Friday, June 15, 2012

Suami Aku Ustaz...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
15-06-2012


Setiap kali aku masuk kedai buku (biasanya MPH, terdekat) aku suka bertanya-tanya pada sesiapa yang turut berada di ruangan novel. Tanya mana-mana novel yang best dan boleh dicadangkan.

Aku juga kadang-kadang suka mencadangkan apa-apa tajuk yang aku rasa best dan menarik untuk dibaca. Sekali-sekala memang jumpa dengan orang yang minat baca novel juga time tuh. So kami saling bertukar cadangan.

Biasanya yang paling banyak aku usulkan adalah novel “Awak Suka Saya Tak?” tulisan MELUR JELITA tu. Sebab novel tu memang best pun. Memang tak rugi beli, malah rasa berbaloi walaupun harganya lebih RM30.

Novel “SUAMI AKU USTAZ” ini dicadangkan oleh seorang pembaca. Dia sangat minat novel dan lagi banyak beli dari aku. Sekali beli sampai 4,5 novel (beratus RM gak tuh).


 


Memang novel ni best sebab pembaca yang cadangkan ni pun macam aku gak, suka novel yang konsep monolog. Wahhh tak rugi bila jumpa orang ‘sekepala’ walaupun kami tak pernah kenal pun. Nama pun tak sempat nak tanya.

Novel Suami Aku Ustaz ni tentang seorang remaja berusia 17 tahun (nak amik SPM) bernama Alisa yang diminta berkahwin dengan sepupu sendiri bernama Hafiz kerana dia anak tunggal dan ibubapanya akan ke Mekah menunaikan haji. Lalu untuk menjaganya yang sendirian, ibubapanya bercadang menikahkannya dengan Hafiz yang juga merupakan guru agama (ustaz) di sekolah Alisa sendiri.

 


(*kebetulan pula, pagi yang sama aku baru saja menukar nama watak dalam suatu manuskrip aku menggunakan nama Alisa)

Pernikahan mereka berlangsung juga dalam pengetahuan keluarga sahaja kerana majlis resepsi hanya akan dilangsungkan selepas Alisa selesai SPMnya.

Walaupun janggal kerana selama ini hanya bersaudara dan menganggap abang-adik, rumahtangga mereka berlangsung dengan baik dan aman-damai. Ustaz Hafiz bertindak sebagai seorang suami yang sangat cemerlang — terus membuatkan aku membayangkan watak Ustaz Hafiz ini seperti pelakun Johan Arif Asari dalam drama Bunga-Bunga Syurga tuh (TV3 setiap Jumaat).

Novel ini tidak memaparkan konflik yang rumit. Hanya kisah perkongsian hidup dan pahit manis rumahtangga yang dilalui Hafiz-Alisa kerana Alisa menyambung pelajaran walaupun sudah bergelar isteri. Hafiz menjadi seorang ustaz bukan hanya di sekolah, tetapi juga seorang lelaki pembimbing yang baik kepada isterinya sendiri.

Sapa kata seorang ustaz tidak romantik? Novel ini memaparkan Hafiz memang seorang yang romantik – aduh, bayangkan Johan Asari lagi!

Walaupun ada godaan yang tiba melanda hati Alisa sepanjang menjadi mahasiswi (kerana dia tidak bersedia memaklumkan status perkahwinannya, bimbang tidak mendapat penajaan biasiswa), tetapi akhirnya Alisa sedar andai dia menurut kata hati dan godaan seorang lelaki lain yang baik terhadapnya, sudah pasti rumahtangganya akan tergugat.

Aku suka novel ni (macam orang muda plak), kerana monolog yang mewakili diri Alisa itu sangat kelakar. Sepanjang membaca, ada sengih ada tertawa. Sapa suka novel kelakar, inilah salah satu yang disarankan.

Bayangkan seorang gadis remaja age 17 tahun, berkahwin dengan seorang lelaki matang berumur 28 tahun. Tetapi Ustaz Hafiz berjaya membentuk Alisa menjadi isteri yang muslimah lagi dibanggakan. Dan result SPM dia 9A!

Ada beberapa dialog yang aku suka nak copy paste di sini:
Hafiz: “Perempuan tak elok pakai jean.”
Alisa: “Selama ni selalu jer Lisa pakai.”
Hafiz: “Lepas ni jangan pakai lagi. Sekalipun lelaki punya. Abang tak suka tengok. Kalau pakai yang perempuan punya, ketat. Kalau pakai yang lelaki punya, dah serupa lelaki. Lagipun Lisa, apa salahnya pakai pakaian yang suami suka.”

***

Hafiz: “Solat tu kan mencegah maksiat, Lisa. Bila solat dah tak dapat mencegah maksiat, itulah jadinya. Itu pun kalau diaorang solat. Kalau tak apatah lagi. Boleh lupa yang kita ada CCTV dekat atas nun.”
Alisa (monolog): CCTV. Baru sahaja tadi aku bercakap fasal malaikat kiri kanan. Ustaz ni lagi advance, guna CCTV terus. Yalah, Allah tu kan Maha Melihat.

Antara lain yang best, bila Alisa mengandung, Ustaz Hafiz yang terkena alahan sampaikan dia letih nak bangun qiam. Dah jadi terbalik, Alisa pula yang kejutkan dia tengah malam untuk qiam.

Dan yang best lagi, novel ini banyak menceritakan tentang sejarah kemuliaan Nabi dan para sahabat serta pahlawan-pahlawan Islam pada zaman dulu. Best tau baca. Tahniah buat penulis novel ini. Dalam lembut ada tajam menikam, dalam lucu ada pengajaran yang wajar diambil.

*Novel tulisan Hannah Dhaniyah dengan harga RM22.00 terbitan KaryaSeni.




~...terus buat SERI BULAN teringat juga sewaktu makan beramai di bawah pokok cermai, HISYAM mengenyit mata seolah-olah daun tidak nampak, buah tidak jeling dan ranting tidak paling...~






Thursday, June 14, 2012

Sombong ker aku nih...?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam JemAAt
14-06-2012



Pernah tak, anda rasa rimas dengan orang-orang keliling anda?

Dulu – sejak zaman bekerja bermula 1990-an – aku ada ramai sekali kawan sekerja. Yang kuar masuk, muda tua sampai tak ingat nama lagi dah.

Dalam ramai-ramai tu dengan pelbagai ragam dan rentak gaya, tentu saja ada yang jenis mulut murai – bak kata orang dulu, murai tercabut ekor – yang sentiasa suka nak ambil tahu hal orang lain. Especially hal peribadi rakan sekerja lain.

Masa tak berapa matang dulu, aku suka juga dengar 2,3 orang kakak-kakak ni bercerita. Pasal orang tu, pasal orang ni... termasuk hal laki sendiri, hal anak-anak, pasal jiran, pasal adik beradik dia sendiri... sehinggalah kepada hal rakan-rakan sekerja. Yang dah tentu-tentu kita pun kenal juga.

Kemudian... tahun demi tahun aku semakin tahu menilai. Kalu dia boleh citer hal dalam kain orang tu, tak mustahil dia pun akan citer hal peribadi aku plak. Ya tak?

So, aku mula jadi Lone Ranger. Pekak jer telinga dan tutup mata sebelah bila ada jer mula bercakap di belakang. Lama-lama mesti depa letih gak nak bercakap pun. Memang seksa juga, sebab orang tentu tak bleh terima kerana aku jadi orang sombong kera sumbang. Pegi lunch pun sensorang. “Ada aku k?”

Tapi lama-lama aku selesa begitu.

Di tempat kerja baru ini (baru tak baru dah masuk 3 tahun dah pun), aku terus begitu. Nampak gaya bukan rakan sekerja yang tak boleh terima. Depa ok jer. Tapi pihak management pulak yang macam pandang serong. Ker aku yang terasa gituh? Hmmm....

Bila BOS yang pompuan tu (biasanya memang orang pompuan la pun...) selalu tanya perkara yang tak berkaitan dengan kerja, malah dalam beberapa ketika, aku terasa macam dia sindir aku plak. Ker aku yang terasa gituh? Hmmm....

Rimasnya.

Aku memang tak kisah kalu dia nak kata aku sombong pun, asal aku buat kerja aku mengikut arahan. Tak langgar peraturan. Ok la tuh, kan?

Kenapa bila kita tidak duduk melepak dengan kengkawan lain dianggap sombong? Kenapa bila kita tidak gemar nak bergather-gather time lunch dengan rakan sekerja, kita dianggap pelik? Sedangkan di luar pejabat, aku ada ramai kawan yang seimbang dan tidak berlebihan pun.

Sombong ker aku nih?

 Tayang-tayang yang tiada kaitan:

 

Jagung manis yang tak sombong. 8 tongkol cuma RM3.20 sahaja. Tapi kukus kena sendirik laaar...





~...menilik kasih sendiri, membelek perasaan sendiri, menyelongkar gelora hati sendiri, masih tidak dapat menyusuri sepenuh genap jiwa seorang bujang terlajak tapi masih bersaham tinggi bernama HISYAM itu, lalu SERI BULAN rela terus menjadi pemuja dalam diam, pemuji dalam kelam dan perindu dalam buluh tajam...~



 

Tuesday, June 12, 2012

Demam lagi...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
12-06-2012


Ntah kenapa, baru jer baik demam, dah demam semula.

Kelmarin, lengkap dengan selsema segala.


 

 

Makan ubat sampai lalok macam ulat mabuk daun!


~...HISYAM sentiasa menjadi doktor dan perawat di hati SERI BULAN...~


 

Monday, June 11, 2012

Surat Ungu untuk Nuha — dari Alang Rebus Tak Empuk!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
11-06-2012



Aku sejak kenal nama novelis NOOR SURAYA ni, memang suka sangat. Kalu boleh semua buku karya tulisan beliau aku nak beli buat koleksi.

Gaya bahasa Noor Suraya sangat berbeza dengan lain-lain novelis. Pendekata, jika aku diberi buku beliau tanpa tahu nama penulis, aku boleh agak itu tulisan Noor Suraya.

Tulisan beliau sangat lemah-lembut (seperti beliau juga), penuh sopan santun, ada gurindam, sajak dan yang paling best, ada pantun. Aku ada banyak koleksi tulisan beliau, sejak dari Tanah Andriyana lagi... sehingga Jaja & Din.

Antara yang paling best (pada aku setakat ini) tentulah buku NYANYIAN TANJUNG SEPI , yang pernah aku tulis di blog beberapa kali. Novel yang sentiasa menjadi buruan bila Pesta Buku malah antara novel yang paling laris di booth CESB. Novel ini merupakan tulisan terakhir Noor Suraya bersama CESB.

*Sekarang Noor Suraya menulis dengan syarikat beliau sendiri — JS Jemari Seni Publishing.


 


Novel SURAT UNGU UNTUK NUHA ni terbitan 2007, tapi aku baru saja dapat beli. Apa sahaja tulisan Noor Suraya pada aku best, so yang ini pun aku nak sebut best juga.

Kisah seorang gadis bernama NUHA yang merajuk membawa hati yang patah riuk dek kecewa, seorang jejaka yang menjadi jirannya bertahun-tahun tiba-tiba berkahwin dengan seorang gadis lain. Seorang gadis cantik bernama Dr. Raniya Wafa. Tiba-tiba itu adalah merujuk NUHA hanya baru tahu, sedangkan rancangan perkahwinan itu sudah lama dirancang oleh si Engku Faisal yang menjadi jejaka idaman Nuha selama ini.

Lalu beliau mengambil kesempatan tawaran bekerja di pedalaman sebagai suatu laluan untuk menghindar diri sambil memujuk hati dek patah cinta. Sedangkan tiada siapa pun tahu, dia suka dan kasihkan Engku Faisal itu separuh mati. Mujur tiada siapa dapat mengesan isi hatinya selama ini.

Dalam perjalanan dengan keretapi malam menuju utara itulah dia bertemu dengan Muzammil Muadz. Seorang lelaki yang jelik pada mata Nuha kerana berambut kerinting kembang bak Afro, juga bak ikon Alleycats saja. Pertemuan yang sangatlah tidak indah langsung, kerana Nuha sedang berduka tetapi Muzammil menambahkan lagi bengkak hatinya dengan perbuatan tidak sengajanya. Apa itu? Kena baca...

Tanpa diduga, rumah sewa yang diduduki Nuha adalah milik keluarga Muzammil. Lalu mereka terus menjadi musuh yang sekejap baik tapi banyaknya adalah bergaduh dan saling berbalas kata dan dendam. Nuha dengan keras hatinya (walaupun dia seorang jururawat desa yang lembut) tetap cuba membalas dendam terhadap Muzammil yang dipanggil ALANG itu. Lalu mereka menjadi saling berbeza namun saling melengkapi pula.

Sehinggalah NUHA cair bila Alang yang dipanggilnya Alang Rebus Tak Empuk (gelaran oleh ayah Alang sendiri) mendesak Nuha bertudung. Walaupun Nuha ingin bertudung, tetapi tentulah niat kerana Allah bukan kerana Alang.

Dalam percutiannya, Nuha menerima kiriman tudung sebanyak 7 helai dari Alang dengan pesanan, pakailah yang berwarna ungu itu untuk pertama kalinya dan dia bernazar akan menggunting rambut yang juga dibenci oleh abahnya.

Tetapi apabila Nuha mula memakai tudung dan berhadapan dengan Alang, malangnya Alang tidak langsung dapat melihat kerana buta. Dalam kemalangan yang tidak diduga, Alang menjadi buta.

Sejak itu Nuha menjadi “mata dan tangan” Alang untuk menulis sajak-sajaknya, dan membalas email. Nuha terus menjadi semangat dan motivasi kepada Alang sehingga Alang terbuka hati untuk belajar Braille atas desakan Nuha.

Apabila Nuha tahu Alang ada hati padanya, dia terus berubah dan marah. Lalu menghindar diri dengan pindah ke rumah lain. Alang merasa kecewa lalu kembali semula ke tempat kerja lamanya di Hobart, Australia. Tetapi dia tidak lagi dapat bekerja seperti dulu — penyelam mutiara.

Apa terjadi seterusnya? Sedih pula baca kisah Muzammil itu. Ada banyak sajak-sajak dalam novel ini. Bagi yang tak minat sajak, pasti baca langkau bila tiba bab sajak tu, kan?

Dalam novel ini juga ada disebut watak dari novel Nyanyian Tanjung Sepi iaitu Dr Aqmar Aziz yang merupakan saudara pupu keluarga Muzammil.


 


Benar, dalam hidup kita jangan ada benci yang melampau kerana antara benci dan cinta, hanya terpisah dengan suatu garis halus dalam sedetik waktu. Bila garis halus itu hilang dan benci menjadi cinta, jangan dikesal masa yang berlalu kerana pengalaman menyimpan benci dulu, sebenarnya menjadi manis pula di hari ini...

Novel ni murah sahaja; RM20.00. Aku suka cover yang ada sawah padi. Sawah yang menjadi tatapan Nuha sepanjang tinggal di kampung itu. Sawah kebanggaan Alang. Juga gambar kolam ikan yang ada bunga telepok dan kiambang itu. Kolam di mana Alang pernah jatuh berdebuk dan Nuha ketawa bagai tak cukup mulut kerana rambut kembang Afro Alang menjadi kuncup macam itik serati kena hujan!

Cover dengan tulisan “spot UV” tu sebenarnya aku sangat suka! Paling sekali tentulah tulisan berwarna PURPLE itu!



~…kerana sawah jugalah SERI BULAN lupa tentang pacat dan lintah kerana leka memandang kerbau yang montel berlumpur sehingga dia tidak dapat lari dari menyamakan pula HISYAM itu ibarat kerbau yang tak tahu malu mengerdip mata tidak kira pagi petang siang senja…~



Friday, June 8, 2012

Dendam...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
08-06-2012


Dendam tidak membawa makna apa-apa.

Malah sangat menyakitkan. Beban dendam jangan dipikul malah jangan langsung difikirkan.

Aku tahu, ada kawan aku sangat dendam dengan aku. Jika tak mahu berhubungan kerana aku selalu menolak banyak pelawaan, aku tetap tak mahu terima sebagai satu kesalahan. Setiap orang berhak membuat keputusan dan menanggung risikonya sendiri.

 
Lunch di Pasembor Utara, Kg Baru.

Salah satu usaha melerai dendam juga nih. Dendam rindu kemaruk nak makan, termasuk juga dendam nak ajak berbalah. Sedangkan hal yang dibalahkan terlalu kecil dan remeh sangat.

Tapi kenapa sampai dia berjaya buat airmata aku keluar? Huhh..! Benci!





~...kerana tidak langsung pandai berdendamlah, maka sehingga sekarang SERI BULAN masih kekal taat setianya menjadi warga Kampung Separuh Desa, sebab teramat yakin HISYAM tidak mungkin membiarkan dirinya keseorangan kerana antara mereka bagaikan sepasang tangan kiri dan kanan walaupun ketara jelas masing-masing adalah kidal...~


 

Oh my English!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
08-06-2012

Siri baru di Astro TVIQ (Ch610) setiap Ahad jam 10 pagi memang menjadi pilihan utama kami di pagi minggu sekarang.

Program ni bukan saja lawak dan menghiburkan, tetapi tujuan utama tentulah nak mengajar kita (especially anak-anak kita), bercakap English dengan betul. Nahu yang betul dan meminimumkan kesilapan.

Siapa yang dah pernah tengok program ni, dah bermula pun minggu lalu pasti bersetuju, program ni memang best. Ala-ala siri UK dulu; “Mind Your Language”, di mana para pelajar dari pelbagai bangsa yang berbeza belajar dalam satu kelas, belajar English dari guru Jeremy Brown @ Mr.Brown. Best kan program tuh? Aku dulu belajar English dari program tu jugak. Sikit sebanyak...


 


Siri Oh My English! dilakunkan oleh antaranya Adibah Noor (dulu dia bekas guru English sebelum sepenuh masa menjadi artis), Zain Saidin (Mr Henry Middleton) dan ramai lagi pelakun remaja (sebagai student) dan yang paling best tentulah nak tengok gelagat si Guru Besar Mohd Salleh lakunan Harun Salim Bacik.

Hahahahaha minggu dulu, semua pelajar wajib bercakap English dan bagi setiap kesalahan (terlatah) bercakap Bahasa Melayu akan didenda 20 sen. Yang paling banyak wang dikutip adalah dari Cikgu Mohd Salleh itu sendiri! hahahahaha...!

Anak-anak aku semua suka program ni. Program ni macam lawak-lawak sikit, tapi tetap bermanfaat sebab semua orang boleh belajar English dengan betul. Ada diajar tentang kesalahan menggunakan perkataan “short” dan bahasa pasar English yang broken yang menjadi amalan sebutan kita hari-hari.

Tengok rancangan tu, buat aku teringat salah sorang cikgu English aku masa skulah menengah dulu, Mr Gordon, orang Belanda (Belanda sesat kata kengkawan aku masa tuh).

Dah la tinggi besar, garang plak tuh. Dah ramai yang kena jerkah dan dirotan dek cikgu yang sorang tuh. Tapi ajaran dia memang sangat berkesan. Dek ajaran dia, aku menang anugerah subjek English Terbaik 3 tahun berturut dulu.

Zaman sekarang, belajar English sangat mudah. Tengok siri tv, baca web or chat pun dah bleh terror speaking. Sekolah-sekolah pun student sekarang, bahasa harian pun English belaka. Dah tak heran dah.

Jangan jadi macam aku. Hanya pandai sebut: “yes no orait tenkiu” jer. Hahahaha...

Selain tu? “U jump, I jump!”

Ohhh...




~...SERI BULAN: “Some days I feel broke inside but I won’t admit”
HISYAM: “Sometimes I just want to hide because it is you I miss”...~


 




Thursday, June 7, 2012

Kadang-kadang bengang, kan?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
07-06-2012


Kita berusaha untuk menjadi terbaik or lebih baik dari sebelumnya, samada sebagai apa pun waima sebagai ahli masyarakat sahaja.

Sebagai manusia biasa yang dah tentu-tentu ada perasaan, bila banyak perancangan tidak menjadi atau usaha kita tidak dihargai, kita rasa frust, kan?

Semalam aku terima arahan untuk buat satu kerja penting. Penting untuk semua pihak bukan sahaja pengurusan, tapi juga penting untuk diri aku sendiri. Cuma, aku rasa aku dah jadi macam tak ikhlas plak nak terima tugasan tu.

Sedar, bukan aku tak sedar. Malah masih ingat lagi, itulah tugasan aku beberapa bulan dulu. Sakan juga aku bagi komitmen, sehingga ada banyak perkara yang aku korbankan waktu tu. Ada sapa yang tahu ker? Tak kisah lah.

Kemudian, aku menerima arahan untuk melepaskan tugasan itu secara mendadak. Atas sebab yang tiada langsung berkaitan kualiti atau cara bekerja aku. Menyimpang dari apa yang disebut professional. Tapi atas sebab-sebab yang menjurus rasa emosi dan rasa perasan kuasa orang yang berkuasa.

Begitulah, bila ada pihak yang merasa dia hebat dan berkuasa, pastu didorong pula oleh ego dan perasan bagus, unsur-unsur profesional dalam bekerja sudah jatuh di aras bawah. Malah dah tak menjadi isu langsung. Sedih kan? Bila isu gosip dan adu mengadu sudah diubah suai menjadi sebuah fitnah korporat, yang menjadi mangsa adalah orang-orang yang sedang berusaha dan bersungguh untuk bekerja. Berusaha untuk menjadi ahli pasukan yang bekerjasama dan cuba membuat yang terbaik.

Sebab tu, jangan berharap tinggi bila kita baru nak kenal seseorang.

Dulu aku sendiri selalu pesan pada diri, “jangan terlalu awal nak menduga suasana”, tapi apa yang terjadi suasana itu terlalu cepat berubah dan begitu mendadak sekali gelombangnya.

Hari ni, aku diperlukan semula untuk melakukan tugasan yang sama tapi dalam arahan yang berbeza. Yang sama ialah, urusan itu tidak langsung berbeza.

Bukan menuduh soal kepentingan, tetapi tipulah kalu aku tak terasa. Aku terasa nak padan padan jer muka orang yang pernah hina hasil kerja aku dulu, rasa nak tempelak jer pihak yang pernah pandang remeh usaha dan kegigihan aku untuk mereka dulu.... tapi apalah daya. Aku ni selalu mudah lemah dan cair bila yang memujuk adalah orang yang begitu pandai memujuk.! Huh...!

 
Layan Cup Bon Red Bean, bagi mengurang rasa gemuruh takut bergeruh...




~...begitu jauh mereka merantau bersama, begitu banyak pengalaman masam-kelat saling berkeliling bersama, SERI BULAN tetap ingin menyimpan kata dalam jiwa: antara rakan – sahabat – kawan – buddy, HISYAM sebenarnya menjadi lebih dari itu, mungkin lebih dari apa yang disebut “simbiosis”...~

Ujibakat Kilauan Emas 2: Memang emas semuanya berkilau....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam JemAAt
07-06-2012

Ada yang tanya pasal Cucur Jagung TANGLING?

Ohhh... sebenarnya, cucur Jagung tu dijual di kedai makan TANGLING (dekat Bukit Aman/Masjid Negara) sinun.

AA pernah citer, TANGLING tu port kengkawan AA bila kami ada gathering makan-makan sejak bertahun lama. Cucur Jagung hanya ada di kedai PAK DIN Ikan Bakar, dan biasanya kuar selepas jam 2 petang. Kamilah yang biasanya borong banyak. Bungkus bebanyak makan situ (selepas geng lelaki kuar masjid) sambung mengopi @ mengeteh. Atau tapau bawak balik.

Dan bila takda gathering pun, aku selalu juga tapau. Or kengkawan yang mana nak bungkus selalunya akan soh aku ler yang call Pak Din, buat order dan pastu masing-masing pegi collect sendiri.

***

Aku nak citer sket pasal kisah hari Sabtu lepas. Ada kenduri di Shah Alam. Kebetulan, aku terima mesej dari sorang kawan lama yang bagitau dia masuk ujibakat Kilauan Emas 2 yang diadakan di Plaza Alam Sentral (PAS, kata AMOI).

So lepas kenduri, AMOI amik aku dan CHAK. Kami pegi juga sekejap ke PAS, sekadar nak tengok sendiri dengan mata, dan nak bagi sokongan moral kepada kawan aku yang masuk ujibakat tu.

 

 

Antara effort yang diberikan. Kesungguhan untuk mempamerkan bakat.

Orang punyalah ramai, sebab ujibakat zon KL ni merupakan zon yang terakhir. Ramai peserta dari Kuantan, Johor, Penang pun turun sama. Ujibakat diadakan 2 hari berturut, dan borang yang konon hanya 300 ditambah menjadi 1,200.


 
Budak ni mujur leka main game. Sebab dia tak layan Kilauan Emas nih.

 


Kak IZAN nyanyi lagu Madah Berhelah. Kebanyakan peserta hanya lepas nyanyi 1 baris or 1 rangkap saja (means, kalu tak ok memang juri stopkan muzik minus one dia), tapi Kak Izan nyanyi sampai habis. Penonton pun bersorak, sebab dia memang bekas penyanyi pun masa zaman muda dia.

 
Kami jarang berjumpa, tapi bila ada kesempatan begini, rasa seronok sangat.

Kerana aku tak berapa faham pasal ujibakat ni, aku tak reti nak komen tentang penjurian dan segala kehendak pertandingan. Sekadar layan untuk hiburkan hati, layannnnnnnnnn....!



~...HISYAM sendiri memang sedar suaranya tak banyak beza dari katak yang melengung tunggu hujan itu, tetapi SERI BULAN tetap terhibur bila sekali-sekala dia ber la lalala... atau ber hmm.. hmm ketikanya ada kata bual yang langsung tidak muncul di tengah sila...~

Wednesday, June 6, 2012

Tengah kemaruk...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
06-06-2012


Sekarang ni aku tengah kemaruk baca novel.

Sebelum ni pun kemaruk juga, tapi sejak 2012 ni, kemaruk tu bertambah berganda-ganda. Tiap minggu ada saja novel yang hendak dibahan.

Sudah ada lebih 10 novel yang hendak aku ceritakan (ulas?), tapi nanti aku draf dulu eh.




 

Cucoq Jagung. Hari minggu tadi buat. Boleh tahan, tapi tetap takbleh lawan rasa Coq Jagung TANGLING...!




~...HISYAM, bila lagi agaknya hendak tunaikan janji membawa SERI BULAN ke tanah pamah yang konon diceritakan orang tempat indah lagi mewah dengan kenangan itu...~

Monday, June 4, 2012

Untuk Kau Dan Aku: Persahabatan – jangan disulam rasa cinta...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
04-06-2012
Senin


Novel ini sebenarnya dah lama ada di pasaran. Sejak 2004 lagi. Malah sejak aku mula jadi promoter sambilan di Pesta Buku lagi, novel ini sudah ada di rak dan sentiasa menjadi antara barisan novel best-seller.

Cuma aku belum memasukkan ke dalam senarai koleksi. Tetapi novel ini terus menjadi novel yang aku rekmen. Nama penulis novel ini sendiri sudah cukup membuatkan ramai peminat novel memilih sebagai satu novel pilihan.

 


Novel UNTUK KAU DAN AKU, novel bertema persahabatan.

Sebuah hubungan persahabatan yang biasa tetapi tetap ada keunikan dan keistimewaan tersendiri. Untuk kira-kira 100 pages pertama, aku mengaku agak boring. Dan aku berhenti sehingga seminggu untuk menyambung ke akhirnya. Dalam seminggu itu aku sempat pula baca novel lain.

Kemudian baru aku sambung semula lalu terus menyesali masa seminggu itu. Kerana novel itu menjadi semakin menarik pula, dan rasa tak sabar nak habiskan. Persahabatan antara 4 orang pelajar universiti, Azhar, Miza, Fadri dan Hisyam (eh ada watak HISYAM??) yang berkawan baik sehingga ke alam pekerjaan. Azhar lebih akrab dengan Miza di mana mereka begitu serasi dan saling memahami. Bertukar pendapat, berbalah atau mencurah masalah. Miza lebih banyak bertindak selaku pendengar dan pemberi nasihat setiap kali Azhar bermasalah. Terutama dalam kes pendam rasanya terhadap seorang gadis pelajar (junior) yang sering bereben biru di kepala bernama Azura.

Azura pernah bersekolah rendah yang sama dengan Azhar, dan di situlah bermulanya Azhar sangat meminati Azura. Tanpa diduga, dia bertemu lagi dengan Azura bila mereka belajar dalam kursus yang di universiti; law. Tetapi ketika itu, Azura sedang bercinta sakan dengan Zarif, seorang playboy universiti. Di saat Azhar merasa kecewa dan menyimpan sahaja rasa cinta dan minatnya terhadap Azura, Miza menjadi tempat dia mencurahkan rasanya.

Setelah mereka terpisah semasa di alam pekerjaan dan Azhar membuka firma guamannya sendiri di Alor Setar, dia akhirnya menyedari bahawa hatinya telah tertambat kepada rakan kongsinya sendiri iaitu Faziha. Ketika banyak masalah melanda kehidupan dan firma guamannya, Miza sentiasa menjadi penyokong kuat Azhar walaupun Azhar pernah melupakannya semasa dia terlantar di hospital kerana dirompak. Firma guaman Azhar pula menjadi peguam kepada perompak yang didakwa.

Selepas kekeliruan berjaya dileraikan, Azhar akhirnya mengerti apa yang sering disebut oleh Miza tentang bahagia.

“Apa yang paling susah nak dicari dalam dunia ni?”

“Dalam dunia ni, yang paling susah nak dicari ialah bahagia. Semua orang cari bahagia. Tak semua orang jumpa. Mereka yang dah jumpa, belum tentu boleh dapat bahagia. Tapi aku? Aku dah jumpa, dan aku dah dapat bahagia aku. Malah lebih dari bahagian aku dalam dunia ni, sebab kau yang berikan aku bahagia yang melimpah-ruah, yang kau sendiri tak sedar.” Ucapan panjang ini sebenarnya hanya dalam sembang telefon Azhar kepada Miza, yang diterima Miza sebagai latihan untuk diucapkan kepada Azura. Miza menangis di hujung talian kerana sebak.

Tetapi selepas membeli cincin yang disangka untuk melamar Azura tidak tersarung, tiada siapa menjangka pilihan Azhar rupanya tersasar.

Dalam surat lamarannya yang berserta cincin tersebut:

“Sahabatku Miza, engkaulah orang itu. Dan sempena mengakui kebenaran nasihat engkau selama ini, aku akan luahkan pada kau sekarang apa yang aku sepatutnya luahkan bertahun dulu.

Happiness is hard to come by in this world, but you have gave me more than my share.’

Panjang surat tu, tapi aku ambik sket saja.

Memang terharu kerana sebuah persahabatan yang ikhlas, berakhir dengan begitu manis sekali.

Sesiapa yang ada rakan karib yang berlainan jenis, pasti akan memahami erti cerita ini.


 

Terimakasih Najwa Aiman. Semoga terus maju jaya.

*Novel terbitan Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB) dengan harga RM34.90.





~...SERI BULAN tidak pernah mahu orang lain mengerti kenapa sehingga hari ini hanya HISYAM yang disebutnya paling mengerti kerana selamanya dia terus ingin begitu...~

Saturday, June 2, 2012

Menang tetap menang...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
02-06-2012
Sabtuday


Sebenarnya merupakan cuti umum keputeraan Agung, juga merupakan besday seseorang dalam rumah. Tapi aku berada di Shah Alam, ada kenduri kahwin seorang rakan lama yang bernikah dengan gadis Sabah. Kemudian mengisi masa sebelah petang di sekitar S Alam, dengan anak-anak.

Hmm.... semalam final Super Spontan, tersasar sedikit tekaan. Rasanya JOHAN kalah 1% jer kot dengan si juara ZIZAN.

Cuma semalam rasanya, games kurang mencabar dan rata-rata finalis pun macam tak begitu bersungguh benor. Ada siri yang lebih menyeronokkan berbanding final semalam. Pada pendapat aku, kemenangan ZIZAN bukan setakat kerana bermain spontan sahaja, tetapi turut dipengaruhi oleh populariti ZIZAN itu sendiri. Setuju tak?


Tayang-tayang sebab aku tak tau nak boh gambar apa:


Cenderahati dari Dr HANIE (Bandung eh?), KAKCIK SEROJA yang baru balik dari Sabah haritu dan selendang purple dari ACU yg balik dari Vietnam kut...
Terimakasihhhh...!


Cenderahati dari MyManager yang balik bercuti di PD. Aku yang rekmen utk dia bawak anak-anak bercuti di Tiara Beach Resort.


Hairband from China dari MyBos yang bercuti di sana bulan lepas. Kerana aku bertudung, so hairband ni aku buat gelang tangan jer. Ok juga...




~...rembang petang yang panas hangat sebenarnya tetap terasa dingin bila ada angin bertiup menghala ambin tidak berdinding, sambil HISYAM bersila mengadap simpuh SERI BULAN sambil bercerita tentang zaman lalu di mana mereka pernah menjadi musuh, pernah menjadi geruh lalu hati kemudian sama-sama luluh...~



 

Friday, June 1, 2012

Nyampah...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
01-06-2012


Batuk mengganggu dah seminggu. Lebih kut.

Ubat ada, doktor pun dah check. Tapi tak MC pun. Kerja banyak.



Stress pun ada skit, rasanya.

Kawan baik, my buddy pun macam bz semacam. Nyampah bila dia tak contact sekerap biasa.

Rindu bila lama tak kene kutuk. Pernah korang rasa cam tuh?





~...HISYAM sejak azali memang handal mengkritik tapi bila terkena batang hidung sendiri, pandai pula menggetik...~

Super Spontan Final...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
01-06-2012


Pasti ramai tak sabar menantikan minggu akhir, malam final Super Spontan, malam ini!



Yeahhh... dalam rumah kami yang paling seronok dan suka sangat dengan program ni, adalah si bongsu CHAK. Dia sanggup tunggu wpun waktu bermula (10.30pm) tu sebenarnya dah melebihi waktu tidor dia. Cuma 2,3 kali jer dia dapat tengok live. Selebihnya, memang dia miss. So dia akan tunggu ulangan dan ulangan berkali kali. Sanggup berebut remote untuk dia tunggu ulangan Super Spontan yang selalunya memang diulang banyak kali pada siang hari. Terutama pada hari Ahad dan Jumaat. Back to back!

*Program ini siaran langsung di Astro CH132 Mustika.

Setelah begitu ramai peserta Super Spontan terkeluar minggu demi minggu, akhirnya tinggal 6 orang peserta akhir sahaja yang bakal bersaing sesama mereka dan undian kini tidak lagi atas nama kumpulan Beruang Comel dan Angsa Ganas lagi. Kini undian adalah untuk individu untuk merebut hadiah RM100,000 dan sebuah kereta. Hebat tuuu...! (aku tak pasti RM100,000 tu untuk pemenang atau untuk disumbangkan)

Sebelum ini, setiap kumpulan menang akan mewakilkan hadiah RM5,000 setiap minggu itu kepada kumpulan yang ditentukan menerima sumbangan. Kiranya program ini adalah program amal. (tapi of course lah, setiap peserta yang terlibat memang mendapat bayaran dari Astro, kan?) Antara penerima sumbangan adalah Hope to Walk, iaitu 2 beradik yang mengumpul dana untuk pembedahan di China. Tentu para bloggers masih ingat, kita pernah mengadakan kempen Hope To Walk ini (wpun salah seorang dari 2 beradik itu telah meninggal dunia). Malah kita pernah mengumpul sedikit sumbangan juga semasa Gathering Blogger di Bangi dulu.

Yang best tentang Super Spontan ialah, spontan itu sendiri. Unscripted...! Hanya pengadil KAK DIBA tu jer yang ada skrip. Yang lain, semua main belasah jer. Di situlah yang kelakar kerana spontan kelakar itu sebenarnya bakat semulajadi yang semua peserta ada dan menjadi taruhan untuk menang.  Dan betul, aku pun rasa nak luku jer kepala budak AMIRika tuh!




Dalam ramai-ramai peserta, pasti ramai yang menjangka saingan sengit antara “2 kawan baik” si JOZAN (Johan╨Zizan) yang akan mendapat tempat teratas.




Anak-anak aku sebenarnya pernah kata, kenapa NABIL tak masuk? Sebab Nabil handal bab merapu spontan nih. Tapi Nabil jadi undangan untuk penunjuk demonstrasi jer.


Tekaan (dan harapan) aku? JOHAN yang tetap johan dan membesar sebagai johan! hahahahaha....!

Wednesday, May 30, 2012

Ops! ada orang sudah tak sabar nak pencen rupanya...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
29-05-2012


Bagi orang-orang seusia aku (especially wanita), tidak banyak lagi yang hendak dikejarkan. Setelah ada kerjaya tetap dan mungkin agak stabil, keluarga yang sederhana, biasanya kita tidak begitu nak bebankan fikiran dengan perkara remeh, kan?

Pilihan bagi kita pun, bukan menjadi perkara penting sangat. Nak bermewah bertukar baju kasut beg tiap bulan pun sudah tidak begitu menjadi agenda lagi. Nak berjalan ke sana ke mari di town or window shopping pun bukan lagi minat (kecuali kalu dah hobi degil dan duit pun banyak....).

Kita lebih memilih untuk bertenang. Bersederhana. Aman damai. Hidup sejahtera dan sentosa, kata orang. Kepala otak dah malas nak fikir yang mengarut-ngarut sebab kita pun dah tahu nak bezakan mana yang remeh mana yang mengarut, kan?

Bila tiba usia begini, rata-rata kita lebih senang berada di rumah selepas waktu kerja, walaupun kat rumah tu kadang-kadang... bising ya amat jugak. Tambah kalu dah cuti skulah macam sekarang. Untuk berada di luar, lebih baik berada di rumah la jugak.

Meninggalkan begitu banyak aktiviti sampingan (social life) semasa mudo-mudo dulu sebenarnya bukan suatu keputusan silap. Ianya datang semulajadi. Dengan sendirinya, kita akan bosan dengan sesuatu atau pelbagai perkara yang pernah kita suka suatu ketika dulu.

Lalu banyak benda kita ketinggalan. Ketinggalan yang bukan merugikan pun. Contoh, aku sudah tak tahu apa fesyen kain yang popular sekarang. Or tudung jenama apa yang hot sekarang. Or kedai mana ada jual assesori murah sekarang. Atau kita mungkin sudah tak tahu, kedai yang dulu sering kita kunjungi semata-mata nak beli CD lagu artis pujaan kita, sebenarnya dah takda sebab dah kena serbu kerana jual VCD cetak rompak! Atau mungkin ada orang sudah lupa, kelab karaoke tempat dia melalak masa mudo dulu, sekarang dah jadi kedai dobi.

Sedikit sebanyak, ada perkara yang sudah jauh kita tinggalkan di belakang. Samada kerana keinsafan atau kesedaran kerana usia, ianya mungkin kerana kematangan dan usia membuatkan kita lebih bijak memilih.

Lalu aktiviti bersama kengkawan semakin menyusut malah ada yang sudah dilupakan terus. Tiada siapa menyalahkan dan perlu dipersalahkan. Kegiatan persahabatan lebih menjurus kekeluargaan.

Perubahan itu perlu. Tak perlu nak fikir sangat apa orang nak nilaikan. Selagi di landasan yang betul, kita terus melangkah walau mungkin sudah tidak ramai yang sudi melangkah seiringan dengan kita lagi.

Ops! ada orang sudah tak sabar nak pencen rupanya...!



Yang masih tidak berubah, mungkin selera suka mencuba menu di merata tempat - Dried Pan Mee.





~...bila menyebut tentang usia, HISYAM terperangkap sendiri bila Pak Utih dengan nada mencabar, meminta dia menamatkan usia bujangnya yang hampir terlajak itu dengan menyebut nama seseorang untuk dijalinkaitkan, tetapi seorang HISYAM masih gentar untuk mendedahkan SERI BULAN bukan sekadar bulan gerhana...~

Tuesday, May 29, 2012

A Separation: The separation of Nader from Simin

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
29-05-2012


Atas desakan si AMOI (yang bercuti seminggu kat rumah), akhirnya aku beli juga filem The Separation di Astro First tu.

Memang filem tu disebut sebagai filem best dan menang banyak award antarabangsa. Tak rugi pun beli.

Ia sebuah kisah drama rumahtangga (di Tehran). Macam kisah biasa tetapi memang menarik. Konflik hanya bermula bila niat yang baik untuk mencari kehidupan yang lebih baik di negara luar, membawa pelbagai kesan dan mengubah seluruh kehidupan keluarga itu dan juga sebuah keluarga lain.



Sedikit info:
A Separation (in Persian: جدایی نادر از سیمین‎ Jodái-e Náder az Simin, "The separation of Nader from Simin") is a 2011 Iranian drama film written and directed by Asghar Farhadi, starring Leila Hatami, Peyman Moaadi, Shahab Hosseini, Sareh Bayat, and Sarina Farhadi. It focuses on an Iranian middle-class couple who separate, and the conflicts that arise when the husband hires a lower-class caretaker for his elderly father, who suffers from Alzheimer's disease.

A Separation won the Academy Award for Best Foreign Language Film in 2012, becoming the first Iranian film to win the award. It received the Golden Bear for Best Film and the Silver Bears for Best Actress and Best Actor at the 61st Berlin International Film Festival, becoming the first Iranian film to win the Golden Bear. It also won the Golden Globe for Best Foreign Language Film. The film was nominated for the Best Original Screenplay Academy Award, a rare occurrence for a foreign language film.

Seorang pembantu rumah yang bekerja di rumah keluarga Simin dengan hanya upah RM300 sebulan, mengemukakan dakwaan apabila dia keguguran setelah berlaku pertengkaran di rumah majikannya akibat kelalaiannya menjaga ayah Nader (ayah mertua Simin). Nader dalam tekanan kerana Simin menuntut cerai untuk berhijrah ke luar negara, tanpa sengaja tertolak pembantu rumahnya. Akibatnya beliau didakwa di mahkamah dan konflik itu turut menyebabkan anak tunggal mereka (Termeh) tertekan dan terganggu emosi. Sedih...

Walaupun pengakhiran seperti tergantung dan tiada berkeputusan, tetapi bak kata AMOI; "apa pun keputusan Termeh, what's the difference?"

Yeahhh... Filem yang sesuai ditonton dan mudah difahami.

Kita akan melihat, kehidupan kadang-kadang sangat kejam dan tidak adil. Ada orang sanggup melakukan apa sahaja untuk kehidupan lebih baik tetapi dalam masa yang sama, tiba-tiba mereka tetap tidak sanggup mengenepikan agama dan pegangan hidup.

Monday, May 28, 2012

Capital Cafe: kedai yang klasik, untuk aku yang Vintage....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
28-05-2012


Hahahahaha baca tajuk macam perasan sungguh!

Aku tak ingat bila aku singgah kedai makan "kopitiam" nih. Lama dah nih. 2,3 bulan lepas kot, masa on the way balik hantar Tart Nenas sorang customer di Jalan Ipoh.

Kerana sorang, dan dah tengahari aku teragak nak singgah. Capital Cafe tempat yang pernah menjadi port paberet aku dengan beberapa orang kawan sepejabat dulu. Lama dulu. 10 tahun lebih dulu.

Dulu jika kami ke Jalan TAR merewang ukur jalan kata orang... memang akan singgah situ dan makan. Biasanya menu yang dipilih mestilah Kuew Teow Cantonese dan Laici Ais. AMOI kedai tu pun kenal. (skang dah tak kenai dah, aku pun dah malas nak borak lagi dengan dia...)


Sorang pun layan gakkk...

Selain dari menu ini, boleh gak order Nasi Goreng Cina dan beberapa menu lain. Di suatu sudut ada Nasi Padang yang juga popular dan dah bertapak di situ sejak bertahun lamanya. Di bahagian tengah ada Mee Rebus, Rojak Mee Pasembor yang jugak sedap. Aku suka Mee Rebus tu.


*Pic snap sendiri, walaupun ada 2,3 orang agak heran kenapa aku nak snap kedai ni...


Ramai mungkin sudah biasa tengok kedai ni di celahan kedai yang moden lagi canggih berhadapan SOGO tuh. Tapi bagi yang belum biasa, kedai ini satu-satunya kopitiam lama yang tinggal di situ. Kedai minum lain sudah bertukar wajah menjadi gedung yang canggih dan moden.

Orang-orang lama (or klasik dan vintage macam aku), pasti ramai yang tahu. Or setidak-tidak pernah duduk minum di situ. Minum kopi masih lagi dalam cawan "batu seramik".

Nak cuba?




~...melepak walau hanya seminit dua di kedai Seman, sebenarnya bukan dapat melegakan lelah HISYAM malah membuatkan jantungnya berdebar lebih degup dari biasa kerana telinga kembangnya dapat mendengar segala puji melambung tidak tentu pangkal hujung tentang SERI BULAN yang sudah macam bulan gerhana...~

Friday, May 25, 2012

Biarkan Indah Berlalu: Ramlah Rashid...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
25-05-2012



Nak review satu lagi novel.

Sebenarnya, bercerita pasal novel tidak dapat mengelak dari menyebut beberapa perkara tentang Pesta Buku Antarabangsa yang baru berakhir. Tak baru juga, dah agak lama. Basi punya cerita, tapi “ada aku k?”

Sebelum itu, sebelum apa-apa andaian dibuat, suka AA nak sebut. Setiap kritikan atau ulasan or jika nak panggil sebagai komplen dari AA, TIDAK langsung mewakili mana-mana publisher or mana-mana novelis pun. Kerana AA bukan kerja dengan mana-mana syarikat penerbitan novel pun. Jadi novelis pun belum. Tapi seorang pembaca novel, yang baca semua jenis novel dari mana-mana publisher. Tiada unsur bias atau proxy di sini. Jadi please, jangan ‘upah’ stalker nak komen kasar kat sini semata-mata anda tak puas hati atas kritikan terhadap novel tulisan anda. AA kritik. AA hanya kritik. Jika tak boleh terima, fikir dulu sebelum nak emosi menjawab. Sebab statement anda akan memalukan diri anda (novelis, kan?), sedangkan AA orang yang kuar duit beli buku anda. “Lu fikir la sendiri....”

Novel kali ini, bertajuk Biarkan Indah Berlalu.

Kisah agak berbeza dari yang biasa kita baca. Pertama kali diperkenalkan dengan novel ini oleh penulis itu sendiri. Sebelum ini, novelis memang pernah menulis dengan CESB dan memang aku dah pernah tengok pun - cuma belum baca jer. Sewaktu masuk ke bilik pameran Karangkraf (mencari buku kiriman blogger EJA), melihat-lihat... lalu ditegur mesra oleh seorang wanita. Dia minta aku pegang novel itu, dan dia nak snap gambar. Sebagai tanda buku ada di pameran, mungkin.



Kemudian tentulah aku bertanya itu dan ini. Mengakulah dia, penulis novel tersebut. Lebih mengujakan, aku pula mengaku sebagai promoter part time utk booth CESB ketika itu. Terus pula dia menyebut novelnya yang lama dulu. Kebetulan yang baik.



Terimakasih, novelis Ramlah Rashid.


Aku beli juga kerana aku memang takda plan nak beli novel apa ketika itu untuk diri sendiri (hari pertama, niat hanya nak survey dulu). Mungkin ini pilihan yang baik.



Kisah mengenai seorang gadis bernama INDAH yang tinggal bersama ibubapa saudaranya di bandar yang mempunyai seorang anak lelaki bernama Azril yang dipanggil “abang” dan juga dianggap sebagai abang. Abang yang menghancurkan seluruh kehidupannya. Merogolnya tanpa rela ketika Pak Ngah dan Mak Ngah keluar pegi kenduri.

Hanya sekali. Dan Indah dihantar tinggal di asrama kolej kerana ibubapa Azril tidak sanggup menanggung malu atau berpatah arang dengan ibubapa Indah pula. Walaupun marah dengan anak lelaki sendiri, tetapi maruah dan hubungan lebih penting, Indah terus menjadi mangsa keadaan. Sementelah, ayah Indah bekas Jeneral bersara yang sangat garang dan ego lagi baran tentu tidak dapat menerima kejadian yang berlaku.

Kehidupan Indah tidak berubah lebih baik. Dia mengandung. Dibuang kolej setelah pihak kolej sah dia mengandung. Ibubapanya memukul dan marah bukan kepalang. Indah tidak langsung membuka mulut siapa perogolnya kerana terlalu kecewa Azril pergi ke luar negara menyambung pelajaran dan Mak Ngah dan Pak Ngah pun tidak membuka mulut.

Indah lari dari rumah. Merempat sehingga akhirnya beranak sendirian di kebun pisang di sebuah kampung. Dalam kebingungan, kekeliruan dan putus asa, dia cuba meninggalkan bayinya di sebuah surau usang di kampung itu. Ditemui oleh seorang tua yang dipanggilnya Tok Wan. Anaknya diambil dan dipelihara orang pasangan orang tua itu yang kebetulan tiada beranak.

Selepas pantang Indah meninggalkan anaknya dan memulakan hidup sendiri di bandar. Bekerja dan menjadi seorang yang terus pendiam tetapi kental. Sehinggalah lebih 2 tahun usia anaknya, dia pulang menjengah dan mula menerima kehadiran anaknya sebagai sebahagian hidupnya. Seorang lelaki, bos di tempat kerjanya, hadir untuk menjadi teman, menjadi pasangan dan akhirnya cuba menjadi ‘abah’ untuk anak Indah, bernama Puteri Imani.

Konflik timbul bila Azril pulang dari luar negara, menuntut untuk menjadi ayah juga kepada Puteri. Kedua ibubapa mereka juga mula menerima Puteri sebagai cucu yang diingini dan perebutan berlaku sehingga Indah kembali menjadi mangsa keadaan.

Ada banyak scene menangis dalam novel ini. Sesungguhnya, macam tengok drama di tv, tetapi perasaan seorang Indah itu sangat jelas untuk kita rasa.

Anak hasil rogol atau tidak sah taraf tidak pernah bersalah apa-apa. Malah mungkin ramai tidak tahu, bapa kandungnya tetap tidak mempunyai hak sama sekali ke atas anak itu. Hak hanya milik ibu.

Novel yang wajar dibaca.

Pengakhiran novel ini sungguh mengharukan. Setiap yang ikhlas akan berbalas dengan keikhlasan yang indah juga.




~...sudah lebih sepurnama HISYAM tidak berani bertegur sapa dengan SERI BULAN semenjak tersalah tegur tentang kenapa tali buaian di tepi Sungai Menghijau Lumut tiba-tiba terputus sebelah...~

Thursday, May 24, 2012

Gathering Santai: Ingat makanan tapi lupa tuan...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam JemAAt
24-05-2012

Lagi kisah gathering sarapan santai hari tu. Dah basi ker??

Tak ingat sapa yang punya. Tapi tetap tak boleh lupa rasa dan nikmatnya.

Ada Cucur Jagung enak menjadi rebutan, tapi si tukang buat malu nak ngaku. Hehehehe nanti diaaaa...! >> goyang jari.













Hasil karya si tuan blog ini tiada langsung dalam gambar. Sori Berlori.

Dan gambar sebelum berakhir:


Sengaja dari sudut berbeza.

Perasaan? Rasa nak perasan sepanjang jalan! hahahahaha!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails