السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam JemAAt
14-06-2012
Pernah tak, anda rasa rimas dengan orang-orang keliling anda?
Dulu – sejak zaman bekerja bermula 1990-an – aku ada ramai sekali kawan sekerja. Yang kuar masuk, muda tua sampai tak ingat nama lagi dah.
Dalam ramai-ramai tu dengan pelbagai ragam dan rentak gaya, tentu saja ada yang jenis mulut murai – bak kata orang dulu, murai tercabut ekor – yang sentiasa suka nak ambil tahu hal orang lain. Especially hal peribadi rakan sekerja lain.
Masa tak berapa matang dulu, aku suka juga dengar 2,3 orang kakak-kakak ni bercerita. Pasal orang tu, pasal orang ni... termasuk hal laki sendiri, hal anak-anak, pasal jiran, pasal adik beradik dia sendiri... sehinggalah kepada hal rakan-rakan sekerja. Yang dah tentu-tentu kita pun kenal juga.
Kemudian... tahun demi tahun aku semakin tahu menilai. Kalu dia boleh citer hal dalam kain orang tu, tak mustahil dia pun akan citer hal peribadi aku plak. Ya tak?
So, aku mula jadi Lone Ranger. Pekak jer telinga dan tutup mata sebelah bila ada jer mula bercakap di belakang. Lama-lama mesti depa letih gak nak bercakap pun. Memang seksa juga, sebab orang tentu tak bleh terima kerana aku jadi orang sombong kera sumbang. Pegi lunch pun sensorang. “Ada aku k?”
Tapi lama-lama aku selesa begitu.
Di tempat kerja baru ini (baru tak baru dah masuk 3 tahun dah pun), aku terus begitu. Nampak gaya bukan rakan sekerja yang tak boleh terima. Depa ok jer. Tapi pihak management pulak yang macam pandang serong. Ker aku yang terasa gituh? Hmmm....
Bila BOS yang pompuan tu (biasanya memang orang pompuan la pun...) selalu tanya perkara yang tak berkaitan dengan kerja, malah dalam beberapa ketika, aku terasa macam dia sindir aku plak. Ker aku yang terasa gituh? Hmmm....
Rimasnya.
Aku memang tak kisah kalu dia nak kata aku sombong pun, asal aku buat kerja aku mengikut arahan. Tak langgar peraturan. Ok la tuh, kan?
Kenapa bila kita tidak duduk melepak dengan kengkawan lain dianggap sombong? Kenapa bila kita tidak gemar nak bergather-gather time lunch dengan rakan sekerja, kita dianggap pelik? Sedangkan di luar pejabat, aku ada ramai kawan yang seimbang dan tidak berlebihan pun.
Sombong ker aku nih?
Tayang-tayang yang tiada kaitan:
Jagung manis yang tak sombong. 8 tongkol cuma RM3.20 sahaja. Tapi kukus kena sendirik laaar...
~...menilik kasih sendiri, membelek perasaan sendiri, menyelongkar gelora hati sendiri, masih tidak dapat menyusuri sepenuh genap jiwa seorang bujang terlajak tapi masih bersaham tinggi bernama HISYAM itu, lalu SERI BULAN rela terus menjadi pemuja dalam diam, pemuji dalam kelam dan perindu dalam buluh tajam...~
Murahnya jagung tu. Beli kat mana? :)
ReplyDeletetiba-tiba terasa nak komen
ReplyDeletesy setuju dgn statement akak. better berterusan lone ranger daripada terlibat dengan maksiat lidah kan akak ;-)
bukan mudah nak cari rakan sejati...
ReplyDeletebukan sombong tapi malas nak campur urusan orang...
Hahahah murah gak jagung tak sombog tu kan? Thee.. alaa wat bodo jee.. Kitepun dulu mase memula keje camtulah malas nak campur. Borak pun ala kadar jelah. Malas nak layan sebab rase cam kalau kite geng nanti kite pun cam subahat gak kan? Ikut hatilah senangnya. Rasa nak jo-in ikut, kalau tak, wat jek hal sendirik! Ade ku k? Haha!
ReplyDeleteMy latest Entry :)
Finally- Baiti Jannati siap sudah!
Ni mesti dah baik demam ni...sedap dan mengancam la jagung2 tu...ptg ni pasaq mlm so mmg nk beli jagung laaa thanks kerana berjaya mngoda i...:)
ReplyDeleteKita ni lebih kurang sama je kak, suka lone ranger. nak gi mana2 tak yah buang masa layan hal org lain, tuju tempat kita nak pergi lepas tu jalan2 ikut tekak sendirik.
ReplyDeleteDulu masa husband kerja lunch memang berkepit je skrg dah pencen lunch ke bf ke Aina turun sensorang lepak2 kat food court sambil layan lagu.
Ada aku kisah org nak kata apa. Tapi kat opis macam biasa jelah jalan2 sambil lalu tegur2, kalau ada makan2 pakat2 tolong arrange. Lebih2 nak kepit sana sinun...sorry le...
Kat opis ada my bff dari zaman belajar lg tapi tak le berkepit sokmo dgn dia.
ala.. rozie pun pyh nak berkawan gan orang, tp yg kenal tau la sombong atau tidak. Dengan org kat tmn pun pyh gak, sbb die org ni suka buat mesyuarat tingkap. Tak kira waktu plk tu,...
ReplyDeleteSMTI - Alamak terasa lak aku he he, minta maaf AA, bukan sombong, tapi biasalah kerja kuli mcam aku ni, asyik ke sana kemari Sabah Sarawak Brunei Singapora Jakarta bandung Bangkok Vientian Hanoi Yangon Manila...
ReplyDeletepsst - jagong kat Manila sedap...depa tanam kat kubur.
i likeeee.....^_^
ReplyDeletebuat apa dok bergebang dgn orang lain, kalau akhirnya hati kita pulak yg sakit.. dak gitu?
ReplyDelete:)
eh, tersama lagi!
ReplyDeletesaya pun macam tu, dah biasa lone ranger. malas nak duduk berhimpun, tak buat kerja, cerita hal orang sana sini...baik la layan semua benda sensorang...dan kadang2 lunch pun sensorang. lagi baik dari kita sekali tumpang saham diorang..
eh, tersama lagi!
ReplyDeletesaya pun macam tu, dah biasa lone ranger. malas nak duduk berhimpun, tak buat kerja, cerita hal orang sana sini...baik la layan semua benda sensorang...dan kadang2 lunch pun sensorang. lagi baik dari kita sekali tumpang saham diorang..
Sah sah ler dia orang tak kenal akak lagi. Perak mali talak sombong punyer ... hahahaha.
ReplyDeleteSaya pun kat sini macam tu gak, kengkadang orang tanya, "tak bosan ker duk sorang-sorang", "makan sorang-sorang". Tapi yang betulnyer lagi best, tak pening kepala melayan kerenah orang.
layan games lagi bestkan kak :)
ReplyDeletekat ofc ati dulu tak ramai staff melayu
jadi senang sikit
ooo tengok jagong tu baru teringat ada 5 tongkol lagi di rumah, mlm ni sesi merebus!!!!
ReplyDeletesebenarnya saya lone ranger masa zaman belajar dulu. mungkin sebab mende2 mcm ni lah. tapi tak semestinye sekarang saya tak berkawan dgn ex coursemate. malah lebih baik lagi hubungan kitorg. :)
ReplyDeletetak sombong .. eloklah begitu. biarlah org kata sombong asal awak tidak terlibat dalam kegiatan mengumpat.
ReplyDeletesamalah macam kat surau .. ramai yg masa azan masih bersembang dan hisap rokok. adakah orang yang keluar dari kelompok itu sombong ?
nampak sedap jagung tu..hehe
ReplyDeletesalam
ReplyDeletekadang-kadang kita rasa kita tak sombong, tp org pandang kita sombong....tak tahulah tp sy selalu juga kn mcm tu..huhu
As salam Kak AA,
ReplyDeleteEh, jagung tu! Alamak, terasa nak makan lah pulak... Kat sini semuanya besar2 & kurang manis! Kalau ade yg kecik tak pernah try lg... Akak kukus ye... Nnt nak try buat lah, syok makan panas2 ni! :)))
sedap nye jagung rebus...acu suka makan dengan susu :)
ReplyDeleteterfikir jugak..depan kita citer psl prg ni..belakang kita ,dia citer psl kita pulak
ReplyDeletealah.. lone ranger laa best... tak kacau sesapa.. apa2 pun sendri buat keputusan.. tak payah mintak pandangan..
ReplyDeleteawat la pi tayang jagung tu? sedapnya nampak.. rasanya pun dah tentu2 laa berganda2 sedap.. murah tuu rm3.20 je.. kat sini jgn cari laa rega tiga hengget... selonggok dah 7 hengget.. yg siap rebus setonkoi dah 1.70... cam tak logik ka dok kat kg rega jagung mahey ke main...
opss.. lama tak komen kemain lepas kemaruk.. dah macam entry pulak...