السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
11-06-2012
Aku sejak kenal nama novelis NOOR SURAYA ni, memang suka sangat. Kalu boleh semua buku karya tulisan beliau aku nak beli buat koleksi.
Gaya bahasa Noor Suraya sangat berbeza dengan lain-lain novelis. Pendekata, jika aku diberi buku beliau tanpa tahu nama penulis, aku boleh agak itu tulisan Noor Suraya.
Tulisan beliau sangat lemah-lembut (seperti beliau juga), penuh sopan santun, ada gurindam, sajak dan yang paling best, ada pantun. Aku ada banyak koleksi tulisan beliau, sejak dari Tanah Andriyana lagi... sehingga Jaja & Din.
Tulisan beliau sangat lemah-lembut (seperti beliau juga), penuh sopan santun, ada gurindam, sajak dan yang paling best, ada pantun. Aku ada banyak koleksi tulisan beliau, sejak dari Tanah Andriyana lagi... sehingga Jaja & Din.
Antara yang paling best (pada aku setakat ini) tentulah buku NYANYIAN TANJUNG SEPI , yang pernah aku tulis di blog beberapa kali. Novel yang sentiasa menjadi buruan bila Pesta Buku malah antara novel yang paling laris di booth CESB. Novel ini merupakan tulisan terakhir Noor Suraya bersama CESB.
*Sekarang Noor Suraya menulis dengan syarikat beliau sendiri — JS Jemari Seni Publishing.
Novel SURAT UNGU UNTUK NUHA ni terbitan 2007, tapi aku baru saja dapat beli. Apa sahaja tulisan Noor Suraya pada aku best, so yang ini pun aku nak sebut best juga.
Kisah seorang gadis bernama NUHA yang merajuk membawa hati yang patah riuk dek kecewa, seorang jejaka yang menjadi jirannya bertahun-tahun tiba-tiba berkahwin dengan seorang gadis lain. Seorang gadis cantik bernama Dr. Raniya Wafa. Tiba-tiba itu adalah merujuk NUHA hanya baru tahu, sedangkan rancangan perkahwinan itu sudah lama dirancang oleh si Engku Faisal yang menjadi jejaka idaman Nuha selama ini.
Lalu beliau mengambil kesempatan tawaran bekerja di pedalaman sebagai suatu laluan untuk menghindar diri sambil memujuk hati dek patah cinta. Sedangkan tiada siapa pun tahu, dia suka dan kasihkan Engku Faisal itu separuh mati. Mujur tiada siapa dapat mengesan isi hatinya selama ini.
Dalam perjalanan dengan keretapi malam menuju utara itulah dia bertemu dengan Muzammil Muadz. Seorang lelaki yang jelik pada mata Nuha kerana berambut kerinting kembang bak Afro, juga bak ikon Alleycats saja. Pertemuan yang sangatlah tidak indah langsung, kerana Nuha sedang berduka tetapi Muzammil menambahkan lagi bengkak hatinya dengan perbuatan tidak sengajanya. Apa itu? Kena baca...
Tanpa diduga, rumah sewa yang diduduki Nuha adalah milik keluarga Muzammil. Lalu mereka terus menjadi musuh yang sekejap baik tapi banyaknya adalah bergaduh dan saling berbalas kata dan dendam. Nuha dengan keras hatinya (walaupun dia seorang jururawat desa yang lembut) tetap cuba membalas dendam terhadap Muzammil yang dipanggil ALANG itu. Lalu mereka menjadi saling berbeza namun saling melengkapi pula.
Sehinggalah NUHA cair bila Alang yang dipanggilnya Alang Rebus Tak Empuk (gelaran oleh ayah Alang sendiri) mendesak Nuha bertudung. Walaupun Nuha ingin bertudung, tetapi tentulah niat kerana Allah bukan kerana Alang.
Dalam percutiannya, Nuha menerima kiriman tudung sebanyak 7 helai dari Alang dengan pesanan, pakailah yang berwarna ungu itu untuk pertama kalinya dan dia bernazar akan menggunting rambut yang juga dibenci oleh abahnya.
Tetapi apabila Nuha mula memakai tudung dan berhadapan dengan Alang, malangnya Alang tidak langsung dapat melihat kerana buta. Dalam kemalangan yang tidak diduga, Alang menjadi buta.
Sejak itu Nuha menjadi “mata dan tangan” Alang untuk menulis sajak-sajaknya, dan membalas email. Nuha terus menjadi semangat dan motivasi kepada Alang sehingga Alang terbuka hati untuk belajar Braille atas desakan Nuha.
Apabila Nuha tahu Alang ada hati padanya, dia terus berubah dan marah. Lalu menghindar diri dengan pindah ke rumah lain. Alang merasa kecewa lalu kembali semula ke tempat kerja lamanya di Hobart, Australia. Tetapi dia tidak lagi dapat bekerja seperti dulu — penyelam mutiara.
Apa terjadi seterusnya? Sedih pula baca kisah Muzammil itu. Ada banyak sajak-sajak dalam novel ini. Bagi yang tak minat sajak, pasti baca langkau bila tiba bab sajak tu, kan?
Dalam novel ini juga ada disebut watak dari novel Nyanyian Tanjung Sepi iaitu Dr Aqmar Aziz yang merupakan saudara pupu keluarga Muzammil.
Benar, dalam hidup kita jangan ada benci yang melampau kerana antara benci dan cinta, hanya terpisah dengan suatu garis halus dalam sedetik waktu. Bila garis halus itu hilang dan benci menjadi cinta, jangan dikesal masa yang berlalu kerana pengalaman menyimpan benci dulu, sebenarnya menjadi manis pula di hari ini...
Novel ni murah sahaja; RM20.00. Aku suka cover yang ada sawah padi. Sawah yang menjadi tatapan Nuha sepanjang tinggal di kampung itu. Sawah kebanggaan Alang. Juga gambar kolam ikan yang ada bunga telepok dan kiambang itu. Kolam di mana Alang pernah jatuh berdebuk dan Nuha ketawa bagai tak cukup mulut kerana rambut kembang Afro Alang menjadi kuncup macam itik serati kena hujan!
Cover dengan tulisan “spot UV” tu sebenarnya aku sangat suka! Paling sekali tentulah tulisan berwarna PURPLE itu!
~…kerana sawah jugalah SERI BULAN lupa tentang pacat dan lintah kerana leka memandang kerbau yang montel berlumpur sehingga dia tidak dapat lari dari menyamakan pula HISYAM itu ibarat kerbau yang tak tahu malu mengerdip mata tidak kira pagi petang siang senja…~
Kak Azie,
ReplyDeleteI just finished reading Noor Suraya's novel "Langsir Biji Remia", novel tu more to remaja punya but can't help falling in love dgn gaya bahasa dia yg sgt cantik tersusun. Dah siap draft review tapi belum post lagi kat blog tiba2 tgk post kak azie ni ;-).
Saya rasa penulis memang suka warna ungu sbb biji remia juga berwarna ungu!
ala...sedih la pulak sebab ada scene tragedi.
ReplyDeletetapi adat la tu kan?
salam
ReplyDeletekena p pinjam kat library ni..hehe
saya tak berapa suka baca novel kak azie, tapi suka baca sinopsis kak azie... :) 'terasa'... hehe..
ReplyDeletetak penah rasanya baca tulisan noor suraya ni..okey cuba cari
ReplyDeleteRasanya jalan cerita sgt berbeza dgn novel2 yg melambak2 di pasaran skrg ..dan sy memang tk pernah baca karya Noor Suraya ni..menarik ni nak kena cari..
ReplyDeletecubalh cari semua hasil tulisan kak su..pasti terlekat d hati..Alang rebus tak empuk
ReplyDeletecubalh cari semua hasil tulisan kak su..pasti terlekat d hati..Alang rebus tak empuk
ReplyDeletecubalh cari semua hasil tulisan kak su..pasti terlekat d hati..Alang rebus tak empuk
ReplyDelete