السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
12-11-2012
Atas cadangan Cik Bintang, Saya dan Anyss akhirnya singgah juga di tepi jalan, depan Hitachi (Seksyen berapa eh? Seksyen 4 Tambahan ya? lupa laaagiiii....!)
Menurut Cik Bintang, Pasembor dan Cendol ini sudah beroperasi kira-kira 30 tahun. Dia kenal dengan mamak tu sebab berjiran dengan sedara dia di Bangi.
Ohhh harus cuba!
Dua buah van digunakan untuk berniaga di bawah pokok. Di belakang ada nurseri, so pemandangan sangat best. Hijau juga berangin. Pokok-pokok bunga yang berwarna-warni juga dapat dilihat dari tempat mencendol ini.
Tiga set untuk tiga orang. Pasembor dan Cendol. Jarang nak jumpa cendol diserve dalam mangkuk ‘tin’ sebegitu. Best sangat, sebab pegang mangkuk tu jer dah terasa sejuknya.!
Yang membezakan pasembor ini dengan pasembor lain yang pernah Saya rasa ialah, pasembor ni ada cucur yang garing. Macam keropok! Ohhh memang different!
Selain Pasembor, juga ada Mee Goreng. Yeaa... cuma 2 tu jer menu. Mee Goreng pun dikatakan sedap. Masa kami makan, pun terbau wangi garingnya tumisan mee goreng tu. Cuma kami tak larat la nak order plak...!
Selain Pasembor, juga ada Mee Goreng. Yeaa... cuma 2 tu jer menu. Mee Goreng pun dikatakan sedap. Masa kami makan, pun terbau wangi garingnya tumisan mee goreng tu. Cuma kami tak larat la nak order plak...!
Saya order Cendol + Pulut. Perhhhh lazat...!
Nampak tak nurseri kat belakang tu?
Cuaca sangat best dan terang-benderang pula petang tu...!
Selepas kenyang sampai tersandar, dah tak larat nak ke mana lagi dah. So, balik ke rumah Anyss dulu. Kemudian text Hanie untuk gathering lagi. Plan diatur selepas Asar.
SR yang cuma sepelaung dari rumah Anyss yang juga sepelaung dari rumah Hanie. Hahahaha... rumah setaman sekian lama, tapi baru minggu lepas depa ni tahu yang rupanya depa setaman....!
Semua kami hanya jalan kaki saja ke SR, walaupun dah mendung.
Kerana kami masih kenyang sendat, so minum saja lah sambil melihat anak-anak & suami Hanie yang makan.
Terimakasih Hanie yang belanja minum juga tapau dinner kami. Tak puas borak pun, sebab ujan lebat kat luar. Kami harus berpisah sebelum maghrib, sebab sebelah malam ada agenda lain pula menanti.
*blog ni dah 99% penuh pic... harap-harap sempat la sampai hujung tahun sebelum terpaksa buka blog baru.
~...memerhati HISYAM secara dekat dan merenung lama bukan mudah dapat dilakukan oleh sesiapa pun, tetapi sejak dulu hanya SERI BULAN sahaja yang berani sehingga dia kemudian sedar HISYAM walaupun jarang tersenyum tetapi bila tersengih ketara lesung pipit sebelah kiri seperti Bayu yang suka senyum dalam ‘Bayu Cinta Luna’...~
sempat tu kak, jangan risau. suka tengok gambar2 dalam entry akak ni
ReplyDeleteHarap-harap sempat sehingga hujung tahun. So, mungkin tahun depan dah boleh start new blog! (itupun kalu rajin)
Deletekak....
ReplyDeletekat mersing,cendol mmg dijual dlm mangkuk tu..
nyamannn kooooo...
eh! pisang goreng tak ada..?
Kat kampung-kampung masih ada jual dalam mangkuk ni ya? Best tu..
DeletePisang goreng takda sayangggg....
assalam kak..trliurnya tgk rojak n cendol tuuuuu....huhuhu....kat area selayang ada satu gerai cmni...tringt nostagia masa bru kawen sebelum mai mesir dulu....naik motor semata2 nk makan rojak n cendol...kalau. bangi ni dkt jelh dgn semenyih (rumah mak mertua)..kena jumpa akak ni..jika dil balik m'sia...jadi teman jjcm...hehe......:-)
ReplyDeleteKalu sedap kan, kita sanggup jer redah nak pi makan.
DeleteOrait, nanti kalu balik Msia, roger roger la, boleh kita pekena cendol sama-sama!
Sampai 2 van dia tu..mesti bisnes bagus sangat..pandai pulak pilih tempat.. Kenapa nak kena tukar blog, bukan boleh beli kuota pics ke dr google?
ReplyDeleteYa, 2 van. Satu van jual cendol, 1 van lagi buat Pasembor Rojak dan Mee Goreng.
DeletePernah la dengar pasal beli kuota pics, tapi yang benarnya, tak reti bab tu. So dah create new email for a new blog. Standby dah....
Ermmm nmpk best..mcm kt sini ada gk yg jual pakai lori camtu..katanya sdp tp tk penah cuba lg..hehee
ReplyDeleteKebanyakan mamak jual cendol samada keta basikal roda tiga, atau van, kan?
DeletePegi la cuba, mungkin sedap seperti yang dikata.
Teringin tgk cendul tu, nanti nak ke situlah.
ReplyDeleteHajat di hati memang nak ke senawang tu, cuma tak berani berjanji'
Teringat sgt nak jumpa tuan tanah !
Mama Ju, saya pun teringin nak jumpa Mama Ju. InsyaAllah, ada jodoh dapat kita bersua. Silakan... silakan.
DeleteMama dah 2x ada warning penuh gambar- dia suruh beli.... masa penuh tu pakai photobucket kejap lepas tu boleh guna balik!
ReplyDeleteMama memang suka Bangi!
Saya ni, bab photobucket tu pun tak reti nak adjust, kak. hehehe
DeleteJom kita round Bangi jommm!
Azie...
ReplyDeleteakak memang suka pekena mee goreng mamak kat stall Pak Kudus tu.
Itu bukan seksyen 4 tambahan...
Nursery kat belakang tu tempat akak beli anak pokok mangga, mata kucing dan belimbing buluh...
Pekena mee mamak panas2... perggghhhhh mmg make my day...
Akakkkkk...! Stall Pak Kudus eh namanya? Wahhhh Akak lagi terror la.
DeleteOhh situ la tempat akan beli benih pokok-pokok akak ya?
One day, saya pun nak pekena mee mamak panas kat situ.
saya nak carilah port cendol ni
ReplyDeleteJommmm....! kompom tak menyesal!
Deletesaya nak ke bangi ni..nak carila...hahahahha..macam sedap jekkkk
ReplyDeleteWokeh! Harus dicari dan dicuba. Berbaloi youuuuu!
Delete