan sebaiknya. Agenda aku sepanjang 3 hari nanti juga penuh. Bersama keluarga, anak-anak dan kawan-kawan. Wahhh gumbiranyaaaaa...!~



30 comments:

  1. Kak Azie macamana nak dapatkan kod letak banner utk adik ammar kat tepi ye??huhuhu..sudah lupe nak buat camnelah....

    ReplyDelete
  2. ZUREEN > Kak Azie just tarik jer dari blog DINA, tapi skang ni ZUREEN leh klik jer ribbon tu dan tarik ribbon tu. “TARIK” di sini bermaksud save imej. Kak Azie tarik jer ke my desktop sebab Kak Azie gunakan Apple Mac dan internet guna Safari.. Mungkin berbeza dari guna PC tu.. yg mungkin kena guna right klik, kan? I’m not sure...

    Bila dah save imej tu, kat your own blog, ”add a gadget” dan pilih nak add PIC... add lah imej ribbon tadi..

    Harap dapat membantu...

    ReplyDelete
  3. Sangat membantu..terima kasih kak Azie..dah berjaya letak ..

    ReplyDelete
  4. CALUK > kati tak tau... tapi kalu kilo, baru setengah kilo...:D

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Azie..

    Kisah di atas sangat membuatkan saya berhati-hati dalam memilih kawan.. kawan ketawa ramai.. kawan menangis???

    ReplyDelete
  6. Azie,
    itu bukan kawan...
    kawan tidak akan menghina/mengutuk kawan.
    biarpun jangkamasa persahabatan itu lama terjalin, sepatutnya sama-sama rasa makin seronok berkawan...tiada perasaan ralat...
    dalam dunia ni masih banyak lagi kawan...

    ReplyDelete
  7. novel tebaru ker...watak2nya putih dan lebam...kelabu asap???

    apa2 hal cerita kena dgr kedua belahpihak baru ADIL..penulis yang adil..personifikasi yang samarata..

    ReplyDelete
  8. NIDA > seronok ada ramai kawan ni...


    AKAK > agaknya hati muda, masih panas.


    ZEQZEQ > masa Pesta Buku nanti novel tu akan dijual dengan harga istimewa. Jangan lupa dapatkan yerrr..

    ReplyDelete
  9. Salam!
    Hidup ni bknnya sentiasa riang ibarat roda berpusing. Malah cara keriangan dan kedukaan pun tak sama. Jadi kenalah kita sesuaikan penghidupan kita dgn mrk yg sealiran dgn kita. Firman Allah SWT,"Wahai org2 beriman, janganlah kamu ambil teman kepercayaan kamu org2 yg diluar kalangan kamu krn mereka tidak henti2 menimbulkan kemudharatan bagimu." Silalah rujuk ayat ini dgn lebih lanjut. Wallahualam

    ReplyDelete
  10. Memaafkan..itu sudah cukup baik kak azie..kawan yang macam ni tak perlu la kita nak ambil kisah sangat, dia hebat, kita teruskan kehidupan seadanya. Go go kak azie! Bersederhana dalam kehidupan, punya happy family, punya sahabat maya yang mungkin lebih memahami...:-) ceria2 ya...

    ReplyDelete
  11. salam ziarah..
    nk panggil mokyang jgk la..
    bley??

    ReplyDelete
  12. Salam..
    Rasulullah SAW bersabda;
    " Allah memberi wahyu kepadaku agar engkau bertawaduk sehingga tidak ada orang sombong terhadap yang lainnya, kemudian jika dia disombongi oleh orang lain, hendaklah dia bersabar."

    Allah SWT berfirman yang bermaksud;
    " Maafkanlah dan suruhlah (mengerjakan) yang makruf dan berpalinglah dari orang-orang yang jahil."

    ReplyDelete
  13. baru jer jumpa kawan lama setelah 27 tahun tak berjumpa.kali terakhir aku berjumpa pada hari kawin aku.

    tuhan jer yg tahu...rasa mcm nak jerit kuat-kuat bila aku nmpk dia.kami mmg bespren masa form 5 dulu.

    sentiasa bersama,menangis ketawa tp bab boipren aku rahsia abis.bayangkan dia tatau sape boipren aku sehingga hari aku naik pelamin. ha ha ha mmg aku perahsia orgnyer.. :D

    rindu nak dgr suara dia,gelak tawa dia yg manja,penyayang dan sgt baik hati :)

    ReplyDelete
  14. Tak sure sama ada dah ada orang komen gini sebab beta tak baca komen di atas (macam sombong benar bunyinya kan? Adoi laaa...) Tapi sis, bila seseorang tergamak kata pada kita bahaw akita tak layak jadi kawan dia, tu bukan penghinaan. Tu penghormatan namanya. Yang hina ialah orang yang sanggup nak jadi kawan kepada keldai macam tu.

    ReplyDelete
  15. Hi Azieazah, I used to see quite a few Malay movies or drama in cinemas....not because of the picture, ha ha, but because of my favourite actresses acting, ha ha.
    Have a nice weekend, Lee.

    ReplyDelete
  16. "Mengapa perlu mencari kesempurnaan jika diri juga tak sempurna. Mengapa perlu mencari kejujuran jika diri juga tak pernah jujur. Kita tak perlu mencari seseorang insan yang sempurna untuk menjadi TEMAN, Cukuplah mempunyai seorang TEMAN yang menjadikan kita cukup sempurna bila bersamanya..."

    ReplyDelete
  17. salam kenal Aziezah..
    maaf ye kerana lewat singgah..
    ida pernah rasa begitu..di sini..seorg sahabat yg paling kerap ida kunjungi..satu waktu dulu agak intim..tapi dia buang ida tanpa kata2 tanpa sebab..apa sja jejak dan pemberian ida di blognya dibuang..sgt sedih kerna tak tahu apa salah dan silap..

    ReplyDelete
  18. Akak Azie kita,
    Orang kata; mawar tetap diminati ramai kerana keindahan dan harumnya walaupun berduri. Jadi, usah salahkan mawar andai jari kita yang terluka meneteskan darah.
    Biarpun mawar itu indah di mata orang, wangi aromanya di hidung orang, namun mawar yang sama pernah lukakan jari kita. Bukan salah kitapun kalau kita tak suka tanam mawar lagi.
    Kalau mawar tu rasa dia tak layak dok depan pintu rumah kita sbb dia bergelar "mawar", banyak bunga lain lagi boleh kita letak.
    Walaupun melur tu putih je, baunya tetap wangi juga. Kita masih juga punya pilihan yg lain kan?

    ReplyDelete
  19. Kak Azie,

    Vic pernah dikhianati dengan teruk oleh kawan yang TERLALU rapat dengan vic. Kecewa Tuhan aje yang tahu. Akhirnya vic jauhkan diri hampir setahun...

    Tiba2 bulan lepas dia datang balik. Menangis, peluk dan kata "MINTA MAAF, AKU RINDU PERSAHABATAN KITA YANG DULU". Vic cuma angguk, maafkan dia dan minta maaf juga.

    Tapi hakikatnya... luka itu dah sembuh kak... vic dah maafkan dia lama... cuma... parutnya tetap ada.. dan tak kira berapa lama pun... parut tu akan mengingatkan vic tentang mcm mana parut tu boleh ada di situ. We can forgive easily... but it's not easy to forget.

    ReplyDelete
  20. ada sambungan siri ,,HINA tak??

    dah ada anak ker dah jumpa bomoh jker..dah kena BUANG ker...
    mana tau dah mula merayu BF lama kah kah kah..
    khasnya bila SMS BF tak dilayan.
    hanya lagu diudara sebagai pengikat kenangan...

    ReplyDelete
  21. Seorang teman pernah berpesan....

    Dalam kawan ada musuh, dalam musuh ada kawan.

    Kak, kalau orang lapang nanti email akak sal trip tu.

    ReplyDelete
  22. salam
    kak azie, semoga terus tabah.... betul, itu bukan kawan, cuma...mcm lagu aishah...kemaafan dendan yang terindah... mungkin memaafkan adalah lebih baik. (dan baik juga untuk jantung kita, hehehe....)

    ReplyDelete
  23. Huwa !!! sedih nyer baca post entry akak kali ni. Terbawa bawa emosi, dan terbayang diri sendiri kena macam tu. Tak per kak, saya sudi jadi sahabat akak, pedulikan dia. Dia yang rugi sebab tak bersahabat dengan akak. Dan dia tak layak jadi sahabat akak pun. Siapa dia nak menilai orang tu bagus atau tidak untuk berkawan dengan dia. Macam la dia bagus sangat... (marah ni, bagi pihak akak ku yang disayangi)

    ReplyDelete
  24. :D

    terimakasih pendapat semua.. saya menghargainya...

    ReplyDelete
  25. bersederhana dalam semua perkara insyaallah hati pon bole tenang..

    ReplyDelete
  26. Salam kak zie yang dihormati,

    Sebenarnya sy masih belum layak lagi nak bagi pendapat dalam hal ni sebab sypun jauh lebih mentah dari kak zie..

    Cuma bagi saya dalam berkawan dan bersahabat memang ada pasang surutnya..pandangan kita kekadang terkhilaf dengan pandangan kawan tanpa kita sedar..asalkan kita masih berpegang kepada kewarasan dan masih dalam landasan agama rasanya tidak mengapa kehilangan seorang yang kurang memberi manfaat dalam hidup kita..

    bukanlah bermaksud untuk bermusuh tapi hakikatnya kita tak mampu nak puaskan hati semua orang..tak mampu nak berbuat baik kepada semua orang dengan ragam yang berbeza..jadi, mana yang rasanya memberi manfaat kepada kita, kita jaga hubungan tu tapi bagi yang selalu memudharatkan sebaiknya tinggalkan agar ia tak membawa perkara tak elok kepada kita juga..

    Hidup mesti diteruskan kak zie :) smile always..i always be at ur sife kak..:)

    ReplyDelete
  27. Terimakasih... Terimakasih... Terimakasih...

    Kak AZIE baca semua komen dan pendapat juga pujukan...

    dengan penuh rasa keinsafan...

    ReplyDelete
  28. topik tanpa pembelaan sama taraf dgn kes ..

    isteri buka BLOG kutuk EX hby dan sebaliknya
    kakitangan kutuk bekas bos..

    lain kali kena ada LINK pembelaan dari pihak sana..samada kes politik atau peibadi

    ReplyDelete
  29. ZEQZEQ > di mana ayat saya yang berbaur kutukan? Tolong beritahu saya...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails