Monday, June 4, 2012

Untuk Kau Dan Aku: Persahabatan – jangan disulam rasa cinta...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
04-06-2012
Senin


Novel ini sebenarnya dah lama ada di pasaran. Sejak 2004 lagi. Malah sejak aku mula jadi promoter sambilan di Pesta Buku lagi, novel ini sudah ada di rak dan sentiasa menjadi antara barisan novel best-seller.

Cuma aku belum memasukkan ke dalam senarai koleksi. Tetapi novel ini terus menjadi novel yang aku rekmen. Nama penulis novel ini sendiri sudah cukup membuatkan ramai peminat novel memilih sebagai satu novel pilihan.

 


Novel UNTUK KAU DAN AKU, novel bertema persahabatan.

Sebuah hubungan persahabatan yang biasa tetapi tetap ada keunikan dan keistimewaan tersendiri. Untuk kira-kira 100 pages pertama, aku mengaku agak boring. Dan aku berhenti sehingga seminggu untuk menyambung ke akhirnya. Dalam seminggu itu aku sempat pula baca novel lain.

Kemudian baru aku sambung semula lalu terus menyesali masa seminggu itu. Kerana novel itu menjadi semakin menarik pula, dan rasa tak sabar nak habiskan. Persahabatan antara 4 orang pelajar universiti, Azhar, Miza, Fadri dan Hisyam (eh ada watak HISYAM??) yang berkawan baik sehingga ke alam pekerjaan. Azhar lebih akrab dengan Miza di mana mereka begitu serasi dan saling memahami. Bertukar pendapat, berbalah atau mencurah masalah. Miza lebih banyak bertindak selaku pendengar dan pemberi nasihat setiap kali Azhar bermasalah. Terutama dalam kes pendam rasanya terhadap seorang gadis pelajar (junior) yang sering bereben biru di kepala bernama Azura.

Azura pernah bersekolah rendah yang sama dengan Azhar, dan di situlah bermulanya Azhar sangat meminati Azura. Tanpa diduga, dia bertemu lagi dengan Azura bila mereka belajar dalam kursus yang di universiti; law. Tetapi ketika itu, Azura sedang bercinta sakan dengan Zarif, seorang playboy universiti. Di saat Azhar merasa kecewa dan menyimpan sahaja rasa cinta dan minatnya terhadap Azura, Miza menjadi tempat dia mencurahkan rasanya.

Setelah mereka terpisah semasa di alam pekerjaan dan Azhar membuka firma guamannya sendiri di Alor Setar, dia akhirnya menyedari bahawa hatinya telah tertambat kepada rakan kongsinya sendiri iaitu Faziha. Ketika banyak masalah melanda kehidupan dan firma guamannya, Miza sentiasa menjadi penyokong kuat Azhar walaupun Azhar pernah melupakannya semasa dia terlantar di hospital kerana dirompak. Firma guaman Azhar pula menjadi peguam kepada perompak yang didakwa.

Selepas kekeliruan berjaya dileraikan, Azhar akhirnya mengerti apa yang sering disebut oleh Miza tentang bahagia.

“Apa yang paling susah nak dicari dalam dunia ni?”

“Dalam dunia ni, yang paling susah nak dicari ialah bahagia. Semua orang cari bahagia. Tak semua orang jumpa. Mereka yang dah jumpa, belum tentu boleh dapat bahagia. Tapi aku? Aku dah jumpa, dan aku dah dapat bahagia aku. Malah lebih dari bahagian aku dalam dunia ni, sebab kau yang berikan aku bahagia yang melimpah-ruah, yang kau sendiri tak sedar.” Ucapan panjang ini sebenarnya hanya dalam sembang telefon Azhar kepada Miza, yang diterima Miza sebagai latihan untuk diucapkan kepada Azura. Miza menangis di hujung talian kerana sebak.

Tetapi selepas membeli cincin yang disangka untuk melamar Azura tidak tersarung, tiada siapa menjangka pilihan Azhar rupanya tersasar.

Dalam surat lamarannya yang berserta cincin tersebut:

“Sahabatku Miza, engkaulah orang itu. Dan sempena mengakui kebenaran nasihat engkau selama ini, aku akan luahkan pada kau sekarang apa yang aku sepatutnya luahkan bertahun dulu.

Happiness is hard to come by in this world, but you have gave me more than my share.’

Panjang surat tu, tapi aku ambik sket saja.

Memang terharu kerana sebuah persahabatan yang ikhlas, berakhir dengan begitu manis sekali.

Sesiapa yang ada rakan karib yang berlainan jenis, pasti akan memahami erti cerita ini.


 

Terimakasih Najwa Aiman. Semoga terus maju jaya.

*Novel terbitan Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB) dengan harga RM34.90.





~...SERI BULAN tidak pernah mahu orang lain mengerti kenapa sehingga hari ini hanya HISYAM yang disebutnya paling mengerti kerana selamanya dia terus ingin begitu...~

9 comments:

  1. bila baca sinopsis kak azie ni, saya dah agak yg last sekali dia akan pilih bestfren dia sendiri. hewhewhew~

    ReplyDelete
  2. Kak Azie... Suka tak cerita ni? Nangis tak? Ketawa?

    ReplyDelete
  3. NAJWA AIMAN:
    Nangissssssssss....!!

    ReplyDelete
  4. azie...i pernah baca cerita ni kat majalah dulu2 ..tak tahu pulak dari novel..i suka cerita tu..nanti nak cari kat kedai..thanks bg info :)

    ReplyDelete
  5. Azie, Walau dah tak rajin baca novel, ada orang macam Azie yang rajin buatkan "summary"nya, dapatlah juga kita menumpang tahu isinya. Terima kasih banyak2. Tak aci begitu, ya?

    ReplyDelete
  6. penulis nie lelaki..:) yaz pernah jumpa.. ada novel awal dgn nama sebenarnya... dan ada novel baru yg menjadi sambungan novel tu...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails