Bila disebut kebebasan bersuara, ramai mengaitkan dengan demokrasi, di mana kita bebas, dalam erti kata boleh bercakap apa saja, berbuat apa saja... tapi masih tertakluk di bawah undang-undang, kan?
ohh... kali ni nak bercerita tentang sesuatu yang serius? Hmmm.. sikit laarr... Bercampur dengan rasa kekesalan dan kekecewaan bila kebebasan bersuara sering disalahertikan sebagai boleh cakap, boleh tulis apa saja.. hentam sana hentam sini...
Harus juga aku mengakui, aku sendiri tidak begitu yakin tentang adakah aku bebas bersuara?
Berbanding zaman dulu, kebebasan bersuara lebih menjurus arena politik, memilih ketua or pemimpin. Paling-paling berani nak mengutuk pun hantar surat layang. Kutuk belakang.
Di luar negara, jangan dibanding, lebih dahsyat, lebih daring. Tetapi mereka sudah menerima budaya sebegitu. Undang-undang mereka membolehkan mereka bercakap dengan cara mereka. Malah rasanya banyak universiti di luar negara, ada sudut khas (“speech corner”?) di mana para mahasiswa boleh bercakap (orang awam juga mungkin boleh), menentang sesuatu yang mereka lihat tidak betul, atau mungkin sekadar berlatih bercakap di depan umum.
Gambar sekadar hiasan dan pencantik entri...hehehehe.
Hari ini, laman sosial sudah menjadi sesuatu yang pasti, suatu kemestian. Dan seringlah kita melihat, membaca dan menonton begitu banyak tulisan-tulisan yang dikatakan, “kebebasan bersuara” sehingga melupakan tentang adab, tentang sopan budi bahasa lalu banyaklah yang menulis dengan EMOSI, dengan angkuh seolah-olah mereka kebal tak takut undang-undang.
Betul ker berani? (tak pasti samada mereka menjadi suruhan atau proksi mana-mana pihak). Sumbat masuk penjara barang seminggu bagi depa rasa tengok..! Berani ker tak berani?
Membiarkan saja “orang-orang berani” itu bersuara kerana kita ni orang awam jua, takda kuasa selain kuasa pengguna (itupun adakala tak pandai guna). Hehehehehe...
Tetapi bila diri sendiri terperangkap dalam keadaan “berani bersuara” itu membuatkan aku menjadi marah, kesal dan sangat kecewa.
Keberanian bersuara bukan semua menguntungkan. Percayalah..! Lebih banyak membawa kesusahan dan kesilapan ini seringkali pula memberi kekesalan.
Belajarlah dari kesilapan orang-orang terdahulu dari kita. Jangan seangkuh mereka, kerana orang angkuh takda orang nak amik buat menantu..!
~...Terimakasih, kawan aku yang tercampak jauh kerana tugas di Kuching, Sarawak hari ini masuk kebun bunga cari bunga PURPLE, khas buat aku.
ACIK, kenal tak kawan sejati kita yang sorang ni..? Ahaks!~
samalah macam pepatah - terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk akibatnya, bukan begitu?
ReplyDeleteTUN > What is done cannot be undone... Sama-samalah kita belajar dari salah silap orang itu...:D
ReplyDeletehangat² jer smua....lepas tu diam. masing² nk jaga periuk nasi. sejarah lalu membukti kan.
ReplyDeletesalam
ReplyDeletebebas ke bersuara
kalau taku2 kena tangkap
kalau takut kena serang
heeeeeeeeee...
tapi
saling hormati itu perlu
Kerana pulut santan binasa
ReplyDeleteSebab mulut habis pulut
oooppp ... sebab mulut badan binasa
Dah tu mulut orang sekarang
tak ada insurance ... :D
Fulamak, akak hampir tak kenal kawan sejati akak sebab hensem banget. Kirim salam kat dia ek ;)
EELOBOR > kes jadi hangat bila ramai yg sokong... kalu sensorang... senyap lah dia...
ReplyDeleteBLUECITY > Salam kenal kembali.. Terimakasih singgah. Menghoarmati tu kan budaya kita...
ACIK MYLIFE > Syarikat insurans pun tak jual skim insuran mulut ni... kalu tidak Makcik Kayoooo...!
ReplyDeleteKawan sejati kita memang tambah hensem sekarang nihhh....:D
Salam!
ReplyDeleteDalam keadaan sistem keadilan tak menyokong sepenuhnya, lebih baik kita diamkan diri. Kalau kita berdegar2 bersuara pun, hujung2nya nasib kita macam tu juga, tak ada perubahan dan manusia hanya simmpati sahaja....
TAJNUR > Setiap negara ada sistem keadilan masing-masing. Kita ada “Kedaulatan Undang-Undang. Keluhuran Perlembagaan”..
ReplyDeleteJangan kerana salah mulut sendiri yang celupar, kita nak salahkan sistem keadilan pula..
*Tak sabar nak tunggu keputusan SAIFUL vs DSAI....
Salam Kak zie..
ReplyDeleteSetuju sesangat.. kebebasan bersuara lebih banyak mendatangkan keburukan dari kebaikan... kita ni bukan robot yg takde perasaan... bersuara tu boleh, tapi kena gaya dan tempatnya
NIDA > Tapi kalu dalam rumah sendiri, kita bebas bersuara, kan? heheheh.. suka hati jer leh order dgn anak soh tolong buat keja..
ReplyDeleteatau suka ati jer mintak itu ini dengan laki sendiri...hahahha...
salam dari bukit istana.. hai zie.. ada baik ke.. lama dah zie tak datang rumah abeli... patut la... zie x buat link.. tak tau entri terkini.. tak pe la.. abeli buat link blog zie.. bila ada entri terkini abeli dtg jengok.. bukan apa nak bekawan lagi.. dng zie..
ReplyDeletebgus topik zie .. kebebasan bersuara..tidak semestinya dlm perhimpunan sahaja kita boleh bersuara.. dalam rumah kita juga perlu ada kebebasan bersuara.. setiap ahli keluarga perlu meluahkan apa yang tidak di sukai.. yang disukai.. dlm keluarga.. tapi bahaya juga... hari tu abeli kantoi dgn kak.. bila anak sulung abeli balik cerita kat mak dia abeli minum kat bandar dgn awek... mlm tu tidur kat dpn tv..nyudahnya
Salam..
ReplyDeleteKebebasan bersuara bukan bermakna bebas nk kutuk dan kata org tanpa adab dan kesopanan. Boleh beri pendpt tp kalau ada yg dok caci maki, tu bukan lagi dikira kebebasan bersuara lg. Tu dh kurang ajar!
Kebebasan bersuara ni kira macam kebebasan seks le kan? Kan? Bukan ke? Ke?
ReplyDeletesalam...
ReplyDeletesuaraku hanya untuk anak murid ku saja...pendita malang...hehehe
ABELI > Saya minta maaf yer... Lama tak jengah orang Pahang...:D Nanti saya akan luangkan masa untuk bertandang...
ReplyDeleteBersuara tentang ketidakpuasan itu bermakna kita TELUS. Saya suka TELUS yang ini..
Bila baca ABELI kena tido depan tv, rasa kesian ada, nak gelak pun ada.. Naper tak bawak AWEK tu makan di rumah dengan mak?
KAK SHANIZA > benar... Kita tidak wajar bersuara bebas tetapi dalam emosi melampau sehingga menjadi biadap...
ReplyDeleteKHAYALKHAYAL > hampir sama, saya rasa..!
PAKLONG > Tiada istilah malang langsung. Andai dalam 10 orang murid sekalipun, jika hanya seorang yang mendengar dan mengikuti ajaran, itu suatu kejayaan juga...
ReplyDeleteGuru adalah profesi mulia dan disanjung tinggi... Tapi jangan kebebasan bersuara itu disalahguna.. Kalu mana-mana guru nak masuk politik, sila beri laluan orang lain pula yang nak jadi guru.. Tak gitu PAKLONG?
Azah, I setuju sangat yang nih "orang angkuh takda orang nak amik buat menantu.."
ReplyDeleteI suka berbicara dengan hemah wpun dlm keadaan getir (auwww.. )
KAK SOM > dalam umur2 yang cenggini, selalu plak terfikir pasal menantu... cucu.. hehehehe...!
ReplyDeleteBerbicara hemah memang dipuji, itu tandanya kita datang dari generasi yang baik-baik, berbudi bahasa..