Saturday, June 2, 2012

Menang tetap menang...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
02-06-2012
Sabtuday


Sebenarnya merupakan cuti umum keputeraan Agung, juga merupakan besday seseorang dalam rumah. Tapi aku berada di Shah Alam, ada kenduri kahwin seorang rakan lama yang bernikah dengan gadis Sabah. Kemudian mengisi masa sebelah petang di sekitar S Alam, dengan anak-anak.

Hmm.... semalam final Super Spontan, tersasar sedikit tekaan. Rasanya JOHAN kalah 1% jer kot dengan si juara ZIZAN.

Cuma semalam rasanya, games kurang mencabar dan rata-rata finalis pun macam tak begitu bersungguh benor. Ada siri yang lebih menyeronokkan berbanding final semalam. Pada pendapat aku, kemenangan ZIZAN bukan setakat kerana bermain spontan sahaja, tetapi turut dipengaruhi oleh populariti ZIZAN itu sendiri. Setuju tak?


Tayang-tayang sebab aku tak tau nak boh gambar apa:


Cenderahati dari Dr HANIE (Bandung eh?), KAKCIK SEROJA yang baru balik dari Sabah haritu dan selendang purple dari ACU yg balik dari Vietnam kut...
Terimakasihhhh...!


Cenderahati dari MyManager yang balik bercuti di PD. Aku yang rekmen utk dia bawak anak-anak bercuti di Tiara Beach Resort.


Hairband from China dari MyBos yang bercuti di sana bulan lepas. Kerana aku bertudung, so hairband ni aku buat gelang tangan jer. Ok juga...




~...rembang petang yang panas hangat sebenarnya tetap terasa dingin bila ada angin bertiup menghala ambin tidak berdinding, sambil HISYAM bersila mengadap simpuh SERI BULAN sambil bercerita tentang zaman lalu di mana mereka pernah menjadi musuh, pernah menjadi geruh lalu hati kemudian sama-sama luluh...~



 

11 comments:

  1. Kakcik semalam pergi ke rumah adik di Selayang untuk tonton SS. Kemudian sambung dengar di HotFM dan TV di rumah menonton Versus. Kecewa sikit bila Black tak menang!

    ReplyDelete
  2. asslam azie..cantik2 cenderahati tu..sama cantik ngan header yang bertukar tu..cantik..

    ReplyDelete
  3. hehehe...lepas layan bola terus masuk tido. wife jer layan tgk super spontan tuh. zizan tak dinafikan sudah mempunyai aura tersendiri

    ReplyDelete
  4. lain tak nampak... keyboard putih tu je yg nampak!

    ReplyDelete
  5. berbaloi2 hadiah yg Zizan dapat...

    ReplyDelete
  6. salam Azie

    ...tentu Azie orangnya pemurah
    banyak dpt souvenir.

    ReplyDelete
  7. ye..buat gelang tangan cantik. kalau pakai tudung pun boleh lilt gak hairband tu jadi fashion stetmen. :D

    ReplyDelete
  8. Bestkan org gi cuti2 kita dapat cenderahati.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails