Maaf kerana ada beberapa komen yang agak lewat aku respons. Sejak lebih seminggu lalu, ACER ada problem. Sangkakan adapter, tapi rasanya bateri. Dah hantar kepada seseorang untuk check, bukak ler apa yang patut sebab aku memang seketul haram memang tak reti. Sekarang ACER dah dihantar ke “panel tetap” yang memang ditugaskan untuk kerja-kerja IT ni.
Jumaat lepas memang aku pergi ke Rumah PENA. Tapi instinct aku tidak membenarkan aku membawa sebarang sajak. Ya, memang aku tidak ditolak kerana pendeklamasi memang dah ramai dan aku pun tak tonton habis. Nanti kelewatan. Rutin aku dan TOKLAKI setiap kali ke Rumah PENA, maksimum hanya sehingga jam 10.30 malam sahaja. Samada menarik atau tidak, bila “masa dah time” mesti beransur.
Ayahanda Dr AHMAD RAZALI (Ya... pakai seliper jugak yang best...!)
Dah lama aku nak snap pic ni sejak plak ni mula digantung dari siri pertama. Plak poster program-program MASKARA anjuran Sol-JAH. Aku pernah terlibat dalam salah satu program dan pernah hadir dalam 2 program. Selebihnya, tak berkesempatan. Tapi program MASKARA ni memang besttttt.. best sangat. Lain dari yang lain. Sering diadakan di Rumah PENA juga. Lama tul tak tengok group Sol-JAH ni perform. Kalu nak tahu apa itu Sol-JAH, leh cari di blog aku ini juga, skroll ke bawah sana...
Kerana malam itu program dibuat di laman, dan ruang tamu agak kosong, dapat ler aku snap pic ni. Jika ujan, program terpaksa dibuat di dalam rumah.
Malam Bersama KALAM (Persatuan Penulis Kuala Lumpur) dengan tema bersempena Hari Wilayah.
Memang ada banyak gambar yg aku sempat snap, dan biasanya aku tak papar umum, tapi ritu ada sorang yang harap dapat tunjuk gambar, so aku tayang beberapa pic yang sempat aku snap dan berKONGSI beberapa pengalaman.
Mujur cuaca baik wpun petang itu hujan lebat, akhirnya berhenti sekitar jam 6 petang. Malam tu cuaca baik sampaikan bintang pun leh nampak kelihatan.
Apa yang buat aku terkejut? Semasa nak duduk di kerusi penonton, seseorang menegurku, “Kak Azie...!”
Aku memang jarang ajak geng ikut ke Rumah PENA, sebab tak ramai kawan-kawan aku yang minat nak duduk sejam dua semata-mata nak dengar sajak, gurindam or apa saja yg seumpama. Dulu2 selalu sorang “kembar” aku selalu join dan tiap kali kalu kami datang, TOKLAKI tak perlu temankan aku. Tapi sejak “kembar” aku kena tukar mengajar di PD, aku memang datang dgn TOKLAKI saja. Tapi dia lebih suka duduk kat belakanggggg sekali...
Rupanya rakan blogger yang dulu pertama kali jumpa di Gathering Blogger di FRIM, cuit aku. Wuaaaaa...! Rupanya dia sorang juga, datang menonton untuk release tension. Dia juga sudah beberapa kali datang cuma kami tidak pernah bertemu sebelum ini, sebab aku sendiri dah 2,3 bulan tidak menjengah Rumah PENA.
Inilah kenangannya. Yang kebetulannya pula, nama kami memang sama.. memang sama. Ejaan pun sama. hehehehe..
Terimakasih. Kerana menjadi peneman Kak Azie sepanjang malam “Bersama KALAM”. Klik SINI untuk mengenalinya.
Seronok kami enjoy bersama menonton persembahan dan bersama bertepuk bila ada yang bergurindam. Best sekali bila ada teman yang seKEPALA.
Insan yang handal bergurindam, MAS-ADEKI — aku panggil dia “cikgu” (Cikgu Sidek).
Sudah menulis beberapa buah buku mengajar gurindam dan karya beliau. Setiap kali aku hadir di sini, dia pasti ada. Seronok gurindam beliau. Sapa yang belum pernah dengar, pasti terkejut kerana gurindamnya berirama dan penuh nasihat. Antara buku tulisan beliau ialah “Seuntai Kasih Secebis Harapan”.
Pengarah YASSIN SALLEH — aku pernah tonton dia 2,3 kali. Sajak dia penuh makna.
Syed Azman — nyanyi 2 lagu ciptaan SM ZAKIR. Memang best lagu puisi tu, asyik sekaliiii...
Adik Mohd Shaifullah Mohd Taib deklamasi sajak karya ayahnya Mohd Taib. Sempat gak aku sembang dengan ayahnya, datang bawa juga kakak kepada Shaifullah iaitu Nor Shahirah. Anak-anak merupakan anak didik LADEN (pengarah teater kanak-kanak yang handal, lama dah tak tengok dia beraksi di sini).
ZHEN KASTURI, ini kali kedua menonton dia, sajak dia memang best. Katanya, “Bila sebut tentang Kuala Lumpur, ramai sebut Yap Ah Loy, tapi lupa tentang Raja Mahadi...”
Nor Shahirah Mohd Taib dengan sajak Seloka Pak Kaduk.
Ayahanda Dr AHMAD RAZALI juga dijemput. Sajaknya “Mencari Malam di Kuala Lumpur”. Sorang lagi ayahanda, Dr IBRAHIM tidak hadir. Wahh rindu...!
Ada beberapa orang lagi penyajak jemputan yang turut mendeklamasi, antaranya Cikgu Salleh, Hassan Abd Majid, Saifulnizam (sajak Seketul Batu di tengah Kota), Mohd Taib...
Mungkin Dato’ Baha Zain pun ada bersajak agaknya, tapi aku sudah balik. Menunggu-nunggu juga jika penyajak idola Shamsuddin Osman akan bersajak, tapi tidak agaknya...
~...bulan depan, harap-harap AA lagi sorang tu, boleh temankan aku lagi...~
Salam Azie..
ReplyDeletewah.. Pn. Majistret tu dah nak seiras pulak ngan Azie.. dah jadi kembar lain tahun pulak ni.. :)
wahhhhhhhh...
ReplyDeletebest rupanya aktiviti2 dia ya
mesti selalu jumpa sasterwan dan artis2 kan
heeeeeee
AA tu siapa?
lalalala
KAKCIK > Salam Kak CIK. Terkojut gak sebab terjerembak di situ. Riuh sekejap lerr.. Harus jadi kembar lain tu...heheheh...
ReplyDeleteBLUECITY > sekali sekala saja hadir di situ. Program tu pun sebulan sekali jer. Jumpa sasterawan tu ada ler juga, tapi artis jarang laa.
AA? AA tu saya dan yang lagi sorang tu larrr...
berpuisi ditangga saja,
ReplyDeletesalamm,
lama tak dengar orang bersajak.
ReplyDeletehuhuu.
TUNBEGIA > Lagi best bersajak di atas tangga, kala senja....
ReplyDeleteEJAA > Minat juga ker? Jom, next month kita lepak di sini....
AA tu ialah Azizah Aling lah. :)
ReplyDeleteJom lah datang beramai-ramai. Kita meriahkan acara memartabatkan budaya bangsa dan bahasa kita.
Terimakasih dinda AA...:)
ReplyDeleteZaen Kasturi ni agak lama kukenal, pernah kacau dia di bilik DBP. Dia tak pernah kenal saya pun. Saya yang amat suka puisi. Dulunya Zaen ini berambut panjang, sekarang telah nampak macam belia pula...!
ReplyDeleteDia kat mana sekarang iyer!, saya ada kawan si Mohd Amran Daud di DBP itu. Tinggal sebelah taman sahaja tapi payah amat dapat berbual. Dia sibuk memanjang.
Bang IDAN > Saya cuma melihat Zhen ni beberapa kali berpuisi di sini. Belum pernah kami berbual. Segan juga saya...
ReplyDelete