السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
08-06-2012
Siri baru di Astro TVIQ (Ch610) setiap Ahad jam 10 pagi memang menjadi pilihan utama kami di pagi minggu sekarang.
Program ni bukan saja lawak dan menghiburkan, tetapi tujuan utama tentulah nak mengajar kita (especially anak-anak kita), bercakap English dengan betul. Nahu yang betul dan meminimumkan kesilapan.
Siapa yang dah pernah tengok program ni, dah bermula pun minggu lalu pasti bersetuju, program ni memang best. Ala-ala siri UK dulu; “Mind Your Language”, di mana para pelajar dari pelbagai bangsa yang berbeza belajar dalam satu kelas, belajar English dari guru Jeremy Brown @ Mr.Brown. Best kan program tuh? Aku dulu belajar English dari program tu jugak. Sikit sebanyak...
Siri Oh My English! dilakunkan oleh antaranya Adibah Noor (dulu dia bekas guru English sebelum sepenuh masa menjadi artis), Zain Saidin (Mr Henry Middleton) dan ramai lagi pelakun remaja (sebagai student) dan yang paling best tentulah nak tengok gelagat si Guru Besar Mohd Salleh lakunan Harun Salim Bacik.
Hahahahaha minggu dulu, semua pelajar wajib bercakap English dan bagi setiap kesalahan (terlatah) bercakap Bahasa Melayu akan didenda 20 sen. Yang paling banyak wang dikutip adalah dari Cikgu Mohd Salleh itu sendiri! hahahahaha...!
Anak-anak aku semua suka program ni. Program ni macam lawak-lawak sikit, tapi tetap bermanfaat sebab semua orang boleh belajar English dengan betul. Ada diajar tentang kesalahan menggunakan perkataan “short” dan bahasa pasar English yang broken yang menjadi amalan sebutan kita hari-hari.
Tengok rancangan tu, buat aku teringat salah sorang cikgu English aku masa skulah menengah dulu, Mr Gordon, orang Belanda (Belanda sesat kata kengkawan aku masa tuh).
Dah la tinggi besar, garang plak tuh. Dah ramai yang kena jerkah dan dirotan dek cikgu yang sorang tuh. Tapi ajaran dia memang sangat berkesan. Dek ajaran dia, aku menang anugerah subjek English Terbaik 3 tahun berturut dulu.
Zaman sekarang, belajar English sangat mudah. Tengok siri tv, baca web or chat pun dah bleh terror speaking. Sekolah-sekolah pun student sekarang, bahasa harian pun English belaka. Dah tak heran dah.
Jangan jadi macam aku. Hanya pandai sebut: “yes no orait tenkiu” jer. Hahahaha...
Selain tu? “U jump, I jump!”
Ohhh...
~...SERI BULAN: “Some days I feel broke inside but I won’t admit”
HISYAM: “Sometimes I just want to hide because it is you I miss”...~
Selain dari 'yes, no, orait, tengkiu' dulu selalu juga sebut (sekarang dah hampir lupa pun) at lis (least), bai de wei... hehehe...
ReplyDeleteGuru BI kakcik masa Tingkatan 5, datang dari Utah, Amerika. Namanya Ms Jane Allen Hutchings...
kakcik,
ReplyDeleteBai de wei tu tak per jugak, 'on de wei' tapi tak sampai2..
agaknya dia org tak tau apa makna on de wei nih!
Kita ni dulu2 belajar bi dr cikgu omputih tu sndr kan...so bila ada soalan nak tak nak kena la speaking london...ha ha
ReplyDeleteCikgu bi i masa form 1-3 mr philip bowler...ishh rindu plak kat dia..ntah hidup lg ke idak...selama 3 thn tu i jd anak angkat dia...tp anak derhaka sbb tak pernh contact dia pun sejak dia balik Lancester...huhuhu
Yup, rancangan Oh My English tu nampak menghiburkan & penuh informasi..saya tak ada kesempatan tgk lagi, cuma tgk iklannya sahaja, pun dah gelak!
ReplyDeletecikgu English akak dulu mmg mat saleh Belanda? Wauuuuu...
As salam Kak Azi,
ReplyDeleteKebetulan topic sama tp xserupa...hehehee... Sblm dtg sini dulu pernah tgk iklan kat TV je rancangan ni... Seronok ye... Nnt nak cariklah kat youtube ;))
As-salam Azie
ReplyDeleteSetuju, program itu memang bagus. Semoga ramai yang akan mendapat manfaat darinya. Teringat semasa belajar BI awal 60-an dulu. Mr. Wahab akan meneliti, betul atau tidak ayat kita masa minta kebenaran keluar (biasanya utk ke tandas). Kalau ayat tak betul, kena "tahanlah" hingga tiba waktu rehat!
fuyooo seribulan & hisyam oso skipping londong.. ;)
ReplyDeletezaman sekarang banyak pendedahan..tapi sayangnya anak2 muda sekarang ramai yang bercakap broken english..dan sengaja cakap dengan grammar yang salah.. supaya nampak cool..entah apa2..
ReplyDeleteoh my english memang menghiburkan... tapi bagi banyak input...
ReplyDeletekadang terkena atas batang hidung sendiri..eheh.
skrg ni saya main sms 'i see u tomolo' je kak. hahaha!
ReplyDeleteBudak2 sekarang lagi best c u, luv u, mis u...itu memang cepat depa dapat.
ReplyDeleteCikgu English saya org Johor je!