السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
20-11-2012
*Saya sudah berjaya menyelesaikan masalah ‘gambar sampai limit”. Terimakasih kepada para blogger yang membantu.
***
Sebenarnya, sebelum bergerak ke Lavender Heights untuk gathering tu, Dato’ LF sudah menyebut hajat inginkan durian. Musim durian hampir di mana saja, lalu masing-masing juga teringin. Oleh kerana hampir sepanjang jalan, sebaik sahaja kami keluar, hujan lebat menyukarkan untuk berhenti di mana pun malah bila dah masuk highway LEKAS, tak ternampak lagi dah orang berjual durian.
Sehingga tiba di Senawang pun, masih gigih berusaha tapi tidak juga berjumpa lalu kami terus ke gathering tanpa durian mentah untuk dikongsi.
Dengan janji awal tadi, balik dari Senawang kami terus singgah di Bangi. Area Bangi memang la banyak orang jual durian.
Saya dan Iyra ditugaskan memilih dan membeli. Tapi Dato’ LF yang sponsor!
Tawar-menawar untuk mendapat yang memuaskan hati. Okeh, D24 yang disebut RM12 per kilo berjaya dipujuk dengan harga RM10 sekilo. 3 biji memadai.
Antara hasilnya...!
Menunaikan hasrat di hati. Buka sebiji sahaja, kami berkongsi berempat. Itupun seulas dah jenoh. Selebihnya, Saya bawa balik sebab Iyra pun tak mahu.
So rezeki kami di rumah. Saya buat Pengat Durian malam tadi.
Terimakasih kepada semua yang terlibat dalam ini cerita.
~...dusun durian Pak Utih yang luas dengan rumput melimpah tidak mustahil akan ada pacat di musim hujan tapi bunyi berdebur yang turun berselang gerimis memberikan irama syahdu yang tidak mungkin didengar di tanah lelulur dahulu lalu pondok menanti durian menjadi saksi SERI BULAN sedang gembira walaupun HISYAM bagai dipaksa...~












































